Carian dihidupkanTukar kedai
12% OFF di RAGTAG! 08/18 00:00 - 08/31 23:59 JST BELI SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

Apa Beza G-SHOCK Japan Set Dengan Overseas Set?

Anda mungkin pernah dengar tentang G-SHOCK Japan Set atau turut dikenali sebagai G-SHOCK Japanese Domestic Market (JDM). Walaupun ia dijual khusus di pasaran Jepun sahaja, ramai penggemar G-SHOCK di seluruh dunia berebut-rebut untuk mendapatkan G-SHOCK Japan Set.

Jadi, apakah sebenarnya kelebihan G-SHOCK set Jepun ini dan apa yang membezakannya dengan model set luar negara (Overseas Set)? Bagaimana pula cara untuk mendapatkan G-SHOCK Japan Set jika anda tinggal di luar Jepun? Semua persoalan tersebut akan kami jawab satu persatu dalam artikel kali ini. Teruskan membaca!

 

 

Cara Kenal Pasti G-SHOCK Japan Set

Terdapat dua cara untuk mengenal pasti jam G-SHOCK yang dikeluarkan untuk pasaran Jepun (JDM) iaitu melalui nama model dan buku manual.

 

i. Nama Model

Semua nama model untuk G-SHOCK Japan set berakhir dengan JR atau JF. Contohnya, GA-2100-1A1JF (G-SHOCK TMJ Hitam), GA-110JOP-1A4JR (One Piece G-SHOCK) dan sebagainya. Apa yang dimaksudkan dengan JF atau JR ini?

 

 

Kita ambil contoh model G-SHOCK GA-2100-1A1JF yang menjadi buruan setelah tular gambar Tunku Mahkota Johor mengenakannya. Kod ‘J’ dalam nama model tersebut, seperti yang anda boleh teka, membawa maksud “Japan”. Kod ‘F’ pula menunjukkan bahawa model ini menggunakan kotak G-SHOCK yang generik berwarna hitam.

 

 

Berbeza dengan model “JF” yang menggunakan kotak G-SHOCK yang umum, model “JR” mempunyai kotak simpanan khas. Contohnya untuk model One Piece G-SHOCK (GA-110JOP-1A4JR), ia disertakan dengan kotak istimewa yang dihiasi dengan logo One Piece dan tulisan “G-SHOCK x ONE PIECE", seperti dalam gambar di bawah.

 

 

 

ii. Buku Manual

Semua jam tangan original G-SHOCK dilengkapi dengan manual dan manual untuk produk G-SHOCK yang dikeluarkan khas untuk pasaran Jepun sedikit berbeza dengan manual untuk pasaran negara lain.

 

 

Perbezaan paling nyata ialah panduan penggunaan jam tangan G-SHOCK Japan set ditulis sepenuhnya dalam bahasa Jepun dan ditandakan dengan kod “JA” pada muka hadapan manual seperti dalam gambar di atas. 

Di samping itu, berbeza dengan negara lain atau kad waranti antarabangsa (international warranty) G-SHOCK, kad waranti tempatan (domestic warranty) untuk G-SHOCK JDM tidak diberikan dalam bentuk kad berasingan. Ia dicetak dalam manual jam tersebut dan hanya sah digunakan di Jepun sahaja. Jadi, jika anda beli jam tangan G-SHOCK Japan set, sila pastikan manual yang disertakan disimpan dengan rapi!

 

Baca Juga: Panduan Lengkap Cara Beli G-SHOCK Dari Kedai Online Jepun

Soalan Lazim Tentang G-SHOCK Japan Set

Terdapat banyak pertanyaan dan mitos yang menyelubungi jam G-SHOCK Japan Set. Antaranya:

 

"G-SHOCK Japan Set tu Made in Japan ke?"
Tidak, bukan semua jam JDM diperbuat di Jepun. Untuk pengetahuan anda, G-SHOCK mempunyai kilang pembuatan di tiga buah negara iaitu di Jepun untuk model eksklusif dan premium (contohnya Frogman, MR-G, MT-G), Thailand untuk model kelas pertengahan, dan kilang di China untuk model kelas permulaan (entry) yang biasanya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan dijual pada harga yang agak murah.

 

"Apa beza Japan Set dengan set lain selain nama model dengan buku manual?"
Ada model eksklusif tertentu yang hanya dijual di pasaran Jepun.

 

"G-SHOCK Japan Set semua ori ke?"
Ya, semua G-SHOCK Japan Set yang dijual di kedai-kedai online di Jepun adalah original kerana adalah sangat sukar untuk memalsukan jam G-SHOCK Japan Set. Secara logiknya, untuk buat jam Japan Set yang palsu, anda perlu buat manual, waranti dan tag, semuanya dalam bahasa Jepun. Proses ini bukan sahaja sukar untuk dilakukan tetapi juga sangat leceh, di samping mengambil masa, tenaga dan kos yang banyak. Tetapi, tidak bermaksud semua G-SHOCK yang dijual di Jepun adalah set Jepun dan original, ya. Penjual online Jepun juga banyak mengimport G-SHOCK set luar negara untuk dijual di Jepun kerana biasanya ia lebih murah daripada Japan Set, jadi kadang-kadang ada G-SHOCK fake yang dibawa masuk dari luar negara dan dijual di kedai-kedai online Jepun.

 

"G-SHOCK Japan Set ada dijual di luar Jepun ke?"
Tidak. Secara rasminya, G-SHOCK Japan Set adalah set khusus untuk pasaran Jepun jadi ia tidak dijual di negara lain. Tetapi, dengan kecanggihan teknologi masa ini, anda boleh beli G-SHOCK set Jepun terus dari kedai-kedai online Jepun dengan menggunakan perkhidmatan wakil pembelian (proxy service) seperti ZenMarket!

 

Cara Beli G-SHOCK Japan Set Dari Jepun

Langkah 1. Kenal Pasti Nombor Model Japan Set

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, nombor model bagi jam G-SHOCK JDM biasanya berakhir dengan JF atau JR. Terdapat dua cara untuk mencari nombor model bagi G-SHOCK Japan Set. Pertama, buat carian "Google" dengan kata kunci nombor model dan "Japan set" (contoh: GA-2100 Japan set). Kedua, layari laman web rasmi G-SHOCK Japan dengan Google Chrome (untuk memudahkan terjemahan automatik), kemudian copy dan paste nombor model ke bar carian di laman tersebut. Hasil carian akan memaparkan set Jepun bagi model yang anda cari.

 

Langkah 2. Cari Model Di Rakuten Japan Atau JDirectItems Auction Melalui ZenMarket

Setelah memperoleh nombor model set Jepun bagi jam yang anda inginkan, anda boleh cari model tersebut di Rakuten Japan atau JDirectItems Auction melalui laman web ZenMarket. Kami menyarankan Rakuten Japan untuk model baharu atau model yang masih ada dijual di pasaran kerana ia merupakan antara online marketplaces terbesar Jepun yang boleh diyakini dan dipercayai. JDirectItems Auction pula lebih sesuai untuk mencari model vintage, rare dan terpakai.

Sila baca panduan berikut untuk maklumat lanjut.

Untuk beli jam tangan G-Shock model terkini, boleh lihat di sini

Itu sahaja untuk artikel kali ini. Jumpa lagi!

Beli Jam G-Shock Original Dari Jepun

Hubungi kami di Media Sosial

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 15/03/2021 | G-SHOCKPanduanFesyen

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular