Kalau anda pernah jalan-jalan dekat Osaka, mesti teringin nak rasa balik takoyaki panas-panas yang lembut di dalam, rangup di luar. Tapi tahukah anda boleh buat sendiri takoyaki versi halal dan muslim friendly di rumah sahaja dengan bahan-bahan asli dari Jepun yang boleh dibeli terus melalui ZenMarket!
Tentang Takoyaki Jepun
Takoyaki berasal dari Osaka dan bermaksud “bebola sotong kurita” diperbuat daripada tepung berinti sotong yang dimasak dalam acuan khas bulat.
Bahan & Alat Diperlukan
Bahan (untuk lebih kurang 25 biji takoyaki):
- 200g tepung takoyaki
- 2 biji telur
- 600ml air sejuk
- Isi sotong rebus / crab stick / udang (pilih isi kesukaan anda)
- Hirisan daun bawang (jika anda mahu)
- Sedikit minyak sayuran

Beli Tepung Takoyaki (Muslim Friendly)
Alat Memasak:
- Takoyaki Maker / Pan Jepun

Beli Takoyaki Maker
- Penyepit bulat atau lidi kayu panjang
- Mangkuk besar untuk bancuhan
- Sudip kecil
- Atau kalau nak lebih senang, beli Set Lengkap Takoyaki Jepun (acuan + aksesori)

Beli Set Lengkap Takoyaki
Cara Penyediaan Takoyaki
- Campurkan tepung, air, telur dan kicap dalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
- Panaskan acuan takoyaki dan sapu sedikit minyak di setiap lubang.
- Tuangkan adunan hingga hampir penuh, kemudian masukkan isi sotong/udang dan daun bawang.
- Bila tepi doh mula mengeras, gunakan lidi untuk pusing perlahan-lahan dan bentuk bulat.
- Masak hingga keperangan dan garing di luar.
Resepi Sos Takoyaki Muslim Friendly
Untuk rasa sebenar takoyaki Jepun, sos mesti cukup manis, masin dan masam sedikit. Gunakan sos muslim friendly dari Jepun yang boleh didapati melalui ZenMarket!
Bahan Sos:
- 3 sudu besar sos takoyaki otafuku
- 1 sudu besar sos tomato
- ½ sudu kecil gula perang (jika suka lebih manis)

Beli Sos Takoyaki Muslim Friendly
Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Anda juga boleh cicah makan begitu sahaja dengan sos ini tanpa perlu menambah bahan!
Hiasan Tambahan:
- Mayonis halal Jepun (boleh guna Kewpie Halal Malaysia)
- Serbuk aonori (rumpai laut kering)
- Katsuobushi (Serbuk Ikan Bonito) untuk topping wangi yang lembut menari atas takoyaki panas!

Beli Serbuk Katsuobushi
Tuang sos dan mayonis di atas takoyaki panas, tabur aonori dan katsuobushi. Siap untuk dinikmati dengan teh panas pada waktu petang!
Tips Tambahan
Kalau nak rasa lebih asli, guna tepung Takoyaki Mix Jepun yang dah siap diblend dengan bahan perasa. Pastikan api sederhana supaya doh masak sekata dan tidak hangus.
Nak buat versi moden? Cuba tambah keju mozzarella atau ayam cincang! Pasti mantap!