Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

4 Alasan Kukuh Untuk Anda Menggunakan Cryptocurrency

4 fakta berguna untuk memahami kelebihan membuat pembayaran melalui cryptocurrency di ZenMarket!

Pembayaran digital telah melalui perubahan yang revolusional pada beberapa tahun belakangan ini. Dunia perdagangan antarabangsa juga semakin pantas ke hadapan. Begitu juga ZenMarket! Kami ingin memperkenalkan transaksi digital yang canggih untuk para pelanggan kami: Cryptocurrency!

Tetapi, mengapa kami menawarkan kaedah pembayaran baharu ini?

 

1. Untuk memberikan anda "Power of Choice"

Pada masa ini, kami menawarkan pelbagai jenis kaedah pembayaran di ZenMarket, lebih banyak daripada syarikat wakil pembelian (proxy shopping service) di luar sana.

Oleh itu, tidak menghairankan bagi kami untuk mula menerima pembayaran melalui mata wang digital, atau turut dikenali sebagai cryptocurrencies, untuk kemudahan para pelanggan.

Jika anda belum membaca blog kami tentang cara-cara untuk membayar dengan mata wang cryptocurrency di ZenMarket, anda boleh meluangkan sedikit masa untuk memahami kaedah pembayaran ini.

Sekarang, anda boleh menambah dana ke akaun ZenMarket anda melalui kad debit atau kredit (VISA, Mastercard, American Express, Maestro), pemindahan antarabangsa melalui bank (via Stripe atau Transferwise) atau melalui PayPal. Pemindahan antarabangsa melalui bank dengan Alipay juga ada disediakan untuk pelanggan dari China.

Pilihan baharu ini merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan dan kami sangat berbangga untuk mengumumkan pelancarannya kepada pelanggan kami di seluruh dunia. 

 

 

Segala transaksi menggunakan mata wang digital akan diproses melalui CoinGate Gateway.

Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang stress-free kepada para pelanggan, sebab itulah kami memilih CoinGate yang menawarkan proses yang mudah dan tidak memeningkan!

Kami harap agar kaedah baharu ini akan membuatkan proses pembelian online Jepun anda lebih fleksibel dan dan memberikan ketenangan minda! Sangat Zen!

 

2. Crypto adalah selamat 

Dengan mata wang digital, hanya anda seorang yang memiliki akses terhadap dana anda.

Disebabkan mata wang digital berfungsi dengan kaedah "push", anda boleh "menolak" pembayaran yang anda inginkan kepada ZenMarket.

Oleh itu, tidak ada sesiapa pun yang boleh "menarik" atau "pull" sebarang jumlah wang daripada anda melainkan anda sendiri; merchant hanya boleh menerima apa-apa yang anda hantarkan. Maksudnya, anda mempunyai kuasa kawalan sepenuhnya!

 

cryptocurrency - secure

 

3. Crypto mengurangkan jumlah "middlemen"

Mata wang digital kini diselenggarakan oleh komuniti yang menggunakannya.

Anda tidak perlu menjawab kepada syarikat kad kredit berpusat atau pihak bank untuk menggunakan serta menyelia akaun anda. Ini memberikan anda, sebagai pengguna, lebih banyak privasi dan sekuriti.

 

 

Cryptocurrencies meminimumkan kadar kepercayaan yang diperlukan daripada setiap individu yang terlibat dalam sistem tersebut.

Hal ini berjaya dicapai melalui pembahagian kepercayaan antara aktor-aktor dalam sistem ini melalui permainan ekonomi yang memberikan insentif supaya aktor tersebut mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh protokol. Maksudnya: cryptocurrencis bersifat 'trustless'. You don't have to trust - it just works!

 

4. Caj rendah: Lebih nilai!

Disebabkan oleh pembabitan pihak ketiga yang terbatas, caj yang terlibat dalam pembayaran melalui mata wang digital menjadi rendah. Terutamanya, caj yang dikenakan ketika membuat pembayaran kepada ZenMarket adalah sangat rendah. Dengan caj yang lebih rendah, anda boleh melakukan lebih banyak pembelian!

 

 

Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk menggunakan Bitcoin anda, kami harap artikel ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan kaedah pembayaran di ZenMarket dengan bijak, dan mungkin anda boleh cuba membuat pembelian dengan cryptocurrencies!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui laman web kami atau melalui media sosial kami di bawah.

Selamat membeli-belah! 

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 19/05/2020 | coingatebitcoinCryptocurrencyPembayaran

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular