Carian dihidupkan, Tukar kedai
PROMOSI MUSIM PANAS! DISKAUN SEHINGGA 17%! KOD NATSU24

Polisi Privasi & Kuki

Tarikh Berkuatkuasa: 24 Mei 2018

ZenGroup Inc. ("kami") mengendalikan laman web http://zenmarket.jp ("Perkhidmatan").

Dalam polisi ("Polisi") privasi & kuki ini, kami menyatakan bahawa maklumat yang kami peroleh mengenai anda, yang anda berikan kepada kami, adalah diberikan kepada kami melalui pihak ketiga, dan akan diproses oleh kami, apabila anda menggunakan laman web ini ("Laman Web" kami) dan Perkhidmatan yang tersedia melalui Laman Web ini (secara kolektifnya, "Perkhidmatan" kami).

Kami mengumpul dan menggunakan data untuk membekalkan dan menambah baik Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat selaras dengan polisi ini.

Definisi

  • Perkhidmatan

Perkhidmatan adalah laman web http://zenmarket.jp dan Perkhidmatan yang dibekalkannya adalah dalam kendalian ZenGroup Inc.

  • Data Peribadi

Data Peribadi bermaksud data individu hidup yang boleh dikenal pasti daripada data tersebut (ataupun data tersebut serta maklumat lain yang ada dalam pemilikan kami atau berkemungkinan akan ada dalam pemilikan kami).

  • Data Penggunaan

Data Penggunaan adalah data yang dikumpul secara automatik sama ada kesan daripada penggunaan Perkhidmatan berkenaan ataupun daripada infrastruktur Perkhidmatan itu sendiri (contohnya, durasi lawatan ke halaman).

  • Kuki

Kuki merupakan bahagian-bahagian kecil data yang tersimpan di dalam peranti anda (komputer atau telefon mudah alih).

  • Pengawal Data

Pengawal Data bermaksud mana-mana orang sebenar atau orang di sisi undang-undang yang (sama ada bersendirian atau bersama dengan orang lain) menentukan tujuan dan cara-cara sesuatu maklumat peribadi diproses atau akan diproses.

Untuk tujuan Polisi Privasi ini, kami merupakan Pengawal Data bagi Data Peribadi anda.

  • Pemproses Data (atau Pembekal Perkhidmatan)

Pemproses Data (atau Pembekal Perkhidmatan) bermaksud mana-mana orang sebenar atau orang di sisi undang-undang yang memproses data bagi pihak Pengawal Data.

Kami mungkin menggunakan Perkhidmatan pelbagai Pembekal Perkhidmatan untuk memproses data anda dengan lebih efektif.

  • Subjek Data (atau Pengguna)

Subjek Data adalah mana-mana individu hidup yang menggunakan Perkhidmatan kami dan menjadi subjek kepada Data Peribadi.

Undang-Undang & Garis Panduan Mengenai Maklumat Peribadi

Syarikat kami mengendalikan maklumat peribadi dengan mematuhi undang-undang, peraturan dan peraturan dalam syarikat, dan norma lain mengenai perlindungan maklumat peribadi berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi dan pihak berkuasa yang terlibat. Apabila menguruskan maklumat peribadi, kami mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan seperti yang dirujuk dalam jadual dibawah kerana penggunaan dan perlindungan maklumat peribadi pelanggan haruslah dilakukan dengan telus dan sewajarnya.

Isi Kandungan Kementerian, Organisasi, dan Bidang kuasa yang terlibat
Peraturan Yang Berkaitan Polisi Perlindungan Maklumat Peribadi Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi
Undang-undang dan garis panduan mengenai perlindungan maklumat peribadi Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi
Peraturan Dalam Syarikat Pengurusan maklumat dan peraturan kerahsiaan Jabatan Pengurusan Risiko
Dasar Kuki Privasi Jabatan Pengurusan Risiko
Peraturan Pekerja Tetap Jabatan Hal Ehwal Am
Peraturan Pekerja Kontrak Jabatan Hal Ehwal Am
Peraturan Pekerja Sambilan Jabatan Hal Ehwal Am

Data yang kami kumpul:

Kami mengumpul beberapa jenis maklumat yang berlainan untuk tujuan yang pelbagai bagi membekalkan dan menambah baik Perkhidmatan kami kepada anda.

Jenis-jenis Data yang Dikumpulkan

Data Peribadi

Apabila menggunakan Perkhidmatan kami, kami mungkin meminta anda untuk membekalkan kami dengan beberapa maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi yang boleh digunakan untuk menghubungi atau mengenal pasti anda ("Data Peribadi"). Maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:

  • Alamat e-mel
  • Nama pertama dan nama keluarga
  • Nombor telefon
  • Alamat, Negeri, Wilayah, ZIP/Poskod, Bandar sebenar
  • Alamat Surat-menyurat, Negeri, Wilayah, ZIP/Poskod, Bandar
  • Kuki dan Data Penggunaan
  • Alamat IP anda
  • Geolokasi alamat IP

Log Masuk Sosial: ZenGroup Inc. turut membenarkan Pengguna untuk log masuk menggunakan akaun sosial seperti Facebook dan Google. Jika anda memilih untuk log masuk menggunakan profil media sosial, sebahagian Data Peribadi anda daripada profil tersebut akan dikongsikan dengan kami. Ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada nama anda, alamat e-mel, URL profil sosial dan gambar profil yang berkaitan.

Data Penggunaan

Kami juga mungkin mengumpul maklumat mengenai cara Perkhidmatan diakses dan digunakan ("Data Penggunaan"). Data Penggunaan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada maklumat seperti alamat Protokol Internet (alamat IP) komputer anda, jenis pelayar (browser), versi pelayar, halaman Perkhidmatan kami yang anda lawati, masa dan tarikh lawatan anda, tempoh masa lawatan anda di halaman-halaman tersebut, pengenal pasti peranti unik dan data diagnostik lain.

Data Penjejakan & Kuki

Kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan serupa untuk menjejak aktiviti pada Perkhidmatan kami dan menyimpan maklumat tertentu.

Kuki adalah fail dengan sejumlah kecil data yang mungkin mengandungi pengenal pasti unik anonymous. Kuki adalah dihantar ke pelayan anda daripada laman web dan disimpan di peranti anda. Teknologi penjejakan yang digunakan adalah bikon (beacons), tag (tags), dan skrip (scripts) untuk mengumpul dan menjejak maklumat serta untuk menambah baik dan menganalisis Perkhidmatan kami.

Anda boleh mengarahkan pelayar anda untuk menolak semua kuki ataupun untuk menunjukkan anda apabila kuki dihantar. Tetapi, jika anda tidak menerima kuki, kemungkinan anda tidak dapat menerima sebahagian daripada Perkhidmatan kami.

Contoh-contoh Kuki yang kami gunakan:

  • Session Cookies. Kami menggunakan Session Cookies untuk mengendalikan Perkhidmatan kami.
  • Preference Cookies. Kami menggunakan Preference Cookies untuk mengingat pilihan anda dan pelbagai tetapan.
  • Security Cookies. Kami menggunakan Security Cookies untuk tujuan keselamatan, termasuk perlindungan maklumat log masuk anda dan pencegahan fraud.

Bagaimana kami menggunakan Data anda

ZenGroup Inc. menggunakan data terkumpul untuk pelbagai tujuan:

  • Untuk mengesahkan identiti anda.
  • Untuk membekalkan dan menyelenggara Perkhidmatan kami.
  • Untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan pada Perkhidmatan kami.
  • Untuk membolehkan anda turut serta dalam ciri interaktif Perkhidmatan kami apabila anda memilih untuk berbuat demikian.
  • Untuk membekalkan khidmat pelanggan.
  • Untuk mengumpulkan analisis atau maklumat bernilai supaya kami boleh menambah baik Perkhidmatan kami.
  • Untuk memantau penggunaan Perkhidmatan kami.
  • Untuk mengesan, mengelakkan dan menangani isu-isu teknikal.
  • Untuk mengesan, mengelakkan dan menangani aktiviti-aktiviti fraud.
  • Untuk membekalkan kepada anda berita, tawaran istimewa dan maklumat umum mengenai barangan, perkhidmatan dan promosi lain yang kami tawarkan yang serupa dengan apa-apa yang anda telah beli atau tanyakan, kecuali jika anda memilih untuk tidak menerima maklumat sedemikian.
  • Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk menghubungi anda dengan surat berita, bahan pemasaran atau promosi dan maklumat lain yang mungkin anda minati. Anda boleh memilih untuk tidak menerima sebahagian, atau kesemua komunikasi tersebut dengan mengklik pautan berhenti melanggan atau merujuk kepada arahan yang diberikan pada mana-mana e-mel yang kami hantar atau dengan menghubungi kami.

Asas Undang-undang untuk Pemprosesan Data Peribadi bawah Peraturan Perlindungan Data Umum (General Data Protection Regulation (GDPR))

Jika anda dari European Economic Area (EEA), asas undang-undang ZenGroup Inc. untuk pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini bergantung kepada Data Peribadi yang kami kumpul dan konteks spesifik pengumpulan data tersebut.

ZenGroup Inc. mungkin memproses Data Peribadi anda kerana:

  • Kami perlu membuat kontrak dengan anda
  • Kami perlu membekalkan perkhidmatan dan barangan yang anda pesan
  • Anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk berbuat demikian
  • Pemprosesan tersebut berada dalam kepentingan sah kami dan tidak bercanggah dengan hak-hak anda
  • Untuk tujuan pemprosesan pembayaran
  • Untuk mematuhi undang-undang Jepun serta Undang-undang Antarabangsa

Pengekalan Data

ZenGroup Inc. akan mengekalkan Data Peribadi anda hanya selama ianya perlu untuk tujuan-tujuan yang telah dinyatakan dalam Polisi Privasi ini. Kami akan mengekalkan dan menggunakan Data Peribadi anda selagi diperlukan untuk kami memenuhi kewajipan undang-undang kami (contohnya, Kod Cukai Jepun), menyelesaikan pertikaian (disputes), dan menguat kuasakan polisi dan persetujuan undang-undang kami.

ZenGroup Inc. akan turut mengekalkan Data Penggunaan untuk tujuan analisis dalaman. Data Pengunaan, secara umumnya, dikekalkan untuk tempoh yang lebih pendek, kecuali apabila data ini digunakan untuk mengukuhkan keselamatan atau untuk menambak baik fungsi Perkhidmatan kami, atau jika kami mempunyai kewajipan undang-undang untuk mengekalkan data ini untuk tempoh masa yang lebih panjang.

Pemindahan Data

Maklumat anda, termasuk Data Peribadi, mungkin dipindahkan — dan diselenggarakan pada — komputer yang terletak di luar negeri, wilayah, negara atau bidang kuasa kerajaan lain dengan undang-undang perlindungan data yang mungkin berbeza dengan undang-undang perlindungan data di bidang kuasa tempat anda.

Sekiranya anda berada di luar Jepun dan memilih untuk membekalkan maklumat kepada kami, sila maklum bahawa kami memindahkan data tersebut, termasuk Data Peribadi, ke Jepun dan memprosesnya di situ.

Keizinan anda terhadap Polisi Privasi ini yang diikuti oleh penghantaran maklumat sedemikian daripada anda adalah melambangkan persetujuan anda terhadap pemindahan tersebut.

ZenGroup Inc. akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan data anda dikendalikan dengan selamat dan selaras dengan Polisi Privasi ini dan tiada pemindahan Data Peribadi anda akan dilakukan kepada mana-mana organisasi atau negara kecuali sekiranya terdapat kawalan yang mencukupi termasuk keselamatan data anda dan maklumat peribadi lain.

Kepercayaan atas Pengurusan Data Peribadi

Pengendalian data peribadi anda mungkin akan dikongsi dengan syarikat lain yang bekerjasama untuk memudahkan perniagaan kami dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Walau bagaimanapun, data peribadi yang akan dikongsi adalah terhad kepada maklumat minimum yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan.

Di samping itu, apabila kami berkongsi maklumat peribadi pelanggan, kami akan memastikan bahawa tahap perlindungan maklumat peribadi yang dimiliki oleh syarikat tersebut adalah sama atau lebih tinggi daripada syarikat kami.

Pengurusan Data Peribadi

Kami tidak akan memberikan maklumat peribadi yang telah diamanahkan kepada pihak ketiga kecuali dalam kes berikut.

  • Apabila pelanggan bersetuju terlebih dahulu.
  • Perkongsian dibuat setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan penggunaan.
  • Apabila dikehendaki oleh undang-undang.
  • Untuk melindungi nyawa, badan atau harta seseorang tetapi pelanggan enggan bersetuju.
  • Apabila pelanggan enggan bersetuju tetapi amat diperlukan untuk meningkatkan kesihatan awam atau menggalakkan perkembangan sihat kanak-kanak.
  • Apabila perlu bagi kerajaan negara atau organisasi awam tempatan untuk bekerjasama dalam menjalankan urusan yang ditetapkan oleh undang-undang, dan terdapat risiko mendapatkan persetujuan pelanggan akan menghalang prestasi urusan.
  • Diberikan kepada pihak ketiga dan pengguna yang berkaitan.

Pendedahan Data

Pendedahan untuk Penguatkuasaan Undang-undang

Untuk kes-kes tertentu, ZenGroup Inc.mungkin diperlukan untuk mendedahkan Data Peribadi anda jika diperlukan untuk berbuat demikian oleh undang-undang atau sebagai respons terhadap permintaan yang sahih daripada pihak berkuasa awam (contohnya, mahkamah atau agensi kerajaan).

Keperluan Undang-undang

ZenGroup Inc. mungkin mendedahkan Data Peribadi anda dengan kepercayaan penuh percaya bahawa tindakan tersebut adalah diperlukan untuk:

  • Untuk mematuhi kewajipan undang-undang
  • Untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak dan properti ZenGroup Inc.
  • Untuk mengelakkan atau menyiasat kemungkinan kelakuan salah aktiviti fraud berhubungan dengan Perkhidmatan berkaitan.
  • Untuk melindungi keselamatan peribadi pengguna atau orang awam
  • Untuk melindungi daripada liabiliti undang-undang

Prosedur Pengurusan dan Pendedahan Data Peribadi Yang Disimpan

Pendedahan data peribadi akan dilakukan untuk (pemberitahuan tujuan penggunaan, pendedahan, pembetulan, penambahan atau pemadaman maklumat, penggantungan penggunaan, penggantungan peruntukan kepada pihak ketiga, peruntukan kepada pihak ketiga). Dengan tujuan berkenaan, kami akan bertindak balas dengan segera jika ada permohonan untuk direkodkan. Jika anda mahu, kami akan membalas dalam tempoh dan julat yang munasabah selepas mengesahkan pemohon itu ialah pemegang identiti itu sendiri atau wakilnya.

Bagi permintaan untuk pendedahan data peribadi yang disimpan atau permintaan lain, sila hubungi kami dengan merujuk maklumat di bawah. Jika anda menghubungi kami, kami akan menghantar kepada anda "Invois untuk Pendedahan Data Peribadi Yang Disimpan" melalui surat, faks, e-mel, dan sebagainya. Sila isi kandungan, sertakan dokumen yang diperlukan, dan buat permohonan melalui surat atau e-mel. (Kos penghantaran dokumen akan ditanggung oleh pihak yang memohon)

Selepas mengesahkan bahawa anda adalah pemegang identiti yang dipohon (atau wakilnya), kami akan membalas dengan kaedah pendedahan pilihan anda.

Langkah yang berpatutan akan diambil dari segi organisasi, fizikal, peribadi, dan teknikal untuk menghindari kehilangan atau kebocoran maklumat peribadi pelanggan dan memastikan keselamatannya.

※Sila hubungi pihak kami untuk mengetahui persoalan tentang langkah keselamatan yang diambil untuk melindungi Data Peribadi.

  • Alamat:541-0048 Japan, Osaka Prefecture, Osaka Chuo Ward, Kawaramachi, 1-chōme-7-7,Osaka Sakaisuji L Tower 10F
  • Telefon:06-4560-4070
  • Emel:corporate@zenmarket.jp

Keselamatan Data

Kami menggunakan langkah-langkah keselamatan organisasi dan teknikal yang bersesuaian untuk melindungi mana-mana maklumat peribadi yang kami proses mengenai pelawat Laman Web kami daripada akses, pendedahan, pemindaan dan pembinasaan tanpa kebenaran, tetapi sila maklum bahawa tidak wujud sebarang kaedah transmisi melalui internet, atau kaedah penyimpanan elektronik yang 100% selamat. Walaupun kami sedaya upaya menggunakan langkah-langkah yang diterima secara komersial untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan sempurna. Kami menggalakkan anda untuk berhati-hati ketika mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian dan menggunakan tembok api Internet (Internet firewalls), e-mel yang selamat dan teknologi lain untuk melindungi diri anda sendiri di dalam talian.

Pertukaran data sensitif dan peribadi antara ZenGroup Inc. dan Penggunanya berlaku di saluran komunikasi yang dilengkapi dengan SSL dan ianya tersulit dan dilindungi oleh tandatangan digital.

Sekiranya terdapat gangguan pencerobohan keselamatan yang secara material memberi kesan kepada anda, ZenGroup Inc. akan memaklumkan anda secepat mungkin dan dalam masa yang munasabah melaporkan tindakan yang kami ambil sebagai tindak balas.

Signal "Do Not Track"

Kami tidak menyokong Do Not Track ("DNT"). Do Not Track merupakan pilihan yang anda boleh tetapkan di pelayar web anda untuk memaklumkan laman web bahawa anda tidak mahu dijejaki.

Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Do Not Track dengan melawati halaman Preferences atau Settings di pelayar web anda.

Hak-hak Perlindungan Data Anda bawah Peraturan Perlindungan Data Umum (General Data Protection Regulation (GDPR))

Jika anda merupakan penduduk European Economic Area (EEA), anda mempunyai hak-hak perlindungan data tertentu. ZenGroup Inc. berhasrat untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah yang membenarkan anda untuk membetulkan, meminda, memadam, atau mengehadkan penggunaan Data Peribadi anda.

Sila hubungi kami jika anda ingin dimaklumkan mengenai jenis Data Peribadi yang kami miliki mengenai anda, dan jika anda ingin dipadamkan daripada sistem kami.

Dalam kes-kes tertentu, anda mempunyai hak perlindungan data seperti berikut:

  • Hak untuk mengakses, mengemaskini atau memadam maklumat yang kami miliki mengenai anda. Pada bila-bila masa yang dibolehkan, anda boleh mengakses, mengemaskini atau membuat permintaan pemadaman Data Peribadi anda dalam bahagian tetapan di akaun anda. Sekiranya anda tidak dapat melakukan tindakan-tindakan tersebut sendiri, sila hubungi kami untuk membantu anda.
  • Hak untuk pembetulan. Anda mempunyai hak bagi maklumat anda dibetulkan sekiranya maklumat tersebut tidak tepat atau tidak lengkap.
  • Hak untuk membantah. Anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan Data Peribadi anda oleh pihak kami.
  • Hak untuk mengehadkan. Anda mempunyai hak untuk meminta kami mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda.
  • Hak terhadap portabiliti data. Anda mempunyai hak untuk dibekalkan dengan salinan maklumat tentang anda yang kami miliki dalam format yang berstruktur, boleh dibaca oleh mesin dan biasa digunakan.
  • Hak untuk menarik balik keizinan. Anda juga mempunyai hak untuk menarik balik keizinan anda pada bila-bila masa ZenGroup Inc. bergantung kepada keizinan anda untuk memproses maklumat peribadi anda.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin meminta anda untuk mengesahkan identiti anda sebelum memberi tindak balas terhadap permintaan tersebut.

Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data mengenai pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda di European Economic Area (EEA).

Pembekal Perkhidmatan

Kami mungkin menggunakan syarikat dan individu pihak ketiga untuk membantu Perkhidmatan kami ("Pembekal Perkhidmatan"), untuk membekalkan Perkhidmatan bagi pihak kami, atau untuk membantu kami dalam menganalisis cara Perkhidmatan kami digunakan.

Pihak ketiga ini mempunyai akses kepada Data Peribadi anda hanya untuk melaksanakan tugas-tugas ini bagi pihak kami dan diwajibkan untuk tidak mendedahkan atau menggunakannya untuk tujuan lain.

Analitik

Kami mungkin menggunakan Pembekal Perkhidmatan pihak ketiga untuk memantau dan menganalisis penggunaan Perkhidmatan kami.

  • Google Analytics

Google Analytics adalah perkhidmatan analisis web yang ditawarkan oleh Google yang menjejak dan melaporkan lalu lintas laman web. Google menggunakan data yang dikumpulkan untuk menjejak dan memantau penggunaan Perkhidmatan kami. Data ini dikongsi dengan perkhidmatan Google yang lain. Google boleh menggunakan data yang dikumpulkan untuk memberi konteks dan memperibadikan iklan rangkaian pengiklanan mereka sendiri.

Anda boleh memilih untuk tidak membuat aktiviti anda tersedia untuk Google Analytics dengan pasang tambah pelayar Google Analytics opt-out. Pasang tambah ini menghalang JavaScript Google Analytics (ga.js, analytics.js, dan dc.js) daripada berkongsi maklumat dengan Google Analytics mengenai aktiviti lawatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai amalan privasi Google, sila lawati laman web Privasi & Syarat Google: http://www.google.com/intl/en/policies/privacy/

Pemasaran Semula Tingkah Laku (Behavioral Remarketing)

ZenGroup Inc. menggunakan perkhidmatan pemasaran semula untuk mengiklankan laman web pihak ketiga kepada anda selepas anda melawat laman web kami. Kami dan vendor pihak ketiga kami menggunakan kuki untuk memaklumkan, mengoptimumkan dan memberi iklan berdasarkan kunjungan lalu anda ke laman web kami.

  • Google AdWords

Perkhidmatan pemasaran semula Google AdWords adalah dibekalkan oleh Google Inc.

Anda boleh mengelak daripada Google Analytics untuk Periklanan Paparan dan menyesuaikan iklan Rangkaian Paparan Google dengan mengunjungi halaman Tetapan Iklan Google: http://www.google.com/settings/ads

Google juga mengesyorkan pasang tambah pelayar Google Analytics Opt-out - https://tools.google.com/dlpage/gaoptout - untuk pelayar web anda. Pasang tambah pelayar Google Analytics Opt-out membolehkan pengunjung untuk menghalang data mereka daripada dikumpulkan dan digunakan oleh Google Analytics.

Untuk maklumat lanjut mengenai amalan privasi Google, sila lawati laman web Privasi & Syarat Google: http://www.google.com/intl/en/policies/privacy/

  • Facebook

Perkhidmatan pemasaran semula Facebook adalah disediakan oleh Facebook Inc.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai pengiklanan berasaskan minat daripada Facebook dengan melawat halaman ini: https://www.facebook.com/help/164968693837950

Untuk menarik diri daripada iklan berdasarkan minat Facebook, ikuti arahan ini daripada Facebook: https://www.facebook.com/help/568137493302217

Facebook mematuhi Prinsip-prinsip Pengawalan Sendiri untuk Pengiklanan Tingkah Laku Dalam Talian yang dibuat oleh Digital Advertising Alliance. Anda juga boleh memilih keluar dari Facebook dan syarikat-syarikat lain yang menyertai melalui Digital Advertising Alliance di Amerika Syarikat http://www.aboutads.info/choices/, Digital Advertising Alliance of Canada di Kanada http://youradchoices.ca/ atau European Interactive Digital Advertising Alliance di Eropah http://www.youronlinechoices.eu/, atau memilih keluar melalui tetapan peranti mudah alih anda.

Untuk maklumat lanjut tentang amalan privasi Facebook, sila lawati Polisi Data Facebook: https://www.facebook.com/privacy/explanation

Pembayaran

Kami menyediakan produk dan/atau perkhidmatan berbayar dan kami menggunakan perkhidmatan pengumpulan pembayaran pihak ketiga untuk pemprosesan pembayaran (contohnya, pemproses pembayaran).

