Para pelanggan yang dihormati,
Memandangkan kepada situasi semasa yang masih memerlukan kita untuk mengasingkan diri dan berkuarantin untuk mengelakkan penularan COVID-19, ZenMarket membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh simpanan PERCUMA di gudang kami kepada semua pelanggan ZenMarket tanpa mengira negara asal anda.
Ini bermaksud bahawa para pelanggan yang mengalami kesukaran untuk menerima bungkusan mereka akibat gangguan perkhidmatan pengiriman atau para pelanggan yang tidak dapat mengambil bungkusan mereka kerana berkuarantin di rumah, boleh menyimpan barangan anda di gudang kami tanpa sebarang bayaran tambahan selama 120 hari dan ditambah dengan 45 hari tempoh simpanan berbayar (jumlah keseluruhan: 165 hari).
※Sebelum ini, kami telah menambah tempoh simpanan di gudang kami daripada 90 hari (45 hari percuma + 45 hari berbayar) kepada 135 hari (90 hari percuma + 45 hari berbayar). Maklumat lanjut di sini.
Selaras dengan perubahan ini, caj penyimpanan ekstra akan mula dikenakan pada hari ke-121. Namun begitu, harap maklum bahawa caj penyimpanan ekstra yang telah dikenakan sebelum ini (untuk item yang melebihi tempoh simpanan 90 hari) tidak dapat dikembalikan.
Sila ambil perhatian bahawa gudang kami mempunyai ruangan penyimpanan yang terbatas. Oleh itu, kami mungkin akan menghentikan 120-hari penyimpanan percuma ini jika gudang kami sudah tidak mempunyai ruang simpanan lagi. Oleh yang demikian, kami memohon kerjasama para pelanggan untuk bertolak-ansur terhadap pengguna ZenMarket lain yang BENAR-BENAR MEMERLUKAN penambahan tempoh penyimpanan tersebut dengan hanya menggunakan perkhidmatan ini jika anda tidak dapat menerima bungkusan anda akibat COVID-19.
Keluarga ZenMarket mendoakan keselamatan dan kesihatan anda sepanjang tempoh wabak ini. Pastikan anda membasuh tangan dengan kerap dan mematuhi segala saranan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara anda. Kami mengharapkan agar tindakan kami untuk melanjutkan tempoh penyimpanan item dapat membantu untuk meringankan beban serta memudahkan para pelanggan kami dalam tempoh krisis global ini.
Sekian, terima kasih.
ZenMarket