Carian dihidupkan, Tukar kedai
PROMOSI MUSIM PANAS! DISKAUN SEHINGGA 17%! KOD NATSU24

Cara Beli Di Kedai Online Jepun

 

Cara Menggunakan ZenMarket Untuk Beli-Belah Dari Jepun

 

Anda ingin buat pembelian daripada laman beli-belah online Jepun seperti Rakuten Japan, Amazon Japan, Yahoo! Shopping, Surugaya, Animate, atau buat bidaan online di Yahoo! Auctions Japan, TETAPI tidak tahu caranya? Jom, kami tunjukkan lima langkah mudah!

 

INDEKS

 

APA ITU ZENMARKET?

ZenMarket adalah sebuah syarikat wakil pembelian online yang membantu anda membeli barangan yang anda inginkan daripada mana-mana kedai online Jepun atau pasar online Jepun (online marketplaces).

 

Biasanya, untuk membuat pembelian online di Jepun, anda perlu tahu berbahasa Jepun. Selain itu, kebanyakan kedai tidak membuat pengiriman ke luar negara dan hanya menerima kaedah pembayaran melalui kad kredit Jepun atau akaun bank Jepun. Leceh, bukan? Tetapi dengan menggunakan ZenMarket sebagai wakil pembelian anda, semua itu tidak menjadi masalah kerana kami akan menguruskannya bagi pihak anda!

 

ZenMarket menawarkan perkhidmatan berikut:

  • Bantuan khidmat pelanggan multibahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Ingerris
  • Satu shopping cart untuk membuat pembelian daripada beribu-ribu laman Jepun
  • Penggabungan barangan (package consolidation) ke dalam satu bungkusan untuk pengiriman antarabangsa secara percuma
  • Melayari (browsing) laman-laman Jepun seperti Rakuten Japan dan Yahoo! Auctions Japan dalam bahasa pilihan anda
  • Menghubungi penjual bagi pihak anda
  • Tidak perlu mendaftar berkali-kali di pelbagai laman pembelian online yang berbeza ketika membuat pembelian

Semua perkhidmatan di atas sudah termasuk dalam caj perkhidmatan ZenMarket sebanyak 500 yen bagi setiap item. Kadar rata ini adalah tetap, tanpa mengira harga barangan yang anda beli.

Back to page top

 

 

CARA-CARA UNTUK MENGGUNAKAN ZENMARKET

Sebelum kami terangkan 5 langkah mudah untuk membuat pembelian dari kedai-kedai online Jepun, pertama sekali, anda mestilah memiliki akaun ZenMarket. Sekiranya anda belum memiliki akaun ZenMarket, sila daftar sekarang!

Back to page top

 

 

LANGKAH 1: CARI DAN MASUKKAN ITEM KE SHOPPING CART

Bagi item dari Amazon Japan, Rakuten Japan, Yahoo! Auctions Japan, Yahoo! Shopping, dan ZenPlus (online marketplace milik ZenMarket), anda boleh mencari item terus dari laman web ZenMarket dengan menaip kata kunci (keyword) pada bar carian (search bar) yang disediakan kerana kami telah menggabungkan (integrate) laman-laman pembelian online berkenaan ke dalam laman web kami untuk memudahkan anda.

 

Bagi item daripada laman pembelian online Jepun selain daripada yang dinyatakan di atas, anda boleh terus melayari laman web berkenaan dan mencari item yang anda inginkan di situ.

 

Contohnya, sila lihat pakaian daripada ZOZOTOWN, laman fesyen online terbesar di Jepun, seperti berikut:

proksi-jepun-japan-zenmarket

Salin (copylink item berkenaan, dan tampal (paste) ke bar carian ZenMarket. Kemudian tekan butang Enter atau ikon +.

proksi-jepun-japan-zenmarket

 

Tetingkap pop-up seperti berikut akan dipaparkan. Masukkan maklumat item yang anda inginkan, jika perlu; seperti saiz, warna dan sebagainya. Kemudian klik butang tambah.

proksi-jepun-japan-zenmarket

 

Staf kami akan dimaklumkan mengenai item anda, dan akan mula menyemak ketersediaan item anda (ada dalam stok atau tidak) dan harga (termasuk kos penghantaran domestik ke gudang ZenMarket). Proses ini akan mengambil masa kira-kira 24 jam untuk diselesaikan. Anda boleh menyemak status item anda melalui Akaun Saya pada bila-bila masa sahaja.

proksi-jepun-japan-zenmarket

Back to page top

 

 

LANGKAH 2: SEMAK JUMLAH, TAMBAH WANG, DAN BUAT PEMBAYARAN ITEM

Setelah item anda disahkan, paparan status item pada akaun anda akan bertukar. Anda boleh melihat jumlah kos yang perlu dibayar merangkumi harga barang, caj perkhidmatan ZenMarket dan kadar penghantaran domestik.

proksi-jepun-japan-zenmarket

Jika anda ingin teruskan pembelian, terlebih dahulu anda perlu menambah wang yang mencukupi untuk menampung jumlah kos di atas. Klik butang “Tambah Wang” dan pilih kaedah penambahan wang yang anda ingin gunakan.

payment methods

payment methods

Setelah menambah wang ke baki akaun anda, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya satu klik pada butang “Bayar” yang berwarna jingga.

Selepas menerima pembayaran daripada anda, kami akan membuat pembelian item anda. Item tersebut biasanya dihantar ke gudang ZenMarket dalam tempoh seminggu kemudian (item lelongan dari Yahoo! Auction selalunya mengambil masa yang lebih panjang).

Back to page top

 

 

LANGKAH 3: TUNGGU

Sementara menunggu item anda dihantar ke gudang kami, anda boleh memohon perkhidmatan tambahan iaitu foto item yang akan dicaj sebanyak 500 yen (kira-kira 5 USD). Jika anda memohon perkhidmatan ini, kami akan mengambil beberapa keping gambar item anda setelah item tersebut kami terima supaya anda dapat pastikan ketepatan dan kondisi item tersebut sebelum mengirimkannya ke alamat anda.

Kami menyarankan anda mengambil perkhidmatan ini terutamanya untuk barangan yang mahal, kerana penukaran atau pengembalian item yang telah dikirimkan adalah sangat sukar, mengambil masa yang lama serta memakan belanja. 

Untuk memohon perkhidmatan ini, klik ikon tambah.

proksi-jepun-japan-zenmarket

 

Tetingkap pop-up berikut akan muncul, dan anda boleh menulis komen berkenaan jenis gambar yang anda ingin lihat. Kami menyarankan anda mengisi ruangan ini dengan terperinci dan jelas supaya staf kami tahu foto sebagaimana yang perlu diambil. Setelah itu, komen anda akan diterjemah oleh operator kami dan dihantar kepada staf di gudang untuk tindakan lanjut.

proksi-jepun-japan-zenmarket

Back to page top

 

 

LANGKAH 4: BUAT BUNGKUSAN

Setelah item anda tiba di gudang kami, anda boleh membuat bungkusan untuk pengiriman antarabangsa. Klik butang “Bungkusan” di sebelah kiri akaun anda. Kemudian anda hanya perlu mengikuti langkah yang tertera.

 

proksi-jepun-japan-zenmarket

  

proksi-jepun-japan-zenmarket

 

Beberapa peringatan penting berkaitan pembuatan bungkusan:

i) Anda boleh membuat permintaan khas berkaitan bungkusan anda dengan menandakan kotak terakhir dalam bahagian “Pilihan Pembungkusan”. Antara permintaan yang selalu dibuat adalah cara pembungkusan (bergantung kepada keadaan, tidak semua permintaan dapat dipenuhi).

ii) Anda boleh menukar kaedah pengiriman tanpa perlu membatalkan bungkusan, selagi bungkusan anda belum dibayar

iii) Anda boleh membatalkan bungkusan secara percuma 10 minit selepas anda membuatnya. Setelah itu, caj pembatalan sebanyak 1000 yen akan dikenakan. 

iv) Sebarang perubahan (penambahan atau pengurangan item) terhadap bungkusan yang sudah siap dibungkus oleh staf kami akan dikenakan caj pembungkusan semula bergantung kepada berat bungkusan tersebut. Maklumat lanjut boleh dilihat di sini.

proksi-jepun-japan-zenmarket

Back to page top

 

 

LANGKAH 5: BAYAR KADAR PENGIRIMAN ANTARABANGSA

Selepas membuat bungkusan melalui akaun anda, barangan anda akan dibungkus oleh staf kami. Setelah pembungkusan selesai, anda boleh melihat maklumat bungkusan anda (saiz, berat, kadar pengiriman antarabangsa, dll.) dan membuat pembayaran kadar pengiriman antarabangsa.

Bungkusan anda akan dikirimkan dalam tempoh 1 atau 2 hari selepas pembayaran diterima.

proksi-jepun-japan-zenmarket

Back to page top

 

Sekarang, anda hanya perlu menunggu ketibaan bungkusan anda dari Jepun! Mudah, bukan? 

 

Jika ada mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk halaman Soalan Kerap Tanya pada laman web kami atau hubungi kami melalui laman web atau akaun media sosial kami.

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


 

  

Ikuti Kami di Media Sosial

facebook   instagram      

Artikel| 04/06/2019 | Panduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular