Ringkasan Caj ZenMarket
-
Caj Produk dan Barangan Lelong
Caj barangan anda termasuk GST 10% di Jepun
Sentiasa bayar
-
Caj perkhidmatan ZM 500¥/Barang
Meliputi sokongan pelanggan, pembelian, konsolidasi, insurans penghantaran
Sentiasa bayar*
-
Caj Deposit (mulai dari 1%)
Termasuk caj gerbang bayaran seperti PayPal/Alipay
Sentiasa bayar
-
Caj penghantaran dalam Jepun
Caj penghantaran dalam Jepun bagi sesetengah produk adalah PERCUMA
Kadang-kadang bayar
-
Caj penghantaran antarabangsa
Cukai kastam Caj kastam mungkin dikenakan setibanya bungkusan di negara tujuan.
Sentiasa bayar
Anda sentiasa bayar: harga barang, caj perkhidmatan ZenMarket (500 Yen per item), kadar penghantaran antarabangsa, caj deposit wang.
Anda kadang-kadang bayar: Kos penghantaran di dalam Jepun bergantung kepada penjual, terdapat caj pengendalian 10% jika membeli barangan tidak ketara, insurans penghantaran khas untuk bungkusan bernilai tinggi.
Anda tidak perlu bayar: Caj pemindahan bank di dalam Jepun, untuk pembungkusan awal dan konsolidasi bungkusan anda, insurans penghantaran untuk bungkusan di bawah 5 juta yen, untuk mengajukan soalan dan menghubungi penjual.
Pilihan:
- Gambar Item Sebelum Penghantaran: 500 Yen per item.
- Caj Penyimpanan Lebih 60 Hari: 50 Yen setiap hari per item.
- Ubah Suai Isi Bungkusan Selepas Bungkusan Siap: 1000-4000 Yen per kotak (dicaj untuk pembatalan atau pembungkusan semula).
- Caj Pembatalan Pembelian (selepas sampai di gudang): 1000 Yen (hanya jika penjual menerima pemulangan). *Barangan JDirectItems Auction, Mercari atau Rakuma adalah tidak termasuk.
-
Caj pelupusan (penuh atau sebahagian):
- 300 Yen per kilo
- 1000 yen per 15 minit kerja tambahan mungkin termasuk
- Pelupusan bateri: 300–3200 JPY per unit (bergantung pada jenis bateri)
Sila gunakan Kalkulator Caj kami untuk menganggarkan jumlah kos keseluruhan.
Adakah saya perlu membayar untuk pendaftaran di ZenMarket?
Tidak, pendaftaran adalah percuma. Kami tidak mengenakan caj pendaftaran atau keahlian.
Berapa kadar caj perkhidmatan ZenMarket?
Kami cuma mengecaj 500 JPY per item tanpa mengira kuantiti item yang sama atau harga sesuatu item. Jika anda membeli 3 T-shirt yang sama (rekaan, warna, saiz dll), caj perkhidmatan kami masih lagi 500 JPY. Tetapi jika anda membeli T-shirt yang berbeza saiz atau warna, caj perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap satu item dan dalam kes ini, anda perlu membayar 1500 JPY.
Apakah yang termasuk dalam caj perkhidmatan ZenMarket?
Secara lalai, caj perkhidmatan ZenMarket merangkumi pembelian barang, konsolidasi bungkusan awal, insurans penghantaran untuk bungkusan di bawah 5,000,000 yen, dan juga caj bank domestik.
Apakah yang TIDAK termasuk dalam caj perkhidmatan ZenMarket?
Selain daripada servis yang dinyatakan di bahagian "Ringkasan Caj ZenMarket" di atas, caj perkhidmatan ZenMarket tidak termasuk dengan pemeriksaan barang secara teliti setelah ianya sampai di gudang. Sila gunakan Servis Foto untuk memeriksa jika item anda adalah seperti yang diiklankan, terutamanya jika ianya dibeli dari JDirectItems Auction, Mercari, atau Rakuten Rakuma. Sila anggap bahawa sebarang pemeriksaan yang memerlukan masa lebih daripada 3 minit oleh bukan pakar tidak termasuk dalam servis dan memerlukan caj tambahan.
