Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Tips Sukses Untuk Berjaya Bidaan di Yahoo! Auctions Jepun

 

Cara Bidaan di Yahoo! Auctions Jepun

 

Yahoo! Auctions adalah online shop feature yang paling popular di ZenMarket and laman web lain. Hal ini adalah kerana di Yahoo! Auctions, kita boleh membeli pelbagai barang jarang, edisi terhad ataupun item premium dengan harga yang sangat murah, malah beberapa barang lelongan bermula dari harga 1 yen.

Bagi anda yang pertama kali menceburi dunia beli-belah bidaan Jepun, pastinya banyak perkara yang mengelirukan, malah bagi anda yang sudah kerap membuat lelongan pun masih ramai yang tidak tahu cara optimum untuk memenangi bidaan. Dalam artikel ini, staff kami yang juga seorang pengguna Yahoo! Auctions akan berkongsi tips untuk membeli-belah di Yahoo! Auctions secara optimum, marilah kita lihat!

 

1. Cari item yang ingin dibeli

browsing laman web yahoo auctions


Terdapat dua pilihan untuk mencari item yang anda inginkan dari Yahoo! Auctions. Anda boleh mencari item terus di website Yahoo! Auction ataupun melalui website ZenMarket. Bagi anda yang tidak memahami bahasa Jepun, anda boleh mencari item melalui laman web Zenmarket dan penerangan item yang dilelong akan dipaparkan dalam Bahasa Melayu yang diterjemahkan secara automatik oleh Google translate.

 

Oleh sebab Yahoo Auctions pada mulanya ialah laman web bahasa Jepun, hasil carian anda akan menjadi lebih optimum jika kata kunci yang anda masukkan semasa mencari item adalah kata kunci atau nama item yang anda cari dalam bahasa Jepun. Anda boleh menggunakan wikipedia atau google translate untuk mengetahui nama Jepun item anda. Anda juga boleh menyemak dan mengikuti cara beli di kedai online Jepun di sini.

 

2. Tentukan budget item yang ingin dibeli

budgeting yahoo auctions

 

Yahoo! Auctions adalah tempat untuk membeli-belah untuk sejuta kemungkinan. Anda boleh mendapatkan pelbagai bidaan untuk item yang sama tetapi satu berharga RM100 dan satu lagi RM10,000. Oleh itu, membeli-belah di Yahoo! Auctions memerlukan kesabaran dan ketelitian untuk mencari item pada harga yang paling sesuai untuk anda.

Anda mesti tahu bajet maksimum untuk barang yang anda ingin perolehi supaya anda tidak rugi. Contohnya, jika anda sudah tahu harga asal jam tangan yang anda inginkan (contohnya RM500) maka pastikan anda hanya membuat tawaran atau sertai bidaan yang nilainya di bawah harga asal. Sebab kalau item bidaan itu lebih mahal, lagi senang nak beli item terus dari kedai berbanding daripada laman web bidaan.

Ini mungkin berbeza jika item yang anda cari adalah item rare atau item yang sudah sold out. Namun, mengetahui strategi bajet yang betul adalah kunci kejayaan untuk bidaan berjaya.

Jangan lupa tambah nilai penghantaran anda apabila anda menyertai bidaan! Jika anda membeli barang dari penjual yang sama, ZenMarket akan sentiasa meminta kos penghantaran anda digabungkan, jika anda suka membeli-belah, anda boleh menjimatkan banyak!

*PS: Anda boleh bertanya apa-apa soalan tentang penghantaran atau perkara lain mengenai bidaan kepada CS ZenMarket. Sila chat dengan pasukan CS melalui fungsi MESEJ di akaun ZenMarket anda!

 

3. Timing yang tepat adalah kunci kejayaan!

timing yahoo auctions

Bagi anda yang tidak sabar, ini adalah satu penyelesaian untuk anda. Kadangkala bidaan yang terlalu sesak membuatkan kita resah dan bimbang untuk membayangkan sama ada harga bida kita akan menjadi yang tertinggi atau tidak.

Cara penyelesaiannya adalah anda boleh menambah item yang anda ingin beli ke watchlist (senarai pantau) pada halaman Zenmarket dan masukkan bida anda tepat apabila bidaan tamat. Anda boleh mendapatkan kemas kini status bidaan yang telah anda tambahkan ke senarai pantau anda dan menerima notifikasi email apabila bidaan tamat.

Strategi ini boleh membantu anda menjadi lebih tenang dan boleh menyemak status pembeli lain yang menjadi saingan anda.

 

 

4. Pertimbangkan pelbagai pilihan

options yahoo auctions

 

Bagi anda yang tidak sabar untuk mencari bidaan murah, atau anda yang tertunggu-tunggu masa bidaan tamat, tiba-tiba harganya melambung tinggi walaupun teringin sangat nak beli item tersebut. Yahoo! Auction mempunyai pilihan ketiga iaitu, opsi buy out dan Yahuoku Store. Sedarkan anda terdapat beberapa item yang boleh dibeli terus tanpa menyertai bidaan terlebih dahulu.

Biasanya pada halaman bidaan ini, terdapat pilihan ”Harga buyout” berwarna hijau. Jika anda mendapati bidaan ini dan harganya sesuai, anda boleh membelinya dengan segera tanpa perlu bersaing dengan pembeli lain.

Selain itu, penjual di Yahoo! Auction bukan hanya penjual individu, kadang-kadang kedai juga menjual di sini. Secara amnya, item kedai boleh dibeli terus. Item-item ada yang baru dan ada yang terpakai, kalau bernasib baik, boleh jumpa item baru dengan harga murah juga.

 

 

5. Manfaatkan fungsi berguna ZenMarket

smart shopping yahoo auctions

 

ZenMarket mempunyai pelbagai fungsi yang memudahkan pengalaman beli-belah anda. Bermula dari proses pembayaran yang anda tetapkan sendiri tanpa sebarang perbezaan kadar pertukaran semasa beli-belah kerana perbezaan kadar pertukaran hanya dibayar apabila anda menambah baki akaun ZenMarket anda.

Nilai masuk dan keluar juga dipantau dengan jelas di halaman akaun. Anda boleh menukar kadar dengan mudah, boleh menjadi Ringgit, Yen, USD dan lain-lain, semuanya boleh dilakukan di halaman ZenMarket.

Terdapat juga fungsi sniper bid dan automatic bidding yang boleh anda gunakan semasa membeli-belah di Yahoo! Auctions. Kakitangan ZenMarket CS sedia membantu anda membuat bida pada saat yang paling sesuai.

Jangan lupa bahawa kakitangan CS kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mencari and menyemak item yang anda mahu atau telah beli. Jadi jangan teragak-agak untuk bertanya menggunakan fungsi chat pada tab MESEJ akaun anda.

 

Jika anda mempunyai soalan lanjut tentang Yahoo! Auctions atau cara bida di Yahoo! Auctions, silakan hubungi pasukan Customer Service melalui tab mesej pada akaun ZenMarket Anda.

 

 

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


  

 
 
 
 

 

Jangan ragu-ragu untuk mengikuti kami ♩

 

 facebook  instagram  

Artikel| 19/05/2022 | Yahoo AuctiontipsTutorial

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular