Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16.04 4PM - 20.04 APRIL 4PM JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Bungkusan saya di mana? - Proses Pengiriman Japan Post

 

Antara soalan yang kerap kami terima daripada pelanggan kami adalah "Bungkusan saya di mana?", "Nombor penjejak bungkusan saya dah beberapa hari tak dikemas kini, kenapa?", "Apa maksud retention?", dan "Apa maksud dispatch from outward office of exchange?". Hampir setiap hari kami menerima soalan mengenai status bungkusan pelanggan kami. Jadi, kali ini ZenMarket menyediakan panduan lengkap untuk anda memahami proses pengiriman melalui Japan Post.

Apa itu  laporan status pengiriman Japan Post?

Selepas bungkusan anda diproses untuk pengiriman antarabangsa, anda akan mendapat nombor penjejakan untuk membantu anda mengetahui status pengiriman anda. Prosedur yang paling umum adalah: pihak perkhidmatan pos mengambil bungkusan anda daripada gudang kami (posting/collection), bungkusan dibawa ke lapangan terbang (arrival at outward office of exchange), bungkusan dihantar ke luar Jepun (dispatch from outward office of exchange), perkhidmatan pos di negara destinasi mengambil bungkusan dan membuat penghantaran (final delivery). Pada akhir prosedur ini, anda akan menerima bungkusan ZenMarket anda.

Di mana boleh saya dapatkan nombor penjejakan?

Kesemua bungkusan yang dihantar keluar dari gudang kami dilengkapi dengan penjejakan percuma dan insurans pengiriman. Anda boleh mendapatkan maklumat ini di Akaun Saya → Bungkusan.


Where to find tracking number on ZenMarket

Apa maksud setiap status pengiriman?

A typical Japan Post Tracking search result

1. Item number

Ini merupakan nombor penjejak anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengiriman anda, anda memerlukan nombor ini.

2. Class of goods

Ini adalah perkhidmatan pengiriman yang mengirimkan barangan anda. EMS dan UPS merupakan yang terpantas dan paling diyakini, tetapi anda juga boleh memilih perkhidmatan yang lebih murah seperti DHL eCommerce dan SAL.

3. Posting/Collection

Status ini bermaksud barangan yang anda pesan telah dikutip oleh Japan Post dari gudang kami. Sekiranya pihak pos telah mengutip bungkusan anda dari gudang kami, waktu dan tarikh akan dipaparkan secara automatik. Sekiranya waktu dan tarikh tidak dipaparkan, ini bermaksud bahawa bungkusan anda sudah diproses di gudang kami untuk penghantaran pada hari berkenaan, tetapi masih belum dikutip oleh pihak pos.

Posting and collection using takes about 1 day

 

4. Arrival at outward office of exchange

Memandangkan kesemua pengiriman kami dihantar melalui udara, ini bermaksud bahawa bungkusan anda telah tiba di lapangan terbang Jepun yang berkenaan, dan akan dihantar menaiki kapal terbang berikutnya.

Arrival at outward office of exchange and sent

 

5. Dispatch from outward office of exchange

Dispatch from outward office of exchange meaning

Bungkusan anda telah dihantar menaiki kapal terbang dan sedang dalam perjalanan ke negara destinasi. Sila maklum bahawa terdapat beberapa buah negara yang tidak mempunyai penerbangan sehala dari Jepun. Dalam kes tersebut, bungkusan anda akan melalui transit sekali atau lebih di negara atau negeri lain sebelum tiba di destinasi terakhir. Namun begitu, transit ini biasanya tidak dipaparkan di halaman penjejakan. Status bungkusan tersebut hanya akan dikemas kini setelah ianya tiba di negara destinasi.

Oleh itu, sekiranya status bungkusan anda tidak dikemas kini selama beberapa hari setelah ianya dihantar keluar dari Jepun, anda tidak perlu risau kerana perkara ini adalah normal.

Secara umumnya, proses ini merupakan proses yang paling penting dan paling banyak mengambil masa. Memandangkan bungkusan anda telah meninggalkan Jepun, tidak ada apa-apa yang pihak ZenMarket mampu lakukan (contoh, mempercepat pengiriman dsb). Kami mencadangkan agar anda menunggu dengan sabar.

Apabila bungkusan anda telah tiba di negara anda, ianya akan didaftarkan dan status bungkusan tersebut akan dikemas kini secara automatik.

6. Arrival at inward office of exchange

Berita baik! Bungkusan anda telah tiba di negara anda. Pejabat penerimaan masuk di negara anda telah menerima dan mendaftarkan bungkusan anda (bergantung kepada kepantasan perkhidmatan pos tempatan anda, langkah ini mungkin akan dilangkau dan status bungkusan hanya akan dikemas kini pada waktu lain). Bermula daripada langkah ini, kesemua pertanyaan yang anda miliki berkaitan bungkusan anda hendaklah ditanyakan kepada pejabat pos tempatan anda.

delivery time

 

7. Item presented to import customs

Ini merupakan langkah seterusnya yang perlu dilalui setelah bungkusan anda sampai di negara destinasi. Tempoh yang diambil dalam proses ini bergantung kepada sejauh mana ketatnya undang-undang kastam di negara tersebut. Setiap negara mempunyai undang-undang kastam yang berbeza, jadi kami tidak dapat memberikan maklumat terperinci mengenai keseluruhan proses kastam. Sekiranya bungkusan anda dihantar kepada pihak kastam, mereka akan cuba menghubungi anda melalui nombor telefon yang anda daftarkan. Oleh itu, sila beri perhatian terhadap sebarang panggilan daripada nombor yang anda tidak ketahui dalam tempoh ini.

Pengiriman Japan Post biasanya tidak disedari oleh pihak kastam, jadi dalam banyak kes, anda hanya boleh menunggu selama sehari atau beberapa hari.

Penting: Pihak pejabat kastam di negara anda mungkin perlu mengendalikan banyak bungkusan dari luar negara. Sila maklum bahawa kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pihak kastam, dan kami tidak dapat bertanggungjawab untuk sebarang kutipan, kelewatan, atau keputusan kastam. Hanya kerajaan negara anda mempunyai kuasa terhadap pihak kastam.

Parcels going through customs

 

8. Item returned from import customs

Bungkusan anda telah melepasi pemeriksaan kastam tanpa sebarang masalah dan sedang dalam perjalanan menuju ke pejabat pos pusat terdekat. Sekiranya status bungkusan anda telah dikemas kini menjadi "retention", sila hubungi pejabat pos yang berhampiran secepat mungkin.

Sesetengah negara meletakkan butiran yang lebih terperinci, jadi anda boleh melihat lokasi pejabat pos yang menyimpan bungkusan anda.

parcel held in retention

“Departure from the Inward Office of Exchange” atau “Departure from the internal delivery office” bermaksud pejabat pos pusat sedang membuat penghantaran bungkusan anda ke pejabat pos yang berdekatan dengan alamat anda. Kadang-kadang, penghantaran daripada pejabat pos tempatan ke alamat anda akan mengambil sedikit masa.

“Processing at delivery Post Office” atau “Processing at the shipping post office” bermaksud pejabat pos terdekat sedang menyediakan bungkusan anda untuk penghantaran. Masa yang diambil untuk proses ini adalah bergantung kepada kepantasan perkhidmatan mel di negara anda.

 

9. Final delivery

Bungkusan anda telah sampai!

Final delivery run

Jika laman penjejakan menunjukkan bahawa bungkusan anda telah sampai, tetapi anda masih belum menerimanya, jangan khuatir. Pertama sekali, sila tanyakan kepada ahli keluarga atau teman serumah anda sekiranya mereka menerima bungkusan berkenaan semasa ketiadaan anda. Sekiranya anda tinggal di pangsapuri, anda boleh bertanyakan kepada pengurus bangunan sekiranya mereka telah menerima bungkusan bagi pihak anda. Jika anda masih tidak dapat mencarinya, sila hubungi kami dan kami akan membuat siasatan bagi pihak anda.

 

Pautan Berguna

Perkhidmatan Pos Malaysia:

Laman Web Rasmi Pos Malaysia

Jejak &Kesan

Nombor Tel.: 1-300-300-300

Waktu Beroperasi:

  • Isnin - Jumaat: 8.30pg sehingga 8.00mlm
  • Sabtu: 8.30pg sehingga 5.00ptg (kecuali hari Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum)

Twitter

Facebook

 

Laman Lain:

 Tracking

 

Kami harap panduan ini dapat membantu anda memahami sistem penjejakan pengiriman. Sekiranya anda masih mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi khidmat pelanggan kami terus melalui akaun ZenMarket anda atau halaman Bantuan.

Selamat membeli-belah dengan ZenMarket!

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 12/07/2019 | Panduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular