Carian dihidupkanTukar kedai
Diskaun 13% Kupon RAKUMA: 01/08 00:00 - 07/08 23:59 JST BELI SEKARANG
Diskaun 10% Kupon ZENPLUS: 07/08 00:00 - 11/08 23:59 JST BELI SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

8 Perkara Tentang Perayaan Obon

Jika anda pernah merancang untuk datang ke Jepun pada musim panas, anda mungkin pernah mendengar mengenai Obon atau Festival Bon. Turut dikenali sebagai "Japanese Festival of the Dead", Obon merupakan satu daripada perayaan Jepun yang disambut pada kemuncak musim panas, biasanya pada pertengahan bulan Ogos. Hari tersebut merupakan hari percutian yang penting untuk setiap keluarga bagi memperingati roh nenek moyang mereka.

 

Ada 8 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai Obon! 

 

1. Obon merupakan percutian kedua terpenting di Jepun selepas Oshōgatsu (Tahun Baharu)

 

Obon biasanya berlangsung selama empat ke lima hari, dan dalam tempoh ini, ramai orang balik ke kampung halaman untuk memperingati dan memberi hormat kepada roh nenek moyang mereka. Sebab itulah musim ini merupakan antara musim paling sibuk (dan mahal!) untuk bercuti di Jepun. 

 

2. Obon adalah untuk memperingati nenek moyang serta insan tersayang yang telah meninggal dunia

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

今日は父の日(゚∀゚)! そろそろお墓参りに行きたいと思っていたタイミングでめっちゃ晴れたので行ってきた☆ 祖母と父のお墓参り&ちーちゃんとももちゃん(うさぎ)の墓参りで2つの墓地行ってきたやー(•ө•)♡ 父は薔薇が好きだった(私の記憶ではね)なのでそれっぽいお花が入った、好きそうな色の仏花を選ぶようにしている! 1人でお墓掃除していたら近くのお墓にお参りをしに来ていた方に 「若いのに一人でお墓参り?えらいわねえ」って言われた\(^o^)/ うちは墓参り1人が基本で数年に一度集まっていくこともある程度だからな\(^o^)/(今年の年始に久しぶりに集まって行った) 特に父の日関係ないけど父の墓参り行ったから家族に報告したけど応答ないねヘ(゚∀゚ヘ)そんなもんだ。 #父の日 #父 #father #fathersday #墓参り #お墓参り #霊園 #墓地 #仏花 #薔薇 #バラ #rose この#花 たちが何て花かは詳しくないのでわからない。いつも雰囲気で選ぶ。 #pink #purple #独女の生態 #お一人様 で墓参り 年に数回しか行かない仏花を買うお店の方が覚えていてくれてほっこりする

A post shared by (@aoi.marshmallow.k) on

 

Semasa perayaan Obon berlangsung, orang Jepun menziarahi kubur ahli keluarga yang telah meninggal dunia (budaya ini dikenali sebagai ohaka-mairi お墓参り) dan membersihkan mazbah (altar) di rumah mereka. Mereka juga pergi ke tokong atau kuil, atau memanggil sami Buddha untuk melakukan upacara memperingati arwah yang dikenali sebagai  hoyo atau kuyo. Kadangkala, Obon turut disamakan dengan perayaan Halloween atau "Day of the Dead", dua festival yang bermula sebagai upacara memperingati roh orang yang telah meninggal. 

 

3. Unggun api kecil dinyalakan untuk memandu roh kembali ke rumah

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

。 今夜は 迎え火でご先祖様を お迎えします😊 。 おじいちゃん、おばあちゃんが 迷わないで帰ってこれるように❤️ 。 我が家でも 門の前で迎え火を します⭐︎👍 。 送り火は16日だったよね? 。 キュウリとナスの馬と馬車 昔は 母と作ったな❤️ 。 #japan #japanese #japanesegirl #japanesecalligraphy #お盆 #ご先祖様に感謝 #迎え火 #送り火 #書家 #書道 #書道家 #書家楓 #書道家楓 #アート書道 #アート書家楓 #写真と書 #和のデザイン #火の明かり #書道アート #書道パフォーマー #個展に向けて #個展準備 #ギャラリー準備中 #和の心 #和の空間

A post shared by アート書道家 楓 (@yoko.sakamocchan) on

 

Jika anda melihat unggun api kecil dinyalakan di hadapan rumah ketika anda bersiar-siar di kawasan perumahan, jangan terkejut! Orang Jepun percaya bahawa roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia akan singgah di rumah mereka ketika perayaan Obon, jadi mereka menyalakan unggun api yang dikenali sebagai mukaebi 迎え火 untuk menjadi panduan bagi roh-roh tersebut untuk sampai ke rumah. Pada zaman moden ini, pembakaran terbuka telah banyak digantikan dengan tanglung yang menggunakan mentol lampu elektrik. 

 

4. Kadang-kadang mereka menyediakan haiwan istimewa untuk membantu roh nenek moyang mereka

 

Untuk memudahkan perjalanan roh ahli keluarga mereka datang dan pulang ke alam roh, sesetengah orang Jepun membuat haiwan istimewa daripada sayur-sayuran! Timun digunakan untuk membuat kuda, yang dikatakan mampu membantu roh kembali ke rumah dengan cepat. Terung pula digunakan untuk membuat lembu, yang dipercayai akan membawa roh tersebut pulang ke alam roh dengan perlahan-lahan setelah perayaan Obon tamat. 



