Carian dihidupkan, Tukar kedai
5% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16/12 16:00 - 18/12 16:00 JST BELI SEKARANG
DISKAUN ECMS SEHINGGA 30% 29/11 - 20/12 JST 30& OFF ECMS30
Sejarah carian Kosongkan senarai

Panduan Penggunaan Sistem Lelongan Automatik

1) ZenMarket Perkhidmatan Beli-Belah Jepun (dikendalikan oleh ZenGroup Inc.) membolehkan Pengguna untuk membuat bidaan dan pembelian di laman web jualan lelong Jepun. Pengguna bersetuju untuk mematuhi Garis Panduan dan Terma dan Syarat perkhidmatan ZenMarket. Pengguna memahami dan bersetuju bahawa kebanyakan lelongan adalah untuk barangan terpakai dan penjual adalah bukan profesional. Oleh itu, keterangan barangan mungkin berat sebelah dan tidak menyeluruh.

2) Sesetengah lelongan menambah cukai GST sebanyak 10% ke bidaan terakhir. GST 10% ditambah ke bidaan yang telah menang, sebaik sahaja lelongan berakhir. Pengguna yang memenangi lelongan bertanggungjawab untuk membayar GST.

3) ZenMarket berperanan sebagai proksi yang membeli produk daripada jualan lelong bagi pihak Pengguna.
Berikut merupakan tanggungjawab ZenMarket:
- Menghubungi penjual
- Membayar barangan
- Menerima barangan
- Menyimpan barangan di gudang sehingga 90 hari (60 hari secara percuma)
- Mengirim barangan kepada Pengguna

Berikut bukanlah tanggungjawab ZenMarket:
- Mengesahkan dan memastikan kebolehpercayaan penjual
- Merunding harga
- Memeriksa sama ada barangan tersebut sama seperti dalam butiran (lihat 15 dan 17 di bawah)
- Membuat pengesahan terperinci terhadap fungsi dan kebolehpercayaan barangan
- Pengiriman tempatan untuk barangan dari tempat penjual ke gudang ZenMarket (hanya barangan yang boleh dihantar melalui pos atau perkhidmatan pengiriman lain sahaja boleh dibeli)
- Menterjemah dan menerangkan manual, arahan penggunaan, keterangan item yang dimenangi dari jualan lelong.

4) ZenMarket akan berusaha sehabis baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul antara Pengguna dan penjual. Pengguna bersetuju untuk tidak memindahkan tanggungjawab kepada ZenMarket berkaitan dengan keterangan yang berat sebelah yang dibuat oleh penjual, atau sebarang masalah yang mungkin disebabkan oleh ketidakjujuran atau ketidakcekapan penjual.

5) Pengguna bertanggungjawab untuk menampung semua perbelanjaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, harga item, kadar pengiriman tempatan dan antarabangsa, cukai penggunaan (jika berkaitan).

6) Pengguna adalah dilarang untuk membida barang yang diharamkan oleh undang-undang, barang-barang yang dilarang untuk pengiriman antarabangsa, barang yang tidak dapat dikirim disebabkan oleh had ukuran. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan barangan boleh dihantar ke destinasi mereka. Sekiranya barangan daripada lelongan yang dimenangi tidak dapat dihantar kepada Pengguna, Pengguna bertanggungjawab untuk menampung kesemua perbelanjaan berkaitan dengan barangan tersebut, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, harga barang, caj pengiriman tempatan, caj perkhidmatan dan perbelanjaan lain.

7) Bidaan tertinggi yang boleh dibuat oleh Pengguna pada lelongan adalah jumlah baki wang pengguna yang telah ditolak dengan komisyen ZenMarket sebanyak 500 JPY. Jumlah akhir yang dikehendaki dikira selepas lelongan berakhir. Sebarang perbezaan akan dibayar balik atau dikenakan kepada Pengguna. Caj pengiriman tempatan dikira oleh penjual selepas lelongan telah dimenangi dan akan ditolak dari baki akaun Pengguna.
Harap maklum bahawa jika kaedah penghantaran dalam Jepun yang paling murah tidak ada nombor trackingnya atau tidak ada pampasan atas kehilangan atau kerosakan, untuk barangan bernilai di atas 50,000 yen kami akan meminta penjual untuk menggunakan kaedah penghantaran yang lebih mahal yang memiliki perkhidmatan tracking dan/atau pampasan.

8) Sekiranya bidaan Pengguna telah diatasi oleh pembida lain, semua perbelanjaan berhubung dengan lelongan ini akan dikembalikan kepada baki akaun pengguna. Pengguna boleh meningkatkan bidaan atas pertimbangan sendiri.

9) Setelah diletakkan, penurunan kadar bidaan atau pembatalan bidaan adalah tidak dibenarkan. Sebaik sahaja Pengguna membuat bidaan dan memenangi lelongan, Pengguna bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang berkaitan dengan lelongan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, harga barangan, kadar pengiriman, cukai penggunaan dan sebarang perbelanjaan lain sekiranya ada.

10) Sekiranya terdapat beberapa item yang dibeli daripada penjual yang sama, sistem automatik ZenMarket akan menghantar permintaan untuk menggabungkan pengiriman bagi item yang dibeli dari jam 5 pagi JST (Waktu Standard Jepun) hingga 4:59 pagi hari berikutnya. Semua barangan yang dibeli selepas jam 5 pagi pada hari berikutnya akan dianggap sebagai pembelian hari berikutnya, dan tidak layak untuk pengiriman gabungan. ZenMarket tidak bertanggungjawab untuk kes-kes yang melibatkan penjual menolak permintaan untuk menggabungkan pengiriman atau apabila Yahoo! menghalang sistem ZenMarket daripada menghantar permintaan automatik.

11) Atas sebab-sebab teknikal, ZenMarket tidak dapat memberikan jaminan bahawa semua maklumat mengenai lelongan akan dipaparkan di halaman lelongan. Sesetengah kelewatan mungkin berlaku. Kami mengesyorkan anda membuat bidaan terlebih dahulu. ZenMarket tidak bertanggungjawab terhadap kerugian atau kerugian keuntungan yang disebabkan oleh kelewatan dalam mengemaskini maklumat lelongan.

12) Sekiranya Pengguna ingin membatalkan pesanan yang telah dimenangi daripada lelongan pada bila-bila masa: harga barangan, komisyen ZenMarket, kadar pengiriman dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan lelongan tidak akan dibayar balik. Di samping itu, Pengguna bertanggungjawab untuk menampung perbelanjaan kitar semula barangan tersebut dan perbelanjaan lain sekiranya ada. Jumlah perbelanjaan kitar semula hanya boleh ditetapkan oleh ZenMarket, bergantung kepada saiz dan jenis bahan barangan yang dibeli.

13) Jika pengguna telah membuat bidaan dan memenangi lelongan untuk barangan yang dilarang daripada melalui penghantaran antarabangsa atau tidak boleh dihantar kerana had ukuran: harga barangan, komisyen ZenMarket, kadar pengiriman dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan lelongan tidak akan dibayar balik. Di samping itu, Pengguna bertanggungjawab untuk menampung perbelanjaan kitar semula barangan tersebut dan perbelanjaan lain sekiranya ada. Jumlah perbelanjaan kitar semula hanya boleh ditetapkan oleh ZenMarket, bergantung kepada saiz dan jenis bahan barangan yang dibeli.

14) Penjual boleh menarik balik barangan daripada lelongan atau membatalkan bidaan pengguna. ZenMarket tidak bertanggungjawab terhadap tingkah laku penjual yang sedemikian. Jika penjual membatalkan bidaan atau lelongan, ZenMarket akan memberikan bayaran balik kepada Pengguna, termasuk caj komisyen.

15) Jika Pengguna memohon pilihan "Foto item", barangan yang dibeli oleh Pengguna akan dibuka setelah tiba di gudang kami dan 3 atau lebih foto barangan berkenaan akan dihantar kepada pengguna. Pengguna bertanggungjawab untuk menyemak foto berkenaan bagi memastikan item adalah sama seperti yang diiklankan.

16) Jika Pengguna mendapati barangan yang tiba di gudang kami tidak sama dengan keterangan barang di halaman lelongan, ZenMarket akan berusaha untuk mengembalikan barang tersebut kepada penjual dan mendapatkan kembali wang Pengguna. Sekiranya ZenMarket berjaya mendapatkan pampasan daripada penjual, wang itu akan didepositkan kembali kepada baki akaun pengguna. Jika penjual tidak memberikan bayaran balik, ZenMarket juga tidak akan membayar balik. Kos penghantaran tidak boleh dikembalikan.

17) Sekiranya Pengguna tidak memohon pilihan "Foto item", sebarang tuntutan atau aduan mengenai barangan yang dibeli daripada lelongan tidak akan diterima.

18) Dengan meletakkan bidaan, Pengguna bersetuju dengan Garis Panduan ini dan mengesahkan perkara berikut:
- Pengguna meletakkan bidaan terhadap item pilihan mereka, daripada penjual pilihan mereka atas pertimbangan mereka sendiri dan Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelian tersebut;
- Pengguna memahami segala risiko pembelian barangan daripada lelongan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kes-kes penipuan, item yang tidak sama seperti keterangan, dan barangan ciplak.
- Pengguna telah memeriksa foto produk, deskripsi produk (termasuk semua catatan), dan penilaian penjual. Pengguna bersetuju untuk menanggung risiko sepenuhnya dan tidak akan menyalahkan ZenMarket untuk pembelian item yang dipilih oleh pengguna sendiri, daripada penjual pilihan pengguna (termasuk tetapi tidak terhad kepada kes penipuan, item tidak sama seperti yang diiklankan, deskripsi yang mengelirukan, dan barangan tiruan).
- Pengguna maklum bahawa mereka tidak boleh membatalkan bidaan, mengembalikan item, membatalkan lelongan yang telah dimenangi.
- Pengguna maklum bahawa mereka wajib membayar lelongan yang telah dimenangi (termasuk kadar pengiriman tempatan dan bayaran lain) dan tidak akan meminta pembayaran balik daripada ZenMarket atas apa-apa sebab sekalipun.
- Pengguna tidak membeli barangan yang diharamkan oleh undang-undang;
- Pengguna tidak membeli bahan letupan, mudah terbakar, barangan yang mengandungi alkohol atau item terlarang lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, spray, minyak gris, pengecat kuku, minyak wangi, bahagian enjin.
- Pengguna tidak membeli barangan terlebih besar yang melebihi had pengiriman.
- Pengguna tidak membeli barangan dengan kadar pengiriman antarabangsa yang tidak mampu ditampung oleh mereka.

19) Dengan meletakkan bidaan, Pengguna bersetuju untuk menghormati :
- Perjanjian Pengguna Yahoo! Auction (bahasa Jepun sahaja) http://docs.yahoo.co.jp/docs/info/terms/
- Garis Panduan Pengguna Yahoo! Auction (bahasa Jepun sahaja) http://auctions.yahoo.co.jp/jp/html/guidelines.html