Apakah jenis kaedah pengiriman antarabangsa yang ditawarkan?
Kami menawarkan kaedah-kaedah berikut yang terbahagi kepada dua kategori: Perkhidmatan Pos dan Kurier.
Perkhidmatan Pos: EMS, Mel udara (airmail/AVIA), Mel biasa (surface)
Kurier: FedEx Low Cost, UPS, DHL, SF Express, ECMS Express
- SF Express hanya boleh digunakan untuk negara-negara Asia tertentu seperti Taiwan, Hong Kong, dll.
- ECMS Express hanya boleh digunakan untuk pengiriman ke Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Singapura, Korea Selatan, Australia, Vietnam dan Filipina.
- Maklumat ini sah pada December 2022 dan mungkin akan diubah atau dikemas kini.
Perhatian: Maklumat Penghantaran Terkini
Apakah kaedah pengiriman yang paling murah?
Ini bergantung kepada saiz dan berat bungkusan anda. Untuk item kecil seperti CD dan majalah, AVIA Small "paket kecil" selalunya merupakan pilihan yang termurah. Untuk bungkusan lain, sila rujuk Kalkulator Kadar Pengiriman kami. Untuk hasil terbaik, sila memasukkan anggaran dimensi bungkusan juga.
Apakah kaedah pengiriman yang paling pantas?
FedEx/DHL/UPS/EMS adalah antara yang terpantas dan Surface merupakan kaedah terlambat.
Kaedah pengiriman manakah yang harus saya pilih?
Untuk item yang murah dan kecil, kami mencadangkan menggunakan AVIA Small "paket kecil" untuk bungkusan yang jumlah beratnya di bawah 2kg.
Untuk item lain, kami mencadangkan EMS kerana ia merupakan kaedah pengiriman paling diyakini dan berbaloi.
Bilakah saya harus menggunakan FedEx/UPS?
- Apabila mereka menawarkan kadar yang lebih murah daripada EMS.
- Apabila bungkusan anda terlalu berat dan terlalu panjang untuk menggunakan EMS.
- Apabila anda ingin menghantar buku-buku, peralatan dan barangan berat lain.
Bolehkah saya mendapatkan kadar pengiriman antarabangsa percuma?
Mustahil. Sebahagian barangan yang dijual di Rakuten dan Amazon menawarkan kaedah pengiriman tempatan (dalam
Jepun) percuma. Dalam kes sebegini, kami tidak akan mengenakan sebarang caj untuk pengiriman tempatan kepada
pelanggan kami, tetapi kadar pengiriman antarabangsa akan sentiasa dikenakan.
Apakah itu "Bungkusan Kecil"?
“Bungkusan Kecil” ialah kaedah penghantaran antarabangsa untuk menghantar barangan kecil ke luar negara. Ia merupakan pilihan yang menjimatkan kos, tetapi terdapat had saiz dan berat.
Berat maksimum ialah 2 kg.
Panjang(a) + tinggi(b) + lebar(c) <= 90 cm.

※Kaedah penghantaran ini tidak menawarkan pampasan pos dan mempunyai pengesanan yang terhad. Oleh itu, caj perkhidmatan akan disertakan dalam kos penghantaran untuk menampung pengendalian tambahan dan sokongan yang diperlukan bagi kaedah ini.
Bolehkah ZenMarket mengirimkan item yang besar/berat/panjang?
Had pengiriman adalah bergantung kepada negara pengiriman serta kaedah pengiriman pilihan anda. Anda boleh
menyemak had saiz dan berat bagi negara anda menggunakan Kalkulator Kadar Pengiriman kami.
Apa itu “strategi pembungkusan”?
Setiap kaedah pengiriman mempunyai had-had tertentu berdasarkan berat dan saiz bungkusan.
Kadang-kadang, tidak semua item yang anda pilih dapat dimuatkan ke dalam bungkusan yang mematuhi had kaedah
pengiriman pilihan anda.
Untuk kes-kes sedemikian, kami memberikan anda tiga (3) pilihan strategi pembungkusan ketika membuat
bungkusan di akaun ZenMarket anda.
1) Tinggalkan sebahagian item di gudang
Kami akan cuba membungkus item sebanyak mungkin, dan lebihannya akan ditinggalkan di gudang kami.
Secara prinsipnya, prioriti akan diberikan kepada item yang telah lama disimpan di gudang kami, tetapi, hal
ini tertakluk kepada perubahan bergantung kepada saiz dan dimensi sesuatu item.
2) Gunakan kaedah penghantaran yang berikutnya
Kami akan menukar kaedah penghantaran kepada kaedah yang berikutnya untuk
menghantar kesemua item pilihan anda, dan ini mungkin akan meningkatkan kos penghantaran.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya terdapat satu sahaja item di dalam bungkusan, strategi ini adalah satu-satunya pilihan yang ada. Selain itu, jika kaedah penghantaran semasa adalah kaedah terakhir yang tersedia, pertukaran ini mungkin tidak boleh dilakukan.
3) Bahagikan item anda kepada dua atau lebih bungkusan
Item anda akan dibahagikan kepada dua atau lebih bungkusan yang memenuhi syarat kaedah pengiriman pilihan
anda.
Strategi ini kerap digunakan untuk AVIA Paket Kecil atau item yang tidak boleh dibungkus bersama
(contohnya, joran dan gelendong (fishing reel)). Setiap bungkusan akan dikira sebagai bungkusan berbeza,
maksudnya, anda perlu membayar kadar pengiriman secara berasingan dan setiap bungkusan mempunyai nombor penjejak
yang tersendiri.
Contoh
Kaedah pengiriman pilihan:
AVIA (Paket Kecil)
Had:
- Berat maksimum = 2000 g (2 kg)
- Panjang maksimum = 60 cm
- Tinggi + Panjang + Dalam: 90 cm atau kurang
Kandungan: Tiga item (A, B, C). Berat ketiga-tiga item setelah dibungkus melebihi 2 kg. Item B terlalu
panjang untuk dibungkus bersama item-item lain.
1) Tinggalkan sebahagian item di gudang
A dan C akan dibungkus untuk dikirimkan melalui AVIA Paket Kecil dan B akan ditinggalkan di gudang kami.
*Secara prinsipnya, prioriti akan diberikan kepada item yang telah lama disimpan di gudang kami, tetapi, hal
ini tertakluk kepada perubahan bergantung kepada saiz dan dimensi sesuatu item.
2) Gunakan kaedah pengiriman termurah yang berikutnya
Ketiga-tiga item akan dibungkus bersama-sama; kaedah pengiriman ditukar kepada AVIA (standard).
3) Bahagikan item anda kepada dua atau lebih bungkusan
Dua bungkusan akan dibuat; A dan C akan dimasukkan ke bungkusan #1 dan B ke bungkusan #2.
*Setiap bungkusan dikira sebagai bungkusan yang berbeza, maksudnya, perlu dibayar secara berasingan,
permohonan berasingan untuk setiap kotak jika perkhidmatan pengukuhan bungkusan diperlukan, diberikan nombor
penjejak berasingan.
Adakah anda menerima permintaan mengenai pembungkusan?
Anda boleh membuat permintaan khusus semasa membuat bungkusan anda. Hanya klik pada Tulis permintaan khas berkenaan bungkusan dan nyatakan bagaimana anda mahu barang anda dibungkus.
Sila ambil perhatian bahawa kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan pelanggan. Walau bagaimanapun, pasukan kami mempunyai had tertentu, dan sesetengah permintaan mungkin memerlukan bayaran tambahan atau mungkin ditolak.
Di bawah adalah senarai permintaan yang kami boleh dan tidak boleh terima, bersama dengan caj yang berkaitan:
Apa yang kami boleh lakukan:
- Lipat kotak barang
- bayaran tambahan sebanyak 1000 JPY bagi setiap 15 minit mungkin dikenakan
- Lupuskan sebahagian barang
- caj pelupusan sebanyak 300 JPY setiap kg diperlukan
- bayaran tambahan sebanyak 1000 JPY bagi setiap 15 minit mungkin dikenakan
- Menggunakan kotak berganda untuk perlindungan tambahan
- dianggap sebagai pengukuhan tambahan, bayaran sebanyak 1000 JPY setiap kotak bungkusan diperlukan
- Membungkus barang dalam beg atau sampul surat
※ Jika anda bersetuju dengan caj ini, sila tuliskan permintaan semasa membuat bungkusan anda.
Apa yang kami tidak boleh lakukan:
- Membungkus bungkusan supaya muat dengan saiz atau berat tertentu
- Mengikuti arahan yang memerlukan pengetahuan atau kemahiran khas, seperti membuka peranti
- Mengikuti arahan yang diberikan melalui foto atau video
Jika anda tidak pasti sama ada kami boleh menerima permintaan anda, sila berbincang dengan kami melalui tab Mesej sebelum membuat bungkusan anda.
Apakah jenis barangan yang dilarang untuk pengiriman?
Terdapat pelbagai jenis barangan yang dilarang daripada eksport ke luar Jepun seperti barangan mudah terbakar,
flora dan fauna, item dalam senarai CITES (maklumat lanjut di
sini). Selain itu, setiap negara mempunyai senarai barangan import larangan yang tersendiri.Oleh itu,
terdapat barangan yang boleh dihantar ke luar Jepun, dan diterima masuk ke sesebuah negara, tetapi tidak
diterima masuk oleh pihak Kastam sesebuah negara lain.
Anda boleh merujuk halaman Japan Post yang berikut
untuk maklumat lanjut.
Barangan larangan: Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun (lebih terperinci)
Maklumat untuk
negara-negara lain (bahasa Jepun)
Terdapat barangan yang tidak termasuk dalam senarai di atas, tetapi tidak diterima untuk pengiriman ke luar
negara oleh Japan Post.:
- Speaker (bersendirian atau terbina dalam alat seperti pemain muzik;
hanya boleh dihantar melalui kurier) - Bateri mudah alih (mobile batteries), bateri telefon
pintar
- Rokok elektronik (e-cigarettes (IQOS, etc))
- pelindung suria (sunscreen)
Selain itu, terdapat juga beberapa jenis item yang tidak boleh dihantar melalui kaedah pengiriman tertentu.
Perkhidmatan Pos
EMS, Bungkusan Kecil: Aksesori dan barangan bernilai seperti cincin,
rantai, loket, gelang dan sebagainya yang mengandungi logam berharga seperti emas, perak, emas putih dan
lain-lain lagi.
Mel biasa: Item yang mengandungi bateri lithium-ion hanya boleh dikirimkan ke beberapa buah
negara.
Kurier
Memandangkan pengiriman antarabangsa melalui kurier secara umumnya adalah lebih
ketat daripada perkhidmatan pos, terdapat beberapa jenis item yang boleh dihantar melalui perkhidmatan pos,
tetapi tidak melalui kurier. Antaranya adalah;
- Makanan dan minuman
- Barangan sanitari dan kosmetik
- Minuman beralkohol
- Sebarang jenis cecair
Bagi ECMS Express, terdapat barangan larangan tambahan untuk negara tertentu. Malaysia (jam tangan, topi keledar, CD,
DVD, majalah dll...), Taiwan (alat kesihatan dan kecantikan dll...). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.
Sila ambil perhatian bahawa untuk Zen Express, terdapat juga item terlarang tambahan (termasuk rambut palsu, item bermagnet, item yang menyerupai senjata, dll) bergantung kepada negara destinasi. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
*Kami tidak membeli barang-barang yang menggambarkan kanak-kanak atau individu yang mungkin kelihatan di bawah umur dalam pakaian provokatif atau bogel, sama ada dalam gambar, video, atau imej yang dihasilkan oleh AI. Jika sebarang item sedemikian dibeli oleh seorang pelanggan, ia akan dibuang tanpa pampasan, dan pelanggan tersebut akan dilarang daripada menggunakan perkhidmatan kami.
Sekiranya bungkusan yang mengandungi item-item sebegini dihantar oleh satu daripada perkhidmatan kurier kami,
bungkusan tersebut akan ditahan oleh pihak Kastam dan besar kemungkinan, akan dilupuskan.
Adakah saya perlu membayar sebarang caj berkaitan kastam semasa ketibaan bungkusan saya?
Apa yang Perlu Dijangka: Bergantung kepada destinasi bungkusan dan serta nilai barang, anda mungkin perlu membayar duti kastam, cukai import, dan tarif yang dikenakan oleh negara anda.
Tanggungjawab Pelanggan: Pelanggan bertanggungjawab untuk menampung kos tambahan ini.
Khas Mengikut Negara: Caj dan sekatan berbeza mengikut negara, dan ZenMarket tidak dapat memberikan anggaran sebelum penghantaran dibuat.
Pemeriksaan Sebelum Penghantaran: Pelanggan perlu memeriksa peraturan kastam negara destinasi bungkusan sebelum melakukan penghantaran.
Cukai khusus apa yang boleh dibayar (pra-bayar) melalui ZenMarket?
Sebagai perniagaan e-dagang, kami dikehendaki memungut cukai penggunaan import untuk penghantaran tertentu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan di negara destinasi. Jika bungkusan anda tertakluk kepada cukai ini, amaun yang berkenaan akan dipaparkan pada skrin pembayaran dan dikutip bersama dengan bayaran penghantaran.
Cukai penggunaan import dirujuk dengan nama berbeza bergantung pada negara, seperti Cukai Nilai Tambah (VAT) atau Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Untuk butiran lanjut tentang penghantaran yang berkenaan, sila rujuk maklumat di bawah.
Pra-bayar memudahkan prosedur kastam tempatan dan membantu mengelakkan caj pengendalian tambahan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kadar cukai standard digunakan secara seragam, walaupun item yang anda beli mungkin biasanya layak untuk kadar yang dikurangkan di negara anda.
Terdapat juga pilihan untuk mereka yang mempunyai status dikecualikan cukai VAT atau layak membayar cukai pada kadar yang lebih rendah di dalam kawasan masing-masing. Apabila pilihan ini digunakan, pra-bayar tidak akan berlaku—tetapi harap maklum bahawa ini mungkin menyebabkan bayaran tambahan seperti caj pengendalian tempatan.
Australia 10% GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan):
- Pra-bayar untuk bungkusan di bawah atau setara dengan 1,000 AUD
- Harga barang dan kos penghantaran antarabangsa dikenakan cukai.
Nota: Jika beberapa bungkusan yang dialamatkan kepada penerima yang sama tiba di Australia dengan pesawat yang sama, dan jumlah harga kesemua bungkusan melebihi 1,000 AUD, bungkusan-bungkusan tersebut mungkin dianggap sebagai satu bungkusan. Ini mungkin menyebabkan prosedur kastam yang berasingan dan cukai tambahan dikenakan. Kami mencadangkan anda untuk menghantar bungkusan anda secara berasingan dengan jarak sekurang-kurangnya satu minggu untuk mengelakkan isu ini.
New Zealand 15% GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan):
- Pra-bayar untuk bungkusan bernilai di bawah atau sama dengan NZD 1,000
- Kos barang dan caj penghantaran antarabangsa dikenakan cukai.
Malaysia 10% LVG (Low-Value Goods, cukai untuk barangan bernilai rendah):
- Pra-bayar untuk item di bawah atau setara dengan RM500
Kazakhstan Cukai VAT 16% (Cukai Nilai Tambah):
- Pra-bayar untuk bungkusan yang melebihi 200 EUR (Harga Barang + Caj Penghantaran)
- Kos barang dan caj penghantaran antarabangsa dikenakan cukai.
Kesatuan Eropah Kadar VAT mengikut negara (“Cukai Nilai Tambah” VAT):
- Pra-bayar untuk bungkusan di bawah atau setara dengan 150 Euro
- Kos barang dan caj penghantaran antarabangsa dikenakan cukai.
United Kingdom 20% VAT (Cukai Nilai Tambah):
- Pra-bayar untuk bungkusan di bawah atau setara dengan 135 GBP
- Harga barang dan kos penghantaran antarabangsa dikenakan cukai.
Norway 25% VAT (VAT di bawah skim VOEC):
- Pra-bayar untuk setiap item di bawah 3,000 NOK
- Harga barang dan kos penghantaran antarabangsa dikenakan cukai.
Switzerland 8.1%* (Cukai Nilai Tambah atau VAT):
- Pra-bayar untuk bungkusan melebihi 62 CHF
- Kos barang dan caj penghantaran antarabangsa dikenakan cukai.
- Bungkusan yang dihantar melalui UPS tidak tertakluk kepada caj awal.
Singapura 9% GST(Cukai Barang dan Perkhidmatan):
- Pra-bayar untuk item di bawah atau setara dengan 400 SGD
- Harga barang dan kos penghantaran antarabangsa dikenakan cukai.
- Jika bungkusan mempunyai item melebihi dan dibawah 400 SGD, bungkusan akan turut dikenakan cukai ketika import selepas pra-bayar.
Chile 19% Cukai Nilai Tambah (VAT):
- Pra-bayar untuk bungkusan dengan nilai di bawah atau sama dengan 500 USD (barangan + caj penghantaran antarabangsa)
- Kos barangan dan caj penghantaran antarabangsa kedua-duanya tertakluk kepada cukai.
Apa itu DDP (Delivered Duty Paid)?
DDP (Delivered Duty Paid) adalah sistem yang membolehkan anda membayar duti import, cukai penggunaan, dan caj pelepasan kastam lebih awal semasa menggunakan penghantaran antarabangsa.
Dengan menggunakan DDP, anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan semasa penghantaran, sekaligus membolehkan proses pelepasan kastam dan penghantaran berjalan dengan lancar. Jumlah prabayar dikira berdasarkan kod HS item, kadar duti dan cukai yang berkenaan, serta caj pelepasan kastam.
Apabila DDP tersedia, ia akan dipaparkan sebagai pilihan pilihan atau mandatori pada skrin pembayaran penghantaran antarabangsa. Ketersediaan DDP bergantung pada pelbagai syarat, jadi sila semak menggunakan
Simulator Kos Penghantaran.
(Jika tiada pilihan dipaparkan, DDP tidak boleh digunakan.)
Nota Penting
- Jumlah cukai akhir ditentukan oleh pihak berkuasa kastam tempatan dan mungkin berbeza daripada jumlah yang dikira lebih awal.
- Yuran pelepasan kastam mungkin berbeza bergantung pada kaedah penghantaran dan prosedur kastam, yang boleh menjejaskan jumlah keseluruhan.
-
DDP tidak menjamin pelepasan kastam. Sekiranya bungkusan ditolak oleh kastam dan dikembalikan,
sebarang duti, cukai, dan caj pelepasan kastam yang telah dibayar akan dikembalikan semula.
Bilakah barangan saya akan dikirimkan?
Setibanya barangan anda di gudang kami, anda boleh menetapkan masa, alamat pengiriman serta kaedah pengiriman
barangan anda. Untuk bermula, sila ke tab "Bungkusan" di akaun anda. Setelah anda menetapkan butiran pengiriman
anda dan membayar kadar pengiriman antarabangsa, kami akan mengirimkan bungkusan anda dalam tempoh 2 hari bekerja.
Adakah ZenMarket menyediakan nombor penjejak untuk bungkusan saya?
Ya, semua bungkusan mempunyai nombor penjejak yang membolehkan anda untuk memantau proses penghantaran. Setelah bungkusan anda meninggalkan gudang kami, anda boleh memeriksa nombor penjejak melalui Tab Bungkusan di profil anda pada bahagian bungkusan. Sila pastikan anda sentiasa menyemak maklumat penjejakan anda secara berkala, kerana kami tidak dapat memantau bungkusan bagi pihak anda.
Untuk perkhidmatan pos (EMS, AVIA, AVIA Small, Surface), kami juga mengesyorkan anda menyemak halaman penjejakan perkhidmatan pos negara anda, kerana ia biasanya memberikan kemas kini yang lebih pantas dan terperinci. Untuk mencari halaman penjejakan tempatan, anda hanya perlu mencari di pelayar dengan menaip “nama negara anda” diikuti “postal service tracking”.
Untuk perkhidmatan kurier (seperti FedEx, DHL, UPS, ECMS), anda mungkin akan melihat kemas kini kastam atau tindakan tambahan yang diperlukan. Jika bungkusan anda ditahan di kastam, sila hubungi syarikat penghantaran atau pejabat kastam tempatan secepat mungkin.
Adakah anda menawarkan perkhidmatan pengukuhan bungkusan untuk barangan rapuh/mahal?
Ya! Secara lalai, kami akan menggabungkan item anda dan membungkusnya dengan selamat berdasarkan kerentanan, saiz, dan ciri-ciri lain. Dalam kebanyakan kes, bungkusan kami cukup kukuh untuk menahan keadaan penghantaran biasa. Walau bagaimanapun, jika bungkusan anda amat rapuh, berat, besar, dan/atau anda bimbang tentang keselamatan item anda, kami mengesyorkan penggunaan perkhidmatan pengukuhan kami. Dengan bayaran 1000JPY bagi setiap kotak, bungkusan anda akan diperkukuh dengan bahan pembungkusan dan pelapik tambahan yang lebih kuat, seperti menggunakan sudut kadbod yang keras yang dilekatkan dengan pita, kepingan *styrofoam*, kadbod berganda, dan/atau bahan pembungkusan tambahan lain yang dianggap sesuai.
Harap maklum bahawa pengukuhan adalah wajib untuk set meja putar, minuman berbotol, tembikar, dan barangan kaca tertentu.
Kami mengesyorkan penggunaan pengukuhan untuk item seperti seramik, peralatan audio dan optik, kamera dan lensa, alat muzik tanpa bekas keras, serta beberapa kategori lain.
Anda mungkin diminta oleh kakitangan gudang kami untuk menggunakan perkhidmatan pengukuhan untuk bungkusan tertentu jika mereka menganggapnya perlu.
Secara keseluruhan, kami mengesyorkan barangan berikut untuk perkhidmatan pengukuhan:
- Mesin terpakai yang tidak disertakan dengan bungkusan asal (contohnya: amplifier, pembesar suara, mesin jahit)
- Tembikar dan barangan seramik lain
- Bungkusan yang lebih berat daripada 10kg
- Barangan berharga tinggi
- Barangan rapuh lain
Adakah terdapat keburukan menggunakan perkhidmatan pengukuhan?
Bungkusan yang lebih kukuh tidak akan membawa keburukan! Walau bagaimanapun, penggunaan bahan pembungkusan tambahan akan menjadikan bungkusan lebih berat dan kadangkala lebih besar, yang mungkin mempengaruhi kos penghantaran antarabangsa. Sila gunakan budi bicara apabila memilih pengukuhan untuk barangan yang tidak rapuh.
Item yang biasanya tidak memerlukan pengukuhan:
- Pakaian
- Patung mainan lembut
- Buku
- Joran pancing (sebagai peraturan, ia biasanya dibungkus dengan selamat di dalam tiub kadbod yang kuat dan tidak boleh diperkukuh tambahan)
Harap maklum bahawa kakitangan gudang kami tidak dapat memulangkan yuran pengukuhan anda walaupun ia kemudiannya didapati tidak diperlukan.
Juga, harap maklum bahawa kami tidak membuka item baru/bersegel tanpa kebenaran anda. Jika anda ingin menambah perlindungan di dalam kotak item yang bersegel, sila buat permintaan dalam komen bungkusan.
Bolehkah saya menolak pengukuhan wajib?
Malangnya, tidak boleh. Pengalaman kami menunjukkan bahawa pembungkusan standard tidak mencukupi untuk melindungi item yang memerlukan pengukuhan wajib semasa pengangkutan antarabangsa. Walau bagaimanapun, jika item dalam bungkusan anda tidak termasuk dalam kategori pengukuhan wajib tetapi tersilap ditandakan sebagai demikian, sila hubungi sokongan pelanggan melalui mesej akaun anda sebelum membuat bungkusan.
Bolehkah saya meminta pengisytiharan khusus untuk barang saya?
Kami tidak menerima permintaan untuk menukar nama pengisytiharan atau kod HS. Walau bagaimanapun, jika nama pengisytiharan selepas pembungkusan adalah benar-benar salah, sila hubungi kami melalui tab Mesej.
Berikut adalah contoh lain permintaan yang tidak dapat kami penuhi:
- Mengisytiharkan barang baru sebagai "terpakai".
- Mengisytiharkan barang sebagai "hadiah", ZenMarket hanya boleh isytiharkan bungkusan sebagai "barangan dagangan".
- Menggunakan nama pengisytiharan yang salah atau tidak berkaitan untuk barang tersebut.
- Ubah nama yang diisyhtiharkan untuk merendahkan cukai.
Saya telah membuat bungkusan dan mengetahui kos pengiriman. Adakah saya masih boleh membuat apa-apa perubahan?
Jika anda ingin menukar kaedah pengiriman, anda boleh melakukannya secara percuma di tab "Bungkusan" di akaun anda. Tetapi jika anda ingin membuat pembungkusan semula, bayaran servis tambahan akan dikenakan.
Bayaran akan dikenakan untuk setiap kotak berdasarkan berat.
4,999g dan ke bawah - 1,000 JPY
5,000g ke 14,999g - 2,000 JPY
15,000g ke 29,999g - 3,000 JPY
30,000g dan ke atas - 4,000 JPY
Contohnya, jika anda membatalkan 2 kotak yang setiap satunya seberat 14kg, anda perlu membayar kos pembatalan sebanyak 4,000 JPY.
Adakah bungkusan saya mempunyai insurans untuk penghantaran antarabangsa? Berapakah caj insurans tersebut?
Semua bungkusan dengan jumlah kos kurang daripada 5,000,000 yen diinsuranskan tanpa caj tambahan, kerana caj insurans sudah termasuk dalam caj perkhidmatan (walaupun barang dibeli semasa kempen diskaun caj perkhidmatan).
Untuk bungkusan yang melebihi 5,000,000 yen, kami akan mengatur insurans khas dan menghubungi anda mengenai kosnya. Kami akan memilih agensi insurans sendiri untuk kes sebegini.
Saya masih belum menerima bungkusan. Apa yang patut saya lakukan?
Pertama sekali, sila semak status penjejakan bungkusan anda. Semua bungkusan ZenMarket diberikan nombor penjejakan, dan anda boleh melihat butiran penjejakan melalui Akaun Saya.
Jika bungkusan anda ditahan di kastam dan tidak bergerak selama beberapa hari, tindakan daripada pihak penerima mungkin diperlukan. Dalam kes ini, sila hubungi pejabat kastam tempatan atau syarikat penghantaran secara terus.
Jika status penjejakan tidak dikemas kini atas sebab yang tidak diketahui atau lokasi bungkusan tidak jelas, sila log masuk ke akaun anda dan hubungi kami melalui Mesej dengan menekan butang "Saya ada masalah".
Memandangkan bungkusan masih berkemungkinan dihantar, kami mohon anda menunggu sehingga tempoh di bawah berlalu sebelum menghubungi kami.
- FedEx, DHL, UPS, SF Express: 7 hingga 90 hari selepas tarikh penghantaran
- ZenExpress, ECMS: 30 hingga 90 hari selepas tarikh penghantaran
- EMS: 30 hingga 180 hari selepas tarikh penghantaran
- Airmail, Airmail Small Package: 45 hingga 180 hari selepas tarikh penghantaran
- Surface: 90 hingga 270 hari selepas tarikh penghantaran
Sila ambil perhatian bahawa siasatan mungkin mengambil sedikit masa.
Bungkusan saya rosak/tidak mempunyai item yang cukup. Apa yang patut saya lakukan?
Sila sediakan gambar berikut dan hubungi kami dalam masa 14 hari setelah anda menerima bungkusan anda melalui halaman ini. Anda boleh mengaksesnya melalui butang "Saya ada masalah" di tab "Mesej".
Sila nyatakan masalah anda dan hantarkan gambar berikut.
1. Gambar bungkusan (kotak dan bahan pembungkusan)
2. Gambar kerosakan item.
3. Gambar nombor ID bungkusan yang ditampal di kotak.
4. Gambar invois bungkusan.
Penting: Jika anda mendapati ada sebarang masalah selepas bungkusan sampai, sila pastikan kesemua bahan pembungkusan disimpan untuk membantu penyiasatan ZenMarket bagi memastikan kami mempunyai kesemua maklumat untuk selesaikan masalah anda secepat mungkin.
Sila ambil perhatian bahawa sesetengah kes kemungkinan tidak dilindungi oleh insurans. Jika masalah berlaku di luar waktu penghantaran (contohnya kerosakan kecil pada item yang dikategorikan sebagai "junk", kerosakan pada kotak produk, atau isu dengan fungsi item yang tiada kerosakan jelas pada luarannya).
Bungkusan saya telah ditahan di kastam. Apakah yang patut saya lakukan? Bagaimana saya boleh mendapatkan invois bungkusan?
Bungkusan anda telah ditahan di kastam negara anda. Pertama sekali, kami sarankan anda untuk menghubungi syarikat penghantaran untuk bertanya tentang apa yang perlu disediakan untuk bungkusan anda dan adakah invois bungkusan diperlukan atau tidak.
Anda boleh memuat turun invois bungkusan anda di Tab Bungkusan melalui butang "Invois".
【
Penghantaran ke Amerika Syarikat】
1. Dokumen tambahan mungkin diperlukan untuk UPS, FedEx, DHL, ECMS
Bergantung pada jenis produk, pihak kastam mungkin meminta dokumen tambahan. Jika dokumen yang sesuai tidak disediakan, bungkusan mungkin dikembalikan atau dilupuskan. Sila sahkan keperluan ini dengan pejabat kastam tempatan terlebih dahulu sekiranya perkara ini berlaku.
Contoh biasa:
- Pakaian, tekstil, beg, dompet – Butiran bahan, nama dan alamat pengeluar
- Kasut – Invois kasut
- Cermin mata/gelap – Sijil Drop Ball
- Jam tangan – Lembaran butiran jam tangan
- Pen – Borang TSCA
- Barangan kayu (alat muzik, pensel, dll.) – Deklarasi Tanaman dan Produk Tanaman
- Intan – Sijil Asal
- Tayar/rim – Borang HS-7
- Media video (DVD, Blu-ray, VHS, LD) – Deklarasi video
Nota: Dokumen ini mesti disediakan oleh pelanggan, dan kos akibat pengembalian atau pelupusan tidak ditanggung oleh insurans kami.
2. Formal entry mungkin diperlukan jika nilai penghantaran melebihi USD 2,500 Formal entry melibatkan dokumen tambahan dan kos pelepasan kastam yang lebih tinggi. Kastam AS memerlukan formal entry apabila:
- Satu bungkusan bernilai lebih daripada USD 2,500, atau
- Beberapa bungkusan untuk penerima yang sama tiba serentak (contohnya, dalam penerbangan yang sama) dan jumlah nilai melebihi USD 2,500.
Saranan: Pelanggan yang kerap menghantar barang disarankan merancang nilai penghantaran dengan sewajarnya bagi mengelakkan kos tambahan atau kelewatan yang tidak dijangka.
Pihak kastam meminta saya memberikan bukti pembayaran kos penghantaran dan pembelian item. Bagaimanakah saya boleh membuktikannya?
Disebabkan pembayaran di ZenMarket dilakukan melalui deposit, kami tidak boleh menyediakan invois untuk kos penghantaran sahaja. Anda boleh menyemak kos penghantaran yang telah dibayar melalui Bahagian Pembayaran dan ambil skrinshot.
Untuk pembelian item, anda boleh menghantar skrinshot atau link produk yang telah anda beli. Jika link produk tidak boleh diakses, sila hubungi kami.
Saya telah membayar cukai GST/VAT untuk bungkusan tetapi pihak kastam meminta saya membayarnya sekali lagi. Apakah yang patut saya lakukan?
Pertama sekali, sila muat turun invois bungkusan anda di Tab Bungkusan, kerana maklumat penting seperti GST/VAT tertulis di dokumen ini. Anda boleh menghantarkan invois ini pada kastam/syarikat penghantaran.
Sekiranya syarikat penghantaran tidak menerima pembayaran GST/VAT yang tertulis di invois tersebut, kami sangat sarankan anda untuk membuat pembayaran GST/VAT sekali lagi pada pihak kastam. Sila dapatkan salinan resit pembayaran dan hubungi kami melalui Tab Mesej. Setelah kami mengesahkan bahawa anda telah membuat pembayaran GST/VAT pada pihak kastam sekali lagi, kami akan memulangkan pembayaran cukai import GST/VAT yang anda telah buat pada ZenMarket.
Saya telah hantarkan bungkusan saya melalui perkhidmatan pos tetapi sepertinya bungkusan masih berada di Jepun. Apakah masalahnya?
Jangan risau. Jika kemas kini terakhir menunjukkan “Dispatch from outward office of exchange,” ini bermaksud bungkusan anda telah keluar dari Jepun dan sedang dalam perjalanan. Apabila ia tiba di negara anda, anda akan melihat status “Arrival at the inward office of exchange.”
Untuk maklumat lanjut mengenai penjejakkan Japan Post, sila lihat blog ini.
Kami juga mengesyorkan anda menyemak halaman penjejakkan perkhidmatan pos negara anda secara berkala, kerana ia mungkin memberikan kemas kini yang lebih pantas dan terperinci berbanding Japan Post selepas bungkusan tiba di negara anda. Untuk mencari halaman penjejakkan pos tempatan, hanya cari di pelayar anda “nama negara anda” diikuti dengan “postal service tracking”.
Untuk penghantaran EMS, anda juga boleh menjejak bungkusan anda menggunakan pautan ini untuk penjejakkan tempatan.
Bungkusan saya sedang dikembalikan atau saya ingin mengembalikannya ke Jepun. Apakah masalahnya?
Jika anda telah dimaklumkan bahawa bungkusan anda akan dikembalikan ke Jepun, sila hubungi kami dengan secepat mungkin.
Bergantung kepada kaedah penghantaran, caj pengembalian bungkusan boleh menjadi lebih mahal daripada kos penghantaran yang telah dibayar, jadi kami sarankan anda untuk menyelesaikan proses import di kastam jika boleh.
Jika anda ingin membantah sebab pemulangan, sila lakukannya di dalam jangka masa 14 hari setelah bungkusan tersebut sampai di gudang kami melalui halaman ini.
Anda boleh mengaksesnya melalui butang "Saya mempunyai masalah" di tab Mesej.
Bolehkah ZenMarket menerima bungkusan yang dipulangkan dan menghantarkannya sekali lagi kepada saya? Apakah caj yang akan dikenakan?
Ya, kami boleh menerima bungkusan anda dan akan menghubungi anda setelah bungkusan tersebut sampai di gudang kami.
Selepas kami membungkus semula bungkusan tersebut, kami akan menghantarkannya sekali lagi; tetapi anda juga perlu membayar kos penghantaran sekali lagi.
Jika anda ingin membungkus semula bungkusan tanpa membuat perubahan, caj pembungkusan adalah 1,000 JPY.
Jika anda mahu membuang atau menambahkan barang, kami akan caj pembatalan/pembungkusan semula berdasarkan berat bungkusan yang dikembalikan.
Amalan yang Baik
- Buat pembelian barangan berlainan dari satu kedai online Jepun sahaja untuk mengurangkan kadar pengiriman
tempatan dalam Jepun.
- Gunakan alamat rumah anda dan bukan alamat pejabat anda untuk pengiriman.
- Semak cukai kastam negara anda serta had saiz/berat setiap kaedah pengiriman terlebih dahulu.
Masih mempunyai pertanyaan?
Sila hubungi kami. Kami sentiasa bersedia untuk
membantu anda.