5. Bon Odori (Tarian Bon) dipersembahkan untuk mengalu-alukan kepulangan roh nenek moyang

 

Obon bukanlah perayaan yang muram dan menyedihkan! Tarian Bon Odori yang sangat rancak merupakan tarikan utama, bukan sahaja untuk perayaan Bon, tetapi juga untuk festival musim panas di Jepun. Tarian rakyat yang klasik ini mempunyai banyak variasi bergantung kepada tempat di Jepun. Variasi kegemaran ramai adalah Soran-bushi dari Hokkaido, dan Tokyo Ondo dari Tokyo. 

 

6. Roh dihantar pulang dengan pameran unggun api yang indah  

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

【五山送り火】 . 8月16日は五山送り火✨ . pic1 . 昨日のストーリズのつづき😊 . 夕焼けがキレイなあの場所は広沢の池✨ . 夜のとばりが下りると流される灯籠🎶 . 20時20分 . 浮かび上がる鳥居形⛩️ . pic2 . 雲の合間からお月さんも顔を覗かせてます🌃 . pic3 . 昨日のストーリズにアップした夕焼けの別pic🌇 . どうぞ京都におこしやす。 . 【Gozan no Okuribi】 . In Kyoto, we will be home to our ancestors on August 14😊 . We spend time with our families, including our ancestors🎶 . On August 16, we will send our ancestors to the other world😊 . We will light the five mountains so that our ancestors can arrive to the other world🔥 . The shape is“大”、“妙”、“法”、A little bit smaller“大”、Shape of a boat“🚢”、“⛩️” . pic1 . This time I went to see the torii of Hirosawa pond⛩️ . The collaboration between the Lanterns and the Torii in the pond is a fantastic scene✨ . pic2 . The moon also peeps at the face from the clouds🌃 . pic3 . Evening glow of Hirosawa pond before fire is lit🌇 . I say to you that please come to Kyoto in Kyoto dialect, “Douzo Kyoto ni Okoshiyasu” . #京都 #そうだ京都行こう #京都観光 #京都旅行 #京都巡り #京都散策 #お盆 #送り火 #五山送り火 #鳥居形 #広沢池 #灯籠流し #kyoto #japan #unknownjapan #visitjapanjp #travel #trip #okuribi #gozannookuribi #torii

A post shared by KYOTO観食住CLUB (@kyotokanshokujuuclub) on

 

Pada penghujung Obon, unggun api dinyalakan untuk membantu roh nenek moyang kembali ke alam roh. Antara festival unggun api yang terkenal adalah Gozan Okuribi di Kyoto, yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong. Jika anda tidak berminat untuk berpanas-panas di festival tersebut, terdapat beberapa wilayah di Jepun yang memilih untuk menulis mesej pada tanglung kertas, dan mengapungkannya di sungai untuk memandu roh nenek moyang.

 

7. Obon tidak semestinya disambut pada bulan Ogos

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

お盆 | Obon Pt. 1 Obon is a Japanese ceremonial remembrance similar to “Pchum Ben” in the Khmer culture. Between the seasons of mid July and mid August, Japanese gather at local Buddhist temples to participate in Obon that is held to welcome the ancestors from the realm of hungry ghosts and honor them. During Obon, Japanese perform Bon Odori which is a style of dance that depicts various histories and specializations of coal miners, fishermen, etc. Through the years, Obon has turned more into a festival with booths of food, concessions, and other various activities that happen throughout the three day event. #obon #bonodori #japan #japanese #culture #festival #photography #taiko #soranbushi #wa #auburn #drums #yukata #learning #history #learnsomethingeveryday #canon #eventphotography #travel

A post shared by Prenz Sa-Ngoun (@just_prenz) on

 

Bergantung kepada wilayah, perayaan ini disambut pada tarikh yang berlainan. Walaupun sambutan pada bulan Ogos adalah yang paling terkenal, sesetengah tempat di bahagian Timur Jepun menyambut perayaan ini seawal bulan Julai. Selain itu, terdapat juga perayaan yang dikenali sebagai Kyu Bon, atau Bon Lama, yang diraikan di bahagian utara wilayah Kanto. Sambutan ini biasanya jatuh pada hari ke-15 bulan ketujuh menurut kalendar lunar.

 

8. Bon bukan cuti umum

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

Japanese Obon festival!! #englishbulldog #bulldog #bulldogsofinstagram #dog #dogsofinstagram #obon #obonfestival #japaneseamerican

A post shared by Anna (@annathebulldog) on

 

Mungkin anda beranggapan bahawa perayaan yang penuh bermakna ini sudah semestinya merupakan hari cuti umum, tetapi sebenarnya tidak. Namun begitu, perayaan ini biasanya berlangsung pada musim cuti musim panas bagi pelajar sekolah dan universiti, dan banyak syarikat biasanya mengambil cuti selama beberapa hari. 

Adakah ZenMarket beroperasi sepanjang Obon? 

ZenMarket akan beroperasi seperti biasa sepanjang cuti Obon, bermula 11 hingga 16 Ogos 2019. Namun begitu, banyak kedai dan perkhidmatan berkaitan tidak akan beroperasi sepanjang tempoh ini. Oleh itu, kami menjangkakan aktiviti yang lebih lambat daripada biasa. Selain itu, kami menjangka akan berlakunya kelewatan dalam penghantaran barangan ke gudang kami, dan penerimaan serta pembungkusan barangan di gudang kami.

Itu sahaja daripada kami. Adakah anda pernah menyertai perayaan Obon? Kongsikan dengan kami!


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan JDirectItems Auction. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 07/08/2019 | Budaya Jepun

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular