Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

COVID-19: Maklumat Terkini Pengiriman

 

UPDATE: 27/11/2020 - FedEx

Pada hari ini (27 November), kami telah menerima makluman daripada FedEx bahawa akibat pengurangan penerbangan antarabangsa yang disebabkan oleh COVID-19 dan juga peningkatan bungkusan bersempena dengan cuti akhir tahun, semua penghantaran melalui FedEx akan ditukar kepada FedEx International Priority.

Hal ini bermaksud bahawa bagi kebanyakan pengguna FedEx kami, penghantaran akan menjadi lebih mahal buat sementara waktu.

Untuk makluman anda, FedEx biasanya menyediakan dua pilihan penghantaran: FedEx International Economy dan FedEx International Priority.
Pengiriman Ekonomi menawarkan harga yang lebih rendah, tetapi bungkusan akan memakan masa lebih lama untuk sampai ke alamat anda berbanding Pengiriman Prioriti.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku akibat tindakan mendadak FedEx ini dan pihak ZenMarket akan segera membuat makluman sebaik sahaja FedEx mengembalikan harga pengiriman mereka kepada normal.

 

UPDATE: 24/11/2020 - Japan Post

Pihak Japan Post telah mengeluarkan notis rasmi berkenaan pengembalian operasi pengiriman EMS dan Airmail (AVIA, mel udara) ke Malaysia mulai 24 November 2020. Makluman rasmi dapat dilihat di laman web Japan Post (dalam bahasa Jepun).

 

UPDATE: 02/11/2020 - Japan Post

Mulai 30 Oktober 2020, Japan Post telah menghentikan semua pengiriman melalui EMS dan Airmail (AVIA, mel udara) ke Malaysia buat sementara waktu. Makluman rasmi pihak Japan Post ini dapat dilihat di laman web rasmi mereka.

 

UPDATE: 16/07/2020 - Japan Post

Berdasarkan maklumat terkini yang kami perolehi daripada Japan Post, bermula dari 17 Julai, kaedah pengiriman tertentu akan beroperasi semula bagi negara-negara tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.
 
EMS
Indonesia, Cook Islands
 
Airmail (mel udara atau AVIA)
China, Indonesia, Cook Islands, Greenland, Serbia, Faroe Islands, Tunisia
 
Surface (mel biasa atau sea mail)
Serbia, Tunisia
 
Selain itu, terdapat maklumat pemberhentian pengiriman ke Myanmar (EMS dan Airmail) serta Bolivia (Airmail).
 
Sila maklum bahawa sehingga akhir bulan Julai, gudang ZenMarket masih lagi mengalami masalah kelewatan, jadi pembungkusan serta pengiriman akan mengambil masa yang lebih lama. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berharap agar anda dapat sabar menunggu.
 

UPDATE: 28/04/2020 - Perubahan Waktu Operasi Gudang

Terima kasih kerana terus setia bersama ZenMarket.
 
Berhubung dengan situasi COVID-19 di Jepun, kami telah membuat keputusan untuk melanjutkan pengurangan tempoh operasi gudang kepada 5 hari seminggu sehingga hujung bulan Mei bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja kami, di samping menyahut saranan protokol sosial yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun
 
Oleh sebab itu, tiada sebarang penerimaan, pembungkusan dan pengiriman barangan akan dilakukan pada hari Sabtu. Khidmat pelanggan serta perkhidmatan pembelian masih berlangsung seperti biasa tanpa sebarang perubahan.
 
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
 

UPDATE: 22/04/2020 - JP Post

Kami telah menerima makluman tambahan daripada pihak Japan Post.
 
Bermula tarikh ini, perkhidmatan berikut akan dihentikan:
 
EMS dan Airmail untuk:
Amerika Syarikat, Slovakia, Slovenia
*Bungkusan beralamatkan Amerika Syarikat yang dihantar keluar pada hari ini (23.04.2020), akan tetap dikirimkan, tetapi akan mengalami kelewatan (sehingga 4 bulan).
 
Mel Biasa (surface mail) untuk:
Sepanyol, Nepal
 
Mulai 27 April, perkhidmatan berikut akan ditawarkan:
Mel biasa untuk:
Ukraine
 
Sekiranya anda mempunyai item di gudang kami, sila ikuti satu daripada langkah berikut:
 
1. Gunakan DHL, FedEx atau UPS. Kami sedang melakukan promosi diskaun 10% kos pengiriman untuk pengiriman melalui tiga syarikat ini. Namun begitu, sila ambil maklum bahawa terdapat beberapa kategori item yang tidak boleh dikirimkan melalui perkhidmatan kurier, di samping pemeriksaan kastam yang lebih ketat. 
 
Antara item yang tidak boleh dihantar adalah:
Makanan
Minuman
Kosmetik
Barang sanitari
Suplemen kesihatan
Dan lain-lain...
 
Sila ambil kira maklumat ini ketika membuat sebarang pembelian. 
 
2. Gunakan mel biasa. Tempoh penghantaran adalah lebih lama tetapi kos pengiriman adalah jauh lebih murah. Had saiz/berat dan barangan yang boleh dihantar melalui mel biasa adalah sama seperti pengiriman melalui SAL atau Mel Udara (Airmail).
 
3. Buat bungkusan anda terlebih dahulu, dan simpan item tersebut di gudang kami sehingga kaedah pengiriman yang anda ingin gunakan kembali beroperasi seperti biasa.
 
Kami mendoakan kesihatan dan keselamatan para pelanggan sepanjang tempoh yang tidak menentu ini. Teruskan mengikuti artikel blog ini untuk sebarang perkembangan terkini.

 

UPDATE: 09/04/2020 - JP Post

Kami menerima maklumat tambahan daripada pihak Japan Post berkaitan maklumat yang diterbitkan pada tanggal 1 April.

Bermula dari hari ini sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian, perkhidmatan pengiriman berikut telah dihentikan buat sementara waktu:

EMS dan Airmail: Australia, Denmark, Norway, Sweden, Botswana

Mel biasa (surface mail): Sri Lanka, Nepal, Eritrea, Bhutan, Syria, Bahrain, Fiji, Serbia, Zimbabwe, Botswana

Pihak Japan Post juga telah memaklumkan kepada kami bahawa terdapat kelewatan dalam pemprosesan bungkusan yang akan dihantar ke Amerika Syarikat. Disebabkan oleh pengurangan jumlah penerbangan antarabangsa, setelah bungkusan dikutip, pihak Japan Post memerlukan masa lebih kurang 2 minggu untuk mendapatkan kapal terbang yang boleh membawa bungkusan-bungkusan tersebut ke Amerika Syarikat. Harap maklum bahawa pihak Japan Post sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa bungkusan dapat dihantar ke destinasi yang masih belum dikenakan sebarang sekatan. 

 

 

UPDATE: 07/04/2020 - Kelewatan Pengiriman Dan Pengembalian Bungkusan

Harap maklum bahawa Japan Post sedang mengalami kelewatan untuk memproses bungkusan yang sudah dikutip akibat pengurangan jumlah kapal terbang yang disebabkan oleh situasi pandemik global pada masa ini. Oleh sebab itu, kami dimaklumkan bahawa maklumat penjejakan (tracking information) untuk sebahagian bungkusan masih belum dikemas kini beberapa hari setelah kutipan dilakukan.
 
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta memohon agar anda dapat bersabar dan memahami bahawa pihak Japan Post sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa semua bungkusan dapat dihantar dengan selamat.
 
Selain itu, kami juga telah menerima makluman bahawa terdapat sebilangan bungkusan yang sudah dihantar (kebanyakannya bungkusan SAL) akan dikembalikan semula ke gudang kami kerana pihak pos tidak dapat mencari jalan untuk mengirimkan bungkusan tersebut ke lokasi anda buat masa ini.
 
Setelah bungkusan tersebut dikembalikan ke gudang kami dan selesai diproses, anda akan menerima pemulangan kadar pengiriman yang telah dibayar. Kemudian, anda boleh memilih sama ada untuk mengirimkan bungkusan tersebut menggunakan kaedah pengiriman lain yang tersedia, atau untuk menyimpan item anda di gudang kami sehingga kaedah pengiriman pilihan anda kembali beroperasi seperti biasa.
 

UPDATE: 07/04/2020 - Perubahan Tempoh Operasi Gudang

Terima kasih kerana terus setia bersama ZenMarket dalam situasi yang tidak menentu ini.
 
Sehubungan dengan situasi global COVID-19, ZenMarket akan mengurangkan tempoh operasi gudang kepada 5 hari seminggu sehingga hujung bulan April bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja kami, di samping menyahut saranan protokol sosial yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun baru-baru ini. 
 
Sepanjang tempoh ini, tiada sebarang penerimaan, pembungkusan, dan pengiriman barang akan dilakukan pada hari Sabtu. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
 
Perubahan ini tidak akan mempengaruhi operasi pembelian serta khidmat pelanggan, jadi anda boleh meneruskan pembelian melalui laman web kami seperti biasa.
 
Kami telah menerima banyak pertanyaan berkenaan tempoh penyimpanan barangan untuk para pelanggan yang tidak dapat melakukan pengiriman buat masa ini, dan di sini kami ingin memaklumkan bahawa anda tidak perlu risau kerana kami telah melanjutkan tempoh penyimpanan percuma daripada tempoh asal 45 hari kepada 90 hari. Bergantung kepada situasi pengiriman pada masa akan datang, kami mungkin akan membuat pertimbangan untuk melanjutkan lagi tempoh penyimpanan ini.

 

UPDATE: 02/04/2020 - Mel Biasa (Surface Mail) Kini Boleh Digunakan

Sehubungan dengan makluman mengejut pihak Japan Post untuk menghentikan pengiriman melalui SAL ke semua negara, serta EMS dan Airmail/AVIA ke sebilangan besar negara, ZenMarket telah membuat keputusan untuk mula membuat pengiriman melalui mel biasa (surface mail)!
 
Jika bungkusan anda telah disiapkan, anda masih boleh menukar kaedah pengiriman melalui tab 'Bungkusan' di akaun ZenMarket anda. 
 
Kami memohon maaf, tetapi perkhidmatan mel biasa tidak dapat digunakan untuk pengiriman ke negara-negara berikut:
 
Asia: China, Mongolia, India, Indonesia, Maldives
Eropah: Ukraine
Oceania: New Caledonia, New Zealand
Amerika Utara dan Tengah: Panama, Honduras
Amerika Selatan: Argentina, Uruguay, Ecuador, Colombia, Chile, Paraguay, Venezuela
Timur Tengah dan Dekat: Iraq, Cyprus, Kuwait
Afrika: Tunisia
 
Pada masa ini, perkhidmatan kurier (DHL, FedEx, UPS) tidak dapat melakukan penghantaran di sesetengah kawasan, wilayah dan negara. Oleh itu, sila semak laman web rasmi perkhidmatan kurier berkenaan untuk maklumat berkenaan kawasan, wilayah atau negara anda.

 

UPDATE: 01/04/2020 - JP Post

Mulai esok (02/04/2020), pihak Japan Post akan MENGHENTIKAN pengiriman melalui SAL (Paket Standard dan Paket Kecil) untuk semua negara buat sementara waktu.
 
Selain itu, mereka juga akan menghentikan pengiriman melalui EMS dan Airmail (Mel Udara/AVIA) kecuali untuk negara-negara di bawah.
 
※Harap maklum bahawa penghantaran dalam negara bagi negara-negara berkenaan mungkin akan mengalami kelewatan atau tidak dapat dilakukan bergantung kepada situasi semasa negara tersebut dan hal ini adalah di luar kawalan pihak JP Post.
 
Senarai negara yang masih boleh membuat pengiriman melalui EMS dan Airmail:
  • Afrika Selatan
  • Amerika Syarikat
  • Australia
  • Belanda
  • Botswana
  • Denmark
  • Filipina
  • Finland
  • Guadeloupe
  • Guam
  • Guiana Perancis
  • Hong Kong
  • Iceland
  • Ivory Coast
  • Jerman
  • Kanada
  • Kemboja
  • Kepulauan Cook
  • Kepulauan Solomon
  • Korea Selatan
  • Lebanon
  • Macau
  • Madagascar
  • Maghribi
  • Malaysia
  • Maldives
  • Martinique
  • Mauritius
  • Mexico
  • Monaco
  • Myanmar
  • New Caledonia
  • Nigeria
  • Norway
  • Perancis
  • Puerto Rico
  • Qatar
  • Reunion
  • Romania
  • Rwanda
  • Senegal
  • Sierra Leone
  • Singapura
  • Slovakia
  • Slovenia
  • Sudan
  • Sweden
  • Taiwan
  • Tanzania
  • Thailand
  • Togo
  • United Kingdom
  • Vietnam
  • Zimbabwe

 

Senarai negara yang masih boleh membuat pengiriman melalui Airmail:

  • Anguilla
  • Benin
  • Bermuda
  • Bolivia
  • Bonaire
  • Bosnia dan Herzegovina
  • Burkina Faso
  • Cameroon
  • Comoros
  • Congo
  • Gambia
  • Gibraltar
  • Greenland
  • Guinea
  • Kazakhstan
  • Kepulauan Falkland
  • Kepulauan Faroe
  • Kepulauan Mariana Utara
  • Kepulauan Marshall
  • Kyrgyzstan
  • Liberia
  • Mali
  • Micronesia
  • Nauru
  • Niger
  • Palau
  • Republik Afrika Tengah
  • Seychelles
  • Swaziland
  • Tajikistan
  • Timor Leste
  • Tonga
  • Vanuatu

DHL, FedEx, UPS dan SF Express masih boleh digunakan, tetapi, perkhidmatan kurier ini juga telah (atau akan) mengalami perubahan (sila lihat maklumat berkenaan).

 

Harap maklum bahawa sesetengah item TIDAK DAPAT dikirimkan melalui perkhidmatan kurier. Antaranya:

  • Makanan
  • Minuman
  • Kosmetik
  • Produk sanitari
  • Suplemen kesihatan (ubat-ubatan, vitamin dll)
  • Dan lain-lain...

Sila ambil kira maklumat ini untuk merancang pembelian anda pada waktu ini. 

 

Buat masa ini, kami sedang melihat kemungkinan untuk melakukan pengiriman melalui jalan laut (surface mail/sea mail) bagi negara-negara yang tidak menawarkan pengiriman melalui DHL, FedEx atau UPS; dan untuk para pelanggan yang memiliki item yang tidak dapat dihantar oleh pihak kurier.

 

Kutipan (collection) bungkusan oleh pihak JP Post akan dilakukan seperti biasa pada hari ini, tetapi mulai esok (02/04/2020), peraturan baru ini akan berkuat kuasa.

 

Kami akan cuba untuk mengirimkan sebanyak bungkusan yang mungkin pada hari ini. Walau bagaimanapun, bungkusan yang dibayar selepas jam 3 PM hari ini (Waktu Standard Jepun) mungkin tidak dapat dikirimkan akibat peraturan terkini JP Post.

 

Sekiranya anda masih belum maklum, ZenMarket telah meningkatkan tempoh simpanan percuma serta tempoh simpanan keseluruhan untuk semua pelanggan kami, jadi anda masih mempunyai masa untuk menyimpan barangan anda dengan selamat di gudang kami sehingga pihak perkhidmatan pos kembali beroperasi seperti biasa. Sebaik sahaja perubahan ini berlaku, kami akan segera membuat makluman.

 

UPDATE: 31/03/2020 - DHL

Bermula dari 1 April 2020, DHL akan meningkatkan kos pengiriman mereka buat sementara waktu. Garis panduan tersebut akan digunakan oleh pihak DHL untuk meningkatkan kos pengiriman mereka berdasarkan kepada berat (kg, g, oz, dll) atau Berat Volumetrik (Volumetric Weight) bungkusan yang dihantar (mana-mana yang lebih mahal):

  • 2Kg ~30kg --> +330 JPY
  • 30.1Kg ~70kg --> + 1980 JPY
  • 70.1Kg ~300kg --> + 6600 JPY
  • <300kg~ --> + 26400 JPY

Anda boleh menggunakan kalkulator Berat Volumetrik ini (pautan eksternal, tidak berkaitan dengan ZenMarket) untuk mengira dan memahami "Volumetric Weight" bungkusan anda, jika perlu.

Kalkulator kos pengiriman ZenMarket telah dikemas kini untuk memaparkan perubahan harga DHL dan FedEx.

 

UPDATE: 30/03/2020 - FEDEX

Pada pagi ini (30/03/2020, Isnin), pihak FedEx telah menghubungi kami dan memaklumkan bahawa semua pelan pengiriman FedEx terpaksa ditukarkan kepada pelan FedEx International Priority akibat pengurangan jumlah penerbangan yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19. Hal ini bermakna, sehingga tempoh tertentu sepanjang krisis global ini berlaku, pengiriman melalui FedEx akan menjadi lebih mahal daripada biasa buat sementara waktu.

 

Untuk pengetahuan anda, sehingga ke hari ini, ZenMarket menggunakan dua jenis pakej pengiriman FedEx: FedEx International Economy dan FedEx International Priority. Pakej Ekonomi menawarkan kos pengiriman yang lebih rendah tetapi mengambil masa yang lebih lama berbanding pakej Prioriti.

 

Harap maklum bahawa perubahan ini tidak akan memberikan kesan terhadap pengiriman ke negara-negara yang sudah sedia menggunakan pakej FedEx International Priority. Namun begitu, pengiriman ke Amerika Syarikat, negara-negara Eropah Barat dan negara-negara lain yang sehingga kini hanya dihantar melalui pakej FedEx International Economy akan mengalami kenaikan harga kerana penawaran pakej ini akan dihentikan buat sementara waktu. 

 

Sila rujuk kalkulator kos pengiriman kami untuk membandingkan kos pengiriman FedEx terkini anda dengan kos pengiriman yang TERBARU, kerana harga untuk setiap negara dan setiap bungkusan adalah berbeza-beza. Sila ambil perhatian bahawa pengiriman yang dijadualkan pada hari Isnin (30/03/2020) akan ditunda akibat perubahan harga yang yang berlaku. Pihak ZenMarket akan menghubungi semua pelanggan yang berkenaan berkaitan dengan isu ini.

 

Kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku akibat perubahan mengejut terhadap polisi pengiriman FedEx ini. Sebaik sahaja kos pengiriman kembali seperti sedia kala, kami akan segera membuat makluman.

 

UPDATE: 23/03/2020 - 45 HARI SIMPANAN TAMBAHAN

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Berita| 27/11/2020 | Berita

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular