Apa itu ZenMarket?
ZenMarket merupakan perkhidmatan beli-belah. Kami membantu anda untuk membeli dari kedai-kedai serta lelongan online Jepun.
Mengapa anda perlu menggunakan ZenMarket?
- ZenMarket akan menyelesaikan masalah anda berkaitan pembelian barangan dari Jepun.
- Pembelian melalui ZenMarket adalah lebih murah.
Bagaimana untuk membuat pembelian di pasaran online?
1. Masukkan item ke Troli Beli-belah
Masukkan URL item dari mana-mana pasaran online ke Troli Beli-belah anda dan buat pesanan.
2. Dapatkan sebut harga
ZenMarket akan mengesahkan harga dan ketersediaan item.
3. Buat pembayaran item
Setelah harga disahkan, anda boleh membuat pembayaran item anda.
4. Tunggu beberapa hari
ZenMarket akan membeli item anda dari kedai yang anda pilih. Biasanya, item anda akan sampai di gudang kami dalam tempoh 2 hingga 3 hari.
Sila ambil perhatian bahawa penghantaran akan mengambil masa yang lebih lama jika anda membuat pesanan item yang telah kehabisan stok.
Selain itu, tarikh yang dipaparkan di akaun anda hanyalah anggaran, tarikh sebenar mungkin berbeza.
5. Tetapkan butiran pengiriman
Setelah item anda kami terima, anda boleh menetapkan kaedah pengiriman dan alamat pengiriman anda.
6. Buat pembayaran kadar pengiriman
Setelah berat bungkusan anda ditimbang, anda boleh membuat pembayaran kadar pengiriman antarabangsa.
7. Pengiriman bungkusan anda
Tunggu 1-2 minggu untuk bungkusan anda tiba di alamat pengiriman anda.
Lihat video pendek di bawah untuk Tutorial Cara Beli-belah di ZenMarket:
Panduan Pembelian di Amazon
Panduan Pembelian di Rakuten
Panduan Pembelian di Mercari
Panduan Pembelian di Rakuma
Panduan Pembelian di Yahoo!Auctions
Bagaimana untuk membuat bidaan jualan lelong?
1. Depositkan wang
Tambah wang ke akaun ZenMarket anda untuk mula membuat bidaan.
2. Buat bidaan
Buat bidaan terhadap item lelongan yang anda ingini.
3. Tunggu beberapa hari
Sekiranya anda memenangi lelongan tersebut, kami akan membuat pembelian item tersebut daripada penjual. Tunggu 2-3 hari untuk item anda tiba di gudang kami.
4. Tetapkan butiran pengiriman
Setelah item anda kami terima, anda boleh menetapkan kaedah pengiriman dan alamat pengiriman anda.
5. Buat pembayaran kadar pengiriman
Setelah berat bungkusan anda ditimbang, anda boleh membuat pembayaran kadar pengiriman antarabangsa.
6. Pengiriman bungkusan anda
Tunggu 1-2 minggu untuk bungkusan anda tiba di alamat pengiriman anda.
Berapakah kos keseluruhan?
Maaf, terdapat beberapa faktor yang menghalang kami daripada mengetahui kos keseluruhan lebih awal. Kami tidak tahu: berat item, alamat pengiriman anda, kaedah pengiriman pilihan anda, kaedah pembayaran anda. Oleh itu, kami tidak dapat memaklumkan kepada anda jumlah kos keseluruhan yang tepat bagi setiap bungkusan anda lebih awal, tetapi anda boleh menggunakan Kalkulator Caj untuk membuat anggaran jumlah kos.
Apakah yang tidak dilakukan oleh ZenMarket?
- Kami tidak membuat pembelian di kedai fizikal (offline).
- Kami tidak membekalkan perkhidmatan "mail-forwarding". Kami hanya membuat pengiriman jika anda membeli melalui ZenMarket.
- Kami tidak membuat pengiriman domestik dalam Jepun, hanya ke luar negara.
- Kami tidak membeli bateri, minyak pelincir, spray dan lain-lain Barangan Larangan.
- Kami tidak membeli item yang terlebih besar, berat dan panjang.
- Kami tidak memeriksa jika item berfungsi dengan baik atau tidak.
- Kami tidak menandakan item sebagai "gift" pada dokumen pengiriman.
- Kami tidak menerima permintaan untuk mengubah nama dan nilai produk.
Bolehkah saya membeli barang pre-order?
Ya, kami boleh membelikan barang pre-order. Sila masukkan barang yang anda mahu ke dalam troli dan selesaikan pembayaran. Setelah item sampai di gudang kami, status item akan dikemaskini.
Bilakah saya boleh mengisi alamat penghantaran?
Setelah pembelian dibuat, barang akan sampai ke gudang kami di Osaka terlebih dahulu. Selepas itu anda boleh memilih kaedah penghantaran dan isi alamat penghantaran di Bungkusan tab.
Apa yang perlu saya periksa sebelum membeli/menghantarkan barang?
Sila semak maklumat berikut:
-Kaedah penghantaran yang tersedia ke negara anda. Anda boleh memeriksa di Kalkulator Penghantaran.
-Had kaedah penghantaran. Setiap kaedah penghantaran mempunyai had tertentu. Sila semak
ini atau hubungi kami. Terutama sekali untuk produk makanan, minuman, dan kosmetik, kaedah penghantaran adalah terhad, jadi sila semak sebelum membuat sebarang pembelian.
-Undang-undang import dan peraturan kastam di negara anda. Sila periksa dokumen yang berkaitan atau hubungi pihak yang berkaitan dengan peraturan import untuk maklumat lebih lanjut.
Apa itu ZenPoints?
ZenPoints ialah sistem bonus yang diperkenalkan pada Ogos 2023.
ZenPoints diperoleh melalui pendaftaran, loyalty bonus, serta penyertaan kempen. ZenPoints berfungsi sama seperti pulangan tunai, dengan 1 ZenPoint bersamaan ¥1, tetapi ia hanya boleh digunakan untuk pembayaran penghantaran antarabangsa.
Perkara yang perlu diberi perhatian mengenai ZenPoints:
- ZenPoints hanya boleh digunakan untuk penghantaran antarabangsa. Ia digunakan secara automatik apabila anda membuat bayaran untuk bungkusan.
- Jika kedua-dua ZenPoints dan wang tersedia dalam akaun anda, ZenPoints akan digunakan secara automatik terlebih dahulu.
- ZenPoints akan tamat tempoh selepas 3 bulan akaun tidak aktif.
Apa itu ZenPlus?
ZenPlus merupakan platform beli-belah ZenMarket. Pengilang dan peruncit Jepun boleh membuka kedai mereka di situ. Anda tidak perlu membayar caj perkhidmatan 500 Yen untuk semua barangan yang anda beli di ZenPlus. Anda juga akan menerima ZenPoints dengan pembelian di ZenPlus pada hari yang sama setelah item anda dihantar untuk penghantaran antarabangsa. ZenPoints anda akan diaplikasikan secara automatik untuk kos penghantaran antarabangsa anda.
Syarat-syarat lain adalah sama dengan platform beli-belah lain di ZenMarket. Kadar pengiriman tempatan bergantung kepada penjual dan tidak semestinya sentiasa percuma. Item dari ZenPlus boleh dibungkus bersama dan dikirimkan ke luar negara dengan item anda yang lain. Kadar pengiriman antarabangsa perlu dibayar secara berasingan dan tidak termasuk dalam harga item anda.
Polisi pembatalan dan pengembalian barangan bergantung kepada setiap penjual. Sila maklum bahawa caj pembatalan sebanyak 1000 yen akan dikenakan untuk pembatalan barangan dari ZenPlus yang telah dibayar. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan mengenai kebolehkiriman sesuatu item, sila hubungi kami sebelum membuat sebarang pembayaran.
Apa itu Zenbot?
Zenbot - sistem penyemakan harga produk automatik yang mengira harga produk dan caj-caj lain dalam kawasan Jepun (buat masa ini hanya boleh digunakan untuk Rakuten). Zenbot akan mengeluarkan sebut harga dalam masa beberapa saat supaya anda boleh membuat pembelian anda dengan segera. Sila ambil maklum bahawa kadar pengiriman antarabangsa tidak termasuk dalam sebut harga pertama, ianya akan dikira setelah item anda kami terima di gudang kami.
Perhatian! Zenbot tidak dapat memeriksa sama ada sesuatu item boleh dikirimkan ke negara anda atau tidak. Sila pastikan item yang anda ingin beli boleh dibenarkan untuk pengiriman ke negara anda sebelum anda membuat pesanan.
Kadang-kadang, kesilapan pengiraan (contohnya, kadar pengiriman tempatan tidak tepat) mungkin berlaku akibat masalah teknikal. Oleh itu, sebut harga akan dibetulkan sebelum pembelian item anda dari kedai pilihan anda.
Sekiranya kadar pengiriman dalam kawasan Jepun atau parameter lain tidak dapat dikesan oleh sistem kami, pesanan anda akan disemak secara manual. Dalam kes ini, pesanan akan diproses berdasarkan konsep "first-come, fist-served" dan mungkin mengambil sedikit masa.
Bagaimana untuk bermula?
Cari item yang anda inginkan, kemudian masukkan URL item tersebut ke Troli Beli-belah anda, atau buat pembidaan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.
Bolehkah saya memiliki beberapa akaun di ZenMarket?
Setiap pelanggan hanya boleh memiliki satu akaun sahaja.
Jika pelanggan perlu membuat akaun baru dan mempunyai alasan yang kukuh, harap maklumkan kepada pihak kami sebelum membuat akaun baru tersebut.
Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan akaun-akaun anda disekat.