Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

ECMS Express Kini Ditawarkan!

Sehubungan dengan keadaan global yang masih tidak menentu akibat pandemik COVID-19, banyak perkhidmatan pengiriman terpaksa menghentikan operasi atau meningkatkan kos pengiriman mereka.

 

Oleh itu, sebagai sebuah syarikat yang sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi para pelanggan, ZenMarket telah mencari pelbagai kaedah pengiriman alternatif dan kami dengan bangganya ingin memperkenalkan ECMS Express!

ECMS merupakan sebuah syarikat pengiriman express (courier) antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan pengiriman dan penghantaran end-to-end. Bermula hari ini (19/05/2020), ZenMarket boleh mengirimkan bungkusan melalui ECMS ke Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Australia, Vietnam, Filipina, dan Malaysia. Purata tempoh pengiriman adalah selama lebih kurang 2 minggu. 

Sila rujuk jadual berikut untuk melihat batasan nilai item untuk negara/wilayah berbeza:

Destinasi

Nilai maksimum item

Hong Kong/ Singapura

200 000 Yen

Taiwan

200 000 Yen

Korea Selatan

200 000 Yen

Malaysia

15 000 Yen

(RM 500)*

Thai

200 000 Yen

Australia

$1,000 AUD

Filipina

200,000 Yen**

*Bungkusan yang dihantar ke Malaysia dengan nilai yang melebihi RM 500 tidak boleh dihantar menggunakan ECMS.

**Untuk Vietnam dan Filipina, duti kastam dan cukai penggunaan akan dimasukkan ke dalam yuran penghantaran (harga DDP).

Anda boleh menggunakan kalkulator kos pengiriman kami untuk melihat lebih banyak maklumat berkenaan harga, batasan saiz, dan anggaran tempoh penghantaran ketika membuat pengiriman melalui ECMS Express!

Harap maklum bahawa bungkusan ECMS Express hanya dikirimkan dua kali seminggu sahaja.

 

Kalkulator

 

Barangan Larangan

Sebelum mengirimkan sesebuah bungkusan, sila semak sama ada item yang anda hantar termasuk dalam kategori barangan larangan yang tidak boleh dikirimkan ke luar Jepun atau tidak. Selain daripada barangan mudah terbakar, fauna, flora, dan item yang termasuk dalam senarai CITES (maklumat lanjut di sini), anda juga tidak boleh mengirimkan sebarang jenis makanan, minuman, dan barangan berharga seperti barang kemas melalui ECMS Express.  

 

Di samping itu, ECMS Express juga tidak dapat menghantar item tertentu ke negara/wilayah yang berkenaan:
 * Skrol ke kanan untuk melihat maklumat lengkap.

Barangan larangan berdasarkan negara / wilayah

Malaysia

・Wang kertas atau syiling

・Dadah

・Jam tangan

・CD/DVD

・Majalah/ Booklet/ Risalah

・Peranti atau alat komunikasi(cth: receiver, radio, dll)

・Topi keledar

・Peralatan video

・Peralatan elektrik

・Pistol atau senapang palsu(cth: pistol mainan)

・Produk penjagaan kulit / Peralatan untuk kegunaan orang dewasa (adult toys)

※Lain-lain (Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.)

Singapura

・Produk tiruan dan barangan lucah (bahan bertulis, DVD atau media lain)

・Item yang memberi kesan buruk terhadap politik dan budaya

・Mancis (berbentuk pistol)

・Peranti atau alat komunikasi (cth: receiver, radio, dll)

Hong Kong

・Dadah (cth: bahan kimia berbahaya, dadah psikotropik, bahan-bahan untuk ubat-ubatan herba)

・Peranti atau alat komunikasi

Thailand

・Produk tiruan dan barangan lucah (bahan bertulis, DVD atau media lain)

・Item yang memberi kesan buruk terhadap politik dan budaya

・Item yang mengandungi simbol bendera atau Raja Thailand

・Peralatan untuk kegunaan orang dewasa (adult toys)

・Produk tembakau (termasuk rokok elektrik)

・Bijih, tanah, batu, kayu, dan barang-barang yang melanggar hak cap dagangan (trademark rights)

Taiwan

・Ubat-ubatan

・Makanan haiwan peliharaan

・Tembikar Cina

・Peralatan kesihatan dan kecantikan (termasuk termometer dan kelengkapan untuk mengukur lemak badan)

・Pisau selain untuk kegunaan dapur

Australia 

・Steroid, Ubat-ubatan

・Seramik* (hanya dibenarkan untuk tujuan hiasan)

・Lilin, lampu incandescent

・Sebarang item yang berkaitan dengan ANZAC

・Bendera Australia

・Beg Bulu

 Filipina  

・Sebarang senjata (termasuk replika)

・Ubat pengguguran kandungan

・Sebarang penerbitan yang mengandungi adegan ganas

・Produk cetak rompak

・Paip merokok dan bahagiannya

・Produk berkaitan perjudian

 

Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaan, sila hubungi kami.

 

Jangan lupa bahawa:

Berita| 19/05/2020 | Berita

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular