Penghantaran dari Book Off?
Book Off tidak menawarkan penghantaran antarabangsa, bermakna produk Book Off tidak boleh dihantar terus ke rumah anda, tetapi jangan risau! Dengan servis ZenMarket, anda boleh membuat pembelian secara online terus ke alamat rumah anda!
Untuk Book Off, penghantaran adalah percuma di dalam Jepun jika jumlah pesanan anda melebihi 1,500 yen (sekitar rm45). Jika pesanan anda kurang daripada jumlah itu, anda mungkin perlu membayar untuk penghantaran domestik ke gudang ZenMarket di Jepun.
Cara Beli Dari Book Off Online?
Senang je nak beli beli-belah di Book Off Online. Ikut langkah ringkas di bawah.
1. Log Masuk Ke Akaun ZenMarket Anda
Pertama sekali, log masuk ke akaun ZenMarket anda. Anda mesti log masuk untuk membeli barang dari laman web Jepun melalui ZenMarket.
Tiada akaun ZenMarket?
Daftar percuma sekarang!
Daftar Sekarang!
2. Terjemah laman web Book Off ke Bahasa Inggeris
Selepas anda log masuk ke ZenMarket, pergi laman web Book Off Online.
Untuk menterjemah Book Off Online Shop kepada Bahasa Inggeris (atau apa-apa pilihan bahasa anda), salin URL halaman dan tampalkannya ke dalam terjemahan Google. Untuk pengguna Google chrome, anda boleh klik kanan di mana-mana sahaja pada halaman dan klik "Terjemah ke Bahasa Inggeris".

3. Cari Item
Anda boleh mencari item di laman web Book Off dengan menavigasi tab dan sub-tab.
Anda juga boleh mencari item dengan tab kategori. Dari kiri ke kanan:
- 書箱 (Buku)
- コミック (Komik/Manga)
- CD
- DVD・ブルーレイ (DVD & Blu-Ray)
- ゲーム (Video Game)
- セット・まとめ買い (Set & pembelian pukal)

Sebaik sahaja anda telah memilih kategori produk, anda boleh filter carian mengikut genre (fiksyen sains, pengembaraan, dll.), dan juga mengikut khalayak sasaran (kanak-kanak, keluarga, orang dewasa, dll.).

Laman web Book-Off mempunyai design yang kemas jadi artikel dan ciri baharu mudah dicari. Walau bagaimanapun, jika anda sudah tahu dengan tepat apa yang anda mahu, anda boleh mencarinya terus dalam bar carian di bahagian atas laman utama Book Off.
Sila maklum bahawa carian dalam bahasa Jepun cenderung untuk memberikan hasil carian yang jauh lebih baik, jadi mungkin berbaloi untuk menterjemah istilah carian anda lebih awal.
Baca Juga: 5 Cara Untuk Cari Produk Jepun Tanpa Pengetahuan Bahasa Jepun
4. Salin + Tampal URL Item ke ZenMarket
Sebaik sahaja anda telah jumpa item yang anda mahu, salin URL item...

...kemudian tampalkannya ke dalam bar carian ZenMarket dan tekan butang carian.

Setelah item di masukkan ke dalam troli beli-belah ZenMarket anda, team kami akan menyemak butiran item dan menyediakan item tersebut untuk pembelian di akaun ZenMarket anda.
Selepas pembayaran dibuat, team kami akan berusaha untuk membeli item tersebut dan menghantarnya ke gudang kami di Osaka, Jepun. Dari sini anda boleh menggabungkan item yang dibungkus bersama-sama dengan item yang anda telah pesan dari kedai lain, serta mengatur penghantaran antarabangsa.
And that's all you need to know to start snagging bargains from Book Off Japan's online shop. For more information on the ZenMarket ordering process check out the link below!
Dan siap! Itu sahaja yang anda perlu tahu untuk mula mendapat tawaran murah dari Book Off Japan online. Untuk maklumat lanjut tentang proses pesanan ZenMarket, lihat pautan di bawah!
Beli-belah di Kedai Jepun dengan ZenMarket
Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?