Carian dihidupkanTukar kedai
Diskaun 9% Kupon RAKUMA: 02/09 00:00 - 07/09 23:59 JST BELI SEKARANG
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Cara Untuk Buat Pembelian Daripada ZOZOTOWN

Apa itu ZOZOTOWN?

ZOZOTOWN merupakan laman beli-belah fesyen online terbesar di Jepun yang menjual pakaian dan aksesori fesyen dari seluruh dunia. Selain daripada jenama terkenal seperti Adidas dan Marc Jacobs, anda juga boleh mendapatkan barangan eksklusif daripada jenama fesyen Jepun. Antaranya adalah jenama streetwear Jepun yang popular seperti A Bathing Ape (BAPE), UNDERCOVER, dan Needles!   

 

How To Buy From ZOZOTOWN with ZenMarket

 

Apa kelebihan ZOZOTOWN?

Terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu membeli barangan fesyen daripada ZOZOTOWN. Pertama sekali, mereka mempunyai katalog barangan yang besar, jadi anda boleh mendapatkan pelbagai jenis item daripada jenama yang berbeza dengan mudah.  Nak beli beli hoodie ekslusif BAPE dengan T-shirt WEGO? Masukkan dalam troli beli-belah yang sama! 

 

Di samping itu, ZOZOTOWN juga kerap mengadakan promosi dan diskaun besar-besaran. Jika anda rajin melihat laman web mereka, anda mungkin dapat membeli barangan daripada jenama kegemaran anda pada harga yang sangat murah!

 

Selain daripada pakaian baharu, ZOZOTOWN juga menjual barangan terpakai yang masih berada dalam kondisi yang baik. Jadi, anda mungkin boleh mendapatkan produk edisi terhad yang sudah tidak dipasarkan lagi, atau barangan daripada jenama terkenal pada harga yang jauh lebih rendah.

 

Shop ZOZOTOWN Sales!

 

Sekiranya anda sudah bersedia untuk membeli-belah di ZOZOTOWN, kami ada berita gembira untuk anda. Walaupun buat masa ini ZOZOTOWN tidak melakukan pengiriman antarabangsa ke luar Jepun, anda boleh membuat pembelian menggunakan ZenMarket! Lihat panduan lengkap berikut untuk mengetahui tentang cara-cara untuk membuat pembelian daripada ZOZOTOWN dengan ZenMarket.

 

Cara-cara Untuk Membuat Pembelian Daripada ZOZOTOWN

 Langkah 1: Tukar bahasaZOZOTOWN Website Shop Japanese Fashion

Pada masa ini, laman web ZOZOTOWN hanya tersedia dalam bahasa Jepun sepenuhnya. Tetapi, jika anda menggunakan Google Chrome, anda boleh klik-kanan, pilih "Translate" dan laman web tersebut akan diterjemah secara automatik kepada bahasa pelayar anda. Walaupun terjemahan tersebut tidak sempurna, sekurang-kurangnya ia dapat memudahkan anda untuk melayari laman web ZOZOTOWN.

 

Langkah 2: Cari item kemahuan anda

ZOZOTOWN Search bar

Sekarang, laman web telah diterjemahkan, jadi, anda boleh mula membeli-belah! Ada beberapa cara untuk melayari laman web ZOZOTOWN. Jika anda sudah mempunyai senarai item yang anda ingin beli, kami mencadangkan agar anda terus menaip kata kunci item berkenaan pada bar carian di bahagian atas laman web tersebut. Jika anda ingin mendapatkan hasil carian yang lebih baik, kami cadangkan agar anda mencari nama barang atau jenama dalam bahasa Jepun. Sila baca panduan berguna kami di sini tentang tips untuk membuat carian dalam bahasa Jepun dengan mudah

Buy Japanese Fashion on ZOZOTOWN with ZenMarket

Sekiranya anda hanya ingin melihat-lihat barangan yang dijual di ZOZOTOWN, anda boleh melayari kategori pada bar navigasi di sebelah kiri skrin anda. Terdapat pelbagai jenis kategori yang anda boleh pilih seperti pakaian, kasut, jenama, dan sebagainya.

 

Sekiranya anda tidak berjaya menemui item yang anda inginkan, sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami melalui ruangan Mesej pada akaun ZenMarket anda ataupun melalui butang "Barangan keinginan anda tiada?" pada panel navigasi di bahagian atas laman web ZenMarket. Kami akan membantu anda untuk mencari barangan yang anda mahukan.

 

Langkah 3: Lihat senarai barangan

Browse thousands of Japanese brands on ZOZOTOWN with ZenMarket

Semasa melihat-lihat barangan di ZOZOTOWN, anda boleh melihat maklumat asas berkenaan item seperti harga. Jika anda tidak menemui barangan yang anda mahu, cuba gunakan saringan berdasarkan syarat tertentu seperti saiz, harga, warna, dan lain-lain lagi.

 

ZOZOUSED Clothes

Anda juga boleh melihat tab untuk “used clothes” atau “old clothes”. Di tab ini, anda dapat mencari pakaian terpakai atau yang sudah tidak dikeluarkan lagi pada harga yang lebih murah. Jika anda ingin membeli pakaian terpakai daripada ZOZOTOWN, harap maklum bahawa barangan tersebut tidak boleh dikembalikan, jadi, anda harus membaca semua keterangan berkenaan sesuatu item untuk mengetahui kondisinya sebelum membuat sebarang pembelian.

 

Langkah 4: Ketahui lebih lanjut tentang item yang anda

Shop BAPE on ZOZOTOWN 

Apabila anda telah menemui barangan yang menarik hati anda, klik pada item tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terdapat pelbagai informasi penting yang diberikan seperti harga (termasuk cukai) serta ketersediaan item (masih ada dalam stok atau tidak). Selain itu, anda akan melihat nota kecil yang menyatakan bahawa anda boleh membayar item tersebut pada tempoh yang akan datang — harap maklum bahawa pilihan ini tidak dapat digunakan jika anda membuat pembelian melalui perkhidmatan ZenMarket.

 

Shop ZOZOTOWN With ZenMarket

Jika anda melihat bahagian bawah halaman tersebut, anda akan melihat keterangan item serta saiz. Maklumat ini adalah sangat penting. Contohnya, untuk maklumat mengenai pengiriman pada "Item Description", anda boleh melihat kos pengiriman. Walaupun ZOZOTOWN kadang kala menawarkan pengiriman percuma, biasanya tawaran tersebut hanya ditawarkan untuk kedai-kedai tertentu sahaja.

 

Selain itu, anda juga harus menyemak semula maklumat mengenai saiz di bawah bahagian "Size Details" untuk memastikan bahawa pakaian yang anda beli boleh dipakai dengan selesa.

 

Langkah 5: Buat pesanan dengan ZenMarket!

 Add to your ZenMarket Cart

Setelah anda berpuas hati dan bersedia untuk membuat pesanan, anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat akaun di ZOZOTOWN dan memasukkan item tersebut ke troli beli-belah ZOZOTOWN anda. Anda hanya perlu berkunjung ke laman web kami dan log masuk, atau daftar akaun percuma sekiranya anda pengguna kali pertama. Kemudian, salin (copy) dan tampal (paste) pautan URL item tersebut pada bar carian di laman web kami, masukkan maklumat item (saiz, warna, dll) pada tetingkap pop-up, dan klik "Masukkan ke troli/Add to cart". Mudah, kan?

BELI-BELAH DI ZOZOTOWN SEKARANG

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 17/12/2019 | FesyenPanduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular