Diskaun 10% Untuk Pengiriman Melalui Kurier!

Pihak ZenMarket ingin mengucapkan terima kasih terhadap kesabaran para pelanggan selama beberapa minggu belakangan ini akibat situasi global COVID-19 yang telah mengakibatkan kelewatan serta gangguan operasi pengiriman bungkusan.

 

Sebagai sebuah syarikat, pasukan dan komuniti - ZenMarket membuat keputusan untuk mengambil inisiatif drastik bagi meringkankan beban para pelanggan kami dalam melalui perubahan yang berlaku akibat COVID-19.

  • JP Post terpaksa menghentikan operasi pengiriman ke banyak negara dan lokasi di seluruh dunia akibat COVID-19. Selain itu, pengurangan jumlah penerbangan antarabangsa juga telah mengakibatkan kelewatan pengiriman bungkusan.
  • Pengurangan jumlah penerbangan ini juga telah menyebabkan pihak kurier untuk meningkatkan harga pengiriman sebagai langkah untuk menangani peningkatan mendadak untuk pengiriman yang mereka terima akibat daripada ketidakmampuan pihak JP Post untuk membuat penghantaran ke banyak lokasi di seluruh dunia.

Sila lihat Live Blog kami untuk mengikuti perkembangan semasa di sini: Live Blog 

 

Kami ingin anda tahu bahawa pihak ZenMarket sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk meringankan beban anda: komuniti ZenMarket. Oleh itu, sehingga hujung bulan April, ZenMarket akan menanggung 10% daripada kos pengiriman bagi bungkusan yang dihantar melalui UPS, FedEx atau DHL!

 

Walau bagaimanapun, kami memohon agar anda memastikan bahawa semua item yang anda ingin kirimkan tidak termasuk dalam kategori barangan larangan yang telah ditetapkan oleh pihak kurier. Sila lihat senarai barangan larangan di sini: Senarai barangan larangan

 

Diskaun 10% yang kami berikan hanyalah untuk TEMPOH TERHAD dan akan berakhir pada 1 Mei, 4 PM JST. Diskaun ini juga akan dikenakan secara automatik, oleh itu, jumlah yang tertera pada kalkulator kos pengiriman kami adalah jumlah selepas diskaun.

 

Harap maklum bahawa pihak gudang kami memerlukan masa sehingga 2 hari untuk membuat setiap bungkusan. Oleh itu, bagi memastikan agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini, sila hantar permintaan untuk buat bungkusan melalui akaun ZenMarket anda selewat-lewatnya pada 28 April.

 

Sila kongsikan maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang anda fikir memerlukannya. Kami berharap agar inisiatif yang kami ambil ini dapat memberikan manfaat kepada para pelanggan yang memerlukan.

 

Pihak ZenMarket sentiasa mendoakan keselamatan dan kesihatan anda. Jangan lupa untuk membasuh tangan dengan kerap dan duduk di rumah!

Berita| 14/04/2020 | Berita