Surugaya merupakan salah satu kedai online terbaik untuk anda mendapatkan barangan berkaitan dengan budaya pop Jepun. Mereka menjual hampir kesemua barangan yang anda boleh bayangkan seperti figura anime, CD, DCD, buku komik dan sebagainya. Jika anda penggemar anime, manga, dan J-Pop, Surugaya merupakan syurga beli-belah anda!
Mengapa Perlu Membeli di Surugaya?
- Barangan di Surugaya dijual pada harga yang berpatutan dan kesemuanya adalah barangan tulen. Anda juga boleh mendapatkan barangan terpakai. Walaupun anda mungkin agak keberatan untuk membeli barangan terpakai, sebenarnya barangan terpakai yang dijual di Surugaya kebanyakannya kelihatan baharu, tetapi pada harga yang lebih rendah! Dan sekiranya sesuatu barangan terpakai mempunyai kerosakan, ianya akan dinyatakan dengan jelas dalam butiran item berkenaan.
- Kadar penghantaran domestik (dari penjual ke gudang ZenMarket) juga agak murah. Sekiranya jumlah pembelian anda melebihi 1500 yen, kadar penghantaran adalah percuma. Sekiranya kurang daripada 1000 yen, anda perlu membayar 432 yen, dan jika jumlah pembelian anda lebih tinggi daripada 1000 yen tetapi lebih rendah daripada 1500 yen, anda hanya perlu membayar 378 yen untuk kos penghantaran domestik. Untuk pembelian di atas 5,000 yen, caj pengendalian sebanyak 216 yen akan dikenakan.
- Surugaya turut membungkus barangan mereka dengan baik. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda membeli barangan yang dikendalikan dengan berhati-hati seperti figura anime. Dengan bungkusan mereka yang boleh diyakini, barangan anda akan selamat tiba tanpa sebarang kerosakan di gudang kami di Osaka.
- Anda boleh mencari tawaran hebat dan rare yang tidak boleh didapati di tempat lain! Surugaya bukan sahaja menjual item, tetapi mereka turut membeli item untuk dijual semula. Jadi, sekiranya anda ingin mencari item yang rare atau sukar ditemui, anda mungkin akan menemuinya di laman Surugaya!
Satu perkara penting yang perlu anda ingat adalah, Surugaya merupakan kedai yang sangat popular, jadi mereka mungkin mengambil sedikit masa untuk memproses pesanan anda. Penghantaran bungkusan dalam tempoh seminggu atau dua minggu selepas pembelian dilakukan adalah perkara biasa. Jadi, jika anda ingin membuat pembelian dari Surugaya, kami memohon kesabaran anda.
Cara Membeli di Surugaya
Langkah 1:
Klik di sini untuk ke laman Surugaya. Kami mencadangkan anda menggunakan Google Chrome supaya anda boleh menggunakan alat terjemahan automatik Google.
Langkah 2:
Masukkan kata kunci pada ruangan carian. Untuk pencarian yang lebih efektif, kami mencadangkan anda menggunakan kata kunci dalam bahasa Jepun. Baca cara beli di kedai online di sini untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh membuat pencarian berdasarkan kategori seperti CD dan Komik. Selain itu, anda juga boleh mengunjungi kedai yang spesifik seperti kedai Kamen Rider.

Langkah 3:
Pada halaman hasil carian, anda dapat melihat harga item, kondisi item (baharu atau terpakai) dan tahun item dikeluarkan.

Anda juga boleh menyaring hasil carian berdasarkan kategori yang tertera di bahagian kiri skrin anda.
Langkah 4:
Apabila anda mengklik item yang anda inginkan, anda akan dialihkan ke halaman yang mengandungi butiran terperinci mengenai item tersebut. Sila baca semua keterangan dengan teliti terutamanya tentang maklumat yang berkaitan dengan kondisi item, harga item (terdapat item yang mempunyai harga berbeza untuk kondisi baharu dan terpakai).

Langkah 5:
Bersedia untuk membuat pesanan? Jangan bimbang tentang cara memasukkan item ke troli beli-belah anda. Mudah sahaja. Pertama sekali, pergi ke laman web kami dan log masuk. Jika anda belum berdaftar, anda boleh mendaftar di sini (pendaftaran hanya mengambil masa beberapa saat!). Setelah itu, anda hanya perlu menyalin dan menampal pautan URL item yang anda inginkan pada bar carian di laman web kami!

Tetingkap pop-up akan muncul, dan anda boleh memasukkan butiran item tersebut (sekiranya terdapat variasi warna, saiz, dll.). Sekiranya item yang anda inginkan mempunyai pilihan item baharu dan item terpakai, sila nyatakan di dalam ruangan tersebut. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, kami akan membeli item baharu secara automatik. Selepas menulis butiran, klik butang “Tambah”. Itu sahaja!
Setelah item anda dimasukkan ke troli, anda hanya perlu tunggu sementara staf kami menyemak ketersediaan dan harga item berkenaan. Pada waktu puncak atau sibuk, proses ini mungkin mengambil masa 24 jam atau lebih. Apabila semakan selesai, anda akan menerima notifikasi. Kemudian, anda hanya perlu menambah wang ke akaun anda (jika perlu) dan membuat pembayaran item tersebut!
Hubungi kami di Media Sosial
Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?