Di Mana Boleh Saya Gunakan Bitcoin (Dan Mata Wang Kripto Lain)?

Baru-baru ini, kami telah memperkenalkan kaedah pembayaran melalui mata wang kripto di laman web kami, dan ia membuatkan kami tertanya-tanya, di mana boleh anda gunakan cryptocurrency sebenarnya? Oleh sebab itu, kami telah membuat sedikit kajian mengenai syarikat lain yang menerima pembayaran dengan mata wang digital, dan perkhidmatan serta barangan yang boleh anda beli dengan Bitcoin yang anda miliki dengan bersusah payah. Jom lihat! 

 

ZenMarket - Barang Dari Jepun

ZenMarket merupakan sebuah syarikat wakil pembelian untuk barangan yang dijual di laman beli-belah online Jepun. Maksudnya, dengan perkhidmatan kami, anda boleh membuat pembelian daripada kedai-kedai online Jepun walau di mana jua anda berada. Jadi, jika anda tercari-cari tempat untuk membuat pertukaran produk sebenar dengan mata wang kripto yang anda miliki, serahkan sahaja kepada kami!  

 

Anda boleh memilih pelbagai jenis barang: pakaian, alat elektronik, koleksi dan banyak lagi! 

ZenMarket menerima pembayaran kripto melalui CoinGate, dan anda boleh membuat pembayaran dengan Bitcoin, Litecoin, Ethereum, dan banyak cryptocurrencies lain.  

 

Microsoft - Game, Filem dan Xbox

Microsoft telah mula menerima Bitcoin sejak tahun 2014. Beberapa tahun lalu, mereka telah menghentikan pembayaran melalui kripto kerana kadar votaliti yang tinggi (high volatility rate) serta caj pemindahan yang mahal pada waktu itu. Tetapi, mereka kemudiannya telah mula menggunakan semula pembayaran kripto. Kini, anda juga boleh menambah nilai akaun Microsoft anda dengan Bitcoin

 

Penerbangan dan Percutian 

Bitcoin.Travel mungkin adalah contoh paling unik dalam kategori ini. Mereka bekerjasama dengan pelbagai jenis perniagaan berasaskan pelancongan yang bersetuju untuk menerima pembayaran melalui mata wang kripto untuk perkhidmatan yang mereka tawarkan. Pada mulanya, Bitcoin.Travel hanya menerima Bitcoin, tetapi kini anda boleh membuat pembayaran dengan 7 jenis mata wang termasuklah Bitcoin Cash, Ethereum, Ethereum Classic, Litecoin, Dash dan Dogecoin.



VPN-Perkhidmatan

Kebanyakan perkhidmatan VPN dan perlindungan dalam talian (online protection) menggunakan mata wang kripto sebagai kaedah pembayaran yang selamat. Perkhidmatan sedemikian menawarkan kerahsiaan (confidentiality) serta anonimiti apabila anda melayari internet di samping membolehkan anda untuk mengakses kandungan yang disekat di negara atau wilayah anda. ExpressVPN, misalny, menerima Bitcoin melalui BitPay dengan jaminan pengembalian wang 30 hari, dan NordVPN menerima Bitcoin serta Litecoin via CoinPayments dengan jaminan yang sama. 

 

Wikipedia 

Wikipedia - ensiklopedia dalam talian terbesar di dunia juga menerima pembayaran melalui mata wang kripto. Anda boleh memberikan sumbangan kepada Wikipedia menggunakan Bitcoin, Bitcoin Cash dan Ethereum melalui BitPay. 

Terdapat beberapa pertubuhan bukan untung (nonprofit organisation, NPO) yang menerima sumbangan dalam bentuk cryptocurrency seperti American Red Cross dan American Cancer Society.

 

Buat masa ini, walaupun mata wang kripto masih lagi belum menjadi kaedah pembayaran yang digunakan secara meluas, terdapat pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang boleh anda beli menggunakan kripto. Kaedah "push" yang digunakan untuk pembayaran kripto dapat menjamin keselamatan transaksi anda. Selain itu, gerbang pembayaran mata wang kripto seperti CoinGate dan BitPay juga dapat memastikan bahawa transaksi pembayaran anda adalah mudah dan tidak rumit. Tidak mustahil bahawa mata wang digital akan menjadi kebiasaan baharu untuk pembayaran yang lebih selamat pada masa akan datang, seiring dengan perubahan zaman!


Penafian: Artikel ini bertujuan untuk memberikan informasi semata-mata, dan tidak berfungsi sebagai nasihat kewangan tentang cara-cara untuk anda melaburkan atau menggunakan sebarang bentuk mata wang yang anda miliki. Sila buat lebih banyak kajian terlebih dahulu sebelum anda melakukan sebarang transaksi dalam talian (online).

Artikel| 27/05/2020 | coingatebitcoinCryptocurrency