PROMOSI RAKUTEN!CASHBACK 5% UTK ITEM RAKUTEN SEE MORE

Cara Untuk Membida Di Yahoo! Auctions

“Apa itu Yahoo! Auctions?”

Sebuah laman lelongan online yang terbesar di Jepun. Terdapat lebih 5 juta barangan dijual setiap hari. Penjual yang terdiri daripada syarikat serta orang perseorangan menawarkan pelbagai item baharu dan terpakai, rare dan vintaj, jadi anda pasti dapat mencari item yang anda inginkan, yang bersesuaian dengan bajet anda.

 

“Lelongan? Hmm, mesti berisiko, kan?”

Terdapat kelebihan dan kekurangan membuat bidaan di laman lelongan Yahoo! Auctions.

 

Kekurangan

  • Anda tidak boleh membatalkan bidaan anda.
  • Anda mesti membayar item yang anda menangi.
  • Anda tidak boleh mengembalikan item yang telah anda menangi dan meminta pengembalian wang sekiranya terdapat sebarang masalah.

Kelebihan

  • Harga item biasanya jauh lebih murah daripada kedai-kedai online.
  • Anda boleh mendapatkan barangan rare atau vintaj yang sukar, atau mungkin mustahil untuk didapati dari tempat lain.
  • Terdapat banyak pilihan barangan unik pada harga berbeza-beza yang merangkumi setiap tahap kemampuan kewangan.

Untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini, kami sentiasa mengingatkan pelanggan kami untuk sentiasa memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut sebelum membuat bidaan.

i) Kondisi item - pastikan anda melihat kondisi item sama ada ianya baharu atau terpakai, dan sekiranya terpakai, adakah ianya masih berfungsi atau tidak, dan sebagainya.

ii) Masa tamat lelongan - pastikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menambah wang ke akaun anda bagi membuat bidaan.

iii) Jumlah bidaan - penting untuk mengetahui populariti item. Lebih banyak jumlah bidaan, lebih tipis peluang anda untuk menang.

iv) Maklumat penjual - klik anak panah di bawah nama penjual untuk melihat penilaian serta maklum balas pelanggan. Kami tidak menggalakkan anda untuk membuat bidaan dengan penjual yang mempunyai penilaian negatif melebihi 10%. Kadar pengiriman tempatan biasanya diletakkan di bahagian keterangan item, jika tiada, akan ditambah oleh penjual setelah anda memenangi lelongan.

v) GST/VAT - sesetengah penjual mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST/VAT) sebanyak 10%. Caj ini selalunya dinyatakan pada bahagian keterangan item.

vi) Kos pengiriman domestik - kos pengiriman domestik (dari tempat penjual ke gudang ZenMarket) akan dicaj selepas sesebuah lelongan dimenangi. Untuk mengelakkan sebarang masalah, sila pastikan kos pengiriman domestik terlebih dahulu sebelum membuat bidaan. Anda boleh klik butang "Tanya penjual tentang item ini" dan hantar pertanyaan berkenaan kos pengiriman.

 

“OK, saya dah faham. Boleh terangkan cara-cara untuk buat bidaan?”

Sudah tentu. Ikuti langkah-langkah berikut.

 

Langkah 1: Cari Item

Klik tab “Yahoo! Auctions”, atau taip nama item yang anda ingin cari pada bar carian. Anda juga boleh mencari berdasarkan kategori.

Yahoo! Auctions-jepun-lelongan-cara

 

Anda juga boleh mencari berdasarkan kategori.

Yahoo! Auctions-jepun-lelongan-cara

 

Langkah 2: Lihat Keterangan Item

Keputusan pencarian akan dipaparkan seperti berikut.

Yahoo! Auctions-jepun-lelongan-cara

 

Pilih item yang anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, dan baca maklumat item berkenaan dengan teliti.

Sila ambil perhatian bahawa keterangan item diterjemah secara automatik. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan, sila klik butang "Tanya soalan tentang item ini", dan staf kami akan menterjemah soalan anda ke dalam bahasa Jepun dan menghantarnya kepada penjual. Tetapi, untuk item lelongan yang sudah hampir tamat, kemungkinan besar soalan anda tidak akan mendapat jawapan segera.

Yahoo! Auctions-jepun-lelongan-cara

 

Langkah 3: Buat Bidaan

Klik butang “Bida”, tetapkan amaun bidaan anda, dan pilih jenis bidaan anda. Terdapat dua jenis bidaan:

Yahoo! Auctions-jepun-lelongan-cara

i) Bidaan biasa (automatik)

Ia adalah sistem automatik yang membuat bidaan pada sesebuah jualan lelong bagi pihak anda. Sebaik sahaja anda menetapkan harga maksimum atau bajet anda, sistem tersebut akan memerhatikan jualan lelong itu dan jika harga meningkat, secara automatik bidaan anda akan ditingkatkan sehinggga mencapai harga maksimum yang anda telah tetapkan.

ii) Bidaan tertunda (sniper)

Kami akan menolak sejumlah wang (bidaan dan komisyen) dari akaun anda sebaik sahaja anda memohon bidaan tertunda. Bidaan sniper dibuat secara automatik oleh sistem kami 5-6 minit sebelum jualan lelong dengan pelanjutan automatik tamat (atau 1-2 minit sebelum lelongan tanpa pelanjutan automatik berakhir) jika bidaan anda memenuhi status lelongan dalam tempoh pembidaan. Anda boleh menukar jumlah bidaan atau membatalkannya 10 minit sebelum lelongan berakhir. Jika lebih daripada seorang pelanggan kami membuat tawaran pada lelongan yang sama, keutamaan akan diberikan kepada pelanggan yang membuat bidaan terawal.

 

"Oh begitu. Terima kasih!"

Sekiranya anda masih mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bidaan di Yahoo! Auction, sila rujuk halaman Soalan Kerap Tanya Yahoo! Auctions di laman ZenMarket atau hubungi khidmat pelanggan kami.

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 04/06/2019 | Panduan