Carian dihidupkanTukar kedai
Diskaun 10% Kupon ZENPLUS: 07/08 00:00 - 11/08 23:59 JST BELI SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

FAQ: Kami Menjawab Segala Soalan Anda

Indeks:

 

Apa itu ZenMarket? Bagaimana cara untuk guna?

ZenMarket adalah perkhidmatan proksi Jepun yang membolehkan pelanggan dari seluruh dunia untuk membuat pembelian daripada hampir kesemua kedai online serta lelongan online Jepun.

Anda juga bolehila halaman Panduan Pantas atau Tanggungjawab Kami yang memberikan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan ZenMarket dan cara kami membantu anda.

Cara Menggunakan ZenMarket

Bagaimana untuk buat pembelian?

Terdapat tiga cara untuk membuat pembelian barangan dari Jepun melalui perkhidmatan kami iaitu 1) melalui kedai online yang terdapat pada laman web kami, 2) melalui lelongan online JDirectItems Auction, dan 3) melalui mana-mana kedai online Jepun lain.

Pembelian melalui kedai online yang terdapat di laman web ZenMarket:

Kami rasa ini adalah cara termudah untuk membuat pembelian anda daripada Amazon Japan, Rakuten Japan, ZenPlus & JDirectItems Shopping.

  1. Cari barang yang anda inginkan.
  2. Masukkan ke dalam troli beli-belah.
  3. Tunggu item anda diperiksa oleh operator kami.
  4. Masukkan wang.
  5. Klik “Bayar” & tunggu sehingga barangan anda sampai ke gudang kami.
  6. Buat bungkusan untuk barangan yang anda ingin kirimkan, masukkan alamat pengiriman anda dan pilih kaedah pengiriman yang anda mahu.
  7. Tunggu sehingga bungkusan anda disiapkan dan bayar kos pengiriman antarabangsa.
  8. Tunggu ketibaan barangan anda dari Jepun.

 

 

Membuat bidaan di JDirectItems Auction:

  1. Cari barang yang anda inginkan.
  2. Masukkan wang.
  3. Buat bidaan untuk item tersebut. Terdapat dua jenis bidaan yang anda boleh lakukan. Bidaan automatik ditetapkan berdasarkan jumlah bidaan maksimum yang anda pilih. Bidaan akan ditingkatkan pada peningkatan minimum secara automatik setiap kali pembida lain mengatasi bidaan anda. Apabila jumlah bidaan maksimum telah dicapai, pembayaran anda akan dipulangkan semula secara automatik. Bidaan sniper pula adalah bidaan automatik yang akan dibuat 5-6 minit sebelum sesebuah lelongan tamat, atau 1-2 minit untuk lelongan yang mempunyai tetapan pelanjutan masa automatik. (Sesetengah lelongan di JDirectItems Auction mempunyai pelanjutan masa automatik 5 minit, dan maklumat ini boleh didapati di halaman lelongan. Harga bidaan akan meningkat berdasarkan peningkatan minimum. Jika terdapat beberapa orang pembida dengan jumlah sama, pembida yang lebih awal akan dikira sebagai pemenang.
  4. Tunggu item anda tiba di gudang kami.
  5. Buat bungkusan untuk barangan yang anda ingin kirimkan, masukkan alamat pengiriman anda dan pilih kaedah pengiriman yang anda mahu.
  6. Tunggu sehingga bungkusan anda disiapkan dan bayar kos pengiriman antarabangsa.
  7. Tunggu ketibaan barangan anda dari Jepun.

Pembelian daripada kedai-kedai lain:

Jika anda ingin membuat pembelian daripada kedai yang tidak terdapat di laman web kami, hanya 'copy' dan 'paste' pautan URL item tersebut ke bar carian di laman web kami, nyatakan saiz, warna, model atau butiran lain, kemudian ikuti langka-langkah berikut.

  1. Tunggu item anda disemak oleh operator kami.
  2. Masukkan wang.
  3. Klik “Bayar” & tunggu sehingga barangan anda sampai ke gudang kami.
  4. Buat bungkusan untuk barangan yang anda ingin kirimkan, masukkan alamat pengiriman anda dan pilih kaedah pengiriman yang anda mahu.
  5. Tunggu sehingga bungkusan anda disiapkan dan bayar kos pengiriman antarabangsa.
  6. Tunggu ketibaan barangan anda dari Jepun.

