PROMOSI RAKUTEN!CASHBACK 5% UTK ITEM RAKUTEN SEE MORE

Cara Jimat Kos Pengiriman Dari Jepun

Kos pengiriman antarabangsa merupakan perkara yang paling dirisaukan ketika membuat pembelian dari Jepun.

Walaupun terdapat banyak barang dari Jepun boleh didapati pada harga mampu milikterutamanya barang terpakai (secondhand) yang dijual di laman seperti Yahoo! Auctionsanda mungkin akan membelanjakan lebih banyak wang lagi jika anda tidak bijak dalam mengawal kos pengiriman antarabangsa bagi barang-barang anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi 6 tips berguna untuk menjimatkan kos pengiriman jika anda membeli barang-barang dari Jepun.

Jika anda termasuk dalam kategori berikut, WAJIB baca artikel ini, ya!

  • Ingin beli barang dari laman e-dagang Jepun—seperti Rakuten atau Amazon Japan—tetapi rasa keberatan kerana kos pengiriman antarabangsa yang mahal
  • Tidak tahu bahasa Jepun dan mengalami kesukaran untuk mencari maklumat tentang pilihan pengiriman antarabangsa dari Jepun
  • Kerap membuat pembelian dari Jepun dan laman beli-belah online Jepun tetapi ingin mengurangkan kos pengiriman dari Jepun
  • Ingin hantar barang dari Jepun ke negara asal 

 

Berapa jumlah kos pengiriman barang dari Jepun?

Sebelum kami menjelaskan cara-cara untuk menjimatkan kos pengiriman, pertama sekali anda perlu faham faktor-faktor yang mempengaruhi kos pengiriman dari Jepun. Berikut merupakan 4 faktor utama yang menentukan kos pengiriman apabila membuat pembelian online dari Jepun:

  1. Saiz bungkusan (tinggi x lebar x panjang).
  2. Berat sebenar bungkusan.
  3. Nilai bungkusan (jumlah nilai barang dalam bungkusan menentukan jumlah cukai atau duti kastam).
  4. Kaedah pengiriman (perkhidmatan pos atau kurier yang dipilih untuk mengendalikan pengiriman anda).

Senarai ini adalah sangat penting dan perlu diambil kira jika anda merancang untuk membuat pembelian dan pengiriman dari luar negara. Anda boleh memikirkan cara-cara untuk mengurangkan kos pengiriman antarabangsa berdasarkan keempat-empat faktor yang dinyatakan di atas.

Seterusnya, jom lihat 6 tips untuk menjimatkan kos pengiriman dari Jepun!

1. Pilih Kaedah Pengiriman Yang Tepat

The right shipping service

Apabila mengirimkan barang dari Jepun, terdapat dua kategori kaedah pengiriman yang boleh anda gunakan: 

  1. Perkhidmatan pos (contohnya EMS, Airmail/Mel Udara, SAL, Surface/Mel Biasa)
  2. Kurier (contohnya FedEx, UPS, DHL, SF Express)

 

Anda mungkin tertanya-tanya, apa perbezaan perkhidmatan pos dengan kurier? Secara ringkasnya, perkhidmatan pos (postal service) merujuk kepada perkhidmatan pengiriman awam yang diuruskan oleh pihak pos sesebuah negara (cth. Japan Post untuk Jepun, Pos Malaysia untuk Malaysia, Pos Indonesia untuk Indonesia). Manakala, kurier (courier services) pula dikendalikan oleh syarikat swasta.

Untuk pengiriman dari Jepun, adakah perkhidmatan pos lebih baik daripada kurier, atau sebaliknya?

Sebenarnya, ia bergantung kepada keutamaan atau prioriti anda.

Ranking Kepantasan
  1. FedEx, UPS, DHL, dan kurier lain. 
  2. EMS.
  3. SAL atau Airmail/Mel Udara.
  4. Surface Mail/Mel Biasa. 
Kebolehpercayaan

EMS adalah pilihan popular dan paling dipercayai oleh ramai pelanggan.

Namun, tahap kebolehpercayaan ini juga bergantung kepada negara destinasi bungkusan anda.

Kos

Pengiraan kos adalah sulit kerana bergantung kepada saiz dan berat bungkusan anda, pilihan pengiriman paling murah adalah berlainan.

(lihat perenggan di bawah).

Wilayah

Kurier berlainan juga mempunyai wilayah pengiriman yang berbeza.

Hal ini mungkin akan memberi kesan kepada kos dan kepantasan pengiriman anda.

Contohnya, SF Express hanya membuat pengiriman ke negara-negara Asia Timur, jadi jika negara destinasi pengiriman anda di Asia Timur, SF Express mungkin adalah pilihan yang lebih berbaloi. 

 

Antara faktor penting yang perlu turut diambil kira adalah jenis barang yang boleh dikirim.

Pada kebiasaannya, pihak kastam akan memeriksa bungkusan yang dikirim melalui perkhidmatan kurier swasta dengan lebih teliti dan tegas berbanding dengan bungkusan yang dikirim melalui perkhidmatan pos. Jadi, dalam kes tertentu, pihak kastam mungkin akan meminta dokumen tambahan untuk menyelesaikan proses pemeriksaan kastam.

Jika anda tidak dapat menyediakan dokumen yang diperlukan, ada kemungkinan pihak ZenMarket akan meminta anda untuk menukar kaedah pengiriman.

Sebelum membuat pembelian, sila semak maklumat berkenaan yang boleh dan yang tidak boleh dikirim melalui perkhidmatan pos dan perkhidmatan kurier di sini

Selain itu, adalah sangat penting bagi anda untuk memahami bahawa bergantung kepada saiz dan berat bungkusan, kaedah pengiriman yang menawarkan kos termurah adalah berbeza. Maksudnya, tidak semestinya sesebuah perkhidmatan pengiriman adalah sentiasa yang paling murah.

Berikut merupakan kalkulator kos pengiriman yang membolehkan anda untuk membuat anggaran berdasarkan berat dan saiz bungkusan. Kos yang dipaparkan biasanya lebih murah daripada harga standard kerana ZenMarket mendapat diskaun daripada sebahagian syarikat pengiriman.

 

Kalkulator Kos Pengiriman

 

Harap maklum bahawa kalkulator ini hanya boleh mengira anggaran kos pengiriman. Sekiranya anda hanya memasukkan maklumat berat dan saiz barang, kos yang dipaparkan adalah tidak termasuk berat dan saiz bahan pembungkusan.

Oleh itu, kos pengiriman sebenar hanya dapat dimaklumkan setelah barang anda selesai dibungkus, dan ia telah ditimbang serta diukur.

 

2. Susun Atur Bungkusan Anda

 packing recommendations

Saiz dan berat bungkusan anda akan menentukan kos pengiriman yang perlu dibayar. Oleh itu, jika terdapat perbezaan besar antara berat dan saiz barang anda, sudah tentu ada cara untuk menjimatkan kos pengiriman.

Pengiraan kos pengiriman perkhidmatan kurier adalah bergantung kepada berat, saiz dan isipadu bungkusan (berat volumetrik).

Maksudnya, jika anda membeli barang seperti patung plushie yang besar, walaupun ringan, perkhidmatan kurier akan mengenakan kos pengiriman yang lebih mahal daripada jangkaan anda kerana saiznya yang besar.

Sebaliknya, perkhidmatan pos seperti Japan Post akan mengenakan kos pengiriman yang lebih rendah bagi item yang sama kerana mereka mengira kos pengiriman berdasarkan berat semata-mata!

Maksudnya, jika anda membeli barang yang ringan tetapi bersaiz besar, pengiriman melalui Japan Post adalah lebih menjimatkan, walaupun tempoh pengiriman lebih lama daripada kurier. 

Jika anda mempunyai banyak, anda boleh menjimatkan kos dengan membahagikan item anda kepada beberapa paket kecil SAL atau Mel Udara/Airmail, berbanding dengan membungkusnya dalam satu kotak besar.

Berbeza dengan syarikat wakil pembelian lain, ZenMarket boleh menerima penggabungan item ke dalam satu bungkusan atau pembahagian item kepada beberapa bungkusan secara percuma! Tetapi, hanya item yang didaftarkan dengan kod unik berbeza sahaja boleh dibungkus dalam bungkusan berbeza. Kami tidak menerima permintaan untuk membahagikan item di bawah kod unik yang sama. Contohnya, jika anda membeli 4 buah item berbeza yang didaftarkan sebagai A, B, C, D daripada penjual yang sama, kami boleh membungkus item tersebut ke dalam beberapa bungkusan berbeza. Sebaliknya, jika anda membeli 10 unit item yang sama daripada penjual yang sama dan ia didaftarkan sebagai item A dalam sistem kami, kesemua 10 unit item A hanya boleh dibungkus dalam bungkusan yang sama dan tidak boleh dipisahkan.

Walaupun barang anda mungkin akan mengambil masa yang lebih lama, sekurang-kurangnya anda dapat menjimatkan kos! 

Selain dapat menjimatkan wang kerana bungkusan yang berat biasanya lebih mahal, dengan berbuat demikian, anda juga dapat mengurangkan risiko masalah semasa pemeriksaan kastam kerana biasanya bungkusan besar lebih sering dibuka dan disemak dengan teliti oleh pihak kastam (lihat bahagian berikutnya).

 

3. Semak Duti/Cukai Import Negara Anda

import fees

Sebelum membuat sebarang pembelian dari Jepun, kami menyarankan agar anda menyemak peraturan import dengan pihak kastam di negara anda, untuk mengambil tahu sama ada barang-barang dari luar negara, atau dari Jepun khususnya, akan dikenakan cukai import atau tidak.

Sekiranya dikenakan, semak pula nilai ambang untuk cukai tersebut. Maksudnya, jumlah minimum yang akan dikenakan cukai. Contohnya, bagi negara Australia, cukai GST akan dikenakan untuk semua bungkusan bernilai 1,000 AUD ke bawah yang dihantar ke Australia. Dalam kes ini, adalah lebih berbaloi untuk menggabungkan banyak item dalam satu bungkusan untuk mengelakkan cukai yang mahal.

Untuk pengiriman bungkusan ke Malaysia pula, bungkusan yang bernilai RM500 ke atas akan dikenakan cukai kastam (sah pada waktu artikel ini bertulis, tetapi tertakluk kepada perubahan semasa). Dalam kes ini pula, adalah lebih berbaloi untuk memastikan barang dalam bungkusan anda tidak melebih jumlah yang ditetapkan untuk mengelakkan cukai yang tinggi.

Harap maklum bahawa urusan pembayaran cukai kastam adalah tanggungjawab pelanggan jadi ZenMarket tidak dapat campur tangan. Untuk mengelakkan sebarang masalah kelak, kami memohon agar pelanggan menyemak peraturan kastam di negara masing-masing terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah barang dari Jepun. Sila rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut berkenaan cukai dan duti kastam.

 

FAQ: Caj dan Duti Kastam

 

4. Gabung Barangan Dalam Satu Bungkusan

consolidate

Sekiranya negara anda tidak mengenakan cukai import untuk semua atau sebahagian jenis barang (atau jika hanya dikenakan untuk nilai tertentu), kami menyarankan agar ada menggabungkan pembungkusan barang-barang anda di dalam satu bungkusan.

Apa-apa pun, kami menggalakkan anda untuk menyemak peraturan kastam terlebih dahulu supaya anda dapat membuat keputusan sama ada ingin menjimatkan kos pengiriman atau cukai kastam.

(Nota: Kos penggabungan item sudah termasuk dalam caj perkhidmatan yang dikenakan oleh ZenMarket, jadi anda tidak perlu membayar caj ekstra untuk menggambungkan barang anda ke dalam satu bungkusan.)

 

5. Semak Ukuran Bungkusan 

box sizes

Jika anda tidak menggunakan syarikat wakil pembelian seperti ZenMarket dan menggunakan perkhidmatan mail forwarding, di mana anda tidak mengetahui bagaimana barang anda akan disusun atur dalam sesebuah bungkusan, sila pastikan bahawa item yang anda beli boleh muat dalam had ukuran yang diterima oleh syarikat pengiriman yang anda ingin gunakan. 

Jika anda tidak mengetahui ukuran bungkusan semasa membuat pembelian, anda mungkin perlu membayaran untuk kos pengiriman yang lebih mahal jika barang and disusun secara tidak teratur dan mengakibatkan saiz bungkusan menjadi lebih besar daripada yang sepatutnya.

Tetapi jika anda menggunakan ZenMarket, anda tidak perlu risau mengenai hal ini kerana pihak gudang kami sentiasa cuba untuk memastikan bahawa barang anda dapat dimuatkan dalam had ukuran kaedah pengiriman pilihan anda.

Ini bukan sahaja dapat menjamin keselamatan item kerana ia tidak akan bergerak-gerak semasa pengiriman, tetapi kos pengiriman–terutamanya jika anda mengirim melalui kurier–akan menjadi lebih rendah kerana saiz bungkusan yang lebih kecil dan padat.

 

6. Beli Barang Tanpa Kos Pengiriman Tempatan

Domestic shipping fees

Laman beli-belah online seperti Rakuten dan Amazon Japan banyak menawarkan kos pengiriman tempatan (dalam Jepun) percuma jika jumlah pembelian anda melebihi nilai yang ditetapkan. Oleh itu, anda boleh membuat pilihan bijak dengan membuat pembelian daripada satu laman beli-belah online yang sama berbanding dengan membeli semua barang anda daripada banyak kedai online berbeza.

 

Kesimpulan

Konsep kos pengiriman antarabangsa dari Jepun mungkin sukar untuk difahami jika anda masih baru berjinak-jinak dengan pembelian barang dari Jepun. Jika terdapat hanya satu perkara yang boleh anda ambil sebagai panduan daripada artikel ini: gunakan kalkulator kos pengiriman untuk menentukan kaedah pengiriman terbaik yang sesuai dengan barang-barang yang anda ingin beli. Selain itu, kami harap agar anda dapat mengambil kira 4 faktor utama yang mempengaruhi kos pengiriman, yang telah dijelaskan pada awal artikel ini, sebelum membuat sebarang pembelian dari kedai-kedai online Jepun.

 

Kalkulator Kos Pengiriman

Selamat membeli-belah!

 

 

Kenali Team ZenMarket!

Tonton video ini untuk mengetahui kisah ZenMarket dan para pekerjanya.


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 03/02/2021 | Panduan