Carian dihidupkan, Tukar kedai
PROMOSI MUSIM PANAS! DISKAUN SEHINGGA 17%! KOD NATSU24

Cara Untuk Buat Pembelian Daripada Animate Online Shop

Animate merupakan satu daripada kedai online terbaik dan terbesar yang pasti dapat memenuhi kemahuan dan keperluan merchandise anime dan manga anda. Di sini, anda boleh mencari pelbagai jenis figura, poster, DVD dan barangan lain untuk pelbagai genre anime dan manga kegemaran anda. Namun begitu, sebahagian item yang dijual adalah produk eksklusif Animate yang hanya boleh didapatkan di Animate Online Shop. Tetapi anda bernasib baik kerana dengan ZenMarket, anda boleh membeli barangan eksklusif tersebut yang akan kami kirimkan ke pintu rumah anda!

 

 

Panduan Langkah Demi Langkah

1. Tukar bahasa

Laman web Animate adalah dalam bahawa Jepun, tetapi anda boleh menukar bahasa dengan mudah! Pada penjuru atas sebelah kanan, klik “Select Language” dan pilih "English" (atau bahasa pilihan anda). Sila maklum bahawa pertukaran bahasa tersebut dilakukan oleh oleh Terjemahan Automatik Google, jadi ianya mungkin tidak tepat 100%.


Learn how to buy anime merchandise from Animate Online Shop with ZenMarket!

 

2. Cari item yang anda inginkan

Memandangkan laman web tersebut kini telah tersedia dalam bahasa yang anda pilih, anda boleh mula mencari barangan yang anda inginkan! Ada pelbagai cara untuk membuat carian. Sekiranya anda tahu barangan yang anda inginkan, anda boleh terus menggunakan search bar pada bahagian atas halaman berkenaan. Sekiranya anda gagal untuk mendapatkan hasil carian yang anda mahukan,  anda boleh rujuk panduan berguna kami di sini tentang cara mencari barangan di kedai online Jepun.

Kalau anda ingin melayari laman web ini, anda boleh lihat melalui judul anime/manga, kategori, produk baharu dan sebagainya. 

Buy your favorite anime merchandise from Animate with ZenMarket!

 

Satu perkara penting yang anda perlu tahu ketika melihat barangan berdasarkan “Title Search” adalah judul anime/manga diaturkan berdasarkan huruf Jepun, jadi kalau anda tidak mengetahui tentang hiragana, mungkin sedikit sukar. Jika anda ingin mencari barangan untuk anime atau manga tertentu, kami cadangkan agar anda mencari tajuk anime/manga berkenaan dalam bahasa Jepun melalui Wikipedia terlebih dahulu, dan buat carian menggunakan tajuk dalam bahasa Jepun tersebut.


3. Filter carian untuk hasil yang lebih tepat

Apabila anda mengklik kategori, anda boleh melihat semua item yang available. Pada halaman Kategori, anda juga boleh melihat harga (termasuk cukai), sama ada item tersebut masih ada dalam stok atau tidak, release date untuk item (pre-order) dan banyak lagi. Anda boleh menyaring hasil carian dengan mengklik bar berwarna kelabu yang terletak di atas nombor halaman.

Learn how to buy from Animate Online Shop with ZenMarket

 

4. Semak harga dan maklumat penting lain

Setelah anda menemui item yang anda ingin beli, anda akan dialihkan ke halaman produk. Pada halaman ini, anda boleh lihat lebih banyak foto item, harga, dan maklumat penting lain seperti tarikh mula dijual, sama ada barangan tersebut boleh ditempah dan sebagainya.Learn how to buy from the Animate online shop with ZenMarket

Jika anda pergi ke bahagian bawah halaman, anda boleh melihat lebih banyak butiran mengenai item tersebut. Sila baca dengan teliti kerana ianya mungkin mengandungi maklumat mengenai pre-order (jika anda membuat tempahan untuk item pre-order) termasuk tarikh tamat tempahan.

Learn how to buy from the Animate Online Shop with ZenMarket

5. Copy pautan URL dan paste di troli beli-belah ZenMarket!

Dah bersedia untuk order? Anda tidak perlu memasukkan item tersebut ke shopping cart di laman Animate! Pertama sekali, kunjungi laman web kami dan log masuk. Jika anda belum memiliki akaun ZenMarket, anda boleh daftar akaun percuma anda di sini (hanya mengambil beberapa saat sahaja!).

Setelah itu, anda hanya perlu salin pautan URL item tersebut dan tampal di bar carian pada laman web ZenMarket! ! Tetingkap pop-up akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah, dan anda boleh masukkan maklumat item tersebut (contoh: kuantiti, warna, saiz dan sebagainya). Kemudian, klik “Tambah” dan item tersebut telah dimasukkan ke dalam troli anda!

 

Buy from virtually any Japanese online store with ZenMarket!

 

Setelah item tersebut dimasukkan ke dalam troli anda, anda hanya perlu tunggu sehingga operator kami membuat pengesahan harga dan ketersediaan item. Proses ini mungkin mengambil masa lebih daripada 24 jam pada waktu sibuk. Selepas semakan selesai dilakukan, anda akan menerima notifikasi. Kemudian, anda hanya perlu membuat pembayaran setelah memasukkan jumlah wang yang diperlukan ke akaun ZenMarket anda!

 Mula Membeli-belah di Animate!

 

Perlukan bantuan? Ketahui cara menggunakan ZenMarket di sini.

 

Sedang mencari barangan anime?

Shop Anime Merchandise Directly on ZenMarket

Check out anime merchandise directly on ZenMarket!

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 10/10/2019 | PanduanAnimeAnime/Manga

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular