Panduan Lengkap Cara Beli G-SHOCK Dari Kedai Online Jepun

Dah lama teringin nak beli G-SHOCK Japan Set terus dari kedai-kedai online Jepun yang diyakini tapi tak tahu caranya? Jom baca panduan lengkap ini untuk ketahui cara beli produk G-SHOCK dari Jepun langkah demi langkah!

 

Indeks 

Langkah 1: Cari Produk

Langkah 2: Masukkan Item Ke Dalam Cart

Langkah 3: Buat Pembayaran

Langkah 4: Buat Bungkusan & Kirim

 

Langkah 1: Cari Produk

Pertama sekali, anda perlu memiliki akaun ZenMarket. Jika belum mendaftar, sila buat akaun di sini.

Setelah itu, sila ke halaman utama laman web ZenMarket.

Jika anda ingin membeli jam G-SHOCK dari tiga online marketplaces terbesar Jepun iaitu Rakuten Japan, Amazon Japan dan Yahoo! Shopping Japan, anda boleh mencari jam G-SHOCK yang ingin dibeli terus dari laman ZenMarket. 

Tulis nama model G-SHOCK yang anda mahu pada search bar di laman ZenMarket, pilih pasar online dan klik simbol 🔍.

 

Hasil carian akan dipaparkan seperti dalam gambar berikut.

 

Sekiranya anda ingin membeli jam G-SHOCK dari laman web Jepun selain Rakuten, Amazon dan Yahoo! Shopping, anda hanya perlu copy pautan URL produk tersebut, paste ke dalam search bar di laman ZenMarket, dan klik simbol 🔍 untuk memasukkan item ke dalam shopping cart ZenMarket anda.

Contoh berikut adalah jika anda ingin beli jam G-SHOCK dari NetMall Hard-Off (laman barang secondhand).

 

Salin pautan URL item dan tampal ke bar carian di laman ZenMarket.

 

Back to page top

 

 

Langkah 2: Masukkan Item Ke Dalam Cart

Pilih item yang anda ingin beli dan klik “Tambah ke Troli” pada halaman produk. Sekiranya anda ingin membeli lebih daripada satu unit, jangan lupa untuk mengubah jumlah di bahagian “Kuantiti”.

Setelah item dimasukkan ke dalam troli beli-belah, pihak kami akan menyemak harga dan ketersediaan item. Proses ini biasanya akan mengambil masa beberapa minit dan selewat-lewatnya 24 jam.

 

Jika item telah selesai kami semak, paparan item akan berubah seperti berikut.

 

Back to page top

 

 

Langkah 3: Buat Pembayaran

Untuk membuat pembayaran, anda perlu memiliki wang yang mencukupi dalam akaun ZenMarket anda. Sila ke bahagian “Utama” di akaun ZenMarket anda dan klik butang “Tambah Wang”.

 

Bergantung kepada negara pembayaran anda, kaedah pembayaran yang boleh digunakan adalah berbeza. Tetapi, kaedah pembayaran yang boleh digunakan untuk hampir semua negara adalah melalui kad kredit atau kad debit, PayPal, Transferwise, pemindahan bank antarabangsa (international bank transfer) dan mata wang kripto (cryptocurrency) seperti Bitcoin, Litecoin dan sebagainya. 

Bagi pelanggan dari Indonesia, anda turut mempunyai pilihan untuk topup melalui Alfamart dan OVO.

 

Setelah menambah wang secukupnya, anda boleh membuat bayaran jam tangan G-SHOCK yang ingin dibeli dengan mengklik butang “BAYAR”.

 

 

Pihak ZenMarket akan memproses pembelian anda secara manual dalam tempoh 24 jam setelah kami menerima bayaran anda. Notifikasi akan dihantar setelah pembelian berjaya dilakukan.

Sekarang, anda hanya perlu tunggu barang tiba di gudang ZenMarket!

Back to page top

 

 

Langkah 4: Buat Bungkusan & Kirim

Setelah item anda tiba di gudang kami, anda boleh membuat bungkusan untuk pengiriman antarabangsa. Klik butang Bungkusan di sebelah kiri akaun anda, dan klik "Buat Bungkusan Baharu".

Jika anda memerlukan penjelasan langkah demi langkah untuk membuat permintaan buat bungkusan, sila rujuk blog ini.

Biasanya, setelah proses pembungkusan di gudang kami akan mengambil masa beberapa hari. Setelah bungkusan selesai, anda akan menerima maklumat kos pengiriman antarabangsa dan selepas membuat bayaran kos pengiriman, bungkusan anda akan dikirimkan. 

Back to page top

  

 

 

 

 

 

Kenali Team ZenMarket!

Tonton video ini untuk mengetahui kisah ZenMarket dan para pekerjanya.


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 24/02/2021 | G-SHOCKPanduanFesyen