Carian dihidupkan, Tukar kedai
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Cara Beli G-Shock Dari Jepun (Panduan Langkah demi Langkah)

Ingin membeli G-Shock idaman dari Jepun tetapi tidak tahu bagaimana? 

Tidak ada masalah! Kami sedia membantu dengan panduan langkah demi langkah cara membeli G-Shock original Japan Set dari Jepun melalui ZenMarket!

 

Indeks

1. Perkara yang perlu diketahui mengenai G-SHOCK

2. Apakah perbezaan antara membeli dari laman web rasmi G-SHOCK dan laman web shopping yang lain?

3. Panduan langkah demi langkah untuk membeli G-Shock dengan laman web shopping di ZenMarket

4. Panduan langkah demi langkah untuk membeli G-Shock dengan laman web rasmi G-SHOCK melalui ZenMarket

5. Cara membuat bayaran untuk item di dalam troli ZenMarket

 

Perkara yang perlu diketahui mengenai G-Shock

Pada hari ini, G-SHOCK sudah berjaya menempa nama dalam dunia jam tangan di peringkat global serta mempunyai cult following atau peminat setianya yang tersendiri - yang menghargai dan meminati setiap aspek dalam siri dan model jam tangan yang dikeluarkan di bawah nama G-SHOCK. Minat mendalam ini tidak hanya terhad kepada model keluaran terkini, tetapi juga model keluaran lama yang sudah tidak dihasilkan atau dipasarkan lagi. 

Entri blog pada hari ini kami dedikasikan buat para pencinta G-SHOCK yang sedang mencari cara untuk mendapatkan G-SHOCK Japan Set dari Jepun tetapi tidak tahu cara dan platform untuk mereka memperolehinya.

 

 

Apakah perbezaan antara membeli dari laman web rasmi G-SHOCK dan laman web shopping yang lain?

ZenMarket adalah platform dalam talian besar yang menggabungkan antara laman web shopping terbesar di Jepun, dan juga menjadi proxy untuk beribu laman web kedai jenama Jepun yang lain. Dari laman web seperti Rakuten, Amazon, Yahoo! Shopping dan Yahoo! Auction, pelanggan dapat membeli barang keinginan mereka dengan senang melalui ZenMarket.

Apabila membeli dari laman web shopping seperti ini, terdapat banyak seller berbeza dari setiap kedai yang mengakibatkan variasi harga yang banyak. Kelebihannya adalah pelanggan mungkin boleh mendapatkan G-Shock dengan harga yang lebih murah dari harga asal, tetapi pada masa yang sama, ada juga seller yang berkemungkinan menjual ‘fake item’.

Jika membeli dari laman web rasmi G-SHOCK pula (melalui ZenMarket), harga adalah tetap dan tidak ada kemungkinan untuk terbeli jam yang fake. Walaubagaimanapun, banyak jam, terutamanya keluaran baru atau kolaborasi hangat, memerlukan preorder dan jika terlepas tempoh preorder ini, jam tersebut sudah tidak boleh didapati melalui laman web rasmi dan hanya boleh dibeli melalui reseller.

 

 

Panduan langkah demi langkah untuk membeli G-Shock dengan laman web shopping di ZenMarket.

 

LANGKAH 1: CARI ITEM

Bagi item dari Amazon Japan, Rakuten Japan, Yahoo! Auctions Japan, Yahoo! Shopping, dan ZenPlus (online marketplace milik ZenMarket), anda boleh mencari item terus dari laman web ZenMarket dengan menaip kata kunci (keyword) pada bar carian (search bar) yang disediakan kerana kami telah menggabungkan (integrate) laman-laman pembelian online berkenaan ke dalam laman web kami untuk memudahkan anda.

Sudah tentu, kata kunci boleh dimasukkan dalam bahasa Inggeris, tetapi jika anda mahukan hasil yang paling tepat, kami mengesyorkan memasukkannya dalam bahasa Jepun.

Untuk pencarian terbaik, masukkan terus nombor kod G-Shock yang diingini ke dalam bar pencarian.

Tidak tahu bahasa Jepun dan merasa panik? Jangan risau, itulah fungsi kami! Lihat 5 Cara Untuk Cari Produk Jepun Tanpa Mengetahui Bahasa Jepun - ia sangat mudah.

Untuk panduan bahagian ini, kami akan gunakan Rakuten sebagai contoh kerana Rakuten mempunyai polisi kualiti yang paling ketat, yang menjadikannya hampir mustahil untuk menjual sebarang fake item

Pilih “Rakuten” di bar carian.

Anda juga boleh mengecilkan skop carian dengan memilih kategori item yang anda inginkan. Klik butang "Semua" dan menu ke bawah akan dipaparkan.

Isikan kod G-Shock dalam bar carian dan tekan simbol kanta pembesar seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

 

LANGKAH 2: BANDINGKAN HARGA DAN PERIKSA KOS PENGHANTARAN DOMESTIK

Kini anda dapat membandingkan harga produk dari setiap vendor/seller dan keadaan yang berbeza (terpakai atau baru). Anda juga harus memeriksa kos penghantaran domestik untuk Jepun sebelum menambahkan produk ke bakul anda.

Biasanya kos penghantaran akan tertera di halaman produk tetapi jika tidak ditunjukkan, anda boleh melihat keterangan produk yang asal, dengan mengklik "Halaman item ini di Rakuten" dan anda akan dialihkan ke Rakuten (atau marketplace lain yang dipilih) untuk mendapatkan penerangan lengkap mengenai item tersebut.

Laman web asal sepenuhnya dalam bahasa Jepun, tetapi jangan risau, ada cara mudah untuk melihat semuanya dalam bahasa apa pun jika anda menggunakan Google Chrome - cukup right klik, pilih "Terjemahkan ke Bahasa Melayu / Translate to Malay" dan biarkan Google melakukan yang lain.

Anda tidak perlu mengklik "Tambahkan produk ke troli" di sini, kerana anda boleh membeli terus melalui ZenMarket.

 

LANGKAH 3: MASUKKAN ITEM KE DALAM TROLI

Dan akhirnya, setelah melihat semua maklumat yang diperlukan, kami kembali ke halaman ZenMarket dan menambahkan produk ke troli.

Itu sahaja! Dari sini, semuanya berfungsi seperti pembelian biasa melalui ZenMarket.

Jika tidak mengetahui cara pembelian melalui ZenMarket, kami akan menerangkannya di pengakhiran panduan ini.

 

Lihat G-Shock Edisi 2023 Jepun

 

 

 

Panduan langkah demi langkah untuk membeli G-Shock dengan laman web rasmi G-SHOCK melalui ZenMarket. 

 

LANGKAH 1: CARI ITEM DAN DAPATKAN LINK (PAUTAN)

Bagi item daripada laman pembelian online Jepun selain daripada laman web yang telah digabungkan ke dalam ZenMarket, anda boleh terus melayari laman web berkenaan dan mencari item yang anda inginkan di situ.

Anda boleh membeli langsung dari laman web rasmi G-Shock, atau beli jam used di laman web secondhand yang lain seperti NetMall Hard-Off

Kerana panduan ini menerangkan mengenai laman web rasmi G-Shock, kami hanya akan menyentuh laman web tersebut sahaja. Tetapi langkah-langkahnya adalah sama untuk semua laman web di luar ZenMarket.

Untuk laman web lain di luar ZenMarket seperti ini, pertama sekali anda perlu isikan produk yang dicari ke dalam bar carian laman web tersebut. 

Pergi ke halaman G-Shock yang diingini dan salin (copy) link item berkenaan. 

 

LANGKAH 2: KEMBALI KE ZENMARKET DENGAN LINK 

Kembali semula ke laman web ZenMarket dan tampal (paste) link yang telah disalin tersebut ke dalam bar carian. Kemudian, tekan butang Enter atau ikon +.

Tetingkap pop-up seperti berikut akan dipaparkan. Masukkan maklumat item yang anda inginkan, jika perlu; seperti saiz, warna dan sebagainya. Kemudian klik butang tambah.

Staf kami akan dimaklumkan mengenai item anda, dan akan mula menyemak ketersediaan item anda (ada dalam stok atau tidak) dan harga (termasuk kos penghantaran domestik ke gudang ZenMarket). Proses ini akan mengambil masa kira-kira 24 jam untuk diselesaikan. Anda boleh menyemak status item anda melalui Akaun Saya pada bila-bila masa sahaja.

 

 

Cara membuat bayaran untuk item di dalam troli ZenMarket.

 Langkah-langkah yang perlu diikuti setelah memasukkan produk ke dalam troli. Ini adalah sama untuk semua item, tidak kira sama ada dibeli melalui kedai marketplace yang telah digabungkan ke dalam ZenMarket, atau laman web luaran.

 

 LANGKAH 1: SEMAK JUMLAH, TAMBAH WANG, DAN BUAT PEMBAYARAN ITEM

 Setelah item anda disahkan, paparan status item pada akaun anda akan bertukar. Anda boleh melihat jumlah kos yang perlu dibayar merangkumi harga barang, caj perkhidmatan ZenMarket dan kadar penghantaran domestik.

 Jika anda ingin teruskan pembelian, anda perlu menambah wang yang mencukupi terlebih dahulu untuk menampung jumlah kos di atas. Klik butang “Tambah Wang” dan pilih kaedah penambahan wang yang anda ingin gunakan.

 

Setelah menambah wang ke baki akaun anda, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya satu klik pada butang “Bayar” yang berwarna jingga.


Selepas menerima pembayaran daripada anda, kami akan membuat pembelian item anda. Item tersebut biasanya dihantar ke gudang ZenMarket dalam tempoh seminggu kemudian (item lelongan dari Yahoo! Auction selalunya mengambil masa yang lebih panjang).

 

LANGKAH 2: TUNGGU

Sementara menunggu item anda dihantar ke gudang kami, anda boleh memohon perkhidmatan tambahan iaitu foto item yang akan dicaj sebanyak 500 yen (kira-kira 5 USD). Jika anda memohon perkhidmatan ini, kami akan mengambil beberapa keping gambar item anda setelah kami menerima item itu supaya anda dapat pastikan ketepatan dan kondisi item tersebut sebelum mengirimkannya ke alamat anda.

Kami menyarankan anda mengambil perkhidmatan ini terutamanya untuk barangan yang mahal, kerana penukaran atau pengembalian item yang telah dikirimkan adalah sangat sukar, mengambil masa yang lama serta memakan belanja. 

Untuk memohon perkhidmatan ini, klik ikon tambah.

Tetingkap pop-up berikut akan muncul, dan anda boleh menulis komen berkenaan jenis gambar yang anda ingin lihat. Kami menyarankan anda mengisi ruangan ini dengan terperinci dan jelas supaya staf kami tahu foto sebagaimana yang perlu diambil. Setelah itu, komen anda akan diterjemah oleh operator kami dan dihantar kepada staf di gudang untuk tindakan lanjut.

 

LANGKAH 3: BUAT BUNGKUSAN

 

LANGKAH 4: BAYAR KADAR PENGIRIMAN ANTARABANGSA

Selepas membuat bungkusan melalui akaun anda, barangan anda akan dibungkus oleh staf kami. Setelah pembungkusan selesai, anda boleh melihat maklumat bungkusan anda (saiz, berat, kadar pengiriman antarabangsa, dll.) dan membuat pembayaran kadar pengiriman antarabangsa.


Bungkusan anda akan dikirimkan dalam tempoh 1 atau 2 hari selepas pembayaran diterima.

Sekarang, anda hanya perlu menunggu ketibaan bungkusan anda dari Jepun! Mudah, bukan? 

 

 Jika ada mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk halaman Soalan Kerap Tanya pada laman web kami atau hubungi Team Khidmat Pelanggan kami.

 

Daftar Akaun ZenMarket PERCUMA

 

 

  


 

 

 
 

 

Artikel| 28/09/2021 | PanduanFesyen

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular