COVID-19: 45 Hari Tambahan Untuk Penyimpanan Item

(MAKLUMAT TERKINI: Tempoh penyimpanan percuma telah dilanjutkan kepada 120 hari. Maklumat lanjut di sini.) 

Para pelanggan yang dihormati,

Sehubungan dengan pandemik (COVID-19) yang berlaku, ZenMarket ingin membantu meringankan beban para pelanggan kami dalam situasi yang sulit ini. Memandangkan ramai dalam kalangan pelanggan kami menetap di negara-negara yang sedang mengalami sekatan pergerakan dalam usaha untuk membendung penularan COVID-19, ZenMarket telah membuat keputusan untuk menawarkan 45 hari tempoh simpanan tambahan percuma (tanpa sebarang bayaran tambahan) kepada semua pelanggan kami tanpa mengira negara asal mereka.

Usaha ini diharapkan dapat membantu pelanggan yang tidak dapat mengambil bungkusan mereka akibat kawalan pergerakan, atau tidak dapat menerima bungkusan mereka akibat pemberhentian sementara perkhidmatan pengiriman. Tempoh simpanan barangan di gudang kami akan meningkat kepada 135 hari (90 hari percuma + 45 hari berbayar). Caj penyimpanan ekstra akan mula dikenakan pada hari ke-91 atau setelah perkhidmatan hari tambahan ini tamat dan kembali kepada peraturan asal (mana-mana yang terjadi lebih awal).

Bayaran untuk tempoh penyimpanan ekstra AKAN DIHENTIKAN MULAI HARI INI untuk item yang termasuk dalam tempoh 90 hari penyimpanan percuma, dan telah melebihi tempoh penyimpanan 45 hari. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan sebarang pulangan wang untuk bayaran tambahan yang telah dikenakan sehingga ke hari ini.

Harap maklum bahawa gudang kami mempunyai ruangan penyimpanan yang terbatas. Oleh itu, kami mungkin akan menghentikan 90-hari penyimpanan percuma ini jika gudang sudah tidak mempunyai ruang simpanan lagi. Di samping itu, kami turut memohon kerjasama para pelanggan untuk bertolak-ansur terhadap pengguna ZenMarket lain yang BENAR-BENAR MEMERLUKAN penambahan tempoh penyimpanan tersebut dengan hanya menggunakan perkhidmatan ini jika anda tidak dapat menerima bungkusan anda akibat COVID-19.

Keluarga ZenMarket mendoakan keselamatan dan kesihatan anda sepanjang tempoh wabak ini. Pastikan anda membasuh tangan dengan kerap dan mematuhi segala saranan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara anda. Kami mengharapkan agar tindakan kami untuk melanjutkan tempoh penyimpanan item dapat membantu untuk meringankan beban serta memudahkan para pelanggan kami dalam tempoh krisis global ini.

Sekian, terima kasih.

ZenMarket

Berita| 25/03/2020 | Berita