Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

10 Jenama Streetwear Jepun Yang Anda Mesti Tahu

 

Individu yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen sudah sedia maklum bahawa Jepun merupakan satu daripada tempat terbaik untuk mendapatkan streetwear berkualiti tinggi. Bermula dari pelancaran A Bathing Ape (BAPE) pada tahun 90-an, dunia semakin mengenali dan menggemari jenama streetwear Jepun. Anda pasti pernah melihatnya digayakan oleh beberapa selebriti kegemaran anda, daripada bintang Youtube PewDiePie sehinggalah kepada penyanyi dan penulis lirik, John Mayer.

Dalam entri pada kali ini, kami ingin memperkenalkan kepada anda 10 jenama streetwear Jepun yang anda mesti ketahui; bukan sahaja nama-nama besar, tetapi juga jenama baharu yang baru mula bertapak.

(Pssst, kalau anda sedang mencari jenama denim, baca entri ini.)

 

1. KAPITAL

 

Buy KAPITAL Apparel With ZenMarket

KAPITAL bermula sebagai jenama denim pada tahun 1980-an, dan kini merupakan jenama streetwear gergasi di Jepun. Mereka mempunyai pengikut tersendiri yang menggemari kelainan konsep tidak konvensional jenama ini yang mengetengahkan kombinasi estetika avant-garde dengan gelandangan. Pemilik, yang juga pereka jenama ini merupakan duo ayah dan anak lelakinya, Toshikiyo Hirata dan Kiro Hirata. Mereka sangat teliti dengan penghasilan rekaan mereka, dan memastikan setiap rekaan dibuat menggunakan kraf dan teknik pewarna tradisional Jepun.

Antara produk KAPITAL yang terkenal adalah denim indigo (tidak menghairankan kerana jenama ini diasaskan di Kojima, ibu kota denim Jepun), serta ring coat. Mereka juga mempunyai sub-label, KOUNTRY.

Beli KAPITAL di ZenMarket


2. visvim

Buy visvim Apparel With ZenMarket

visvim merupakan satu daripada jenama streetwear Jepun yang paling kontemporari dalam senarai ini. Peminat jenama ini termasuklah selebriti terkenal seperti Kanye West, John Mayer, Drake, dan A$AP Rocky. Kesemua mereka pernah dilihat menggayakan produk paling popular daripada visvim, FBT. Walaupun visvim bermula sebagai pengeluar kasut, kini mereka memiliki barisan pakaian lengkap yang banyak diinspirasikan oleh pengembaraan pengasasnya, Hiroki Nakamura. Untuk setiap rekaan, Nakamura tidak pernah gagal untuk mengetengahkan kehalusan kerja tangan, penggunaan tekstil yang luar daripada kebiasaan, serta kaedah intensif buruh untuk menghasilkan produk yang benar-benar hebat.

Beli visvim di ZenMarket

 

3. cav empt

Buy cav empt Apparel With ZenMarket

cav empt merupakan singkatan untuk “caveat emptor”, perkataan Latin yang bermaksud "pembeli berhati-hati". Tetapi, anda tidak perlu berhati-hati dengan label streetwear ini. Jenama kegemaran YouTuber terkena, PewDiePie, ini diterajui oleh Sk8thing, pereka grafik untuk BAPE, dan Toby Feltwell, pengarah kreatif jenama pakaian Pharrell William. Tidak hairanlah, gaya rekaan cav empt adalah bersifat retro-futuristik, dengan koleksi fesyen yang berteraskan rekaan berani. Pada pendapat kami, jenama ini adalah streetwear untuk pengguna kelas atasan.

Beli cav empt di ZenMarket

 

4. Wacko Maria

Buy Wacko Maria Apparel With ZenMarket

Apa yang dua orang bekas pemain bola sepak profesional J-League yang sudah bersara boleh lakukan bersama? Hasilkan jenama pakaian! Jenama pakaian lelaki Jepun, Wacko Maria, bermula dari bar Rock Steady di Tokyo. Sebab itulah, label pakaian ini banyak terinspirasi oleh muzik, terutamanya subbudaya rockabilly, dan gaya Amerika Latin. Namun begitu, rekaan mereka sangat unik dan luar daripada kebiasaan. Khususnya, jaket bomber bersulam mereka sangat terkenal dan merupakan lambang gaya street klasik Jepun.

Beli Wacko Maria di ZenMarket

 

5. UNDERCOVER

Buy UNDERCOVER Apparel With ZenMarket

Jika anda tidak rela mengorbankan high fashion untuk punk streetwear, UNDERCOVER adalah jenama terbaik untuk anda. Moto mereka, “We make noise, not clothes.” menjelaskan falsafah rekaan mereka -- pemberontakan dan pergolakan. Jun Takahashi, pengasas label ini menggabungkan budaya popular dengan estetika punk untuk menghasilkan satu daripada jenama streetwear Jepun yang sangat berpengaruh pada hari ini. Ia juga mempunya banyak kolaborasi berprofil tinggi, termasuklah dengan NIKE, Valentino, Doc Martens,  Converse dan sebagainya.

Beli UNDERCOVER di ZenMarket

 

6. Needles

Buy Needles Apparel With ZenMarket

Merupakan cabang kepada kedai Jepun, Nepenthes, label Needles banyak diinspirasikan oleh pakaian kasual serta pakaian klasik tentera Amerika. Rekaan mereka agak aneh tetapi mereka mempunyai pengikut tersendiri yang menggemari karya berani, rekaan kontemporari dan kualiti dalam perincian mereka. Jenama Nepenthes yang diasaskan oleh dua orang rakan baik, Keizo Shimizu dan Daiki Suzuki, juga mempunyai label lain yang tidak kurang popularnya, seperti Engineered Garments.

Beli Needles di ZenMarket

 

7. Yohji Yamamoto

Yohji Yamamoto merupakan seorang daripada pereka fesyen Jepun yang paling terkenal. Label ini membawa elemen minimalism Jepun ke tahap yang lebih tinggi, dengan rekaan yang tidak pernah lapuk, serta kehalusan kerja tangan yang mengagumkan. Rekaan mereka juga cenderung terhadap gaya yang lebih sarat dan berlapis-lapis, dengan silhouette yang asimetrik, drop-crotches, dan  oversized fits. Jika anda menginginkan koleksi pakaian yang berwarna-warni, jenama ini bukan untuk anda. Yohji sentiasa menggunakan warna hitam, termasuklah untuk kesemua kolaborasinya dengan Doc Martens, Adidas, dan banyak lagi.   

Beli Yohji Yamamoto di ZenMarket

 

8. KURO

Buy KURO Apparel With ZenMarket

KURO, yang bermaksud "hitam" dalam bahasa Jepun adalah jenama streetwear yang boleh dikira baharu, yang dilancarkan pada tahun 2010. Pengasasnya, Yusuke Yatsuhashi, meletakkan kehalusan kerja tangan Jepun sebagai tonggak label ini, beliau sering mengunjungi kilang pembuatan untuk membuat sendiri pakaian demi memastikan kualitinya terjaga. Walaupun rekaan Yatsuhashi lebih bersifat minimalistik dan kemas, tetapi ianya sangat berinovasi. Beliau dikenali dalam industri rekaan kerana sentiasa mencuba untuk menghasilkan material original baharu, kaedah jahitan baharu, serta pengekalan budaya Jepun melalui koleksinya. Kesemua produk keluaran KURO dihasilkan di Jepun.  

Beli KURO di ZenMarket

 

9. FACETASM

Buy FACETASM Apparel With ZenMarket

Jika anda bukan penggemar gaya minimalistik Yohji atau KURO, mungkin anda akan menggemari FACETASM. Jenama ini memilih untuk tidak menetapkan kategori fesyen mereka. Setiap koleksi dihasilkan berbeza daripada koleksi sebelumnya dengan sengaja berpandukan kepada idea ganjil dan unik pengasas dan perekanya, Hiromichi Ochiai. Namun begitu, secara umumnya konsep mereka adalah untuk mengekspresikan budaya street Tokyo secara seronok dan bebas. Rekaan mereka selalunya sangat ceria, berani, dan aneh.

Beli FACETASM di ZenMarket

 

10. A BATHING APE (BAPE)

Buy A Bathing Ape Apparel With ZenMarket

Kami sudahi senarai kali ini dengan jenama streetwear Jepun yang paling dikenali, BAPE. Mereka mempunyai dua label sampingan iaitu AAPE (by A Bathing Ape) dan BAPY (Busy Working Lady), tetapi label utama mereka, BAPE, adalah yang paling terkenal. Walaupun anda tidak tahu apa-apa mengenai fesyen streetwear Jepun, anda mungkin pernah melihat fesyen bercorak camo mereka yang popular di mana-mana. Antara produk lain mereka yang turut terkenal adalah hoodie jerung dan jaket salji bertebat (insulated snow jackets).

Beli BAPE di ZenMarket

 

 

Ingin mencari lebih banyak fesyen Jepun? 

Dengan bantuan ZenMarket, anda boleh membuat pembelian dari mana-mana kedai online Jepun (terdapat beberapa pengecualian), dan kami akan mengirimkannya kepada anda tidak kira di mana anda berada!

 

Browse hundreds of Japanese Streetwear Brands on ZenMarket

Lihat Lebih Banyak Fesyen Jepun Di Sini

 

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 09/07/2019 | Fesyen

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular