Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Cara Untuk Mengenal Pasti Rayban Yang Original

rayban

Rayban - Cermin mata merupakan salah satu aksesori fesyen yang sangat popular pada masa ini.

Hal ini adalah kerana kaca mata boleh menambahkan lagi gaya dan personaliti seseorang. Kaca mata bukan sahaja boleh melindungi mata dari cahaya matahari yang mempunyai sinaran UV yang tinggi, ia juga dijadikan aksesori fesyen yang trending zaman kini.

 

Kaca Mata Hitam Menjadi Pilihan Tanpa Mengira Umur Dan Jantina

Tidak mengira umur mahupun jantina, cermin mata hitam sering digunakan dan dipakai ke mana-mana sahaja. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa kaca mata hitam adalah antara aksesori yang perlu ada terutama apabila kita pergi bercuti.

Tidak hairanlah bahawa terdapat macam-macam jenis kaca mata hitam yang dijual di dalam pasaran sama ada di dalam atau di luar negara. Setiap kali model kaca mata hitam terbaru keluar di pasaran ia pasti akan menerima permintaan yang tertinggi.

Oleh sebab kaca mata hitam mempunyai ramai peminat dan pemakainya, ia dijual di mana-mana sahaja dengan pelbagai harga yang ditawarkan.

 

Cara Mengetahui Sama Ada Rayban Original Atau Tidak??

Salah satu jenama kaca mata yang terkenal di seluruh dunia adalah jenama Rayban

Rayban bukanlah satu jenama yang baru di pasaran tetapi ia sudah berada di pasaran berpuluh-puluh tahun dahulu dan menjadi salah satu jenama cermin mata yang terkenal di Malaysia.

Justeru itu, tidak hairanlah jika kami katakan Rayban sering menjadi pilihan masyarakat di negara kita. Peminat Rayban sudah pastilah mahu mendapatkan koleksi Rayban yang original dan bukanya yang tiruan.

Tetapi timbul pula soalan macam mana untuk mengetahui sama ada Rayban tersebut original ataupun tidak? Cara untuk mengetahui sama ada Rayban tersebut original atau tidak adalah seperti berikut:

 

Beli Rayban Dari Jepun

 

 1- Kotak

kotak rayban

Perkara pertama yang perlu kita lihat untuk mengetahui sama ada Rayban itu original atau tidak adalah melalui kotaknya. Hal ini adalah kerana kaca mata Rayban tiruan biasanya tidak mempunyai kotak dan dijual begitu sahaja.

Berbeza pula dengan kaca mata Rayban yang original, ia biasanya disertakan sekali dengan kotak. Mungkin ada yang beranggapan kotak tersebut boleh direka dan ditiru oleh pengeluar kaca mata Rayban tiruan.

Sebenarnya, pengeluar kaca mata Rayban tiruan tidak akan meniru kotak packaging yang sama dengan original. Hal ini adalah kerana kotak Rayban original mengandungi satu sticker yang memaparkan segala maklumat penting berkaitan kacamata tersebut seperti Manufacturer, Model No, Colour Code, Size dan Barcode.

kotak original vs palsu

Semua maklumat ini mestilah sepadan dengan kaca mata yang ingin dibeli. Untuk mengetahui sama ada segala maklumat tersebut sepadan dengan kotak tersebut, anda boleh semak pada kaki sebelah kiri spek tersebut.

 

 2- Porch / Casing 

porch original vs palsu

Satu lagi cara untuk mengetahui spek Rayban original ataupun tidak adalah melalui porch/casingnya. Hal ini adalah kerana kotak Rayban original juga disertakan sekali dengan porch atau casing. Biasanya, Rayban tiruan tidak didatangkan dengan porch.

Porch original Rayban juga mempunyai perbezaan dengan porch tiruan Ray Ban. Biasanya, terdapat beberapa jenis casing kaca mata Rayban seperti hitam dengan coklat bagi model biasa, merah untuk model rare print, black carbon fiber untuk Rayban Tech, dan kelabu dengan tulisan titanium untuk titanium series.

Satu lagi cara untuk mengetahui porch atau casing original adalah dengan melihat pada saiznya yang mana saiz lebih besar. Selain itu, material yang digunakan juga berbeza yang mana material untuk casing original itu lebih pudar. Bukan itu sahaja, bagi Rayban original, terdapat logo pada casingnya.

 

 3- Lens
 lens rayban original vs palsu

Satu lagi cara untuk mengenal pasti Rayban original adalah dengan melihat pada lens Rayban tersebut. Hal ini adalah kerana lens Rayban tiruan dan original adalah sangat berbeza.

Lens Rayban original diperbuat daripada kaca berbanding dengan Rayban palsu yang kebanyakan diperbuat daripada plastik dan kelihatan tidak begitu berkualiti. Selain itu, kita juga boleh melihat pada stiker yang ditampal pada lens tersebut.

Biasanya, Rayban original akan ditampal dengan stiker berwarna emas pada lensya. Jenama Rayban dan kod yang menunjukkan warna lens akan terpapar pada sticker tersebut. Contohnya, jika lens tersebut warna Hijau (Green), kod G akan dipaparkan.

lens rayban

Selain itu, logo Rayban juga terletak pada sebelah kiri lens dan juga di sebelah kanan terdapat perkataan RB.

 

 4- Rangka/Frame

frame rayban 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat pada frame atau bingkai kaca mata untuk menilai ketulenan Rayban. Hal ini adalah kerana terdapat maklumat berkaitan model Rayban tersebut pada rangka atau bingkainya. Pada sebelah kiri kaki spek akan tercetak model, colour code, size dan filter type. Di sebelah kanan pula terdapat maklumat tentang negara asal model Rayban tersebut.

Namun begitu, ada juga model tiruan yang turut mempunyai maklumat seperti ini di framenya. Tetapi anda boleh memeriksanya dengan melihat pada kotak yang anda terima semasa membeli Rayban.

 

 5- Berat

Rayban original sebenarnya lebih berat berbanding dengan Rayban yang palsu. Hal ini adalah kerana bingkai Rayban original diperbuat daripada besi dan lensnya pula diperbuat daripada kaca. Justeru itu, ia lebih padat dan berat serta bingkainya lebih lasak.

Sebaliknya, Rayban tiruan lebih ringan dan material yang digunakan juga tidak tahan lasak kerana ia seolah-olah seperti diperbuat daripada plastik. Rayban tiruan juga mudah patah jika tidak dijaga dengan baik.

 

 6- Harga

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita boleh dapatkan Rayban original pada harga yang murah dengan membeli terus dari website official atau membeli terus dari Jepun. Tetapi harganya tidak semurah sehinggakan boleh dapat dengan harga semurah puluhan ringgit.

Hal ini adalah kerana model Rayban original biasanya dijual dengan harga yang mahal. Terutama sekali Rayban limited edition atau model popular. Jika harga Rayban terlalu murah, terdapat kemungkinan besar bahawa item tersebut adalah Rayban tiruan.

 

Beli Rayban Dari Yahoo!Auction

 

Ingin Dapatkan Model Rayban Yang Best? Jom Dapatkan Dari Zen Market

Kesimpulannya,peminat Rayban sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan model Rayban terutama sekali model limited edition atau model yang sudah tidak dikeluarkan lagi.

Justeru itu, ada yang sanggup keluarkan modal ribuan ringgit untuk mendapatkan model Rayban original. Ada juga yang sanggup terbang ke luar negeri untuk membeli terus dari sana.

Tetapi, anda juga boleh mendapatkan pelbagai barang berjenama termasuklah Rayban original, dengan membelinya melalui Website Zenmarket.

Hubungi kami di Media Sosial

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 01/09/2021 | Fesyen

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular