Carian dihidupkan, Tukar kedai
PROMOSI MUSIM PANAS! DISKAUN SEHINGGA 17%! KOD NATSU24

Cara Beli-Belah Dari Mercari Jepun | Panduan Beli-Belah Dari Mercari

Masyarakat Jepun terkenal dengan personaliti mereka yang bersih dan menjaga barangan peribadi mereka dalam keadaan yang baik. Selain itu, masyarakat Jepun juga terkenal dengan suka mengikut fesyen terkini dan sentiasa ingin dapatkan barangan yang baru dan popular. Hal ini mungkin bukan satu kejutan besar bahawa pasaran secondhand atau terpakai Jepun adalah industri yang besar.

Mercari adalah pasaran terpakai atau secondhand online terbesar di Jepun dengan lebih 2 bilion item yang disenaraikan sejak penubuhannya (dan semakin menambah). Jadi, jika anda sedang mencari tawaran bagus untuk barangan terpakai, rare ataupun vintage dari Jepun, terdapat kemungkinan besar bahawa barangan tersebut akan disenaraikan di Mercari.

Buy from Mercari Japan with ZenMarket!

Lihat video panduan Mercari kami juga di bawah.

 

Mengapa Beli dari Mercari Jepun?

Apakah kelebihan beli-belah dari Mercari Jepun?

Kami telah memberitahu secara ringkas manfaat Mercari apabila kami mengumumkan bahawa Mercari kini di ZenMarket, tetapi untuk meringkaskan:

  • Jutaan penyenaraian untuk semua jenis produk Jepun dengan lebih banyak lagi dimuat naik setiap hari.
  • Barangan second-hand yang disenaraikan di Mercari adalah berkualiti tinggi 
  • Mercari ialah tempat terbaik untuk barangan yang jarang ditemui dan vintage
  • Harga barangan di Mercari biasanya berpatutan kerana masyarakat yang tinggal di Jepun selalunya perlu membayar untuk membuangkan barangan tersebut. Oleh itu, ia adalah lebih jimat jika mereka menjualkan barangan tersebut daripada membuangkannya. 

 

Apakah maksud ini untuk anda?

Tawaran hebat untuk barangan berkualiti baik yang mungkin tidak disenaraikan di tempat lain di dunia, apatah lagi Jepun. 

 

Nak mula beli-belah dari Mercari?

Kami memahami bahawa beli-belah dari negara lain mungkin menakutkan pada mulanya, terutamanya untuk barangan terpakai yang disenaraikan dalam bahasa yang anda mungkin tidak boleh membaca atau bercakap. Jangan risau, ZenMarket sedia untuk membantu anda dengan menawarkan pengetahuan pakar kami untuk membantu anda mendapatkan barangan yang anda inginkan dari penjual Jepun. Kami akan menunjukkan kepada anda cara beli-belah dari Mercari dengan ZenMarket.

  

Panduan Beli-belah Langkah Demi Langkah Dari Mercari

Sebelum kami bermula, anda disyorkan untuk log masuk ke akaun ZenMarket anda. Hal ini akan memudahkan pengalaman beli-belah anda menjadi lebih pantas dan lancar. 

Tiada akaun ZenMarket? Daftar sekarang secara percuma dan dapatkan bonus pendaftaran 500 Yen !

Daftar Akaun Sekarang!

 

1. Akses Mercari di ZenMarket

Dari mana-mana halaman di laman web ZenMarket, klik tab Mercari dalam laman web ZenMarket untuk dibawa ke halaman halaman khusus Mercari.  

Shop Rakuma Japan with ZenMarket!

Sebaik sahaja anda berada di sini, anda akan melihat semua jenis kategori produk yang terdapat di Mercari. Anda boleh menggunakan halaman ini untuk menyemak imbas setiap kategori dan subkategori dengan mudah dan cepat. 

Buy from Mercari Japan with ZenMarket!

 

Untuk beli-belah dari Mercari Jepun, anda perlu mempunyai akaun ZenMarket. Tiada akaun ZenMarket? Daftarlah sekarang! 

Daftar Akaun Sekarang

 

2. Cari Produk di Mercari dengan ZenMarket

Jika anda lebih suka mencari item tertentu daripada semak item melalui kategori penyenaraian Mercari, anda boleh mencari melalui penyenaraian Mercari di laman web ZenMarket. Mula-mula, gunakan menu dropdown di sebelah bar carian ZenMarket untuk memilih Mercari, kemudian masukkan istilah carian untuk item yang anda cari.

 

Shopping on Rakuma Japan is easy with ZenMarket!

 

Harap Maklum: Oleh sebab penyenaraian Mercari diterjemahkan secara automatik untuk digunakan di laman web ZenMarket, mungkin ada kalanya istilah carian anda tidak memberikan anda hasil yang anda inginkan. Dalam situasi ini, kami menggalakkan anda untuk mencari item menggunakan bahasa Jepun.

Jika anda telah menemui item yang anda ingin cari di Mercari, anda juga boleh menyalin & menampalkan URL Mercari ke dalam bar carian ZenMarket. Sebaik sahaja anda menekan butang carian (ikon kanta pembesar di sebelah bar carian), anda akan dibawa ke penyenaraian produk di ZenMarket.

Shopping on Rakuma Japan is easy with ZenMarket!

 

Jika anda tidak menemui item yang anda inginkan, sila gunakan fungsi "Cari Untuk Saya", atau hubungi perkhidmatan sokongan pelanggan kami sama ada dari akaun anda atau halaman bantuan.

 

3. Semak Imbas Penyenaraian Mercari yang Tersedia

Penyenaraian Mercari akan dipaparkan di laman web ZenMarket apabila anda melakukan carian anda. Penyenaraian biasanya akan termasuk nama produk, imej produk dan harga dalam mata wang pilihan anda.

Memandangkan jumlah item yang banyak di Mercari, mungkin terdapat terlalu banyak hasil untuk dilayari dalam satu sesi beli-belah! Untuk membantu anda, kami telah menggunakan beberapa penapis yang berguna. Anda boleh menapis mengikut kategori dan subkategori produk dan juga kategori menapis harga keinginan anda.

Shopping on Mercari Japan is easy with ZenMarket!

 

Jika anda tidak menemui item yang anda ingin beli, cuba tukarkan julat harga, kategori atau subkategori atau laraskan istilah carian anda. Seperti biasa, jika anda inginkan bantuan, jangan malu untuk menghubungi staf perkhidmatan pelanggan kami. 

4. Lihat Penyenaraian Mercari di ZenMarket

Sebaik sahaja anda menemui item yang anda inginkan, klik padanya untuk melihat halaman penyenaraiannya di ZenMarket. 

Anda juga akan dapat lihat maklumat seperti item tambahan, warna yang tersedia, penerangan item dan banyak lagi. Harap maklum bahawa perihalan item diterjemahkan secara automatik daripada bahasa Jepun dan mungkin tidak 100% tepat. Biasanya, halaman penyenaraian produk juga akan memberitahu anda sama ada penghantaran domestik dalam Jepun adalah percuma.

Kos penghantaran mungkin tidak ditunjukkan sama sekali, bergantung kepada kaedah penghantaran yang dipilih oleh penjual. Jika anda tidak pasti, sila tanya kami sebelum membeli.

 

Shopping on Mercari Japan is easy with ZenMarket!

 

Selalunya kos penghantaran domestik akan dimasukkan ke dalam harga yang dipaparkan. Namun, dalam sesetengah kes, penjual akan menetapkan kaedah penghantaran mereka kepada "tunai semasa penghantaran". Oleh itu, ZenMarket tidak akan mengetahui kos penghantaran sehingga item tiba di gudang kami. Dalam kes-kes sebegini, kami akan membayar item tersebut apabila ia tiba dan menolak amaun yang dibayar daripada baki akaun ZenMarket anda. 

Shopping on Rakuma Japan is easy with ZenMarket!

 

Anda juga akan menemui link ke halaman asal di Rakuma serta ke halaman carian ZenMarket yang menampilkan item lain penjual.

Anda boleh mencari nama penjual di Rakuma untuk mengetahui sama ada ia boleh dipercayai. 

Cara yang paling mudah untuk melakukan ini adalah dengan mengklik pautan "Halaman item ini di Mercari", skrol ke bawah melepasi maklumat produk dan pilihan pembayaran kepada nama penjual, kemudian klik padanya atau butang di bawahnya.

 

Shopping on Mercari Japan is easy with ZenMarket!

 

Shopping on Mercari Japan is easy with ZenMarket!

 

Kemudian, anda akan tiba di halaman profil penjual. Ulasan akan ditulis dalam bahasa Jepun, tetapi anda boleh melihat penilaian keseluruhan penjual di sebelah kiri skrin anda (jika melihat gunakan desktop).

 

Shopping on Mercari Japan is easy with ZenMarket!

 

Jika anda menggunakan Google Chrome, anda boleh klik kanan di mana-mana pada halaman, kemudian klik pada "Terjemah ke Bahasa Inggeris" (jika bahasa penyemak imbas Chrome anda ditetapkan kepada bahasa selain bahasa Inggeris, bahasa ini akan dipaparkan.) Oleh sebab ia diterjemahkan secara automatik, anda cuma perlu sedar bahawa terjemahan Google mungkin tidak 100% tepat. Dalam kebanyakan kes, ia agak hampir.

 

Shopping on Mercari Japan is easy with ZenMarket!

 

Ia adalah suatu amalan yang baik untuk melihat penilaian dan ulasan penjual setiap kali anda menyemak imbas pasaran terpakai untuk mengurangkan kemungkinan ditipu dan meningkatkan kemungkinan mendapatkan barangan yang anda cari. Mercari tidak terkecuali - jika anda tidak pasti tentang penjual atau mengesyaki sesuatu yang tidak kena, beritahu kami sebelum membuat pembelian anda.

Satu lagi ciri istimewa yang tersedia di halaman ini ialah keupayaan untuk menambah penjual pada senarai pantau ZenMarket anda. Anda boleh menggunakan ini dengan mengklik pautan "Tambahkan penjual ke senarai pantau" di bawah nama penjual.

Hai ini membolehkan anda mengakses penyenaraian penjual dengan cepat pada masa hadapan. Tip ini amat berguna jika anda menemui penjual yang kerap menyenaraikan barang niaga yang jarang ditemui atau item yang anda tidak mahu ketinggalan. 

  Shopping on Mercari Japan is easy with ZenMarket!

 

 Shopping on Rakuma Japan is easy with ZenMarket!

 

Harap maklum bahawa ia adalah lebih baik untuk memastikan anda log masuk ke akaun ZenMarket anda sebelum mengklik butang ini.

Tidak mempunyai Akaun ZenMarket? 

Daftar Akaun Sekarang!

 

5. Tambahkan Item Ke Dalam Troli Anda

Apabila anda telah mendapat semua maklumat yang anda perlukan dan bersedia untuk membuat pembelian, anda hanya perlu memasukkan sebarang ulasan tentang item yang ingin anda sampaikan kepada staf sokongan kami, kemudian klik butang "Tambah ke troli".

Harap  Maklum: Item penyenaraian Mercari dimuat naik oleh orang biasa, bukan profesional atau kedai, dalam kebanyakan kes. Oleh sebab itu, hampir semua item tersedia seperti sedia ada, dan tidak boleh diubah suai atau dilaraskan. Contohnya, jika sehelai baju-T merah saiz M ditambah ke dalam troli, tetapi anda berkata, "ini, tetapi dalam warna biru," atau "Mahu saiz S", atau meminta kuantiti lebih daripada satu, kami tidapat dapat membantu anda kerana kemungkinan besar penjual tidak dapat menyediakannya untuk anda. Setakat ini, semua item akan disenaraikan dalam kuantiti SATU sahaja - buat masa ini, kuantiti lebih daripada 1 tidak boleh dipesan.

Selain itu, ZenMarket tidak boleh merundingkan harga item untuk anda. Harga yang ditetapkan oleh penjual adalah muktamad. Kami tidak boleh merundingkan harga yang berbeza walaupun anda meminta kami.

 Shopping on Mercari Japan is easy with ZenMarket!

 

Sebaik sahaja anda telah menambah item pada troli anda, staf sokongan kami akan menyemak item tersebut. Apabila mereka telah menyemak item tersebut, mereka akan memberitahu anda harga dan ketersediaan item yang disahkan melalui akaun anda. 

TIP: Sila semak semua imej yang tesedia dan baca semua huraian item bagi item yang anda ingin beli dengan berhati-hati untuk memastikan item itu adalah seperti yang anda inginkan sebelum anda memesan. Kami hanya akan menerima aduan "barang tidak seperti yang diterangkan" jika anda telah memesan servis perkhidmatan foto kami bagi barangan tersebut.

6. Bayar Barangan Anda

Setelah harga dan ketersediaan item telah disemak dan disahkan oleh staf sokongan kami, statusnya akan berubah daripada "Sedang disemak oleh ZenMarket" kepada Tersedia untuk Pembelian. Harga yang perlu anda bayar untuk kami mendapatkan item tersebut (termasuk kos perkhidmatan ZenMarket) akan dipaparkan. Jika semua maklumat adalah tepat, klik bayar untuk menggesa pasukan pembelian kami bagi membelinya untuk anda. 

 Shopping on Mercari Japan is easy with ZenMarket!

 Sila ambil perhatian: Semua jualan Mercari adalah muktamad. Jika anda ingin membatalkan item tertentu, sila klik ikon tong sampah di sebelah butang bayar sebelum anda membayar item anda. Sebaik sahaja anda telah membayar barangan anda, kami tidak dapat membatalkan pesanan anda dalam kebanyakan kes.

Sebaik sahaja anda telah membayar untuk item tersebut, kami akan membelinya daripada penjual melalui Mercari dan menghantarnya ke gudang kami di Osaka, Jepun. Setelah item anda tiba di sini, anda boleh menyimpannya secara percuma sehingga 60 hari semasa anda mengatur penghantaran antarabangsa. Jika anda memesan beberapa item, anda boleh menggabungkannya menjadi satu bungkusan (percuma) selepas item anda sampai ke gudang kami.

Beberapa pembelian daripada penjual Mercari yang sama tidak boleh disatukan untuk penghantaran domestik di Jepun. Kami boleh menyatukan item hanya selepas item tiba di gudang kami untuk penghantaran antarabangsa.

Jika ada perkara yang anda tidak pasti, beritahu kami sebelum penghantaran antarabangsa supaya kami boleh berhubung dengan penjual secara segera. Ramai penjual meminta item dikembalikan kepada mereka untuk menuntut bayaran balik. Oleh itu, anda dapat lebih menjimatkan wang dan masa jika anda melakukan ini sebelum item itu meninggalkan Jepun.

Apabila membuat bungkusan, anda juga mempunyai pilihan untuk memperkukuhkan bungkusan anda. Langkah ini disyorkan jika anda menghantar item yang sangat rapuh. Lihat perkhidmatan pilihan kami di sini. 

Itu sahaja maklumat yang anda perlukan untuk mula mencari tawaran hebat di Mercari Jepun! Jika anda sudah bersedia untuk menyatukan bungkusan beli-belah Jepun anda, mulakan sekarang!

Beli Dari Mercari Sekarang!

 

Jika ini kali pertama anda beli-belah dengan ZenMarket, sila tonton video tutorial kami, atau baca panduan Cara Menggunakan ZenMarket kami .

 

 Sudahkah anda mendaftar untuk ZenMarket? 

ZenMarket ialah tempat untuk mendapatkan barangan anda terus dari Jepun!

Daftar akaun PERCUMA 

Beli barang terus dari Rakuten Japan!Cara menggunakan tutorial ZenMarket

 

Artikel| 09/02/2023 |

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular