Carian dihidupkan, Tukar kedai
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Kelebihan perkhidmatan kami

Mudah


Satu troli untuk Jepun
Anda boleh membuat kesemua pembelian Jepun anda melalui ZenMarket kerana kami berurusan dengan hampir kesemua kedai dan jualan lelong online di Jepun.Kami telah menyatukan laman-laman beli-belah terbesar di Jepun: Rakuten, Amazon dan Yahoo!Auctions. Selain itu, anda juga boleh memasukkan barangan dari laman web lain yang boleh dibeli secara online ke dalam troli beli-belah anda dengan mudah. Anda hanya perlu memasukkan pautan URL halaman produk berkenaan ke dalam troli beli-belah dan kami akan menguruskan yang selebihnya.

Bidaan masa nyata di Yahoo
Melalui ZenMarket, anda boleh membuat bidaan masa nyata di laman web jualan lelong terbesar di Jepun, Yahoo!Auctions.

Kami membantu anda mencari barangan
Walaupun fungsi terjemahan automatik ke dalam bahasa Melayu sudah tersedia, kadang kala sukar untuk mencari barangan yang tepat sekiranya anda tidak pasti nama barangan tersebut dalam bahasa Jepun. Jadi, kami sentiasa bersedia untuk membantu carian anda.

Kami isikan dokumen pengiriman anda
Kami isi dan sediakan semua dokumen pengiriman yang diperlukan bagi pengesahan kastam untuk anda secara percuma.

Pengurusan penyimpanan barangan yang fleksibel
Anda boleh simpan barangan anda di gudang kami secara percuma selama 60 hari. Anda juga boleh uruskan penyimpanan tersebut dengan menetapkan bila barangan anda perlu dibungkus serta ke mana bungkusan anda perlu dihantar.

Berbaloi


Caj perkhidmatan yang rendah dan sama rata
Caj perkhidmatan kami adalah sama rata dan mudah. Kami cuma mengecaj 500 JPY untuk setiap jenis item yang dibeli. Contohnya, jika anda membeli dua helai T-shirt yang sama, caj perkhidmatan kami masih lagi 500 JPY. Tetapi, sekiranya anda membeli dua helai T-shirt yang berbeza, kami akan mengenakan caj perkhidmatan untuk setiap helai (1000 JPY).

Penggabungan dan pembungkusan semula tanpa sebarang kos tambahan
Penggabungan barangan untuk pengiriman adalah termasuk dalam caj perkhidmatan kami. Melalui ZenMarket, anda boleh menjimatkan kos pengiriman antarabangsa sekiranya anda membuat pembelian di beberapa buah kedai yang berlainan.

Insurans pengiriman percuma
Kami akan membayar insurans pengiriman anda sekiranya anda menggunakan EMS, Avia atau SAL. Bagi FedEx dan kaedah pengiriman lain, jika perlu, anda boleh memilih untuk mengambil insurans yang akan dicaj secara berasingan.

Kaedah pengiriman yang fleksibel
Walaupun EMS merupakan kaedah pengiriman yang popular, EMS Jepun tidak membuat pengiriman ke semua negara. Oleh itu, kami menggunakan pelbagai jenis kaedah pengiriman untuk memastikan setiap pembelian anda dapat dihantar ke mana-mana alamat di seluruh dunia.

Anda tentukan kadar pertukaran matawang
Setiap item di ZenMarket dikira dalam yen Jepun. Anda boleh membuat pembayaran dalam JPY, atau apa jua matawang yang boleh ditukar ke JPY menurut kadar pertukaran matawang bank anda.

Diyakini


Reputasi sempurna
Ribuan pelanggan telah menggunakan perkhidmatan kami, dan hampir kesemua mereka memberikan kami kadar kepuasan yang tinggi dalam testimoni mereka.

Pembungkusan yang selamat
Kedai online Jepun biasanya tidak membuat pembungkusan yang kukuh kerana perkhidmatan penghantaran domestik di Jepun mengendalikan bungkusan dengan cermat dan berhati-hati.  Untuk pengiriman antarabangsa, pembungkusan sedemikian tidak mencukupi untuk mengelakkan kerosakan. Kami akan membungkus semula barangan anda dengan selamat secara percuma untuk memastikan ianya cukup kukuh untuk melalui pengiriman antarabangsa dengan risiko minimum.

Khidmat pelanggan
Pegawai khidmat pelanggan kami bekerja selama 6 hari dalam seminggu untuk menjawab segala pertanyaan anda.

Foto sebelum pengiriman
Sebelum membuat pengiriman antarabangsa, untuk memastikan keadaan barangan yang anda telah beli, kami boleh mengambil gambar barangan tersebut dan menghantarnya kepada anda. Caj tambahan untuk perkhidmatan pilihan ini adalah sebanyak 500 JPY. Anda boleh memilih perkhidmatan ini semasa membuat pesanan.

Ketelusan
Anda boleh menyemak kesemua butiran perbelanjaan anda: kesemua harga serta operasi berkaitan dengan barangan anda boleh dilihat melalui akaun ZenMarket anda.