Jangan lupa untuk menyatakan warna, model, dan/atau saiz item tersebut jika perlu.

Tip Pengiriman: Kami menawarkan kira-kira sembilan jenis kaedah pengiriman dengan harga dan masa pengiriman yang berbeza. Sila kenal pasti had serta kelebihan setiap kaedah pengiriman sebelum anda membuat pilihan. Anda boleh merujuk kepada Simulator Kos Pengiriman kami.

Berbeza dengan syarikat proksi lain, kami bekerjasama dengan Japan Post, jadi semua bungkusan yang dikirimkan menggunakan Japan Post adalah dilengkapi dengan insurans dan nombor penjejak. Selain itu, kerjasama kami dengan UPS, DHL, dan FedEx juga menyebabkan kami menerima diskaun yang membolehkan kami menawarkan khidmat pengiriman yang lebih murah dan selamat kepada anda.

 

Mengapa saya perlu mempercayai ZenMarket?

Setelah lebih 5 tahun membantu ramai pelanggan untuk mendapatkan barangan keinginan mereka dari Jepun, ZenMarket telah menerima ribuan maklum balas dan saranan di Facebook, laman web kami dan Trustpilot. Kami memiliki lima bintang di Trustpilot; anda boleh baca maklum balas pelanggan yang gembira dengan perkhidmatan yang kami berikan.

penilaian Trustpilot ZenMarket

Kami juga mempunyai halaman testimoni yang membolehkan anda melihat bukan sahaja ulasan pelanggan kami, tetapi juga halaman penjejakan bungkusan yang telah selamat dikirimkan.

Testimonial Tracking

Berbeza dengan perkhidmatan proksi lain, kami menawarkan laman web serta khidmat pelanggan dalam bahasa Cina (Tradisional & Simplified), Inggeris, Jepun, Melayu, Perancis, Rusia, Sepanyol, Ukraine, dan Vietnam. Selain itu, kami juga membekalkan insurans untuk melindungi bungkusan anda daripada kehilangan atau kerosakan semasa pengiriman.

Kami turut berkolaborasi dengan ramai personaliti online, Youtuber, Instagrammer, Livestreamer, dan sebagainya. Ini adalah video sebahagian daripada mereka:

 

Apa kelebihan menggunakan ZenMarket?

 

  1. Bertanya soalan kepada penjual

Anda boleh hantarkan pertanyaan yang anda ingin sampaikan kepada penjual, dan kami akan menterjemahkan pertanyaan tersebut berserta dengan respons daripada penjual. Caj untuk khidmat terjemahan daripada sebarang bahasa kepada dan daripada bahasa Jepun biasanya adalah mahal, tetapi kami menawarkan perkhidmatan ini secara percuma! Kami ingin memberikan anda keselesaan dalam membuat pembelian dari Jepun tanpa perlu memahami bahasa Jepun.

  1. Sertai lelongan online Jepun secara langsung

Perkhidmatan kami tidak terhad kepada pembelian daripada kedai-kedai online Jepun, tetapi juga merangkumi bidaan online Jepun. Di Jepun, anda perlu membayar untuk pembuangan barangan bersaiz besar, atau barangan yang tidak termasuk dalam kategori sampah biasa (yang boleh dibakar). Oleh itu, ramai orang Jepun menjual barangan yang mereka sudah tidak perlukan lagi pada harga murah di lelongan online seperti JDirectItems Auction. Selain itu, mungkin barangan tersebut mempunyai nilai sentimental, jadi pemiliknya tidak sampai hati untuk membuang barangan tersebut. Terdapat pelbagai jenis barangan yang anda boleh dapati di lelongan online Jepun daripada semua jenis kategori. 

  1. Khidmat pelanggan multibahasa

Kebanyakan syarikat proksi Jepun menyediakan laman web mereka dalam bahasa lain, tetapi tidak menawarkan khidmat pelanggan dalam bahasa tersebut. Di ZenMarket, kami menawarkan khidmat pelanggan dalam semua bahasa yang tersedia di laman web kami iaitu bahasa Cina (Tradisional & Simplified), Inggeris, Jepun, Melayu, Perancis, Rusia, Sepanyol, Ukraine, dan Vietnam, tanpa sebarang caj tambahan.

  1. Permintaan khas

Jika anda mempunyai permintaan khusus tentang cara pembungkusan anda, kami akan cuba untuk memenuhi permintaan tersebut selagi boleh. Contohnya, jika anda mahu item anda dibungkus dengan lebih banyak bubble wrap, atau anda ingin membuang sebahagian daripada item anda, dan lain-lain lagi. Anda boleh menulis permintaan tersebut ketika membuat bungkusan melalui akaun ZenMarket anda. 

 

ZenMarket ada barang yang saya ingin beli?

ZenMarket bukan kedai; jadi kami tidak mempunyai stok sendiri. Kami membuat pembelian di kedai online Jepun serta membuat bidaan di lelongan online Jepun bagi pihak anda. Ini bermaksud, peluang untuk anda mendapatkan item yang anda mahu adalah luas. Selagi item tersebut ada dijual di mana-mana platform beli-belah online, selagi itulah kami akan berkemampuan untuk membelikannya bagi pihak anda.

Melalui laman web kami, anda boleh menggunakan tiga platform pembelian online terbesar Jepun yang telah diterjemah ke dalam bahasa anda: Amazon, JDirectItems Shopping, dan Rakuten. Anda juga boleh membuat bidaan secara langsung di JDirectItems Auction (ketahui cara menyertai lelongan di sini).

Jika anda tidak menemui item yang anda inginkan, cuba buat pencarian menggunakan bahasa Jepun. Baca tips ini untuk mengetahui cara menggunakan ZenMarket tanpa mengetahui bahasa Jepun.

Contohnya, jika anda sedang mencari telefon mudah alih (mobile phone) atau telefon pintar (smartphone), anda boleh tambah perkataan "SIM FREE” pada carian anda. Jika anda tidak berjaya menemui item yang anda inginkan, sila hubungi kami melalui ruangan Mesej di akaun ZenMarket anda. Jika anda membekalkan gambar dan/atau nama item tersebut, kami akan dapat mencari item tersebut dengan lebih mudah dan cepat. Oleh itu, kami cadangkan agar anda berikan butiran sebanyak mungkin mengenai item yang anda inginkan.

 

Berapa kos keseluruhan?

Kesemua harga asal adalah dalam yen Jepun, dan baki akaun ZenMarket anda juga dipaparkan dalam yen Jepun. Namun begitu, anda boleh melihat anggaran kadar dalam pelbagai mata wang dengan menggunakan menu pada bahagian atas sebelah kiri laman web kami. Sistem kami akan menunjukkan harga berdasarkan mata wang yang anda pilih, tetapi sistem tersebut tidak sempurna dan tidak semua mata wang tersedia. Untuk menyemak pertukaran mata wang, anda boleh menggunakan alat pertukaran percuma ini: https://www.xe.com/en/currencyconverter/

 tambah wang ZenMarket

 

Bagaimana untuk buat pembayaran? Boleh bayar dengan dolar? Boleh bayar dengan wang tunai?

ZenMarket menggunakan sistem baki. Anda boleh memasukkan wang ke dalam akaun ZenMarket anda yang akan ditukarkan secara automatik kepada yen Jepun. Baki akaun anda boleh dilihat pada menu di bahagian kanan sebelah atas pada halaman Akaun Saya. Anda boleh menggunakan baki tersebut untuk semua pembayaran yang dilakukan melalui perkhidmatan ZenMarket, dan anda boleh juga mengeluarkannya pada bila-bila sahaja tanpa sebarang kesukaran. 

Penambahan wang ke akaun ZenMarket anda boleh dilakukan dengan mudah melalui PayPal, kad debit atau kredit, deposit tunai atau pemindahan wang melalui bank. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai polisi penambahan wang kami, sila baca halaman ini: https://zenmarket.jp/ms/payment.aspx

 Tambah wang ke akaun ZenMarket anda

Untuk menganggarkan kadar pertukaran antara mata wang anda dan mata wang Jepun, sila guna alat penukar mata wang berikut: http://www.xe.com/en/currencyconverter/

 

Boleh saya batalkan pembelian saya?

Untuk pembelian melalui kedai-kedai online, anda boleh membatalkan pesanan anda sebelum dan selepas item anda dihantar ke gudang kami, jika penjual bersetuju untuk membuat pembatalan. Namun begitu, anda perlu membayar caj pembatalan sebanyak 1000 yen, dan kos penghantaran semula barangan tersebut kepada penjual (sekiranya item telah dihantar oleh penjual).

Untuk lelongan online JDirectItems Auction pula, anda tidak boleh membatalkan bidaan atau pembelian atas apa sebab sekalipun. Sila rujuk rumusan caj untuk maklumat lanjut.

 

ZenMarket boleh kirimkan ke negara/bandar saya?

Kami mempunyai pelanggan dari seluruh dunia, jadi kami boleh membuat penghantaran ke mana-mana sahaja kecuali Korea Utara dan Crimea.

 

Berapa kadar pengiriman antarabangsa? Berapa lama masa yang diambil?

Sesetengah kedai online menawarkan 'pengiriman percuma' dengan menaikkan harga produk mereka untuk menyembunyikan kos pengiriman, dan mereka tidak memberikan anda pilihan untuk pengiriman domestik. Oleh sebab ZenMarket adalah syarikat proksi beli-belah dan bukannya kedai, kami tidak boleh menaikkan harga sesuatu produk. Harga yang ditunjukkan di laman web kami adalah harga yang ditetapkan oleh penjual/kedai Jepun. Kami sentiasa menunjukkan harga yang paling rendah (sekiranya terdapat pilihan beberapa harga berbeza seperti barangan di Amazon Japan; kami juga memberikan anda kebebasan untuk memilih kaedah pengiriman yang anda inginkan.

Seperti syarikat proksi lain, kos pengiriman antarabangsa perlu ditanggung oleh pelanggan. Namun begitu, kami mempunyai perjanjian perniagaan dengan Japan Post, FedEx, UPS, dan DHL, jadi kami dapat menawarkan kos pengiriman antarabangsa terendah yang dilengkapi dengan insurans percuma (kecuali untuk kes tertentu) serta nombor penjejak. Anda boleh melihat kaedah pengiriman yang tersedia dan tempoh pengiriman yang diambil, serta membuat anggaran kos pengiriman antarabangsa melalui kalkulator kos pengiriman kami: https://zenmarket.jp/ms/calc.aspx

Di samping itu, anda boleh menggabungkan beberapa barangan daripada kedai atau penjual berbeza ke dalam satu bungkusan yang sama tanpa sebarang caj untuk menjimatkan kos pengiriman antarabangsa!

ZenMarket's Parcel

 

Bagaimana boleh saya tahu berat barangan saya?

Malangnya, kami tidak dapat mengetahui berat sebenar kesemua barangan yang dijual di Jepun sekiranya kami belum membeli dan menerima item tersebut di gudang kami untuk ditimbang. Anda boleh melihat anggaran berat pelbagai jenis barangan di sini.

 

Bungkusan saya di mana? Saya tak faham maklumat 'tracking number'.

Anda boleh mengetahui lokasi dan status semasa bungkusan anda ketika pengiriman antarabangsa sedang dilakukan dengan memahami panduan penjejakan bungkusan kami.

Japan Post tracking blog

Bungkusan saya hilang/rosak! Bagaimana boleh saya dapatkan pampasan?

Oleh sebab bungkusan kami dilindungi oleh Insurans ZenMarket, anda akan mendapat pampasan sekiranya bungkusan anda hilang atau rosak. Untuk membuat laporan, sila hubungi pejabat pos di tempat anda untuk mendapat pampasan nilai perisytiharan. 

Sila maklum bahawa kami tidak memberikan perlindungan untuk barangan yang bernilai lebih daripada 700,000 JPY.

Kami harap entri ini dapat membantu anda untuk memahami perkhidmatan ZenMarket dengan lebih jelas. Jika anda masih mempunyai sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk hubungi kami di sini.

Selamat membeli-belah!

Hubungi kami di Media Sosial

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 05/09/2019 | Panduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular