Carian dihidupkan, Tukar kedai
5% pulangan untuk Item Rakuten 27 Mei 16:00 - 31 Mei 16:00 JST BELI SEKARANG
10% CASHBACK UNTUK ITEM RAKUMA: 27 MEI 4PM - 31 MEI 4PM JST BELI SEKARANG
Potongan sehingga 5,000yen kod "MAY24" LAGI

Top 15 Karakter Sanrio Paling Terkenal

Hello Kitty dari jenama Sanrio adalah karakter disayangi ramai yang meraih minat ramai peminat dari seluruh dunia. Tetapi tahukan anda terdapat banyak lagi karakter yang comel-comel dari Sanrio untuk anda kenali?

Antara rakan-rakan Hello Kitty yang sama comel dan disayangi ramai ialah Pompompurin yang menawan hati, Gudetama yang pemalas, dan My Melody yang baik hati dan boleh diharap. Mereka sudah membuat penampilan bersama Hello Kitty dalam pelbagai produk, anime, manga dan filem.

Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan karakter-karakter Sanrio disayangi ramai daripada latar belakang ringkat, asal-usul dan juga personaliti dan penampilan mereka.

Beli barang karakter Sanrio

 

1. Hello Kitty (ハローキティ)

Hello kitty
Hello Kitty ialah karakter Sario paling ikonik. Dia telah membuat penampilan dalam banyak produk Sanrio seperti pakaian, anime, manga, barang mainan dan lain-lain.

Populariti Hello Kitty menjadikan dia sebagai ikon budaya pop di Japan dan juga di negara Barat. Dia juga pernah bekerjamasa dengan pelbagai jemana ternama termasuk Converse, Adidas, Doc Martens, Citizen dan banyak lagi. Penampilan pertamanya pada sebuah beg dompet vinil di Jepun, dan sejak dari itu, dia berjaya mencuri hati jutaan peminat di seluruh dunia. Dia juga diangkat sebagai fashion statement oleh ramai selebriti Amerika Syarkat termasuk Mariah Carey dan Lady Gaga.

Hello Kitty diperkenalkan pertama kali pada tahun 1974. Dicipta oleh Yuko Shimizu dan direka oleh Yuko Yamaguchi, Hello Kitty merupakan kucing betina dari baka Bobtail dan memakai signature ribon merah di telinga kiri. Nama penuhnya ialah Kitty White (キティ・ホワイト), dan tarikh lahirnya jatuh pada 1 November.

Hello Kitty mendapat tempat di dalam hati kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kanak-kanak suka menonton rancangan kartun dan memakai produk, manakala, orang dewasa menyukai barang Hello Kitty premium. Populariti Hello Kitty telah membantu penghasilan dua taman tema, Sanrio Puroland dan Harmonyland.

Beli barang Hello Kitty dari Jepun

 

2. Gudetama (ぐでたま)

Salah satu karakter comel dalam rangkaian Sanrio ialah Gudentama. Namanya boleh diterjemah sebagai "Telur Pemalas". Penampilannya seperti telur kuning mentah dengan punggung yang comel.

Kebiasaanya Gudetama ditampilkan dengan mata kuyu, tidak mempunyai leher dan bahagian badan atas dan sentiasa terbaring di atas telur putih yang menjadi katilnya. Antara bentuk lain Gudetama ialah pelbagai versi telur yang sudah dimasak.

Oleh sebab Gudetama ialah telur mentah, dia disifatkan sebagai karakter tanpa jantina. Walaubagaimanapun, dia dirujuk sebagai lelaki dalam laman rasmi Youtube channel Hello Kitty.

Gudetama diperkenalkan pada tahun 2013 dan dicipta oleh Nagashima Emi. Walaupun kehadiran Gudetama agak baharu, dia telah berjaya memenangi ramai hati peminat Sanrio. Dia mempunyai kafe sendiri di Osaka, Gudetama Cafe dan kawasan sendiri di Sanrio Puroland. Gudetama juga telah menerima adaptasi live action pada tahun 2022 dengan nama Gudetama: An Eggcellent Adventure.

 

Beli barang Gudetama dari Jepun

 

3. My Melody (マイメロディ)

My Melody sat on a mushroom in a red hood with her friendsBersasal dari London, My Melody, ciptaan Yasuko Matsumoto merupakan rakan baik Hello Kitty dan diperkenalkan pada tahun 1975. Dia disifatkan sebagai arnab yang jujur dan baik hati. Dia dilahirkan pada 18 Januari in hutan ajaib Mari Land.

Pada penampilan umum pertamanya, dia memakai hood merah atau pink menutupi telinga kerana dia sepatutnya menunjulkan karakter Little Red Riding Hood. My Melogy mempunyai adik lelaki bernama Rhythm dan Kuromi sebagai rival.

My Melody juga membintai rancangan animasinya sendiri, Onegai My Melody yang ditayangkan dari April 2005 hingga March 2006 berjumlah sebanyak 52 episod. dia juga membuat penampilan di rancangan tv bersama rakan-rakannya dalam rancangan "Hello Kitty's Furry Tale Theater" dan "The Adventures of Hello Kitty & Friends."

Beli barang My Melody dari Japan

 

4. Kuromi (クロミ)


Kuromi ialah salah satu watak jahat dalam francais Sanrio. Dia ialah rival kepada My Melody dan watak antagonis dalam rancangan Onegai My Melody. Kuromi membuat penampilan rasmi pertama kali pada tahun 2005

Mempunyai penampilan berbeza daripada My Melody yang comel, Kuromi mempunyai penampilan punk dan baju inspirasi dari fesyen goth. Dia mempunyai ekor hitam dan memakai topi jester hitam dengan tengkorak pink yang akan bertukar mengikuti riak mukanya. Tetapi seperti My Melody, dia juga merupakan arnab putih yang memakai hood untuk menutupi sepasang telinganya.

Ulang tahun hari lahir Kuromi ialah pada hari Halloween (31 Oktober) untuk dipadankan dengan sifat jahatnya. Menriknya walaupun mempunyai penampilan yang kelihatan kasar, Kuromi mempunyai sifat keperempuanan yang sangat tinggi. Dia suka menulis diari dan menonton cerita cinta pendek.

Selain itu, Kuromi suka makan dan memasak. Makanan kegemarannya ialah bawang merah, daging dan buah ceri. Akhir sekali, Kuromi tertarik dengan jejaka tampan dan fakta ini didedahkan di dalam "Hello Kitty and Friends Supercute Adventures", di mana Kuromi diperlihatkan mempunyai rasa suka pada Badtz-Maru.

Beli barang Kuromi dari Jepun

 

5. Pompompurin (ポムポムプリン)

pompompurin drinking milk with his friends
Pompompurin ialah karakter Sanrio berbentuk anjing golden Retriever yang comel dan baik hati. Dia membuat penampilan pertama pada tahun 1996 and terkenal dengan warna pastel kuning dan signature topi beret coklat. Menariknya, Pompompurin dicipta melalui pertandingan rekaan karakter Sanrio dalaman pada tahun 1996.

Selepas memenangi pertandingan tersebut, Pompompurin membuat penampilan pertama di Strawberry News sebagai "My Pudding" dan akhirnya menukar nama secara rasmi ke namanya sekarang.

Pompompurin menyukai puding karamel, tidur, dan mengumpul kasut (termasuk kasuk kulit ayahnya). Ayahnya ialah seorang detektif, dan mungkin itu penyebab dia mempunyai signature topi beret.

Rakan-rakan Pompompurin antaranya ialah Muffin si hamster, Scone si tikus dan Custard si burung. Mereka semua suka mencuri topi beret Pompompurin. Hari ulang tahun Pompompurin jatuh pada 16 April.

Beli barang Pompompurin dari Jepun

 

6. Keroppi (けろけろけろっぴ)


Keroppi ialah karakter Sanrio katak yang terkenal. Membuat penampilan pertama pada 1988, dia dicipta oleh Tomoe Iwata dan seperti Pompompurin, dia dicipta melalui pertandingan rekaan karakter Sanrio.

Pada tahun 1987, Sanrio mahukan karakter seperti katak untuk hari hujan dan rekaan Keroppi muncul sebagai juara.

Nama penuh Keroppi ialah Keroppi Hasunoue. Nama keluarganya boleh diterjemah kepada "Atas Teratai." Selain itu, namanya berasal dari onomatopia bahasa Jepun untuk bunyi katak, iaitu "KeroKero."

Keroppi mempunyai banyak adik-beradik dalam francais Sanrio. Antaranya ialah adik perempuannya, "Pikki," adik lelakinya "Koroppi," ayahnya "Keroppa," emaknya "Keroma," atuknya "Kerojee," dan neneknya "Kerobah." Teman wanita Keroppi ialah "Keroleen."

Akhir sekali, Keroppi juga telah membuat penampilan di pelbagai rancangan animasi Sanrio dan televisyen. Dia muncul sebagai pemandu kereta lumba di OVA Sanrio "Sam to Chip no wa Hachamecha Dai Race.". Keroppi juga muncul di filem "Ready Player One" bersama dengan Hello Kitty dan Badtz-Maru.

 

Beli barang Keroppi dari Jepun

 

7. Pochacco (ポチャッコ)

pochacco playing football in a red t-shirt
Pochacco ialah anjing putih diperkenalkan oleh Sanrio pada 1989. Dicipta oleh Minoru Onoue, dia ditampilkan sebagai anjin cergas yang suka bermain bola keranjang dan bola sepak.

Pada mulanya nama panggilan Pochacco ialah "Yorimichi Dog", tetapi ketika zaman 90-an, dia mula mempunyai minat bermain papan selaju (skateboarding).

Pochacco mempunyai banyak kecederaan di kepala akibat tabiat selalu terjatuh ketika berjalan. Dia berjaya mengatasi masalah ini dengan menaiki skuter.

Tidak seperti karakter Sanrio yang lain, hari ulang tahun Pochacco tidak wujud di alam realiti. Dia lahir pada tarikh 20 Februari 1988, tahun lompat dan tempat lahirnya ialah Uguisu Yokocho yang boleh diterjemah kepada "Jalan Nightingale."

Sanrio telah banyak kali merubah asal usul Pochacco. Pada mulanya dia tinggal di "Fuwa Fuwa Town" (Bandar Angin Angin). Tetapi kemudian menjadi Brazil atau Bandar Raya New York dalam beberapa keadaan.

Beli barang Pochacco dari Jepun

 

8. Cinnamoroll (シナモロール)

Anak anjing bertelinga panjang yang terlampau comel ini lahir pada tahun 2002, dan telah mendapat tempat ke-2. Anak anjing berbulu putih gebu ini terkenal dengan ekor berbentuk seperti lingkaran cinnamon roll (oleh itu namanya ditetapkan sebagai Cinnamon Roll), dan pelakuannya yang penakut, tetapi, suka bergurau senda.

Adakah anda tahu bahawa Cinnamoroll pada mulanya dipanggil Cinnamon? Ini kerana dia dikenali sebagai Cinnamon pada tahun pertamanya sebagai anjing montel, tetapi kemudian menjadi Cinnamoroll untuk mengelak kes hak cipta di luar Jepun.
 cinnamoroll sat on a chair infront of his cafe
Dia juga mempunyai sebuah filem, Cinnamoroll: The Movie dibintangi dirinya sendiri dan juga rakan-rakan Sanrio lain, Espresso, Mocha, Chiffon, Cappucino, dan Milk. Dalam filem comel ini, mereka pergi melayari pengembaraan menarik bersama Chowder ke tempat tinggal manusia.

9. Mocha (モカ)

Antara anjing Sanrio disayangi ramai, Moka diperkenalkan pada tahun 2002 dan merupakan salah satu karakter dalam universe Cinnamoroll. Moka ialah ketua Cinnamoangels dan muncul bersama karakter Sanrio lain, Chiffon dan Azuki.

Mocha digambarkan sebagai rakan yang baik hati dan penyayang. Dia juga seperti figura kakak sulung dalam kumpulan Cinnamoangels.

Mocha sangat meminati rekaan fesyen. Dia pandai mengatur pakaian dan mempunyai impian untuk membuat rancangan fesyennya sendiri.

Fakta menarik tentang Mocha ialah dia dalam diam meminati Cinnamoroll, tetapi, malangnya cinta ini bertepuk sebelah tangan.

 Baca Juga: CARA BELI BARANG SANRIO DARI JEPUN

 

10. Rilakkuma (リラックマ)

Rilakkuma membawa maksud "Beruang yang dalam keadaan santai" di dalam bahasa Jepun. Dia bebas tekanan, pemalas dan membuat kerja mengikut masanya sendiri. Karakter ini dicipta Aki Kondo pada tahun 2003 dengan penampilan pertama di dalam series komik oleh San-X.

Zip di belakang badannya menunjukkan bahawa dia cuma memakai kustom beruang tetapi badan sebenarnya masih menjadi misteri. Pada suatu hari, dia mula tinggal di pangsapuri Kaori, seorang pekerja perempuan di syarikat dan meneruskan tinggal di situ sehingga kini.

Makanan disukai Rilakkuma ialah manisan istimewa daripada kedai dumpling tempatan dan kelemahan Rilakkuma ialah musim panas. (sudah tentu dengan memakai kostum sepanjang hari kan?) Dia selalu meluangkan masa bersama rakan-rakannya, Korilakkuma, Chairoikoguma, dan Kiiroitori. 