Sila turut semak “Apakah yang tidak dilakukan oleh ZenMarket?” untuk mengetahui apakah yang tidak termasuk dalam caj ini.
Saya ingin membeli beberapa barangan daripada kedai-kedai online yang berbeza. Berapakah caj yang ZenMarket kenakan untuk penggabungan bungkusan?
Penggabungan bungkusan awal adalah percuma.
Adakah sebarang kos tambahan semasa membuat deposit?
Ya, kos tambahan mungkin dikenakan bergantung kepada kaedah pembayaran yang anda pilih. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke
halaman deposit.
Jika anda membuat deposit melalui pemindahan wang antarabangsa, harap maklum bahawa kos bank tempatan dan kos penukaran mata wang mungkin juga dikenakan.
Oleh kerana kos ini ditentukan oleh bank tempatan dan di luar kawalan kami, kami dengan hormat meminta anda untuk memeriksa dengan bank anda untuk butiran lanjut.
Saya mahu semak barang saya sebelum ianya dihantar kepada saya. Bolehkah ZenMarket tangkapkan gambar barang saya?
Perkhidmatan fotografi adalah perkhidmatan pilihan dan dikenakan bayaran sebanyak 500 yen bagi setiap item. Kami akan mengambil 3 gambar item dan menghantarnya kepada anda untuk mengesahkan keadaan item tersebut (ikon kamera akan muncul di sebelah item). Perkhidmatan ini hanya tersedia selepas item dibeli. Sekiranya anda melihat sebarang perkara yang membimbangkan dalam gambar tersebut, sila hubungi kami sebelum item dihantar ke alamat anda.
Anda boleh meninggalkan permintaan ringkas yang menyatakan bagaimana gambar harus diambil.
Di bawah adalah panduan bagaimana kami mengendalikan permintaan servis foto:
Apa yang kami boleh lakukan:
- Ambil gambar dekat bahagian tertentu item (kecacatan utama, kod QR atau nombor siri)
- Memakai sarung tangan semasa sesi fotografi
- Ambil 5 gambar tambahan dengan bayaran tambahan 500 JPY
Apa yang kami boleh cuba:
- Posisikan item supaya ianya nampak sama seperti dalam gambar iklan penjual
- Ambil gambar di sebelah pita pengukur
Apa yang kami tidak boleh lakukan:
- Tangkap gambar dengan flash
- Ambil video
- Buka atau pisahkan item sebelum mengambil gambar
- Periksa jika item berfungsi atau tidak
Sila ambil perhatian bahawa jika permintaan anda terlalu rumit atau memakan masa, caj tambahan sebanyak 1,000 JPY bagi setiap 15 minit mungkin dikenakan.
Saya ingin membuatkan bungkusan saya benar-benar kukuh. Berapakah caj yang dikenakan?
Kami menggabungkan dan membungkus barangan anda secara percuma dengan mengambil kira saiz serta ketahanan setiap barang. Biasanya, bungkusan kami sudah sedia kukuh untuk berhadapan dengan pelbagai situasi semasa penghantaran dilakukan. Namun begitu, sekiranya bungkusan anda besar dan berat, dan/atau anda risau tentang keselamatannya, kami mengesyorkan anda mengambil perkhidmatan pengukuhan bungkusan kami dengan bayaran 1000 yen per kotak. Bungkusan anda akan diperkukuhkan lagi dengan karton bucu padat yang keras dan/atau pelbagai cara lain yang bersesuaian (maklumat lanjut di sini).
Sila maklum bahawa kami tidak akan membuka barangan baharu tanpa keizinan anda. Jika anda ingin melindungi item di dalam kotak yang belum dibuka, sila buat permintaan tersebut di ruangan komen bungkusan.
Saya telah membuat bungkusan dan mengetahui kos penghantaran. Adakah saya masih boleh membuat apa-apa perubahan?
Jika anda ingin menukar kaedah penghantaran, anda boleh melakukannya secara percuma di tab "Bungkusan" di akaun anda. Tetapi jika anda ingin membuat pembungkusan semula, bayaran servis tambahan akan dikenakan.
Bayaran akan dikenakan untuk setiap kotak berdasarkan berat.
4,999g dan ke bawah - 1,000 JPY
5,000g ke 14,999g - 2,000 JPY
15,000g ke 29,999g - 3,000 JPY
30,000g dan ke atas - 4,000 JPY
Contohnya, jika anda membatalkan 2 kotak yang setiap satunya seberat 14kg, anda perlu membayar kos pembatalan sebanyak 4,000 JPY.
Berapa lamakah saya boleh menyimpan barangan saya di gudang ZenMarket secara percuma? Adakah caj penyimpanan akan dikenakan?
Anda boleh menyimpan barangan anda di gudang kami secara percuma selama 60hari. Pada jam 7 petang JST setiap hari, barangan anda akan diperiksa oleh sistem automatik kami, dan jika didapati bahawa barangan anda telah melebihi 60 hari, caj penyimpanan ekstra sebanyak 50 yen akan mula dikenakan per item setiap hari (satu hari dikira setiap 24 jam bermula dari masa barangan tiba di gudang kami). Sila ambil perhatian bahawa caj akan dikenakan selagi item anda berada di gudang kami secara fizikal. Maksudnya sekiranya anda membuat bungkusan pada hari ke 60, caj akan terus dikenakan sehinggalah bungkusan anda dihantar. Kami selalunya mengambil masa 2~ hari untuk memproses bungkusan anda sepenuhnya. Sila fahami maklumat ini untuk membuat anggaran dan merancang pembuatan bungkusan anda. Secara keseluruhan, termasuk tempoh penyimpanan percuma, anda boleh menyimpan barangan anda di gudang kami selama 90 hari. Setelah itu, barangan anda akan dilupuskan tanpa sebarang pampasan.
Cara untuk menerima pampasan bagi barangan yang rosak atau masalah lain?
Sekiranya ZenMarket menghantar item yang salah atau item anda rosak ketika dikendalikan oleh staf ZenMarket, kami akan menawarkan pilihan pampasan kepada anda. Sekiranya penjual menghantar barangan yang salah atau rosak, pampasan penuh atau separuh akan dibuat hanya apabila penjual bersetuju untuk memberikannya. Selalunya, penjual akan meminta anda memulangkan barangan tersebut dan akan diganti dengan barangan baharu. Dalam kes ini, mereka hanya akan menanggung kadar penghantaran dalam kawasan Jepun sahaja. Sekiranya anda membeli barangan terpakai dari JDirectItems Auction, Mercari, atau Rakuma, biasanya tiada pampasan akan diberikan. Sekiranya item anda hilang atau rosak ketika penghantaran antarabangsa, pampasan akan dipertimbangkan berdasarkan polisi insurans syarikat kami.
Bolehkah saya membatalkan bidaan atau pembelian item saya? Adakah saya perlu membayar sebarang caj pembatalan?
Anda tidak boleh membatalkan bidaan anda atau item yang telah dibeli atas apa sebab sekalipun.
Bolehkah saya membatalkan pembelian dari Rakuma atau Mercari? Saya telah berubah fikiran.
Selepas anda membuat pembayaran, pembatalan tidak dapat dilakukan atas apa jua sebab. Ini termasuk dengan item yang mempunyai status “menunggu pembelian” dan “menunggu pengesahan penjual".
Anda boleh membatalkan item anda sebelum pembayaran dengan mengeluarkannya daripada troli anda.
Bolehkah saya membatalkan pembelian item daripada kedai-kedai online SEBELUM ianya dihantar ke gudang ZenMarket? Adakah saya perlu membayar caj pembatalan?
Anda boleh membatalkan item yang telah dibeli daripada kedai-kedai online sebelum ianya dihantar ke gudang kami hanya apabila penjual bersetuju untuk berbuat demikian. Dalam hal sebegini, caj pembatalan tidak dikenakan.
*Item daripada lelong JDirectItems, Rakuma, dan Mercari tidak termasuk.
Sila maklum bahawa polisi pembatalan item ZenPlus adalah berbeza, (sila lihat di sini).
Bolehkah saya membatalkan pembelian item daripada kedai-kedai online SETELAH ianya dihantar ke gudang ZenMarket? Adakah saya perlu membayar caj pembatalan?
Anda boleh membatalkan item yang telah dibeli daripada kedai-kedai online sebelum ianya dihantar ke gudang kami hanya apabila penjual bersetuju untuk berbuat demikian dan anda mempunyai sebab yang munasabah untuk membatalkan item. Dalam hal sebegini, anda perlu membayar caj pembatalan sebanyak 1000 yen kepada ZenMarket per item, caj penghantaran dalam kawasan Jepun untuk penghantaran semula kepada penjual serta bayaran lain yang mungkin diminta oleh penjual. Caj perkhidmatan ZenMarket sebanyak 500 Yen untuk item yang dibatalkan akan dipulangkan ke akaun anda.
*Permintaan pembatalan untuk item Rakuma atau Mercari akan dipertimbangkan jika pelanggan menambah "Servis Foto" dan mendapati terdapat kerosakan ketara pada item di dalam gambar. Sila ambil perhatian bahawa selepas item sampai di gudang, kami hanya boleh berkomunikasi dengan penjual untuk tempoh masa yang terhad (dua minggu untuk Mercari, satu minggu untuk Rakuma) disebabkan oleh struktur platform masing-masing.
Bolehkah saya membatalkan pembelian item daripada kedai-kedai online setelah ianya sampai di alamat saya?
Anda boleh membatalkan pembelian item daripada kedai-kedai online setelah ianya sampai di alamat anda hanya apabila penjual bersetuju untuk berbuat demikian dan anda mempunyai sebab yang munasabah untuk membatalkan item. Dalam hal sebegini, anda perlu membayar caj pembatalan sebanyak 1000 yen kepada ZenMarket per item, caj penghantaran antarabangsa dan tempatan untuk penghantaran semula kepada penjual serta bayaran lain yang mungkin diminta oleh penjual. Caj perkhidmatan ZenMarket sebanyak 500 Yen untuk setiap item yang dibatalkan akan dipulangkan ke akaun anda. Kebanyakan kedai hanya menerima pengembalian barang dalam tempoh yang terhad, jadi, sila buat pengembalian hanya jika anda mempunyai masa yang mencukupi untuk bungkusan anda tiba di Jepun, melalui prosedur pembatalan serta penghantaran tempatan.
Bolehkah saya membeli barang tak ketara (kod, kata laluan, akaun permainan video dll)?
Jika anda ingin membeli barangan tak ketara seperti kod, kata laluan, akaun permainan video dan sebagainya yang tidak dapat dihantar melalui pos, kami akan mengenakan caj tambahan sebanyak 10% daripada harga sesebuah item.
Kepada pelanggan di Australia
Bermula dari 1 Julai 2018, undang-undang Cukai Australia yang baharu telah berkuatkuasa dan kami dikehendaki untuk mengutip 10% GST untuk semua bungkusan yang dihantar ke Australia dengan jumlah nilai sebanyak 1,000 AUD ke bawah.
Sila ambil perhatian bahawa GST akan dikenakan terhadap bungkusan dengan nilai perisytiharan bersamaan dengan atau lebih rendah daripada 1,000 AUD. Sekiranya berkenaan, cukai tersebut akan dikenakan pada masa sama dengan kadar penghantaran antarabangsa.
Bagi barangan bernilai tinggi (lebih daripada 1,000 AUD), peraturan kastam dan proses pembayaran GST masih tidak berubah dan akan diproses dan dikenakan oleh pejabat kastam di Australia.
Kepada Pelanggan Eropah
Menurut undang-undang cukai Eropah baharu yang telah berkuatkuasa mulai 1 Julai 2021, pelanggan boleh memilih untuk membuat pembayaran VAT/GST di awal untuk sebarang bungkusan yang dihantar ke Eropah dengan jumlah nilai setara dengan 150 EUR atau kurang.
Sila ambil maklum bahawa GST ini berlaku bagi bungkusan yang dihantar daripada 22 September 2021. Apabila cukai ini dikenakan, pembayarannya akan ditolak secara bersamaan dengan pembayaran caj penghantaran antarabangsa.
Bagi bungkusan yang bernilai tinggi (di atas 150 EUR dan ke atas), tidak ada perubahan pada undang-undang pembayaran cukai impor, dan pembayaran cukai import akan dibuat seperti biasa di pejabat kastam tempatan apabila bungkusan anda tiba di Eropah.
Masih mempunyai pertanyaan?
Hubungi kami. Kami sentiasa bersedia membantu anda.