Sokongan untuk Ukraine CEK RINCIAN untuk menderma.

INSPIRASI DEKORASI RUMAH KONSEP JAPANDI

Rumah Ku Syurga Ku. Rumah adalah tempat kedua terbanyak kita menghabiskan masa selain di tempat kerja. Rumah juga merupakan tempat kita beristirahat, berkumpul bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. 

Oleh sebab itu, kita semua mahu rumah kita bukan sahaja selesa dan cantik tetapi sejuk mata memandang. Bayangkan setelah penat bekerja kita pulang ke rumah kita yang tidak tersusun atau teratur, ia pasti akan menambahkan kekusutan di fikiran kita.

Tanpa kita sedari cara kita menghias rumah sedikit sebanyak akan mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan mental kita. Menghias rumah atau dekorasi rumah adalah termasuk pemilihan perabot, reka letak perhiasan, pemilihan warna cat dan banyak lagi.

Dalam perancangan untuk dekorasi rumah, anda tidak perlu membuat perubahan yang besar, hanya dengan memberikan sentuhan kecil di sana-sini ia boleh menambahkan keindahan pada rumah anda.

Terdapat pelbagai jenis konsep dekorasi rumah.  Di antaranya ialah konsep Mid-Century Modern, Eclectic Chic, Modern Industrial, Transitional (Modern Traditional), Modern Farmhouse, Scandinavian, Japandi dan banyak lagi.  

Di sini kami ingin mengetengahkan konsep Japandi. Konsep Japandi adalah gabungan antara konsep Scandinavia dan Jepun moden. Kedua-duanya, berkonsepkan minimalis, dengan gabungan unsur semula jadi dan warna-warna natural. 

Japandi menjadi terkenal kerana gabungan reka bentuk timur dan barat serta keupayaannya untuk menggabungkan pengaruh Scandinavia dengan tradisi reka bentuk Jepun.

Memandangkan kita semua masih dalam fasa pandemik dan kebanyakan masa kita akan berada di rumah…Jom kita dekorasi rumah kita dengan konsep Japandi.

Berikut ialah beberapa sentuhan gaya Japandi terbaik untuk ditambahkan pada rumah anda.

 

1) DEKORASI RUANG TAMU/RUANG KELUARGA

Ruang Tamu atau Ruang Keluarga memainkan peranan penting dalam mana-mana rumah. Di sinilah kita akan beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang santai dan mesra. Pemilihan perabut, perhiasan dan reka letak perhiasan yang betul akan memainkan peranan penting.

a) Sofa

Reka bentuk perabot berkonsepkan Japandi adalah tertumpu pada kesederhanaan, fungsi dan susun atur minimalis. Pemilihan warna pada perabot juga adalah dari warna natural seperti kuning cair, kelabu atau putih.

Apabila memilih perabot untuk ruang tamu Japandi anda, fokus pada perabot yang berbentuk biasa. Jika konsep Scandinavian cenderung menggunakan kayu yang berwarna cerah, manakala konsep Jepun cenderung untuk menggabungkan warna yang lebih gelap dan bentuk yang lebih elegan. Perabot berkonsepkan Jepun juga biasanya rendah.

Jadi untuk sofa berkonsepkan Japandi anda boleh memilih sofa yang rendah yang diperbuat dari kayu yang berwarna cerah. Gubahan bunga kering,pasu, Throw Pillow dan kerusi rotan yang berwarna natural  akan menambahkan keserian di ruang tamu anda.

Anda boleh meletakkan sofa anda di hadapan tingkap untuk menambahkan ilusi segar dan damai pada ruang tamu anda. Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap akan menyerlahkan gaya Japandi yang menitik beratkan faktor pencahayaan.

b) Rak Television dari Wood Slat (Bilahan Kayu)

Kini anda boleh membuat rak television anda sendiri dengan hanya menggunakan Wood Slat atau bilahan kayu. Kayu tersebut boleh dipotong mengikut saiz yang diperlukan dan dicat serta ditampal atau dipaku ke dinding sehingga ke aras siling untuk dijadikan latar belakang. Bilah kayu tersebut boleh dicat dengan warna natural untuk naikan konsep Japandi. 

Anda juga boleh menggabungkan Wood Slat tersebut dengan menggantungkan rak television berwarna gelap yang minimalis di bahagian bawah kayu.

Televisyen haruslah digantung atau diletakkan pada aras pandangan mata bagi seseorang yang duduk di atas sofa. Ini adalah kerana apabila anda duduk, anda tidak akan berasa tegang pada leher atau mata anda dengan melihat ke atas atau ke bawah untuk melihat skrin. Secara amnya, bahagian televisyen hendaklah diletakkan kira-kira 42” dari aras lantai tanpa mengira saiz televisyen.

Penggunaan barangan dari kayu sama ada lantai kayu, panel kayu atau perabot kayu, merupakan titik permulaan untuk melaksanakan reka bentuk Japandi ke atas dekorasi anda.

Wood Slat adalah bilah kayu yang biasanya digunakan di dalam dekorasi.

c) Indoor Plant

Indoor Plant akan menghasilkan udara segar dan membangkitkan suasana yang menenangkan. Indoor Plant bukan hanya untuk mencantikkan rumah anda, malah ada kajian telah membuktikan Indoor Plant dapat meningkatkan daya konsentrasi dan produktiviti serta mengurangkan tahap tekanan dan meningkatkan mood anda.  

Kedua-dua reka bentuk Jepun dan Scandinavian mempunyai elemen alam semula jadi. Konsep Japandi sering menggabungkan elemen semula jadi melalui Indoor Plant

Indoor Plant boleh dimasukkan ke dalam pasu pilihan dan di letakkan di ruang kosong di penjuru ruang tamu. 

Indoor Plant juga boleh dikumpulkan di satu sudut bilik jika anda mempunyai lebih dari satu Indoor Plant. Anda boleh menggabungkan Indoor Plant lain yang berbeza saiz dan ketinggian dengan menyusun tumbuhan yang tinggi di belakang yang lebih kecil. 

d) Wall of Fame/Statement Piece

Anda boleh menghias dinding ruang tamu/ keluarga anda dengan menambahkan galeri gambar keluarga yang elegan dalam bingkai hitam yang sama besar. Sudut ini pasti akan menjadikan Statement Piece kepada rumah anda. Anda pasti akan mendapat pujian dari tetamu yang hadir kerana ianya lain dari yang lain. Walau bagaimanapun, memandangkan kedua-dua gaya Jepun dan Scandinavian menumpukan pada kefungsian dan kesederhanaan, adalah dinasihatkan untuk tidak berlebihan dengan Wall of Fame di rumah anda.
 

2) RUANG DAPUR /MAKAN

Dapur adalah nadi rumah di mana keluarga dan rakan boleh berkumpul untuk memasak, bersantai. Dapur yang tersusun rapi, praktikal akan memudahkan kerja anda. Anda tidak perlu dapur yang besar seperti hotel cukup sekadar dapur yang dapat memenuhui segala keperluan anda.  

a) Home Coffee Bar

Bayangkan pagi minggu anda dihiasi dengan bau aroma kopi yang menyegarkan seperti anda berada di kedai kopi terkemuka. Menyediakan kopi anda sendiri dengan mengikut cita rasa anda pasti akan menggembirakan dan menceriakan hari anda. Anda boleh khaskan satu seksyen kecil di ruang dapur anda untuk dijadikan Coffee Bar. Anda pasti akan gembira dengan hasilnya.

Walaupun konsep Japandi tidak mengetengahkan konsep Coffee Bar tetapi anda boleh mix and match konsep dekorasi mengikut cita rasa anda.

Anda boleh meletakkan Coffee Machine atau Coffee Maker di Coffee Bar anda. Coffee Bar anda juga boleh dilengkapkan dengan penggunaan cawan atau balang dari bahan procelain.

b) Convertible Furniture - Meja Makan

Apabila memikirkan tentang ruang makan anda, fokus utama adalah pemilihan meja makan yang betul. Jika anda memilih meja pelbagai guna ia dapat menjimatkan ruang. Meja anda mungkin boleh menjadi tempat meletakkan pinggan atau perhiasan apabila tidak digunakan.

Meja makan anda dicadangkan untuk diletakkan bertentangan atau selari dengan sofa anda. Anda juga boleh meletakkannya berdekatan dengan tingkap, atau di bawah lampu yang tergantung dari siling jika ada. Atau anda boleh meletakanya di sudut dekat dengan dinding.

Meja makan konsep Japandi menggabungkan konsep Jepun yang diperkemas dengan reka bentuk Scandinavia. Ia mementingkan sesuatu yang ringkas tetapi mempunyai pelbagai fungsi. Semua set meja makan adalah kecil dan ringan, menjadikannya sesuai untuk ruang kecil, seperti pangsapuri dan kondominium baharu.

c) Stackable Dinning Chairs

Apabila anda mula mencari kerusi untuk dipasangkan dengan meja makan, pastikan anda memilih kerusi yang reka bentuknya selesa untuk diduduk. Selain itu juga, jika anda inginmemilih kerusi yang dapat menjimatkan ruang, pilihlah kerusi yang boleh disimpan secara Stackable.

Jika meja makan anda dari kayu yang berwarna gelap, anda boleh padankan dengan kerusi yang mempunyai campuran urusan rotan yang berwarna cerah. Kerusi dan meja makan anda akan kelihatan senada dan tidak lari dari konsep Japandi. 
 

d) Cermin di Ruang Makan

Satu lagi cara untuk menyerlahkan reka bentuk Japandi adalah dengan pencahayaan yang betul. Cahaya selalunya akan masuk melalui melalui tingkap atau pintu kaca. Tetapi, jika ia tidak boleh dilakukan, alternatif yang terbaik adalah dengan penggunaan cermin besar untuk memantulkan cahaya. 

Meletakkan cermin di ruang makan akan menampakan ruang makan lebih luas. Cermin juga pengganti yang untuk perhiasan dinding. 

Cermin anda boleh digantung pada dinding yang paling hampir dengan meja anda untuk memberikan ruang kelihatan lebih luas. Seperti semua cermin di dalam rumah, anda harus menggantungnya cermin tersebut pada aras mata. Anda boleh menggantung cermin anda kira-kira 57 hingga 65 inci dari lantai.

3) FLEXI HOME OFFICE

Dalam era baharu dunia pekerjaan kebanyakan syarikat mengamalkan Work from Home terutamanya musim pandemik seperti sekarang. 

Ruang yang disediakan untuk aktiviti Work from Home bermula dengan tempat duduk dan meja yang betul disudut rumah yang mempunyai ruang yang selesa.

Kepentingan mempunyai ruang kerja adalah untuk membantu anda kekal produktif

a) Meja Kerja

Bekerja di meja boleh menjadikan anda lebih produktif dan membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan yang dirasai apabila tugasan terlalu banyak berbanding anda bekerja dari mana-mana ruang di rumah anda. 

 Pamilihan perabot berkualiti tinggi boleh meningkatkan produktiviti dan membantu mengelakkan sakit belakang dan masalah kesihatan lain. Penempatan meja bekerja anda sebenarnya sangat penting. 

Anda harus meletakkan meja bekerja anda di tempat yang tidak menghalang pandangan anda dari pintu. Ini tidak bermakna anda perlu berada terus di hadapan pintu, tempat tersebut haruslah membolehkan anda untukmelihat pintu dan juga melihat sebahagian besar bilik.

Ini adalah penting supaya anda boleh menyedari apa yang berlaku di persekitaran anda.

Untuk menyerlahkan gaya Japandi, anda boleh memilih meja yang simple yang tidak mempunyai banyak aksesori seperti rak yang tinggi. 

b) Folding Divider

Folding Divider digunakan untuk membahagikan bilik besar dan juga sebagai aksesori perhiasan. Folding Divider boleh digunakan di pelbagai tempat seperti berhampiran pintu masuk dari satu bilik ke bilik lain.

Jika anda mempunyai rumah yang mempunyai ruang terbuka Folding Divider ini boleh dijadikan sebagai pemisahan melalui pembahagi dinding dan bentuk privasi lain.

Anda boleh memilih Folding Divider yang diperbuat dari alam semulajadi seperti buloh atau kayu untuk menyerlahkan gaya Japandi.

 

c) Lampu Meja

Cahaya semula jadi adalah penting untuk orang dewasa dan kanak-kanak semasa belajar atau bekerja. Cahaya semulajadi membantu tumpuan kita dan lebih baik untuk kesihatan kita. Jika meja anda berada di dalam bilik yang tidak mempunyai cahaya semula jadi, pastikan anda menambah lampu untuk menghasilkan pencahayaan berkualiti baik.

Salah satu kelebihan utama lampu meja ialah boleh menghasilkan cahaya lembut pada kawasan tertentu seperti meja bekerja. Anda boleh memilih lampu dari jenis kecil yang boleh didirikan di atas meja atau lampu besar yang diletakkan di atas lantai.

Untuk gaya Japandi anda boleh memilih lampu meja menggabungkan unsur logam yang berwarna gelap.

4) BILIK TIDUR

Bilik tidur adalah ruang paling penting di dalam rumah. Bilik tidur adalah tempat untuk berehat selepas aktiviti seharian yang panjang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mempunyai bilik tidur yang dihias dengan baik untuk mendaptkan keselesaan dan tidur tidur yang berkualiti. 

a) Tatami Bed Style

Untuk katil konsep Japandi anda boleh memilih katil yang rendah dari jenis kayu yang berwarna cerah.

Tempat yang sesuai untuk meletakkan katil biasanya di tengah-tengah bilik. Meletakkan katil di tengah-tengah akan memberikan ruang yang cukup untuk anda menambahkan meja sisi katil pada kedua-dua sisiuntuk mewujudkan rasa keseimbangan. 

b) Rug

Reka bentuk Japandi bukan sahaja menitik beratkan keindahan estetik dan gaya simplistic bahkan ia juga mementingkan ketenangan dan keselesaan. Atas sebab itu, menggabungkan rug bertekstur di dalam bilik tidur anda akan menambahkan suasana yang selesa lagi damai ini.

Jika anda mempunyai rug yang besar anda boleh meletakanya di bawah katil anda. Tetapi jika rug anda kecil anda boleh letak di sisi katil anda

Panjang dan lebar rug bergantung pada ruang yang anda ada. Anda boleh memilih rug yang lebih panjang untuk masukan di bawah katil anda agar katil anda akan berada di tengah-tengah rug. Manakala jikarug anda lebih kecilia boleh diletakkan di sisi katil anda.

c) Pampas

Penggunaan Pampas akan memberikan keserian pada ruang anda hanya dengan hanya memasukannya ke dalam pasu tinggi. 

Pampas boleh diisi dalam balang kaca besar dan diletakkan di sudut bilik. Jika anda memilih untuk menggunakan balang atau pasu yang lebih kecil, anda boleh meletakanya di atas meja untuk menampakanya lebih bergaya. 

d) Throw Blanket

Throw Blanket bukan sahaja estetik di dalam bilik tidur, ia juga memberikan elemen tambahan pada bilik tidur. Throw Blanket biasanya berukuran lebih kecil daripada selimut (biasanya sekitar 1m x 1.5m).

Throw Blanket dihamparkan di hujung katil atau disarungkan pada kerusi bilik tidur anda. Untuk malam yang lebih sejuk anda boleh menggunakannya sebagai lapisan tambahan.

Berikut adalah sedikit sebanyak inspirasi dekorasi gaya Japandi yang anda boleh cuba.

Seperti namanya, gaya reka bentuk dalaman Japandi adalah gabungan mudah unsur Jepun dan Scandinavia. Walaupun kedua-dua gaya ini mungkin kelihatan tidak begitu serupa pada mulanya, kedua-duanya menggabungkan banyak aspek minimalis dan semula jadi, sambil memberi penekanan pada kefungsian

Gabungan sedemikian bukan sahaja menghasilkan reka bentuk yang bersih, elegan dan moden, tetapi juga membangkitkan rasa tenang dan ketenangan yang sesuai untuk mana-mana ruang kediaman. 

 

5) Rujukan

https://www.decorilla.com

https://www.gatherhomeanddesign.com

https://www.prestigeonline.com

https://www.barbuliannodesign.com

https://www.houszed.com

https://www.architecturaldigest

https://www.digsdigs.com

https://www.drinktrade.com

https://visualhunt.com

https://www.marthastewart.com

https://www.livingindesign.com

https://www.thespruce.com

https://www.lick.com

https://www.imm-cologne.com

https://www.amazon.in

https://www.pinterest.es

https://www.kyoto-ryokan-sakura.com

https://amazingarchitecture.com

https://www.darlingsofchelsea.co.uk

https://purehouse.org

https://tilen.space

https://theenglishcabinetcompany.co.uk

https://www.apartmenttherapy.com

 

Disediakan Oleh: Marliawati Abdul Latif

 

~ Penulis ~

lea.latif
Pendatang baharu dalam dunia penulisan
Lihat profil

 

 
 

 

Jangan ragu-ragu untuk mengikuti kami ♩

 

 facebook  instagram  twitter

 

Artikel| 22/12/2021 | Budaya Jepun