Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16.04 4PM - 20.04 APRIL 4PM JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Barangan Larangan

Item TERLEBIH BESAR dan TERLEBIH BERAT
Item mudah meletup dan mudah terbakar
Barangan haram (dadah, pistol/senapang, harta benda budaya)
Tumbuhan, haiwan, bakteria dan jenis-jenis flora dan fauna yang lain
Item-item yang disenaraikan dalam bahagian ini tidak boleh dibeli dan dihantar ke destinasi Pengguna. Pengguna bertanggungjawab untuk memeriksa dan memastikan bahawa produk yang dimasukkan ke troli beli-belah mereka tidak termasuk dalam kategori yang dinyatakan di bawah ini. Pengguna yang membuat bidaan terhadap item yang tidak boleh dibeli dan dikirimkan ke destinasi mereka perlu bertanggungjawab penuh terhadap sebarang kerugian yang berlaku akibat tindakan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kos harga item, caj perkhidmatan, caj perbankan, caj gerbang bayaran, caj pelupusan, kadar pengiriman tempatan dan lain-lain.

1. Item TERLEBIH BESAR dan TERLEBIH BERAT

Sebelum membuat bidaan, Pengguna mesti memastikan bahawa saiz dan berat produk tidak melebihi had saiz dan berat yang ditetapkan oleh syarikat pengiriman yang digunakan oleh kami iaitu Japan Post, EMS-Japan, UPS dan FedEx.

a. Kami boleh mengirimkan item dengan panjang melebihi 150cm hanya dengan FedEx, DHL dan UPS. (Jika perkhidmatan FedEx, DHL dan UPS tidak terdapat di negara anda, elakkan pembelian item sedemikian.)

b. Kami boleh mengirimkan item dengan berat melebihi 30kg hanya dengan FedEx dan UPS. (Jika perkhidmatan FedEx dan UPS tidak terdapat di negara anda, elakkan pembelian item sedemikian.)

Contoh produk yang tidak boleh dikirimkan kerana melebihi had saiz dan berat: automobil, motosikal, mesin berat, bot, dll.

2. Item mudah meletup dan mudah terbakar

Sesetengah barangan adalah dilarang di sisi undang-undang untuk dihantar melalui mel udara. Item-item tersebut termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:

a. Apa-apa jenis cecair yang mudah terbakar (Gasolin, minyak, alkohol, dll)

b. Apa-apa jenis spray atau udara dan gas yang dimampatkan

c. Apa-apa jenis gas

d. Apa-apa produk lain yang dilarang daripada dihantar melalui mel udara

e. Apa-apa jenis produk berbahaya, yang mungkin boleh membahayakan kehidupan dan kesihatan manusia

f. Untuk kebanyakan negara, alkohol, minuman beralkohol, minyak wangi yang mengandungi alkohol, dll.

Contoh produk lain yang tidak boleh dikirimkan: mancis, cecair mancis, tablet bahan api kering, cat yang mudah terbakar, spray deodoran, spray aroma, jaket keselamatan kembung sendiri, dll.

3. Barangan haram

a. Kesemua jenis produk yang dilarang daripada eksport dari Jepun atau ke negara destinasi adalah tidak boleh dibeli dan dikirimkan.

b. Item yang boleh menjejaskan keharmonian dan moraliti awam

c. Apa-apa jenis item yang boleh menyebabkan atau menggalakkan kegiatan jenayah

d. Apa-apa jenis produk dewasa yang haram atau produk yang boleh menggalakkan keganasan dll

e. Apa-apa jenis produk yang mungkin mencabuli harta benda intelektual pihak ketiga atau menjejaskan maruah dan privasi pihak ketiga

f. Apa-apa jenis produk yang boleh menjejaskan hak-hak lain pihak ketiga

g. Apa-apa jenis item yang ditakrifkan sebagai tidak wajar oleh ZenMarket

Contoh produk yang tidak boleh dikirimkan: pistol/senapang, serbuk letupan, bahagian pistol/senapang, sebarang jenis senjata, objek seni (lukisan, arca, senjata, dll) yang telah dijadikan sebagai Harta Benda Budaya Jepun, dadah yang memerlukan preskripsi, dadah haram, dadah Psikoaktif.

4. Tumbuhan, haiwan, bakteria dan jenis-jenis flora dan fauna yang lain

a. Apa-apa jenis hidupan atau tumbuhan yang tidak dibenarkan untuk pengiriman antarabangsa adalah tidak boleh dibeli. Ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada haiwan, reptilia, serangga, organisme satu sel, bakteria, tumbuhan, plants, fungi dan apa-apa organisme hidup yang lain.

Contoh produk yang tidak boleh dikirimkan: biji benih, tanaman, cendawan, bahan bio-aktif.

Barangan larangan (bersyarat)

1. Item yang mengandungi bateri lithium-ion

Kebanyakan peranti elektronik mudah alih menggunakan jenis-jenis bateri lithium-ion. Bateri li-ion adalah mudah terbakar jika tidak dikendalikan sewajarnya, jadi terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk pengiriman.

Contoh: telefon mudah alih, komputer laptop, tablet, konsol permainan mudah alih (portable game console), peranti e-book, power bank, kamera digital, berus gigi elektrik, fon telinga (earphone)Bluetooth, jam tangan

Kami tidak dapat mengirimkan:

  1. Bateri berasingan yang tidak dimasukkan atau tidak terbina dalam peranti
  2. Ini termasuklah apa-apa jenis peranti berupa pengecaj mudah alih.
    Contoh: bateri ganti untuk komputer laptop/kamera digital, power bank, bekas pengecaj (charge case) untuk fon telinga Bluetooth, e-cigarettes, dll.
  3. Peranti dengan bateri yang kadar watt-jam melebihi 100 Wh.
  4. Contoh: e-bicycle, gergaji rantai (chainsaw), peti sejuk mudah alih, dll.

Untuk kes selebihnya:

  1. Jika penghantaran menggunakan ZenExpress, EMS, Airmail atau ECMS Express, tidak lebih daripada 2 bateri li-ion bagi setiap kotak dibenarkan untuk sesetengah negara.
  2. Jika penghantaran menggunakan UPS, FedEx atau DHL, tidak lebih daripada 5 kg bateri li-ion bagi setiap kotak dibenarkan.
  3. Dalam kes-kes tertentu, gudang kami akan mengehadkan berat kotak kepada 6 kg per kotak untuk bungkusan yang mengandungi beberapa bateri lithium (1 kg ekstra dibenarkan untuk berat bahan pembungkusan). Jumlah kotak per bungkusan tidak dihadkan.
  4. Bagi pengiriman ke Jerman, Itali, Mesir, Arab Saudi, Laos, Mongolia:
  5. - EMS dan Airmail tidak dapat digunakan untuk bungkusan yang mengandungi bateri li-ion.
    - sekurang-kurangnya, satu daripada pilihan UPS, FedEx dan DHL boleh digunakan (sila hubungi kami untuk maklumat lanjut).
  6. Untuk pengiriman melalui mel biasa (surface mail), syarat pengiriman adalah lebih ketat daripada mel udara (airmail). Bateri li-ion tidak dapat dikirimkan ke beberapa buah negara (Amerika Syarikat, Australia, Singapura, dan lain-lain), jadi sila semak jika negara anda ada dinyatakan pada kolum “Surface mail” di halaman 3 dalam senarai berikut sebelum memasukkan item yang mengandungi bateri li-ion ke dalam bungkusan mel biasa.

Pengendalian Produk dengan Syarat Penghantaran

Terdapat produk yang kami tidak boleh menghantar kepada pelanggan melainkan syarat-syarat khusus untuk penghantaran antarabangsa dipenuhi. Di bawah adalah butiran-butiran syarat-syarat ini dan senarai produk tipikal dengan sekatan penghantaran sedemikian. Sila semak keperluan-keperluan ini sebelum membuat pembelian atau pembidaan, dan pastikan anda memahaminya dengan sepenuhnya.

Syarat-syarat Penghantaran

  1. Kaedah Penghantaran Terhad ⚠
    Kaedah penghantaran produk adalah terhad (contohnya, hanya DHL boleh digunakan, Mel Antarabangsa tidak boleh digunakan, dan lain-lain). Sila gunakan Kalkulator Kos Penghantaran untuk memeriksa terlebih dahulu kaedah penghantaran yang disediakan, kos, dan anggaran jangka masa penghantaran.
  2. Lesen Import Diperlukan 📝
    Untuk sebahagian produk, anda mungkin memerlukan lesen import atau prosedur import lain di pihak anda. Sila semak dengan terperinci dan sahkan sendiri sama ada pengimportan boleh dilakukan. Sila fahami terlebih dahulu bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang pemulangan atau pelupusan bungkusan jika ia tidak boleh diimport.
  3. Pembukaan/Unsealing Perlu Dilakukan 📦
    Untuk mengesahkan kandungan produk, kami mungkin perlu membukanya dan menanggalkan seal setelah produk tersebut sampai di gudang kami. Sila berhati-hati jika anda membeli barang-barang yang dikategorikan sebagai hadiah atau koleksi dan bimbang tentang keadaan pembungkusan kilang.
  4. Pembuangan Sebahagian Produk Perlu Dilakukan 🚮
    Untuk produk-produk yang mengandungi bahagian-bahagian yang tidak dapat dihantar ke luar negara, kami akan membuang bahagian tersebut sahaja. Sila ambil perhatian bahawa pembuangan memerlukan bayaran, bermula dari 300 yen setiap kilogram (atau 300 yen setiap bateri), dan jika kerja tambahan diperlukan, bayaran pemprosesan bermula dari 1000 yen setiap 15 minit (untuk lebih banyak butiran, lihat di sini). Walau bagaimanapun, pembuangan yang sepadan dengan dua syarat berikut boleh dilakukan secara percuma sebagai pengecualian jika:
    • Pembuangan tidak memerlukan pengetahuan khusus atau manual dan boleh dilakukan tanpa peralatan dalam masa kurang daripada 5 minit.
    • Lampiran kecil untuk penyelenggaraan yang termasuk dalam produk (seperti pelincir, minyak, vernis, pelekat, ejen lapisan, dll.) dalam jumlah yang sedikit. Contoh-contoh tipikal adalah pelincir dalam reel, minyak dan rosin dalam alat muzik, pelekat gam dalam puzzle dan model plastik.

Senarai Tipikal Produk dengan Syarat Penghantaran

Sila ambil perhatian bahawa jika anda diarahkan ke jadual berikut dan meneruskan pembelian atau pembidaan untuk produk-produk yang disenaraikan di dalamnya, kami akan menganggap bahawa anda telah memeriksa dan menerima semua syarat-syarat tersebut.

Produk Syarat-syarat Butiran
Earphone Tanpa Wayar
(dengan kotak cas)
⚠ Kaedah Penghantaran Terhad Hanya UPS, FedEx, dan DHL boleh digunakan.
📦 Pembukaan Diperlukan Perlu memeriksa keadaannya.
Minuman dengan kandungan alkohol melebihi 24% ⚠ Kaedah Penghantaran Terhad Hanya DHL boleh digunakan.
📝 Lesen Import Sila semak dengan DHL negara anda untuk memastikan produk boleh diimport atau tidak.
Produk dengan kandungan yang tidak diketahui (seperti beg misteri) 📦 Pembukaan Perlu Dilakukan Kandungan barang perlu diperiksa untuk memastikan tiada barang larangan dan deklarasi item yang betul dapat dibuat untuk penghantaran antarabangsa.
🚮 Pembuangan Sebahagian Perlu Dilakukan Jika bungkusan mengandungi barang-barang yang tidak boleh dihantarkan, pembuangan diperlukan.
Wang tunai, syiling & duit
(termasuk syiling peringatan)
⚠ Kaedah Penghantaran Terhad Hanya mel melalui udara dan mel laut boleh digunakan.
Muffler yang telah digunakan ⚠ Kaedah Penghantaran Terhad Perkhidmatan Mel Antarabangsa (EMS, Mel Udara (termasuk bungkusan kecil), dan Mel Laut) TIDAK boleh digunakan.
Pistol model
bersama peluru (kartrij)
🚮 Pembuangan Sebahagian Diperlukan Peluru tidak boleh dihantar ke luar negara, dan akan dibuang setibanya di gudang.
Reel pancing
(dengan pelincir, minyak)
🚮 Pembuangan Sebahagian Diperlukan Pelincir atau minyak yang disertakan akan dibuang.
Model plastik
(dengan pelekat, lapisan coating)
🚮 Pembuangan Sebahagian Diperlukan Pelekat atau lapisan coating yang disertakan akan dibuang.