Carian dihidupkanTukar kedai
12% OFF di RAGTAG! 08/18 00:00 - 08/31 23:59 JST BELI SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

JOM IKUTI 7 TIPS SENANG PERCUTIAN KE JEPUN

Bila sebut sahaja negara Jepun, pasti setiap dari kita akan mula terbayangkan bertapa majunya negara tersebut. Malah, jika kita menjejakkan kaki ke sana, kita akan lihat bandar-bandarnya yang mengalami kemajuan yang sangat pesat sehinggakan banyak bangunan-bangunan pencakar langit diwujudkan.

Apabila berada di sana kita seolah-olah berada di syurga gadget. Ini kerana di sana mereka menggunakan pelbagai kemudahan teknologi yang canggih untuk memudahkan tugasan harian mereka terutama sekali dalam urusan berkaitan pekerjaan mereka.

 

Jepun Juga Terkenal Dengan Dengan Pelbagai Destinasi Percutian Yang Menarik

Selain dari kemajuan teknologi dan kepesatan ekonomi yang semakin lama semakin maju, Jepun juga terkenal sebagai salah satu destinasi percutian yang harus dikunjungi. Malah, Jepun juga turut mempunyai bermacam-macam destinasi percutian yang sangat menarik.

Justeru itu, tidak hairanlah jika ia menjadi salah satu destinasi percutian kegemaran para pelancong dari seluruh dunia termasuk negara kita, terutamanya sewaktu percutian musim sejuk.

 

 

Tips Percutian Ke Jepun Yang Boleh Rakyat Malaysia Gunakan

Tetapi dalam pada masa yang sama ramai antara kita yang mungkin merasa risau untuk bercuti ke Jepun. Mana tidaknya, untuk bercuti ke negara yang majoritinya bukan beragama Islam, sudah pastilah banyak perkara yang perlu difikirkan. Tambahan pula bercuti keluar negara tidak sama seperti bercuti di dalam negara.

Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk bercuti ke negara Jepun, anda tidak perlu risau kerana ada beberapa tips yang boleh anda gunakan dan dijadikan sebagai panduan sewaktu hendak bercuti ke negara Jepun nanti. Selain itu, ia juga membantu kita dapat bercuti tanpa perlu merasa risau dan dapat bercuti dengan lebih teratur. Antara tips yang boleh anda gunakan ialah:

 

1-    Beli Tiket Penerbangan Sewaktu Harga Promosi 

Untuk pergi bercuti ke Jepun sudah pastilah memerlukan kos yang besar terutama sekali untuk membeli tiket penerbangan ke sana. Justeru itu, tidak hairanlah jika harga tiket penerbangan ke Jepun boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Disebabkan itulah, tidak ramai yang mampu untuk bercuti ke negara matahari terbit tersebut walaupun memasang impian untuk bercuti ke sana.

Namun begitu, bagi anda yang memasang impian untuk pergi bercuti ke Jepun, anda tidak perlu risau kerana, ada masanya syarikat penerbangan akan melakukan promosi harga tiket penerbangan. Jadi, anda boleh membeli tiket penerbangan sewaktu harga promosi sedang dijalankan. Ia sangat menjimatkan kewangan anda untuk bercuti nanti.

 

2-    Pilih Jenis Penginapan

Apabila pergi bercuti, sudah pasti perkara penting yang kita perlukan ialah tempat penginapan. Tempat penginapan merupakan tempat kita merehatkan diri setelah seharian penat berjalan dan melawat tempat yang menarik. Tetapi, untuk memilih tempat penginapan kadangkala sangat memeningkan kepala terutamanya buat mereka yang baru pertama kali hendak bercuti ke Jepun.

Namun begitu, pada waktu ini untuk mencari tempat penginapan yang terbaik di Jepun bukanlah satu perkara yang sukar. Ini kerana, untuk mencari tempat penginapan di Jepun anda sudah boleh mencarinya melalui online iaitu website tempahan bilik atau hotel seperti Booking.com, Agoda, Trivago dan lain-lain lagi. 

Di website-website ini terdapat bermacam-macam jenis hotel yang menawarkan pelbagai jenis bilik pilihan yang boleh ditempah walaupun anda berada jauh di negara lain. Di sini anda boleh memilih jenis penginapan yang anda mahukan berdasarkan review dan bajet anda.

 

3-    Tempat Makan 

Selain dari perkara di atas, tempat makan juga antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan. Apabila mencari tempat makan ini antara perkara yang selalu bermain dalam pemikiran kebanyakan dari kita ialah, dekat sana ada ke restoran yang menyediakan makanan Halal?

Bagi yang merancang hendak bercuti ke Jepun, anda tidak perlu merasa risau kerana pada waktu ini, sudah banyak restoran halal mula wujud di Jepun. Malah, banyak tempat penginapan di Jepun juga sudah mula menyediakan makanan halal atau muslim friendly untuk para pelancong yang beragama islam.

Untuk mencari tempat makan halal bukanlah satu perkara yang sukar kerana anda boleh membuat sedikit survey melalui laman web atau aplikasi restoran halal di Jepun. Yang paling terkenal dan senang digunakan adalah aplikasi halalnavi (download sini: Android / iOS) yang mempunyai map lokasi untuk restoran-restoran halal dan ruang solat.

 

4-    Destinasi Menarik

Antara perkara penting yang perlu anda lakukan sama ada sebelum pergi bercuti ke Jepun atau apabila sudah berada di Jepun ialah anda perlu ketahui destinasi menarik yang hendak anda pergi sewaktu berada di sana. Di Jepun terdapat terlalu banyak destinasi menarik yang boleh anda lawati.

Jadi seeloknya, sebelum hendak terbang ke sana, anda sudah membuat list tempat-tempat yang ingin anda pergi. Dengan menyenaraikan terlebih dahulu destinasi menarik yang terdapat di sana, ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui waktu operasinya, harga tiket masuk, dan juga peraturannya. Untuk mengetahui segala maklumat penting mengenai destinasi pelancongan  tersebut, anda boleh mendapatkan maklumat di internet sama ada melalui website rasmi atau media sosial rasmi mereka.

 

5-    Budaya Masyarakat Jepun

Walaupun kita pergi dengan niat untuk bercuti, tetapi itu tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangnya bersikap kurang ajar dan tidak menjaga perlakuan kita di sana. Sebaliknya, kita perlu tahu dan menghormati budaya masyarakat Jepun supaya kita tidak melakukan perkara yang mungkin akan membuatkan mereka merasa kurang senang dengan kehadiran kita.

Selain itu, kita juga perlu mengetahui serba sedikit budaya masyarakat Jepun supaya kita tidak merasa terlalu terkejut memandangkan budaya masyarakat Jepun dengan kita sangat berbeza. Dengan ini kita dapat merasai pengalaman baharu dan dapat mengenali dengan lebih rapat lagi mengenai budaya masyarakat Jepun.

Disebabkan itulah, ramai yang bercuti di sana, tidak melepaskan peluang untuk belajar dan mengenali budaya jepun seperti pakaian tradisional Jepun, gaya hidup masyarakat kampung di sana dan sebagainya. Ia memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan.

 

6-    Pengangkutan Yang Hendak Digunakan

Di jepun ada bermacam-macam jenis pengangkutan yang boleh anda pilih untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi pelancongan yang lain. Setiap pengangkutan yang disediakan mempunyai harga tiket yang berbeza dan jarak perjalanan yang berbeza walaupun menghala ke destinasi yang sama.

Justeru itu, sebelum hendak bercuti ke sana, survey dahulu pengangkutan yang bakal anda gunakan. Survey harga tiket pengangkutan dan adakah pengangkutan yang hendak anda pilih nanti melalui destinasi pelancongan yang anda inginkan. Survey ini perlu dilakukan sebelum hendak pergi bercuti ke Jepun supaya tidak kelam kabut sehingga mengganggu percutian anda di sana nanti!

 

7-    Tempat Shopping

Tidak lengkap rasanya percutian tanpa shopping, lebih-lebih lagi untuk membeli cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Selain dari terkenal dengan pelbagai destinasi percutian yang menarik, Jepun juga terkenal sebagai syurga membeli-belah, terutama sekali bagi peminat barangan original dari Jepun.

Di Jepun anda akan dapat lihat pelbagai jenis kedai dan butik, bermula dari kedai cenderamata, kedai aksesori, kedai alatan gajet, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata anda boleh jadi rambang mata untuk bershopping di sana. Apa yang lebih best lagi, di sana juga merupakan lubuk barangan original jenama Jepun yang banyak tidak terdapat di pasaran Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah ada yang pergi ‘bercuti’ ke sana semata-mata untuk mendapatkan barangan original yang mereka mahukan.

Sambil shopping barangan, anda juga boleh membeli dan mencuba Street food Jepun yang sedap dan terkenal di sana seperti takoyaki, dorayaki, yaki imo dan banyak lagi.



Jepun Sememangnya Menjadi Salah Satu Destinasi Percutian Yang Digemari Ramai

Saban tahun, Jepun sentiasa sahaja dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia. Ramai berpusu-pusu dan tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat keindahan dan juga kemodenan negara matahari terbit tersebut. Malah, jumlah kedatangan pelancong ke sana semakin bertambah apabila tiba sahaja musim sejuk.

Pada waktu inilah, masing-masing akan mengambil peluang untuk merasai cuaca sejuk di sana sambil bercuti bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Ia meninggalkan satu memori yang sangat manis buat mereka yang melancong ke sana.

Bagi anda yang mahu mendapatkan barangan original terus dari Jepun tetapi tidak berkesempatan terbang ke Jepun kerana penularan wabak Covid-19 atau tidak mampu, kini anda sudah boleh mendapatkannya secara online melalui website kami ZENMARKET.

 

 ~ Penulis ~
Yusuf Ahmad, Freelance Writer

Hubungi kami di Media Sosial

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 03/12/2021 | Budaya Jepun

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular