Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16.04 4PM - 20.04 APRIL 4PM JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

FAQ: Caj dan Duti Kastam

 

Jika ini merupakan kali pertama anda mengirimkan barangan dari luar negara, anda mungkin keliru dengan pelbagai caj yang perlu dibayar. Jangan risau! Dalam artikel ini, kami akan menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya mengenai caj serta duti atau cukai kastam.

Pertama sekali, anda perlu ingat: Kos pengiriman ≠ Duti kastam

 

"Apa itu duti kastam?"

Cukai atau duti kastam merupakan caj tambahan yang dikenakan terhadap barangan yang diimport ke negara anda. Caj-caj tersebut ditetapkan oleh kerajaan negara anda dan biasanya berjumlah beberapa peratus daripada nilai barangan yang berkenaan. Selalunya, apabila anda mengirimkan pakej ke luar negara, mana-mana bungkusan yang bernilai lebih tinggi daripada amaun tertentu, perlu dikenakan cukai atau duti kastam.

Selain daripada duti kastam, sesetengah negara mungkin mengenakan cukai atau caj tambahan yang bergantung kepada nilai barangan dan bungkusan, seperti cukai perkhidmatan dan barangan (GST), cukai nilai tambahan (VAT), dan sebagainya.

 

"Siapa yang perlu membayar duti kastam?"

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar kesemua caj tambahan dan cukai yang berkaitan dengan kastam serta barangan import. Caj-caj tersebut tidak termasuk dalam kos pengiriman antarabangsa atau caj-caj lain yang kami kenakan terhadap bungkusan anda.

Kepada pelanggan di Australia:

Bermula dari 1 Julai 2018, undang-undang Cukai Australia yang baharu telah berkuatkuasa dan kami dikehendaki untuk mengutip 10% GST untuk semua bungkusan yang dihantar ke Australia dengan jumlah nilai sebanyak 1,000 AUD ke bawah.

Sila ambil perhatian bahawa GST akan dikenakan terhadap bungkusan dengan nilai perisytiharan bersamaan dengan atau lebih rendah daripada 1,000 AUD. Sekiranya berkenaan, cukai tersebut akan dikenakan pada masa sama dengan kadar pengiriman antarabangsa.

Bagi barangan bernilai tinggi (lebih daripada 1,000 AUD), peraturan kastam dan proses pembayaran GST masih tidak berubah dan akan diproses dan dikenakan oleh pejabat kastam di Australia.

 

"Mengapa ZenMarket tidak membayar duti kastam saya?"

Caj dan duti kastam adalah ditetapkan dan dikenakan oleh kerajaan negara berkenaan terhadap pengimport (penerima bungkusan). Anda mesti membayar caj dan duti kastam, selaras dengan undang-undang di negara anda.

Sila ambil perhatian bahawa amaun keseluruhan bagi caj dan duti kastam dibayar kepada kerajaan anda dan ZenMarket tidak menerima apa-apa.

 

"Mengapa saya perlu membayar caj kastam kepada syarikat pengiriman yang menghantar bungkusan saya?"

Untuk melepasi saringan kastam, syarikat pengiriman terlebih dahulu memproses segala dokumen yang diperlukan, serta membayar caj kastam yang berkenaan bagi pihak anda. Oleh itu, semasa penghantaran bungkusan ke rumah anda, syarikat pengiriman tersebut akan meminta anda membayar caj kastam yang mereka telah bayarkan untuk anda, dan sekiranya berkaitan, caj tambahan untuk prosedur pemprosesan dokumen. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah syarikat pengiriman hanya akan mengenakan bayaran kepada anda beberapa hari setelah bungkusan anda dihantar.


"Mengapa ZenMarket tidak memaklumkan kepada saya mengenai caj-caj ini lebih awal lagi?"

Seperti yang tertera di halaman pengiriman kami, Sebelum membuat pengiriman bungkusan, sila pastikan anda telah menyemak mengenai undang-undang kastam di negara anda. Sila gunakan carian Google dalam bahasa anda untuk "cukai import kastam" dan nama negara anda.

 

"Berapakah jumlah duti kastam saya?"

Caj dan duti kastam adalah berbeza untuk setiap negara yang berlainan. Jumlah caj tersebut tidak didedahkan lebih awal, jadi kami tidak dapat membuat anggaran caj dan duti kastam yang akan dikenakan kepada anda terlebih dahulu.

 

Sekiranya anda memerlukan bantuan mengenai pengiriman, sila baca halaman bantuan kami di sini.

 


Bersedia untuk membeli belah?

Dengan bantuan ZenMarket, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun yang akan dihantar ke pintu rumah anda!


Berbelanja di ZenMarket sekarang!

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 06/06/2019 | Panduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular