Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Pengiriman Bungkusan: Pilihan Alternatif

Kami ingin memaklumkan kepada para pelanggan bahawa walaupun pihak Japan Post telah membuat keputusan untuk menghentikan penghantaran SAL, EMS dan Airmail buat sementara waktu ke sebilangan besar negara, ZenMarket masih menerima permintaan pembungkusan dan pembayaran bungkusan untuk semua destinasi yang boleh menggunakan perkhidmatan pengiriman berkenaan sebelum sekatan ini dilakukan.

Dikemas kini pada 7 September 2020: SAL tidak akan ditawarkan untuk pilihan pengiriman buat sementara waktu mulai 28 Ogos. Maklumat lanjut di sini.

Bagi para pelanggan yang mendapat kesan daripada sekatan ini, tetapi masih merancang untuk membuat pembelian barangan dari Jepun; ZenMarket akan membungkus dan menyimpan barangan anda dengan selamat, dan mengirimkannya sebaik sahaja perkhidmatan pengiriman Japan Post kembali beroperasi seperti biasa.

Buat masa ini, kami menyarankan agar anda memilih satu daripada alternatif berikut:

  1. Mengirimkan bungkusan anda menggunakan perkhidmatan kurier yang masih boleh digunakan, atau;
  2. Menyimpan barangan anda yang telah dibungkus di gudang kami sehingga sekatan pengiriman berakhir.

Langkah ini sangat penting kerana ia dapat mengelakkan berlakunya kelewatan pemprosesan bungkusan kelak setelah perkhidmatan pengiriman pos kembali beroperasi seperti biasa.

Berita| 10/04/2020 | Berita

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular