Carian dihidupkanTukar kedai
Diskaun 10% Kupon RAKUMA: 28/08 00:00 - 31/08 23:59 JST BELI SEKARANG
12% OFF di RAGTAG! 08/18 00:00 - 08/31 23:59 JST BELI SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

5 Jenama Gitar Jepun Paling Terkenal

Ahli luthier Jepun sangat hebat dalam membuat instrumen terkemuka dan telah meningkatkan kualiti pembuatan gitar selama berabad lamanya. 

Ramai orang seluruh dunia menggemari gitar Jepun mungkin kerana sebab ketepatan pemotongan mereka, akses kepada tonewood berkualiti, teknik pembuatan yang inovatif, atau lain-lain.

Setanding dengan pembuat instrumen dari mana-mana negara lain, tiada dua jenama gitar Jepun yang boleh dikatakan serupa. Dalam artikel ini, kami menyenarai pendek 5 jenama gitar terkenal buatan Jepun. Jom baca!

Beli Gitar dari Jepun

 

 

Yamaha

Yamaha Logo

Abtara pembuat gitar yang paling lama beroperasi, Yamaha telah wujud sejak tahun 1887. Syarikat ini pada mulanya dikenali sebagai Nippon Gakki Co. Ltd. dan dilancarkan sebagai pembuat organ buluh dan piano sebelum mereka memperluas servis ke pembuatan gitar pada tahun 1940-an.

Sehingga hari ini, Yamaha berdiri di antara jenama gitar paling prolifik dan serba boleh. Mereka menawarkan produk untuk orang dengan pelbagai bajet, tahap kemahiran dan keutamaan estetik.

Salah satu gitar mereka yang paling dikneli ramai ialah GigMaker - gitar elektrik untuk pemain peringkat permulaan. Sama popular ialah Siri Pacifica, yang membantu jenama ini mendapat pujian antarabangsa dengan menyediakan rangkaian model unik dengan spesifikasi yang sangat berbeza sambil mengekalkan  "faktor X" unik gitar Yamaha.

Yamaha Gigmaker Guitar

Ahli luthier Yamaha juga hebat dalam membuat gitar akustik berkualiti tinggi. Mereka telah mencipta sejarah dengan Siri FG ikonik yang merangkumi semua sifat yang diperlukan gitar akustik gaya tradisional - nada yang hebat, pentas bunyi yang seimbang, ketahanan yang teguh dan reka bentuk yang cantik.

Yamaha Acoustic Guitar

Mereka telah berinovasi selama lebih satu abad, tetapi baru-baru ini mereka membawa inovasi baru dengan "Gitar Senyap" milik mereka. Ini adalah teknologi gitar mudah alih terbaru yang membolehkan pemain gitar menggunakan kenderaan awam dan mengembara sambil bermain gitar tanpa mengganggu orang lain.

 

Ibanez

Ibanez logo

Jenama ini pada mulanya dikenali sebagai "Hoshino Gakki" dinamakan sempena CEO dan pengasasnya sebelum menjadi bertukar menjadi "Ibanez". Ibanez secara rasmi diasaskan pada tahun 1957, tetapi Hoshino telah membuat gitar sejak tahun 1935.

Dahulu Ibanez hanya mempunyai kepakaran pakar yang lebih banyak dalam gitar elektrik dan akustik "standard",namun kini ia mempunyai gitar dalam setiap bentuk dan warna. Daripada siri "X" kegemaran metalhead kepada "AZ" tradisional kepada "AR" yang elegan kepada "Iceman" yang unik, katalog mereka sekurang-kurangnya sebanyak Yamaha.

Ibanez Electric Guitars

Ibanez secara tidak rasmi dikenali sebagai jenama pilihan untuk pemain gitar metal. Beberapa peminatnya yang paling menonjol (dan pemilik terkenal dengan gitar Ibanez) termasuk Tim Henson dari Polpyhia, Kiko Loureiro dari Megadeth, Marten Hagstrom dari Meshuggah, lagenda Paul Stanley dari KISS dan Nita Strauss, pemain gitar utama dalam kumpulan Alice Cooper.

Ibanez is also big in acoustic guitars, offering a diverse range of models made from standard mahogany, Okoume, ash, maple, and everything in between. 

Ibanez juga dikenali dengan gitar akustik dan menawarkan pelbagai model yang diperbuat daripada mahogani standard, Okoume, abu, maple, dan lain-lain.

 

ESP Guitars

ESP Guitars logo

Salah satu pembuat gitar elektrik terkemuka, ESP Guitars mempunyai sejarah panjang dan katalog gitar unik yang besar. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1975 sebagai kedai ganti alat gitar. Mereka mula membuat custom axes hampir sedekad kemudian dan dengan pantas menjadi terkenal pada akhir 1980-an.

Fokus mereka membuat gitar untuk pemuzik hard rock dan metal setanding dengan Ibanez. Barisan gitar standard mereka merangkumi instrumen gelap yang terang dengan ketepatan sonik dan kebolehubahsuaian yang sangat tinggi. ESP Guitars populariti melonjak naik selepas Kirk Hammet dan James Hetfield, pemain gitar Metallica, mula menggunakan gitar mereka.

ESP Electric Guitars

Walaupun kebanyakan gitar mereka seperti MK EC-FR, atau TL-6 bertujuan untuk berfungsi dengan gain yang diputar hingga 13, mereka juga mampu menghasilkan akord dan melodi yang indah. 

Koleksi mereka yang mungkin paling digemari ramai ialah ESP Original Series. Ia dipecahkan kepada berbilang kategori, dengan masing-masing memenuhi keperluan dan pilihan tonal yang berbeza. Tetapi, kami berpendapat bahawa ESP Arrow ialah ciptaannya yang paling bergaya.

Baca Juga: TOP GITAR VINTAGE JEPUN

 

Fernandes Guitars

Fernandes Guitars

Dahulunya dikenali sebagai Alat Muzik Saito, Fernandes Guitars telah dilancarkan pada tahun 1969. Setakat ini, jenama ini telah mengeluarkan enam koleksi gitar, termasuk NTG, FR, TEJ, RT, APG dan Ravelle Series

Gitar terbaru mereka jelas berbeza daripada karya Fernandes Guitars yang terdahulu, menampilkan perkakasan terkini, tonewood berkualiti luar biasa dan bentuk badan yang unik.

Fernandes Guitars Types

Jenama gitar Jepun ini dikenali terutamanya dengan gitar elektrik klasik seperti Monterey Deluxe, Tej-ELT 2S dan RT-ELT, tetapi katalognya juga menampilkan beberapa reka bentuk unik, dengan contoh paling menonjol ialah Ravelle STD AR BLKS.

Numerous high-profile artists have used (and many still do) a Fernandez Guitar; from U2’s The Edge and Billie Joe Armstrong of Green Day to Brad Gillis of Night Ranger, the company has fans all across the globe

Ramai artis berprofil tinggi telah menggunakan (dan masih menggunakan) gitar jenama Fernandez. Contohnya, The Edge dari U2 dan Billie Joe Armstrong dari Green Day dan Brad Gillis dari Night Ranger menunjukkan jenama ini mempunyai peminat di seluruh dunia.

Baca Juga: CARA BELI ALAT MUZIK DARI DIGIMART JAPAN

 

FujiGen Guitars

FujiGen, atau dikenali sebagai FGN Guitars, ialah syarikat pembuat gitar Jepun popular yang telah beroperasi sejak tahun 1960. Ia merupakan salah satu pengeluar peralatan muzik asli paling dihormati di Asia Timur Laut dan boleh dikatakan sebagai salah satu pencipta reka bentuk solid body paling mahir.

Mereka secara ringkasnya mempunyai kontrak dengan Fender (Jepun) untuk mengeluarkan beribu-ribu gitar secara besar-besaran, terutamanya untuk pasaran asing. Mereka kemudian bekerjasama dengan pelbagai jenama gitar terulung seperti Epiphone, Gibson, dan Gretsch.

FujiGen Guitars

Apa yang membezakan FujiGen daripada pembuat gitar Jepun lain ialah perhatian mendalam mereka terhadap perincian gitar buatan mereka. Gitar mereka boleh dilihat dan terasa dimainkan hampir sempurna dan selalunya dibekalkan dengan sekurang-kurangnya satu ciri unik (cth. kombo pikap kumparan ganda dan pickup kumparan tunggal).

Antara gitar mereka yang paling popular ialah Odyssey, Iliad, Mythic, Flame, dan Neo-Classic - semuanya mempunyai reka bentuk cantik dan disokong nada kuat masing-masing.

 

Jenama Mana Sesuai dengan Anda?

Setiap pengeluar gitar Jepun membawa nafas baru dalam industri pembuatan gitar. Jika anda mencari nada nyaring yang boleh memecahkan kaca, Ibanez adalah jawapannya. Jika anda lebih kepada pemain gitar kasual dengan bajet terhad, Fernandes mungkin pilihan yang lebih baik.

FujiGen gitar serba boleh. ESP Guitars pakar gitar custom, manakala Yamaha menawarkan gitar versatil yang tiada tandingan. Kami berharap panduan ini dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang jenama gitar Jepun terbaik.

 

 

 Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?

ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun!

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 17/05/2024 | guitar

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular