Digimart (デジマート) ialah laman web terbesar untuk alatan muzik di Jepun. Di sini, anda boleh mencari item dari kedai alatan muzik berbeza di seluruh Jepun. Jika anda juga mencari gitar baru/terpakai, instrumen Jepun tradisional, peralatan muzik dan audio, Digimart sudah tentu patut anda layari! Ketahui produk ditawarkan Digimart dan cara pembelian sekarang!
Kenali laman web Digimart
Digimart (デジマート), merupakan laman web dengan pengkhususan dalam alatan muzik, dan mempunyai koleksi lebih dari 500 alat muzik seluruh jepun dengan hampir lebih 350,000 item dalam stok.

▼Atas:Electric guitar、Bass (bass guitar)、Acoustic Guitar、Ukulele、Drums/percussion Instruments、Wind Instruments、Stringed Instruments、Pianos、Electric Pianos, Keyboards & Synthesizers、DAW/recording equipment、Tuners/Speakers、DJ/VJ、Microphones、Headphones/Earphones

▲Bawah:Effects、Amplifiers、Strings、Pickups/Other Accessories、Power Supplies、Tuners/Metronomes、Instrument Storage Cases/Boxes、Equipment Storage、Studio Equipment、A/V Equipment、Music Toys/Peripherals、Sheet Music/Music Textbooks、Traditional Japanese Musical Instruments、Other Musical Instruments
Keadaan Instrumen
Keadaan semua barangan DIGIMART boleh dibahagikan kepada tujuh gred, dengan S, gred tertinggi, dan C, gred terendah. Jadi anda perlu peka apabila membeli barangan terpakai.

- ▲S: Produk itu masih baru
- A+: Produk itu untuk dijual semula tetapi dalam keadaan sama dengan produk baru
- A bermaksud produk ini dalam keadaan baik (tiada kotoran atau kesan guna yang boleh dilihat dengan mata kasar)
- B+: Produk boleh digunakan seperti biasa
- B LL: Produk mungkin perlu dibaiki untuk diguna
- C+: Terdapat kerosakan dan produk ini mungkin tidak boleh berfungsi sepenuhnya
- C: Produk rosak dan tidak dapat digunakan kerana haus dan lusuh atau gagal berfungsi
*Diingatkan bahawa DIGIMART tidak menyatakan dengan jelas kriteria untuk setiap gred, jadi sebaiknya sila baca penerangan produk semasa membeli instrumen terpakai. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk, sila hubungi khidmat pelanggan untuk pengesahan.
Layari Digimart Sekarang!
▲Kembali ke atas
Bagaimana Cara Beli Alatan Muzik dari Digimart?
Bagaimana saya boleh membeli alatan muzik dari Jepun jika saya tidak tinggal di Jepun? Anda boleh menggunakan servis kami, ZenMarket! Kami menawarkan pusat servis sehentian untuk pembelian + pengiriman, dengan bayaran dari 300 ke 800 yen bagi setiap item untuk perkhidmatan seperti penyimpanan percuma selama 60 hari, pembungkusan berpusat percuma untuk produk anda beli dari kedai dan laman web berbeza, dan pengiriman ke Hong Kong, Taiwan dan negara lain seluruh dunia. Kami juga menyediakan sokongan khidmat pelanggan dalam Mandarin untuk membantu anda mengatasi masalah beli-belah online merentasi sempadan.
Daftar Sekarang!
Cara pembelian sangat mudah! Ikuti 5 langkah ini untuk dapatkan alat muzik Jepun!
1. Cari produk

Anda boleh membuat carian mengikut kategori produk. Pengguna Chrome boleh mengklik kanan dan memilih "Terjemah ke Bahasa Inggeris" (atau apa-apa pilihan bahasa anda) untuk memudahkan anda menavigasi laman web.
▼Anda juga boleh membuat carian mengikut jenama instrumen dengan mengklik pada senarai jenama.

Jika anda sudah mempunyai produk yang mahu dibeli, anda boleh membuat carian dengan memasukkan produk atau nama jenama terus ke dalam bar carian di bahagian atas laman web. Untuk mendapatkan hasil carian lebih efisien, cadangan kami ialah anda memasukkan nama atau kata kunci Jepun. Lihat artikel kami, alatan berguna untuk bantu cari produk Jepun online.
2. Semak informasi produk
Apabila anda menemui produk anda mahu, pastikan anda menyemak butiran produk termasuk harga, tarikh jualan dan status produk, dan lain-lain. Produk DIGIMART menunjukkan harga termasuk cukai dan tahap status serta lokasi kedai produk dijual dipaparkan di bahagian bawah.

▼Setiap instrumen harus mempunyai gambar (3 atau lebih) untuk pengesahan. Jika tidak, anda harus mempersoalkan keadaan/ketulenan item tersebut. Jika anda tidak dapat memastikan ketulenan atau keadaan item tersebut, anda boleh hubungi kami untuk berkomunikasi dengan penjual untuk dapatkan maklumat lanjut.
▼Semak bahagian "Perihalan Produk" dengan teliti, bukan sahaja untuk jenama dan nama instrumen tetapi juga untuk keadaan instrumen (sebarang kotoran atau calar, dan lain-lain.).

▲ Pastikan anda menyemak berat produk memandangkan kos pengiriman antarabangsa bergantung terutamanya pada berat dan saiz bungkusan, dan alat muzik secara amnya mempunyai saiz dan berat tertentu. Sebagai contoh, gitar dalam gambar seberat 3.85kg, ditambah dengan bahan pembungkusan dan karton, berat sebenar dijangka lebih berat! Sebut harga pengiriman antarabangsa yang tepat tidak dapat disediakan sehingga selepas item dihantar ke gudang kami! Anda boleh menggunakan kalkulator caj untuk membuat anggaran dan membandingkan kos pengiriman, masa dan sekatan kaedah pengiriman berbeza sebelum membuat pesanan anda.
*Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk, sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk membuat semakan. Kami boleh berkomukasi dengan penjual bagi pihak anda, tetapi kerana kami bukan pakar audio/instrumen, kemungkinan besar anda lebih mengetahui tentang alatan itu daripada kami. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memberikan maklumat sebanyak mungkin kepada anda, tetapi kami mungkin tidak dapat memberikan jawapan tepat 100%.
3. Salin halaman URL produk
Anda boleh buat pesanan sebaik sahaja anda telah memilih produk untuk dibeli! Anda boleh menggunakan ZenMarket untuk membeli produk dan kami akan mengirimnya kepada anda dari Jepun! Kaedah pembelian adalah sangat mudah - pertama, salin URL produk!

▼Kemudian tampal URL itu ke bar carian di laman web ZenMarket dan klik🔍.
4. Tambah ke troli beli-belah ZenMarket
Terdapat empat cara untuk menambah item ke troli beli-belah:
- Tampal URL itu ke bar carian di laman web ZenMarket dan klik🔍. ATAU
- Klik simbol ➕ di sebelah Akaun Saya dan tampal URL ke laman kecil tetingkap timbul. ATAU
- Buka halaman utama akaun anda, klik "Tambah URL kedai atau pautan bida", dan kemudian tampal URL dalam tetingkap pengesahan timbul. ATAU
- Klik "Cari untuk saya" dan kemudian tampal URL dalam tetingkap pengesahan yang muncul.
NOTA: Anda perlu log masuk ke akaun ZenMarket anda untuk guna cara-cara di atas.
5. Masukkan warna, kuantiti, dan lain-lain
Jika perlu, sila masukkan butiran seperti stail dan kuantiti dalam tetingkap pop timbul "Perihalan Produk" untuk pengesahan oleh staff kami. Jika anda membeli lebih daripada satu item, jangan lupa untuk menukar kuantiti! Akhir sekali, jika anda tiada sebarang masalah, cuma klik "Tambah" dan anda sudah selesai!

▼Semak akaun saya: Anda dapat lihat bahawa item telah ditambah pada troli beli-belah anda dan staff kami akan menyemak serta mengesahkannya untuk anda dan memberikan anda sebut harga.
Selepas menyemak produk, sebut harga akan dipaparkan, termasuk:
- Harga produk
- Kos pengiriman domestik dalam Jepun (jika berkenaan)
- Caj perkhidmatan 300 ke 800 yen.
Selepas semakan sebut harga, anda boleh klik pada "TAMBAH WANG" untuk memasukkan wang ke dalam akaun ZenMarket anda. Terdapat banyak kaedah pembayaran seperti kad kredit atau Paypal, tetapi jika anda ingin menjimatkan caj servis, kami cadangkan Wise. Caj Wise kurang daripada 1% daripada jumlah deposit anda!
Sebaik sahaja anda telah menambah wang ke akaun anda, anda boleh membuat pesanan secara rasmi dengan mengklik pada butang Bayar.

Jika anda ingin membuang item, klik sahaja simbol tong sampah 🗑️ di bahagian paling kanan tetingkap batalkan produk!
Jika anda mahu membatalkan item, kami mengesyorkan anda melakukan ini sebelum anda membuat pembayaran untuk item tersebut. Jika anda cuba membatalkan selepas pembayaran dan penjual menolak permintaan pembatalan kami, kami tidak mempunyai pilihan selain meneruskan transaksi mengikut Terma & Syarat Digimart.
▲Kembali ke atas
Soalan Lazim Pembayaran
Baca beberapa soalan lazim pelanggan kami tentang memesan instrumen dari Jepun.
Bolehkah saya menghantar instrumen diperbuat daripada rosewood?
Ya! Mulai 26 November 2019, ZenMarket boleh mengirim intsrumen buatan rosewood.
Berapakah anggaran kos pengiriman alat muzik?
Oleh kerana kami tidak dapat mengira kos pengiriman antarabangsa dengan tepat sehingga kami telah mengambil ukuran yang diperlukan dan membungkus instrumen anda (mengikut kaedah penghantaran pilihan anda), kami tidak dapat memberikan anda sebut harga yang tepat sehingga item tersebut dihantar ke gudang kami. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan kalkulator caj untuk membuat anggaran kos pengiriman, masa dan had kaedah pengiriman pelbagai sebelum membuat pesanan anda.
Saya bimbang instrumen saya akan rosak semasa pengiriman, bolehkah saya meminta perkhidmatan pengukuhan bungkusan?
Ya! Secara umum, kami akan gabung dan bungkus item anda dengan berhati-hati dan mengambil kira kerapuhan, saiz dan lain-lain. Selalunya, bungkusan kami cukup kuat untuk menahan kesan dan perlanggaran yang anda jangkakan daripada pengendalian dan pengiriman umum.
Jika produk anda mudah rosak, berat atau bersaiz besar dan anda bimbang tentang keselamatan item anda, atau, anda hanya mahukan perlindungan tambahan, anda boleh memesan servis pengukuhan kami servis pengukuhan kami hanya dengan tambahan 1,000 yen!
Tonton video ini untuk melihat bagaimana kami telah menghantar gitar ke seberang dunia!
Tonton video unboxing gitar Dunsy @DunsysGuitarWorld
Apakah pilihan pengiriman yang tersedia?
Kami menawarkan pelbagai pilihan pengiriman termasuk:
- Mel Antarabangsa (servis disediakan oleh Japan Post):
- EMS
- Air Parcel (AVIA)
- Surface
- Servis Kurier:
- FedEx
- UPS
- DHL
- SF Express (Hong Kong, Macau, Taiwan dan Malaysia sahaja)
- ECMS Express (Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Singapura, Korea Selatan, Australia, Vietnam &dan Filipina sahaja)
- Pony Express (Rusia sahaja)

▲Kembali ke atas