INDEKS
1. Tambah wang dengan cryptocurrency
Tahukah anda? Anda boleh menambah wang menggunakan cryptocurrency ke akaun ZenMarket anda dengan sangat mudah! Setelah melog masuk, klik butang Tambah Wang pada bahagian kanan sebelah atas, dan anda akan dialihkan ke paparan seperti dalam gambar berikut. Skrol ke bawah untuk mencari pilihan cryptocurrency.
ZenMarket menggunakan Coingate, gerbang pembayaran terkenal yang memproses cryptocurrency seperti Bitcoin, Ethereum dan Litecoin. Pada masa ini, kami mengenakan caj deposit sebanyak 5%.
Klik pada pilihan Coingate dan tetingkap pop-up berikut akan dipaparkan.
Masukkan jumlah yang anda inginkan dalam Yen Jepun. Pada kotak di sebelah kiri, anda akan lihat jumlah wang yang anda masukkan dalam mata wang BTC. Klik kotak tersebut untuk melihat nilai dalam mata wang LTC atau ETH.
Setelah anda klik butang "Teruskan", anda akan dialihkan ke laman transaksi Coingate.
2. Pilih mata wang
Pada bahagian atas, di sebelah Payment for ZenMarket, anda dapat melihat alamat e-mel anda serta jumlah amaun yang perlu dibayar dalam JPY (Yen Jepun). Di bahagian bawah pula, anda boleh memilih mata wang cryptocurrency yang anda ingin gunakan.
Contohnya, jika anda memilih Bitcoin, anda perlu memasukkan alamat e-mel di bahagian bawah halaman (untuk kegunaan invois), dan klik pada butang Pay with Bitcoin.
Tetingkap baru akan dipaparkan yang menunjukkan countdown masa selama 20 minit, iaitu tempoh masa yang anda miliki untuk menyempurnakan transaksi.
Salin (copy) alamat Bitcoin secara manual daripada invois CoinGate ke wallet anda ATAU klik butang "copy", dan tampal (paste) alamat invois Bitcoin ke wallet anda.
Sempurnakan pembayaran dengan mengklik butang “Send” dalam wallet anda ATAU dengan mengimbas (scan) kod QR pada invois dengan mobile Bitcoin wallet anda.
Transaksi anda kini telah disahkan!
Harap maklum bahawa jika anda membuat transaksi dalam jumlah yang yang sedikit, pengesahan biasanya akan dilakukan serta-merta. Tetapi, untuk transaksi dalam jumlah yang besar, anda perlu menunggu lebih lama untuk pengesahan daripada pihak Bitcoin.
INVOICE EXPIRED
Sekiranya masa telah habis sebelum transaksi anda selesai, jangan risau, anda boleh ulang semula langkah di atas.
3. Semak transaksi anda
Setelah membuat transaksi, kembali ke Akaun Saya, dan klik tab Pembayaran untuk menyemak baki anda.
4. Cara buat pengeluaran deposit cryptocurrency
Maaf, buat masa ini kami tidak dapat memproses pengeluaran atau pengembalian semula deposit cryptocurrency yang telah dilakukan. ZenMarket sedang dalam proses perbincangan dengan pihak Coingate untuk menyelesaikan isu ini. Setelah isu ini diselesaikan, kami akan membuat makluman kepada para pelanggan.
Kami harap artikel ini dapat membantu anda untuk memahami cara-cara untuk memasukkan wang ke akaun ZenMarket anda menggunakan mata wang cryptocurrency.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi kami di sini.
Tentang ZenMarket Jepun
Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!
Ikuti kami di Facebook