10% CASHBACK UNTUK SETIAP PRODUK RAKUTEN LIHAT PRODUK RAKUTEN 1 Disember 16:00 - 5 Disember 16:00 (JST)

FAQ: ZenMarket Loyalty Program

Pada 2018, kami memperkenalkan sistem kredit: faedah khusus HANYA untuk ahli eksklusif ZenMarket Loyalty Program.

Sekarang kami ada berita baru untuk anda!

Mulai September 1st, 2023, kami ingin mengumumkan Program Loyalty baru untuk pengguna setia ZenMarket. Antara perubahan baru untuk Program Loyalty ini termasuk:

  • Cashback dalam ZenPoints untuk Kos Penghantaran Antarabangsa: Untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda, kami telah menambah ciri khas dalam program loyalty kami. Kini, anda akan menerima Pulangan Tunai dalam ZenPoints untuk penghantaran antarabangsa anda!
  • Perubahan Sistem Kredit: Kami telah menerima maklum balas anda dan mengubah suai sistem kredit kami. Sistem kredit baru kami kini lebih lancar dan memuaskan berbanding dengan sistem sebelum ini!

 

ZenMarket Peringkat Program Loyalty

Untuk menambah baik sistem ganjaran ZenMarket, kami ingin mengambil peluang untuk menerangkan Program Loyalty & Sistem Kredit kami! 

 

Kandungan

 

Apakah Program Loyalty ZenMarket?

ZenMarket Loyalty Program merupakan sebuah program eksklusif ZenMarket sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan setia kami atas sokongan berterusan terhadap perkhidmatan kami. Keahlian (membership) ini akan diberikan secara automatik pada hari pertama setiap bulan kepada para pelanggan kami yang telah mengirimkan harga item sebanyak ¥15,000 (atau lebih) dalam tempoh 3 bulan kalendar tanpa mengira bila item tersebut dibeli.

Pada masa ini, Program Loyalti kami membolehkan pengguna membeli-belah item dari laman web ZenMarket serta membuat bidaan di laman lelongan online menggunakan kredit yang mereka miliki, tanpa perlu menambah wang ke akaun ZenMarket mereka terlebih dahulu. Tetapi, harap maklum bahawa kredit yang digunakan perlu dibayar semula dalam tempoh sebulan. 

Bukan itu sahaja! Dari 1 September, 2023, pengguna yang telah sampai ke sekurang-kurangnya Level 2 juga akan menerima Cashback dalam ZenPoints yang boleh digunakan untuk membayar kos penghantaran antarabangsa!

 

Bagaimanakah Tahap Keahlian Saya Ditentukan?

Tahap keahlian anda ditentukan berdasarkan jumlah harga item yang anda hantar sepanjang 3 bulan kalendar sebelumnya. Jumlah ini akan dikira semula pada hari bulan pertama setiap bulan dan tahap anda boleh meningkat atau menurun berdasarkan jumlah yang anda telah hantar dengan kami dalam tempoh ini.

Contohnya, jika anda menghantar item sebanyak ¥50,000 antara 1 Jun 2023 dan 31 Ogos 2023, anda akan menjadi ahli level 2, menerima kredit ¥20,000 dan layak untuk mendapat pulangan tunai 0.4% dalam ZenPoints pada semua nilai item yang dihantar dari 1 September 2023.

 

Apakah yang anda maksudkan dengan "Pulangan Tunai dalam ZenPoints"?

Bermula level 2 dan ke atas, semua ahli akan menerima sebanyak 1% daripada harga item yang mereka hantar dalam ZenPoints. Sila baca di bawah tentang cara menggunakan ZenPoints.

 

Bagaimanakah saya boleh menggunakan ZenPoints yang telah saya perolehi?

Point adalah salah satu tambahan baharu kami untuk Program Loyalty ZenMarket. Point ini dikenali sebagai ZenPoints. ZenPoints boleh digunakan untuk membayar kos penghantaran antarbangsa. ZenPoints digunakan secara automatik apabila membayar penghantaran antarabangsa untuk bungkusan. 1 ZenPoint bersamaan dengan ¥1. 

 

Apakah yang berlaku jika saya mempunyai kedua-dua ZenPoints dan dana di akaun saya? Bolehkah saya pilih yang mana yang ingin saya gunakan?

Setakat ini, ZenPoints hanya boleh digunakan untuk membayar kos penghantaran antarabangsa dan ZenPoints akan ditolak secara automatik daripada akaun anda apabila anda membayar kos penghantaran untuk bungkusan anda.

Katakan anda mempunyai 3,500 ZenPoints dan ¥2000 dalam "Baki Anda" dan anda perlu membayar untuk penghantaran antarabangsa sebanyak ¥4,500. Selepas anda mengesahkan pembayaran, anda kini akan mempunyai 0 ZenPoints dan ¥1,000 dalam "Baki Anda". Dalam ertinya, anda hanya perlu membayar ¥1,000 daripada baki dana anda.

Jika anda ingin membaca pengenalan sistem ZenPoints secara lajut, sila baca blog ini.

 

Bagaimanakah saya boleh mengetahui jumlah kredit yang saya ada?

Untuk mengetahui jumlah kredit anda, hanya log masuk ke akaun anda. Di bahagian atas sebelah kanan halaman, di sebelah tempat baki anda, anda akan melihat "Had Kredit". Contohnya, dalam imej di bawah, akaun tersebut mempunyai kredit sebanyak ¥40,000. Jika anda tidak melihat bahagian ini di akaun anda, ini bermaknanya anda tidak mempunyai sebarang kredit setakat ini. 

 

How To Use ZenMarket Credit System

 

Bagaimanakah saya boleh gunakan kredit saya?

Kredit boleh digunakan sama seperti wang dalam baki akaun anda. Hanya perbezaannya adalah, kredit hanya boleh digunakan untuk membuat pembelian dan bidaan. Kredit tidak boleh digunakan untuk membayar kos penghantaran antarabangsa atau insurans pengiriman.

Contohnya, anda mempunyai kredit sebanyak ¥20,000 dan baki akaun anda adalah ¥10,000. Maka, anda boleh membuat pembelian atau bidaan bernilai 30,000 yen. 

Find out how to use the ZenMarket credit system

Kredit akan digunakan secara automatik setelah anda menghabiskan dana anda dan akan dianggap sebagai anda mempunyai baki negatif di akaun anda. 

 

Apakah yang boleh dan tidak boleh saya beli/bayar menggunakan kredit?

Anda boleh menggunakan kredit untuk membayar apa-apa sahaja (kos item, kos penghantaran domestik Jepun, caj perkhidmatan ZenMarket dan caj pembungkusan ekstra untuk produk yang bersaiz besar) kecuali untuk kos penghantaran antarabangsa dan caj insurans pengiriman. 

 

Bolehkah saya menggunakan kredit saya walaupun akaun saya masih berbaki?

Tidak boleh. Sekiranya anda mempunyai wang dalam akaun anda, wang tersebut akan digunakan terlebih dahulu, dan sekiranya tidak mencukupi, jumlah selebihnya akan ditampung oleh kredit anda.

Contohnya, anda mempunyai kredit sebanyak 20,000 yen dan baki wang sebanyak 10,000 yen.
Sekiranya anda membeli item bernilai 15,000 yen, 10,000 yen daripada harga tersebut dikenakan terhadap baki wang anda, dan 5,000 yen lagi diambil dari kredit anda. Maka, baki akaun anda akan dipaparkan sebagai -5,000 yen.

Dengan kredit yang berbaki, anda masih boleh membuat pembelian atau pembidaan sebanyak 15,000 yen. Tetapi, barangan anda tidak boleh dikirimkan selagi baki akaun anda memaparkan nilai negatif, melainkan anda mempunyai ZenPoints yang mencukupi. 

 

 

Adakah saya perlu membayar semula kredit yang saya gunakan?

Ya. Sama seperti kad kredit, kredit ZenMarket yang anda gunakan juga perlu dibayar. 

 

Berapa lama tempoh diberikan untuk saya menjelaskna hutang kredit saya? 

Anda mempunyai maksimum 1 bulan untuk menjelaskan jumlah kredit yang anda gunakan. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan mengirimkan barangan anda jika baki akaun anda masih memaparkan nilai negatif melainkan anda mempunyai ZenPoints yang mencukupi untuk membayar kos penghantaran antarabangsa. Jadi, jika anda tidak mempunyai ZenPoints yang mencukupi tetapi ingin menghantar bungkusan anda, sila memastikan anda menjelaskan hutang kredit akaun anda.

 

Bolehkah saya menghantar barang saya jika saya mempunyai baki negatif?

Tidak. Sebagai peraturan, melainkan anda mempunyai ZenPoints yang mencukupi untuk membayar kos penghantaran antarabangsa, kami tidak boleh menghantar item kepada sesiapa sahaja yang mempunyai baki negatif di akaun mereka. Jika anda tidak mempunyai ZenPoints yang mencukupi, anda perlu membayar balik semua kredit yang telah anda gunakan sebelum kami boleh menghantar barangan anda.

Katakan sebagai contoh anda membeli dua item dengan kredit tetapi ingin menerima item B terlebih dahulu. Anda tidak boleh hanya membayar balik item B dan menghantarnya kepada anda. Anda perlu membayar balik keseluruhan baki negatif untuk kedua-dua item sebelum anda boleh membayar untuk kos penghantaran. Dengan ini, hal ini adalah mustahil untuk membayar kos penghantaran antarabangsa menggunakan kredit. 

Item masih boleh dihantar secara berasingan, tetapi anda tidak boleh menghantar sebarang item jika baki anda negatif, melainkan ZenPoints anda boleh menampung kos penghantaran bungkusan.

 

Adakah caj akan dikenakan untuk penggunaan kredit?

Tidak. Kami tidak mengenakan sebarang caj untuk penggunaan kredit. Tetapi, sebagai jaminan, kami tidak akan mengirimkan barangan pengguna yang belum membayar semula kredit yang digunakan dalam tempoh sebulan.

 

Saya risau jika kredit saya disalah guna tanpa kebenaran saya. Bolehkah saya mengurangkan amaun kredit saya? 

Boleh, kredit limit boleh dikurangkan kepada 0.

Tetapi, kami tidak boleh menukar had kredit secara manual kepada jumlah yang ditetapkan kerana ia tidak akan diselaraskan apabila akaun anda tidak lagi layak untuk tahap Loyalty Program kami.

Jika anda ingin mengecualikan fungsi kredit dari akaun anda, sila hubungi kami melalui tab mesej di akaun anda. 

 

 

Bolehkah anda menambah jumlah kredit saya? Saya menghantar bungkusan bernilai tinggi tetapi tidak kerap. 

Mulai 1 September 2023, sistem kredit kami akan dikira secara automatik berdasarkan harga item yang anda beli dan jika ia dihantar dalam 3 bulan kalendar yang lalu.

Oleh itu, jika item anda yang dihantar dalam 3 bulan kalendar yang lalu melebihi ¥15,000, anda akan diberikan Level 1 Program Loyalty kami termasuk had kredit sebanyak ¥5,000. Sila rujuk kepada imej di bahagain atas untuk melihat perkara yang anda perlukan untuk meningkatkan level Program Loyalty anda.

 

Saya menghantar item melebihi ¥50,000 dan kredit saya kekal pada ¥5,000. Apakah masalahnya?

Sila baca butiran di bawah untuk memahami sistem kami. 

 

1. Berapakah lama sejak hari ini dan hari barang anda dihantar dari Jepun?

Sistem kami mengira semula jumlah kredit dalam akaun anda pada hari pertama setiap bulan berdasarkan harga produk yang dihantar sehingga hari terakhir bulan sebelumnya. Contohnya, pada 1 September 2023, sistem kami akan mengira harga barang yang dihantar antara 1 Jun 2023 - 31 Ogos 2023 (3 bulan kalendar). Harap maklum bahawa kredit tidak akan dikira semula pada pertengahan bulan atau pada hari anda menghantar item yang melebihi jumlah ¥50,000 dalam tempoh 3 bulan yang lalu. 

 

2.  Adakah semua item telah dihantar dalam tempoh 3 bulan kalendar yang lalu?

Kredit diberikan berdasarkan harga item yang dihantar dalam 3 bulan kalendar yang lalu, bukan jumlah harga item yang dihantar sejak anda mendaftar akaun.

Contohnya, jumlah kredit yang diperuntukkan untuk 1 September 2023 adalah berdasarkan harga item yang dihantar antara 1 Jun 2023 dan 31 August 2023.

 

Kami berharap bahawa blog ini dapat menjawab semua soalan anda tentang sistem kredit kami. Jika anda masih mempunyai sebarang keraguuan atau pertanyaan lanjut, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi staf kami di sini.

 

 

 

 Bersedia untuk membeli-belah dan mengumpul kredit ZenMarket?

Daftar Akaun PERCUMA sekarang

Pengenalan ZenPointsCara Beli-Belah dari ZenMarket Jepun

Artikel| 25/08/2023 | Panduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular