Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16.04 4PM - 20.04 APRIL 4PM JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Pengiriman SAL Akan Dihentikan Sementara

Para pelanggan yang dihormati,
 
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Akhir-akhir ini, perkhidmatan EMS dan Airmail/AVIA telah beroperasi semula untuk pengiriman ke banyak negara.
Walau bagaimanapun, sejak 3.5 bulan yang lalu, perkhidmatan SAL masih lagi tergendala dan kami berpendapat bahawa Japan Post tidak akan meneruskan pengiriman melalui SAL dalam masa terdekat.
 
Oleh itu, mulai 28 Ogos (Jumaat, 0:00 JST), kami akan berhenti menawarkan pilihan pengiriman melalui SAL ketika anda membuat bungkusan.
Kami hanya akan menawarkan pilihan ini semula jika SAL telah mula beroperasi kembali secara rasmi.
 
Bagi para pelanggan yang telahpun memilih SAL, kami menyarankan agar anda mempertimbangkan pilihan pengiriman lain yang ditawarkan untuk destinasi bungkusan anda.
 
Bungkusan SAL yang telah siap dibayar ("menunggu pengiriman") tidak akan ditukar kepada kaedah pengiriman lain secara automatik. Anda perlu log masuk ke akaun ZenMarket anda dan menukar sendiri kaedah pengiriman bagi bungkusan tersebut.
 
Untuk menukar kaedah pengiriman, sila ke Akaun Saya (My Account) - Bungkusan (Parcels) - Ubah/Batalkan (Edit/cancel) - Tukar kaedah pengiriman (Change delivery method).
 
Sila lihat kaedah yang tersedia bagi negara destinasi anda melalui kalkulator pengiriman kami. Anda boleh memasukkan maklumat berat dan saiz bungkusan anda untuk melihat kaedah pengiriman yang boleh digunakan serta kos pengiriman bagi setiap kaedah.
 
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan mendahulukan kerjasama baik para pelanggan dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, 
ZenMarket
Berita| 21/08/2020 | Berita

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular