Carian dihidupkan, Tukar kedai
Potongan sehingga 5,000yen kod "MAY24" LAGI

Nak Beli Gitar Di mana: Kedai Paling Best dan Tips Berguna

Dunia gitar Jepun sangat luas dan cara terbaik untuk masuk dalam dunia ini adalah dengan membeli gitar secara langsung dari Jepun. Dalam panduan kami, anda akan jumpa kedai online dan platform e-commerce Jepun paling best untuk beli gitar, istilah gitar Jepun yang berguna dan rekomendasi lain untuk memilih gitar online dengan ZenMarket.

Beli gitar dari Jepun secara langsung

 Where to buy Japanese guitars in 2024: the best stores and useful tips

Kenapa anda harus beli gitar Jepun?

Gitar Jepun ialah gabungan ketukangan berkualiti tinggi, bunyi yang sedap dan gaya reka bentuk Jepun yang sudah diperhalusi sehingga sempurna. Ia sesuai untuk mereka yang mencari alat muzik pertama dan mereka yang memerlukan gitar profesional untuk persembahan. Ahli tukang Jepun telah membuat instrumen ini sejak awal abad ke-20 dan telah mencapai tahap kecemerlangan global dalam masa kurang daripada 100 tahun, bersaing dengan jenama Barat lain yang terkemuka.

Apa sahaja jenis gitar yang anda cari, jenama gitar Jepun boleh menawarkan anda instrumen berkualiti dari pelbagai range harga daripada harga pilihan mampu milik, kepada gitar tandatangan daripada artis terkenal dunia. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai jenis gitar dan jenama gitar Jepun dalam laman web kami.

Baca Juga: CARA PILIH GITAR

 

Bagaimanakah cara untuk mencari gitar dalam Bahasa Jepun?

What are the types and brands of guitars called in Japanese?

Terus baca post ini untuk tahu jenis dan jenama gitar dalam istilah Jepun yang akan membantu anda mencari terus produk yang diingini di kedai online Jepun. Untuk pelbagai kategori, terdapat dua pilihan - nama penuh dan nama disingkatkan. Orang Jepun suka menggunakan singkatan, jadi selalunya anda akan menemui singkatan nama di laman web.

  • Gitar Klasik (クラシックギター, kurashikku gitaa atau クラギター, kuragitaa);
  • AGitar Akustik (アコースティックギター, akousutikku gitaa, atau アコギ, akogi);
  • Gitar Electroakustik (エレクトリックアコースティックギター, erekutorikku akousutikku gitaa, atau エレアコ, ereako);
  • Gitar Eletrik (電気ギター, denki gitaa, エレクトリックギター, erekutorikku gitaa, atau エレキ, ereki);
  • Gitar Semi-Akustik (セミアコースティックギター, semiakousutikku gitaa, atau セミアコ, semiako);
  • Gitar bes (ベースギター, beesu gitaa, atau ベース, beesu).

Penting! Semasa membeli gitar terpakai, pastikan anda menyemak keadaan leher, batang kekuda (truss rod) di dalamnya dan fret. Perihalan produk biasanya menunjukkan tahap kehausan elemen gitar. Sebagai contoh, フレット残り (furetto nokori) menunjukkan baki bekalan fret - jika penunjuk adalah sekitar 7-8, maka fret adalah 70-80% masih elok, dan 20-30% haus. Fret ini mungkin perlu diganti kelak. Frasa トラスロッドの余裕 (torasurodo no yoyuu) ialah julat batang kekuda, ia tidak boleh dipakai hingga lunyai. Dan sudah tentu, jangan lupa untuk menilai keadaan gitar dari gambar, dan jika gambar tidak mungkin atau tidak disediakan, maka kami cadangkan untuk tidak membeli produk terpakai daripada penjual itu.

Baca Juga: TIPS PILIH GITAR TERPAKAI

Jenama gitar Jepun yang paling terkenal ditulis dalam bahasa Jepun seperti ini:

  • Ibanez (アイバニーズ, aibaniizu);
  • Yamaha (ヤマハ, yamaha);
  • Takamine (株式, takamine);
  • Fernandes (フェルナンデス, ferunandesu);
  • Morris (モーリスギター, mourisu gitaa);
  • Fender Japan (フェンダージャパン, fendaa japan);
  • ESP (イーエスピー, iiesupii);
  • Tokai (東海, toukai).

Baca Juga: 5 JENAMA GITAR JEPUN PALING TERKENAL

Di mana boleh dapatkan gitar secara langsung dari Jepun?

Cara paling mudah untuk membeli gitar daripada platform e-commerce online Jepun adalah menggunakan ZenMarket (servis proxi beli-belah) yang mempunyai kedai online Jepun popular yang disepadukan ke dalam laman web kami:

 Buying guitars from japan

  • Amazon Japan
    shop Amazon jp on ZenMarket
    Amazon Jepun (JP) kebanyakannya menjual gitar baharu daripada jenama Jepun, termasuk yang mempunyai penghantaran percuma di Jepun. Ini sangat menguntungkan jika anda ambil kira berat gitar itu. Anda juga boleh temuinya di kedai lain. Jika anda melihat tulisan 送料無料 (souryou muryou) - ini bermakna penghantaran adalah percuma. Mudah untuk melihat ciri produk di Amazon.jp, kerana pembeli yang betul membeli sama ada dari Jepun dan luar negara sering meninggalkan ulasan dengan gambar di sana, menjadikannya lebih mudah untuk memilih gitar berkualiti tinggi yang sesuai untuk anda.

Beli-belah di Amazon.jp dengan ZenMarket

  • Rakuten
    Shop Rakuten on ZenMarket
    Rakuten ialah salah satu platform e-commerce online terbesar di Jepun. Platform online ini mempunyai pelbagai kedai termasuk penjual gitar rasmi, dan menyediakan pelbagai pilihan barangan daripada akustik kepada gitar elektrik dan juga set gitar!

Beli-belah di Rakuten dengan ZenMarket

  • Mercari
    Shop Mercari japan on ZenMarket


    Jika anda berminat dengan barangan terpakai atau gitar terpakai, anda boleh tengok laman web Mercari. Mereka adalah salah satu pasar lambak terbesar di Jepun, di mana pelbagai penjual (individu dan kedai) menyenaraikan produk mereka pada harga yang rendah. Di sini anda boleh menemui gitar vintaj atau edisi terhad yang pasti akan menggembirakan pengumpul gitar rare.

Beli-belah di Mercari Japan dengan ZenMarket

 

  • Yahoo Auctions
    Shop Yahoo Auctions on ZenMarket
    Seperti Mercari, di Yahoo! Auction anda boleh jumpai banyak gitar terpakai dan vintaj yang berbeza dari Jepun. Anda perlu mengambil bahagian dalam lelongan dengan membida - dan anda boleh melakukannya dengan mudah dengan bantuan ZenMarket. Tidak perlu sebarang akaun Jepun! Jika anda ingin membida pada lelongan Yahoo, ingat untuk membaca blog kami tentang cara membida pada Yahoo! Auction di bawah.

Baca Juga: CARA BIDA DI YAHOO! AUCTION DENGAN ZEN MARKET

Beli-belah di Yahoo! Auctions dengan ZenMarket

 

  • Rakuma
    Shop Rakuma on ZenMarket
    Rakuma adalah laman web subsidiari Rakuten, khusus untuk barangan terpakai. Jika anda sedang mencari gitar terpakai dari Jepun, maka anda wajib layari laman web ini. Anda mungkin boleh jumpa pilihan gitar yang menarik.

Beli-belah di Rakuma dengan ZenMarket

 

 

Kedai Gitar Online Jepun Yang Popular

Jika anda ingin membeli pelbagai jenis gitar Jepun baharu dan retro yang lebih lengkap atau tidak menemui model yang anda inginkan di platform kedai bersepadu kami, anda juga boleh membeli gitar dari Jepun di hampir semua laman web Jepun dengan ZenMarket.

Also Read: CARA BELI GITAR DARI KEDAI LAIN DENGAN ZENMARKET 

Berikut ialah senarai kedai gitar online popular:

 

1. Ikebe Music

Guitars from Ikebe Music

Ikebe Music ialah kedai rangkaian gitar terkenal yang lokasi boleh dijumpai di seluruh Tokyo dan Osaka. Dan sudah tentu, anda boleh memesan pelbagai jenis gitar dari kedai online mereka. Laman web Ikebe Music mempunyai bahagian berasingan untuk gitar elektrik, akustik, elektro-akustik dan bes. Kedai ini menjual kedua-dua instrumen baharu (dalam istilah Jepun 新品, shinpin) dan gitar terpakai (terdapat bahagian khas). Barangan terpakai boleh dibezakan dengan mudah daripada yang baharu dengan perkataan seperti 中古 (chuuko) atau ユーズド (yuuzudo).

Beli-belah di Ikebe Gakki

 

2. Yamano Music Rock Inn

 Guitars from Yamano Music Rock Inn

Jika anda menyukai muzik rock, maka kedai Yamano Music Rock Inn mungkin akan menarik minat anda. Mereka menawarkan pelbagai jenis gitar akustik, elektrik dan bes daripada pelbagai jenama dari jenama Jepun dan jenama asing yang popular. Di sini anda boleh menemui bukan sahaja instrumen baharu, tetapi juga gutar rare custom yang eksklusif dan jarang ditemui. Wajib layari laman web mereka untuk pengumpul gitar rare. Sesetengah gitar rare ini boleh menelan kos sehingga satu setengah juta yen - pilihan untuk pakar gitar.

Beli-belah di Yamano Music Rock Inn

 

3. Yamano Music Gengakki

Guitars from Yamano Music Gengakki

Jika anda memerlukan gitar klasik, anda harus layari laman web Yamano Music Gengakki. Ini ialah kedai berasingan dari Yamano Music Rock Inn. Khusus untuk instrumen bertali klasik seperti gitar Sepanyol dan mandolin, dan juga menjual biola dan cello.

 Beli-belah di Yamano Music Gengakki

 

4. Big Boss 

Guitars from Big Boss

Ini ialah kedai gitar yang mempunyai 14 cawangan di Jepun dan merupakan kedai online rasmi untuk membeli gitar ESP, jenama gitar Jepun yang terkenal. Selain gitar elektrik dan gitar bes dari ESP, di sini anda boleh mencari produk daripada jenama gitar lain, serta pelbagai aksesori dan peralatan. Sebagai contoh, penguat kombo, kesan, dan lain-lain. Dalam Kategory Model Artist, anda boleh menemui gitar eksklusif dengan reka bentuk badan yang luar biasa dan model signature.

Beli-belah di Big Boss


5. Digimart

Guitars from DigimartPlatform e-commerce Jepun terbesar khusus untuk alat muzik, termasuk gitar. Digimart mempunyai ratusan kedai muzik di seluruh Jepun, membolehkan anda mendapatkan pilihan tanpa had pelbagai jenis gitar sama ada gitar baharu, vintaj dan eksklusif. Selain itu, anda boleh mencari bukan sahaja aksesori gitar, tetapi juga alat ganti untuk gitar, seperti pikap, tali dan penala.

Beli-belah di Digimart

 

6. Hard Off

Guitars from Hard Off

Jika anda berminat dengan gitar terpakai, kami juga mengesyorkan anda melihat laman web Hard Off. Mereka adalah salah satu rangkaian kedai Jepun terbesar bagi pelbagai barangan terpakai, termasuk alat muzik dan gitar. Mereka akan melakukan semakan dengan teliti produk yang dijual dan memberikan penerangan terperinci tentang produk tersebut. Anda boleh melihat gitar terpakai dalam gambar untuk menilai produk tersebut.

Beli Gitar dari from Hard Off

 

7. Ishibashi

Guitars from Ishibashi Music Store

Ishibasic Music ialah kedai khusus untuk gitar baharu dan vintaj, aksesori dan alat muzik lain yang terkenal. Mereka selalunya mempunyai gitar edisi terhad dan model baharu pada harga yang berpatutan!

Beli Gitar dari Ishibashi

 

8. J-Guitar

Guitars from Ishibashi Music Store

Dapatkan tawaran menarik untuk kedua-dua gitar baharu dan vintaj, aksesori gitar dan banyak lagi langsung dari Jepun!

Beli-belah di J-Guitar

 

Cara beli gitar online dari Jepun

Jika anda mahu beli gitar daripada kedai online Jepun dengan ZenMarket, ini cara-caranya:

1. Tambah item ke troli beli-belah (anda boleh beli-belah di kedai bersepadu ZenMarket atau salin & tampal URL item dari kedai lain ke bar carian)
2. Buat pembayaran untuk item tersebut setelah semakan selesai
3. Tunggu barang sampai di gudang
4. Buat bungkusan, dan pilih kaedah pengiriman pilihan anda
5. Bayar untuk pengiriman dan tunggu gitar baharu anda!

Baca Juga: CARA BELI DI KEDAI ONLINE JEPUN DENGAN ZENMARKET

Pembungkusan gitar

Jika anda tertanya-tanya bagaimana ZenMarket membungkus gitar untuk memastikan ia tidak pecah semasa pengiriman, tonton video di bawah bagaimana gitar dibungkus di gudang ZenMarket sebelum pengiriman.  

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ZenMarket EN (@zenmarket_en) 

Kos pengiriman gitar dari Jepun

Pengiriman untuk gitar boleh jadi mahal kerana berat dan saiznya. Satu bungkusan gitar biasanya mempunyai berat sekitar 5 ke 10 kg. Jika anda menambah bungkusan pengkhususan, ia boleh menambah berat bungkusan sebanyak 1 kg. Anda boleh menyemak anggaran kos pengiriman menggunakan kalkulator caj kami. Pastikan anda mengisi berat, dimensi dan negara destinasi setepat mungkin.

Ambil maklum bahawa kerana saiz gitar yang besar dan kemungkinan mempunyai alat ganti elektrik, tidak semua kaedah pengiriman boleh digunakan. Anda harus menyemak peraturan perkapalan dan kastam untuk mengimport gitar ke destinasi anda. Berikut ialah simulasi jumlah kos pengiriman gitar ke Amerika Syarikat.

Example of total costs of shipping a Guitar with ZenMarket

 

Istilah gitar Jepun

terminology of an electric guitar

Untuk memudahkan anda menavigasi laman web Jepun semasa memilih gitar, adalah berguna untuk mengetahui beberapa perkataan dalam bahasa Jepun. Selalunya kedai Jepun akan meletakkan istilah asas gitar dalam bahasa Inggeris. Atau anda boleh menggunakan terjemahan Google Chrome ke dalam bahasa Inggeris (atau apa-apa bahasa pilihan anda) secara automatik. Untuk rujukan yang lebih mudah, ingat istilah gitar paling penting dalam bahasa Jepun dan Melayu di bawah:

  • Gitar (ギター)

  • Badan Gitar (本体 atau ボディ) dan Material Badan Gitar (本体材質). Boleh dibuat daripada pelbagai jenis kayu, seperti maple atau mahogani. Kadangkala jenis bahan juga ditunjukkan untuk bahagian badan yang berlainan.

  • Warna (色 atau カラー). Gitar terdapat dalam pelbagai warna. Sebagai contoh, gitar akustik berwarna kayu asli dilabelkan ナチュラル (natural), manakala gitar berbadan hitam dilabelkan 黒系 (siri hitam) atau ブラック (hitam)

  • Tali (弦). Tali adalah bahan selalu memerlukan ganti untuk gitar. Selalunya, selepas membeli instrumen baru, dinasihatkan untuk segera menggantikan tali dengan yang baru dan lebih berkualiti. Dari semasa ke semasa, tali akan putus atau haus, jadi ia perlu diganti secara berkala untuk memastikan instrumen berbunyi dengan baik. Dalam perihalan gitar, lihat parameter seperti bilangan tali (弦数) dan bahan tali (弦の材質)
  • Leher (ネック). Bahagian terpanjang gitar yang memegang tali. Di dalamnya terdapat rod kekuda boleh laras (トラスロッド) yang membantu leher menahan ketegangan tali.

  • Fret (フレット). Batang logam pada leher gitar, yang talinya ditekan semasa memainkan instrumen. Mereka menandakan kawasan untuk memain nota tertentu. Terdapat gitar tanpa fret di mana anda boleh membuat slaid yang lebih lancar dan mudahkan peralihan antara nota.

  • Bridge (ブリッジ). Tempat di mana tali melekat pada badan. Terdapat banyak reka bentuk bridge berbeza untuk pelbagai jenis gitar. Gitar elektrik mungkin mempunyai tali melalui badan atau dipasang pada bridge dengan sistem tremolo terbina di dalam.

  • Pikap (ピックアップ). Mereka membaca getaran tali pada gitar elektrik untuk menguatkan bunyi melalui penguat kombo. Terdapat jenis pickup berbeza bergantung pada lokasi gitar (berhampiran bridge, leher atau di tengah) dan kekerapan bunyi diambil (gegelung tunggal (S) - bunyi lebih tinggi, humbucker berganda (H) - lebih rendah). Bilangan pikap mungkin berbeza pada gitar elektrik yang berbeza. Contohnya, jika anda melihat sebutan H-S-H dalam jenis pikap, ini bermakna gitar mempunyai humbucker berhampiran bridge, satu gegelung di tengah dan humbucker lebih dekat dengan leher.


    HSH Guitar

 

 

 

 Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?

ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun!

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 17/05/2024 | guitar

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular