Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

DHL eCommerce Kini Kembali!

Sehubungan dengan keadaan global yang masih tidak menentu akibat pandemik COVID-19, banyak perkhidmatan pengiriman terpaksa menghentikan operasi atau meningkatkan kos pengiriman mereka.

 

Oleh itu, sebagai sebuah syarikat yang sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi para pelanggan, ZenMarket telah membuat keputusan untuk menawarkan semula kaedah pengiriman melalui DHL eCommerce.

 

Perbezaan Antara DHL dengan DHL eCOMMERCE

Walaupun DHL eCommerce merupakan anak syarikat DHL, tetapi kaedah pengiriman DHL eCommerce adalah TIDAK SAMA dengan pengiriman melalui DHL. DHL adalah pengiriman jenis kurier (pengiriman ekspres atau pantas), manakala penghantaran melalui DHL eCommerce pula dilakukan dengan kerjasama perkhidmatan pos tempatan (contoh: Pos Malaysia, Pos Indonesia) atau perkhidmatan pengiriman tempatan di negara destinasi.

 

Mulai hari ini (13 Mei 2020), ZenMarket akan mula menawarkan dua kaedah pengiriman melalui DHL eCommerce: Packet Plus (PPS) dan Packet Standard (PKD).

 

Kelebihan DHL eCommerce

Packet Plus (PPS) dan Packet Standard (PKD) hanya boleh digunakan untuk barangan dengan berat kurang daripada 2 kg, tetapi tempoh pengirimannya adalah lebih pantas daripada SAL Paket Kecil (tidak beroperasi buat sementara waktu).

 

Oleh itu, kaedah ini adalah antara pilihan tercepat dan termurah untuk pengiriman item yang ringan dan murah.

 

Batasan bungkusan adalah seperti berikut:

  • Berat: bawah 2 kg
  • Saiz: panjang + tinggi + lebar = bawah 90cm
  • Nilai item: bawah 30,000 yen

 

Perbezaan Antara PPS dengan PKD

Packet Plus (PPS): lebih mahal daripada Packet Standard (PKD) tetapi dilengkapi dengan nombor penjejak (tracking number) dan insurans*

 

Packet Standard (PKD): lebih murah daripada Packet Plus (PPS) tetapi tidak dilengkapi dengan insurans dan penjejakan (tracking) adalah terbatas

 

*PENTING! - Buat masa ini, kedua-dua kaedah PPS dan PKD TIDAK MEMPUNYAI INSURANS. Sehubungan dengan situasi global COVID-19, pihak DHL eCommerce tidak dapat melayan sebarang aduan berkenaan bungkusan dan TIDAK AKAN memberikan sebarang pampasan untuk sebarang bungkusan sepanjang tempoh COVID-19.

Sila ambil kira maklumat ini ketika membuat pilihan kaedah pengiriman.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kos, saiz dan anggaran tempoh pengiriman menggunakan kaedah pengiriman ini, sila lihat kalkulator kos pengiriman kami.

KALKULATOR PENGIRIMAN

 

Kami memahami bahawa kaedah pengiriman DHL eCommerce bukanlah satu alternatif yang sempurna, tetapi kami berharap agar pilihan ini dapat memberikan manfaat kepada para pelanggan kami dalam situasi antarabangsa yang tidak menentu pada masa ini.

 

Jangan lupa bahawa:

 

Berita| 13/05/2020 | Berita

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular