
SOFORT Banking merupakan kaedah pembayaran yang popular di Austria, Belgium, Itali, Sepanyol, Jerman, Poland, dan United Kingdom.
Sistem pembayaran SOFORT Banking adalah selamat dan memenuhi syarat-syarat keselamatan perbankan.
Ia berfungsi seperti pemindahan wang melalui bank, tetapi maklumat seperti jumlah pembayaran dan maklumat penerima diisi secara automatik.
Klik pada logo SOFORT di sini, dan tetingkap pop-up akan dipaparkan. Anda perlu mengisi amaun yang ingin dimasukkan dalam mata wang Yen Jepun. Di sebelah kotak tersebut, anggaran amaun dalam Euro akan dipaparkan. Kemudian, pada bahagian bawah, anda hanya perlu isikan maklumat anda (nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, dan sebagainya).
Klik pada butang Proceed dan skrin akan dialihkan ke halaman SOFORT Banking seperti dalam contoh di bawah.

Klik gambar untuk memperbesar
Masukkan nama bank, kod bank, IBAN atau BIC dan klik butang Next.
Setelah itu, anda perlu menghantar nombor dokumen anda.
Screenshot berikut merupakan contoh untuk pengguna bahasa Sepanyol. Prosedurnya lebih kurang sama untuk negara-negara lain yang ada tersenarai.

Klik gambar untuk memperbesar
Harap maklum bahawa setelah permohonan pemindahan wang dihantar, jumlah tersebut akan dipaparkan pada baki akaun ZenMarket anda selepas beberapa hari.
Anda boleh menyemak sama ada transaksi tersebut berjaya dilakukan atau tidak di sini.
Tambah wang dengan SOFORT