Maklumat Penting Tentang Tempoh Simpanan Di Gudang

Pare pelanggan yang dihormati, 

Seperti yang anda sedia maklum, bagi meringankan beban para pelanggan yang tidak dapat menghantar bungkusan mereka akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia, ZenMarket telah melanjutkan tempoh simpanan item di gudang kami daripada tempoh asal 45 hari kepada 120 hari pada bulan April lalu.

 

Malangnya, ruang simpanan di gudang kami adalah terhad. Oleh itu, selaras dengan penambahan pelbagai kaedah pengiriman baharu seperti DHL eCommerce dan ECMS, serta pembukaan semula operasi pengiriman oleh Japan Post ke lebih banyak negara yang dihentikan untuk sementara waktu disebabkan oleh pandemik COVID-19, pihak ZenMarket telah membuat keputusan untuk mengembalikan semula tempoh penyimpanan percuma daripada 120 hari kepada tempoh asal, iaitu 45 hari bermula tanggal 8 Ogos, 2020.

 

Harap maklum bahawa semua item yang didaftarkan di gudang kami sebelum tarikh tersebut masih tertakluk dengan peraturan lama dan memiliki tempoh simpanan 120 hari. Tetapi, untuk semua item yang didaftarkan di gudang pada, dan selepas 8 Ogos, tempoh simpanan percuma adalah selama 45 hari (ditambah dengan tempoh simpanan berbayar selama 45 hari).

※Selaras dengan peraturan asal, item yang disimpan melebihi 45 hari akan dikenakan caj penyimpanan ekstra sebanyak 50 yen/item per hari.

 

Kami berharap agar tempoh simpanan percuma 120 hari yang diberikan selama 3 bulan lebih tersebut telah memberikan manfaat kepada para pelanggan dalam situasi dunia yang tidak menentu ini.

 

Sekian,

ZenMarket

Berita| 30/07/2020 | Berita