Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Kadar Pertukaran Mata Wang PayPal - Bagaimana untuk Menjimatkan Wang Anda?

Bagaimana untuk Menukar Kadar Pertukaran Mata Wang PayPal

ZenMarket mengecaj anda dalam yen Jepun, tetapi anda boleh membayar dengan mata wang tempatan anda menggunakan PayPal.
Secara prinsipnya, PayPal menggunakan kadar pertukaran mereka untuk membuat pertukaran daripada mata wang tempatan pelanggan kepada yen Jepun.
Kadar pertukaran PayPal biasanya sedikit tinggi daripada purata kadar pertukaran. Ini bermaksud, anda biasanya kehilangan sedikit wang sekiranya menggunakan tetapan lalai kadar pertukaran PayPal.
Sebenarnya, anda boleh menukar tetapan tersebut supaya PayPal menggunakan kadar pertukaran bank pengeluar kad kredit/debit anda. Walaupun biasanya kadar pertukaran bank adalah lebih murah, tetapi tiada jaminan bahawa kadar pertukaran bank anda akan sentiasa lebih murah daripada PayPal.

Untuk menukar tetapan kadar pertukaran, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Ketika semak habis (checkout), log masuk ke akaun PayPal anda.
- Sebelum menghantar pembayaran, klik "Pilihan Pertukaran Lain".
- Pilih pilihan kedua: “Caj saya dalam mata wang yang disenaraikan pada invois penjual”.
- Hantar.

Itu sahaja.
Anda boleh menukarnya kembali jika kadar pertukarannya lebih tinggi daripada tetapan lalai kadar pertukaran PayPal.