Kami tidak akan menyimpan atau mengumpul butiran kad pembayaran anda. Maklumat tersebut diberikan terus kepada pemproses pembayaran pihak ketiga kami yang mana penggunaan maklumat peribadi anda ditadbir oleh Polisi Privasi mereka. Pemproses pembayaran ini mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh PCI-DSS seperti yang diuruskan oleh PCI Security Standards Council, yang merupakan usaha sama jenama seperti Visa, Mastercard, American Express dan Discover. Keperluan PCI-DSS membantu memastikan pengendalian maklumat pembayaran yang selamat. Apabila anda membeli Perkhidmatan kami, kami juga akan mengumpul maklumat transaksi, yang mungkin termasuk alamat pengebilan dan surat-menyurat, dan maklumat berkaitan pembayaran yang lain.

Pemproses pembayaran yang bekerjasama dengan kami adalah:

  • Stripe

Polisi Privasi mereka boleh dilihat di https://stripe.com/us/privacy

  • PayPal atau Braintree

Polisi Privasi mereka boleh dilihat di https://www.paypal.com/webapps/mpp/ua/privacy-full

  • Nihaopay

Kami menggunakan perkhidmatan pemprosesan pembayaran Nihaopay untuk pelanggan dari China. Anda boleh menghubungi mereka mengenai Polisi Privasi di https://nihaopay.com/contactUS

Storan

Kami menggunakan perkhidmatan hosting dan storan web pihak ketiga untuk menyimpan laman web dan pangkalan data kami dengan selamat, termasuk Data Peribadi anda.

Perkhidmatan yang kami gunakan untuk penyimpanan data ialah Microsoft Azure. Anda boleh menyemak polisi privasi Microsoft Azure di sini: https://www.microsoft.com/en-us/TrustCenter/Privacy/default.aspx

Pautan ke Laman-laman Lain

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak dikendalikan oleh kami. Jika anda mengklik pada pautan pihak ketiga, anda akan diarahkan ke laman pihak ketiga tersebut. Kami menasihati anda untuk menyemak Polisi Privasi setiap laman yang anda kunjungi.

Kami tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, polisi privasi atau amalan mana-mana laman atau perkhidmatan pihak ketiga.

Privasi Kanak-kanak

Perkhidmatan kami tidak berurus niaga dengan sesiapa pun di bawah umur 18 tahun ("Kanak-kanak").

Kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun dengan sengaja. Jika anda adalah ibu atau bapa dan penjaga dan anda menyedari bahawa Kanak-kanak anda telah memberikan kami Data Peribadi, sila hubungi kami. Jika kami menyedari bahawa kami telah mengumpul Data Peribadi daripada kanak-kanak tanpa pengesahan persetujuan ibu bapa, kami akan mengambil langkah untuk menghapuskan maklumat tersebut dari pelayan kami.

Perubahan Polisi Privasi Ini

Kami mungkin akan mengemas kini Polisi Privasi kami dari masa ke semasa. Jika terdapat perubahan, polisi yang baru akan berkuatkuasa menggantikan yang lama.

Tarikh Penggubalan: 24 Mei 2018
Tarikh Polisi Baru: 1 Disember 2022

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkenaan Polisi Privasi ini, sila hubungi kami:

  • Dengan mengunjungi halaman ini di laman web kami: https://zenmarket.jp/help.aspx#feedback
  • Dengan surat: 541-0048 Japan, Osaka prefecture, Osaka Chuo Ward, Kawaramachi, 1-chōme-7-7,Osaka Sakaisuji L Tower 10F

Dasar Asas Keselamatan Maklumat

Penggunaan ISO27001 di ibu pejabat ZenGroup Inc.

Kami berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat yang dapat memberikan keyakinan, kepercayaan, dan kepuasan bukan sahaja kepada pelanggan, tetapi juga pihak yang terlibat dalam EC rentas sempadan, semua perniagaan yang berkaitan dengan EC rentas sempadan, perniagaan eksport, penyediaan platform membeli-belah, perniagaan pemasaran, dan perniagaan perundingan.

Garis Panduan Tingkah Laku

  • Kami akan mengambil langkah-langkah organisasi dan teknikal yang sesuai untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan aset maklumat, dan bertindak balas terhadap perubahan teknologi maklumat dan ancaman baharu.
  • Kami akan berusaha untuk meningkatkan dan mengekalkan kesedaran dengan melaksanakan pendidikan keselamatan maklumat dan menyebarkan dasar tersebut secara menyeluruh kepada semua pekerja.
  • Kami menetapkan sistem pengurusan dan objektif keselamatan maklumat, menyemaknya secara kerap, melaksanakan serta mengekalkan penambahbaikan secara berterusan.
  • Kami memberi amanah, tanggungjawab dan kuasa kepada pengurus untuk melaksanakan, mengekalkan dan menambah baik sistem pengurusan.

21 Februari 2022
ZenGroup Inc.
CEO 
Naumov Andriy

 

Pengendalian Maklumat Peribadi Dalam Pendaftaran Akaun

(1) Nama Syarikat atau Pengendali Perniagaan

ZenGroup Inc.

 

(2) Pengurus dan Pengawal Selia Maklumat Peribadi

Pengurus dan Pengawal Selia Maklumat Peribadi: Sugahara Shin
Emel: privacy@zen.group
Nombor telefon: 06-4560-4070

 

(3) Tujuan Penggunaan Maklumat Peribadi

  • Untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang dipesan
  • Prosedur pembelian termasuk pembayaran dan penghantaran, khidmat pelanggan
  • Penggunaan perkhidmatan sebagai ahli, pengesahan peribadi pada masa log masuk, selepas log masuk dan paparan automatik maklumat ahli
  • Penghantaran emel iklan yang dikendalikan oleh syarikat kami

 

(4) Perkongsian Maklumat Peribadi Dengan Pihak Ketiga

Maklumat peribadi yang diperoleh tidak akan diberikan kepada pihak ketiga melainkan dikehendaki oleh undang-undang.

 

(5) Konsainan Pengendalian Maklumat Peribadi

Kami akan menyumber luar semua atau sebahagian daripada maklumat peribadi yang diperoleh.
Dalam kes ini, kami akan memilih dan menggunakan subkontraktor yang mempunyai sistem perlindungan maklumat peribadi.

 

(6) Akibat Tidak Memberikan Maklumat Peribadi

Perkongsian maklumat peribadi adalah pilihan pelanggan. Tetapi jika pelanggan enggan bekerjasama dalam memberikan maklumat yang diminta, sebahagian atau kesemua perkhidmatan mungkin tidak dapat disediakan.

 

(7) Pendedahan Maklumat Peribadi Serta Pertanyaan

Permohonan pendedahan data peribadi oleh pemegang identiti itu sendiri adalah tertakluk dalam keputusan syarikat kami untuk berkongsi tujuan penggunaan, pembetulan, penambahan atau pemadaman kandungan, penggantungan penggunaan, pemadaman, penggantungan perkongsian kepada pihak ketiga, dan pendedahan rekod kepada pihak ketiga (atau perkara lain yang dirujuk sebagai pendedahan).
Sila rujuk kepada "Pertanyaan untuk Aduan, Perundingan, dan sebagainya Berkenaan Pengendalian Maklumat Peribadi" di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

 

(8) Perolehan Data Peribadi Melalui Kaedah Lain Yang Sukar Dikenal Pasti

Kami menggunakan kuki, suar web, dan lain-lain untuk memperoleh maklumat peribadi pengguna dengan cara yang tidak mudah dikenali oleh individu tersebut. Sila lihat Polisi Privasi & Kuki kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

(9) Langkah Kawalan Keselamatan Untuk Maklumat Peribadi

Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai untuk pencegahan dan pembetulan kebocoran, kehilangan atau kerosakan maklumat peribadi yang diperoleh, dan untuk pengurusan keselamatan maklumat peribadi yang lain.
Selepas menjawab pertanyaan, maklumat peribadi yang diperoleh akan dipadamkan dalam syarikat kami.

 

(10) Polisi Perlindungan Maklumat Peribadi

Sila rujuk "Polisi Privasi & Kuki" di laman web kami.

 

(11) Pertanyaan untuk Aduan, Perundingan, dan sebagainya Berkenaan Pengendalian Maklumat Peribadi

Nama Pengendali Pertanyaan Maklumat Peribadi
Kontak Pengurus Pertanyaan: Sugahara Shin
Alamat: 541-0048
Japan, Osaka Prefecture, Osaka Chuo Ward, Kawaramachi, 1-chōme-7-7,
Osaka Sakaisuji L Tower 10F
Nombor Telefon: 06-4560-4070
Emel: privacy@zen.group

 

Pertanyaan Tentang Pengendalian Maklumat Peribadi

(1) Nama Syarikat atau Pengendali Perniagaan

ZenGroup Inc.

 

(2) Maklumat Pengurus Maklumat Peribadi (atau wakilnya)

Pengurus dan Pengawal Selia Maklumat Peribadi: Sugahara Shin
Emel: privacy@zen.group
Nombor telefon: 06-4560-4070

 

(3) Tujuan Penggunaan Maklumat Peribadi

Untuk menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan.

 

(4) Perkongsian Maklumat Peribadi Dengan Pihak Ketiga

Maklumat peribadi yang diperoleh tidak akan diberikan kepada pihak ketiga melainkan dikehendaki oleh undang-undang.

 

(5) Konsainan Pengendalian Maklumat Peribadi

Kami akan menyumber luar semua atau sebahagian daripada maklumat peribadi yang diperoleh.
Dalam kes ini, kami akan memilih dan menggunakan subkontraktor yang mempunyai sistem perlindungan maklumat peribadi.

 

(6) Akibat Tidak Memberikan Maklumat Peribadi

Perkongsian maklumat peribadi adalah pilihan pelanggan. Tetapi jika pelanggan enggan bekerjasama dalam memberikan maklumat yang diminta, kami mungkin tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan.

 

(7) Pendedahan Maklumat Peribadi Dan Pertanyaan Berkaitan

Permohonan pendedahan data peribadi oleh pemegang identiti itu sendiri adalah tertakluk dalam keputusan syarikat kami untuk berkongsi tujuan penggunaan, pembetulan, penambahan atau pemadaman kandungan, penggantungan penggunaan, pemadaman, penggantungan perkongsian kepada pihak ketiga, dan pendedahan rekod kepada pihak ketiga (atau perkara lain yang dirujuk sebagai pendedahan).
Sila rujuk kepada "Pertanyaan untuk Aduan, Perundingan, dan sebagainya Berkenaan Pengendalian Maklumat Peribadi" di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

 

(8) Perolehan Data Peribadi Melalui Kaedah Lain Yang Sukar Dikenal Pasti

Kami menggunakan kuki, suar web, dan lain-lain untuk memperoleh maklumat peribadi pengguna dengan cara yang tidak mudah dikenali oleh individu tersebut. Sila lihat Polisi Privasi & Kuki kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

(9) Langkah Kawalan Keselamatan Untuk Maklumat Peribadi

Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai untuk pencegahan dan pembetulan kebocoran, kehilangan atau kerosakan maklumat peribadi yang diperoleh, dan untuk pengurusan keselamatan maklumat peribadi yang lain.
Selepas menjawab pertanyaan, maklumat peribadi yang diperoleh akan dipadamkan dalam syarikat kami.

 

(10) Polisi Perlindungan Maklumat Peribadi

Sila rujuk "Polisi Privasi & Kuki" di laman web kami.

 

(11) Pertanyaan untuk Aduan, Perundingan, dan sebagainya Berkenaan Pengendalian Maklumat Peribadi

Nama Pengendali Pertanyaan Maklumat Peribadi
Kontak Pengurus Pertanyaan: Sugahara Shin
Alamat: 541-0048
Japan, Osaka Prefecture, Osaka Chuo Ward, Kawaramachi, 1-chōme-7-7,
Osaka Sakaisuji L Tower 10F
Nombor Telefon: 06-4560-4070
Emel: privacy@zen.group

 

Polisi Perlindungan Maklumat Peribadi

ZenGroup Inc. amat menyedari bahawa maklumat peribadi pelanggan adalah maklumat penting yang membentuk privasi dalam melaksanakan agensi pembelian, EC rentas sempadan, perkhidmatan penyediaan platform beli-belah, perniagaan pemasaran, perniagaan perundingan. Apabila mengendalikan maklumat peribadi, kami akan menetapkan undang-undang dan peraturan berkenaan maklumat peribadi dan peraturan dalaman untuk perlindungan maklumat peribadi serta mewujudkan sistem organisasi dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi dengan sewajarnya. Kami akan memenuhi jangkaan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami.

Perolehan, Penggunaan, dan Perkongsian Maklumat Peribadi

Kami akan menentukan tujuan penggunaan maklumat peribadi dalam skop aktiviti perniagaan kami, dan akan memperoleh, menggunakan dan mengendalikan maklumat peribadi secara adil dan sewajarnya setakat yang diperlukan untuk mencapai sesuatu tujuan. Di samping itu, kami akan mengambil langkah untuk menghalang penggunaan maklumat peribadi yang diperoleh untuk tujuan selain daripada tujuan yang dibenarkan.

Pematuhan Undang-Undang dan Peraturan

Kami akan mematuhi undang-undang dan peraturan mengenai maklumat peribadi, garis panduan negara, norma lain dan ketenteraman sosial, serta berusaha untuk melindungi maklumat peribadi dengan sewajarnya.

 

Pengendalian Maklumat Peribadi Secara Amanah

Kami sedar sepenuhnya tentang bahaya akses tanpa kebenaran, kehilangan, kemusnahan, pemalsuan, kebocoran, dan sebagainya. Maklumat peribadi yang kami peroleh akan dikendalikan di bawah langkah keselamatan yang munasabah dan kami mengambil langkah yang sewajarnya sekiranya berlaku masalah.

Maklum Balas Terhadap Pertanyaan

Kami akan menjawab dengan benar dan mengambil tindakan sewajarnya atas pertanyaan atau permohonan mengenai pendedahan, pembetulan, penggantungan penggunaan, aduan, dan sebagainya.

Penambahbaikan Yang Berterusan

Kami telah menetapkan peraturan pengurusan dan sistem pengurusan untuk melindungi maklumat peribadi, mengendalikannya secara menyeluruh oleh semua pekerja, dan menyemaknya secara berkala, serta berusaha untuk terus menambah baik sistem pengurusan dan perlindungan maklumat peribadi.

 

 

21 Februari 2022 Tarikh Penggubalan
13 Julai 2022 Tarikh Polisi Baru
1 Disember 2022 Tarikh Polisi Baru

ZenGroup Inc.
CEO: Naumov Andriy

Pertanyaan Mengenai Polisi Privasi
Pertanyaan Maklumat Peribadi
Alamat: Japan, Osaka Prefecture, Osaka Chuo Ward, Kawaramachi, 1-chōme-7-7,
Osaka Sakaisuji L Tower 10F
Pengurus dan Pengawal Selia Maklumat Peribadi: Sugahara Shin
TEL: 06-4560-4070