Rilakkuma mempunyai ramai peminat seluruh dunia dimana terdapat game, kedai pop-up, dan Rilakkuma Tea Houses di Jepun. Ceritanya dijadikan ke siri Netflix animasi gerak pegun (stop motion), "Rilakkuma dan Kaoru" dengan 21 episod menarik.

Rilakkuma and Kaoru

Beli barang Rilakkuma dari Jepun

 

Baca Juga: KAFE-KAFE KARAKTER POPULAR DI JEPUN

 

11. Tuxedo Sam (タキシードサム)

Tuxedo Sam ialah penguin cuai dari Sanrio dan diperkenalkan pada tahun 1979 dengan illustrasi oleh Yumiko Chiba.

Seperti Mocha, Tuxedo Sam mempunyai citarasa fesyen yang bagus. Sanrio mengatakan bahawa dia mempunyai sejumlah 335 tali leher kupu-kupu. Penampilannya selalu ditunjuk dengan memakai topi kelasi di kepala.

Tuxedo Sam mempunyai kewarganeraan dari Inggeris dan kampung halaman di London. Dia fasih dalam Bahasa Inggeris. Menariknya, Tuxedo Sam pernah berkhidmat dalam lapan perang kapal laut dan dilepaskan setelah menerima pangkat sebagai kaptain.

Satu lagi fakta menarik mengenai Tuxedo Sam ialah dia pada mulanya direka untuk menjadi teman lelaki Hello Kitty namun kemudian dia diganti dengan Dear Daniel.

Beli barang Tuxedo Sam dari Jepun

 

12. Aggretsuko (アグレッシブ烈子)


Aggretsuko, juga dikenali sebagai Retsuko dan Retsuko si Agresif, ialah salah satu karakter baru dalam keluarga Sanrio. Dicipta oleh Yeti, dia membuat penampilan pertamanya pada tahun 2015 sebagai watak utama untuk seri komedi Netflix Aggretsuko.

Retsuko ialah panda merah dan pekerja pejabat untuk syarikat perdagangan Jepun terkenal. Walaupun berjaya mendapat kerja idaman, dia mendapati kerjanya tidak seperti yang diharapkan kerana sifat bos yang tidak bersimpati dengan deadline kerja yang ketat. Dia melempaskan rasa stress dan tidak kepuashatian bukan kepada bos dan rakan sekerja yang lain, tetapi dengan berkaroeke lagu heavy metal.

Penampilan biasa Retsuko ialah panda merah yang comel namun apabila dia mula menjerit lagu death metal, cat seakan mayat akan muncul di keliling matanya (kebarangkalian besar mengikut kebiasaan kostum death metal daripada band rock Kiss), dan tulisan Japanese untuk Retsu, terjemahan agresif akan muncul di dahi.

Beli barang Retsuko dari Jepun

 

13. Kiki dan Lala (キキララ) - Little Twin Stars

Diperkenalkan pada tahun 1975, Kiki dan Lala, juga dikenali sebagai Little Twin Stars dicipta oleh Shintaro Tsuji dan direka oleh Yasuko Matsumoto.

Kiki dan Lala dilahirkan pada malam Krismas di Omoiyari Star, Dream Star-Cloud. Pasangan ini mahu belajar cara menjadi bintang yang paling bersinar sekali, jadi mereka datang ke Bumi.

Lala merupakan kakak dari dua beradik dan mempunyai rambut panjang berwarna pink (kadang-kadang berwarna perang muda) dan memakai gaun putih lengan panjang. Dia suka memasak, melukis dan menulis sajak.

Kiki, adik lelaki kepada Lala, sebaliknya mempunyai rambut pendek berwarna biru (kadang-kadang berwana coklat) dan memakai pakaian sama seperti kakaknya.

Kiki suka mencipta barang dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi sehingga menyebabkan dia terlibat dengan situasi berbahaya. Dia mempunyai sifat pelindung ke atas kakaknya, Lala. 

Beli barang Little Twin Stars dari Jepun

 

14. Badtz-Maru (バッドばつ丸)

Badtz-Maru merupakan penguin Sanrio yang nakal. Membuat penampilan pertama pada tahun 1993, Badtz-Maru dicipta oleh Hisato Inoue dan Kaori Harada. Dia dilahirkan pada Hari April Fool (1 April) di Oahu, Hawaii.

Badtz-Maru paling dikenali dengan signature pos menarik satu mata ke bawah sambil menjelir lidah. Dia juga dikenali dengan membuat XO Clan yang nakal bersama rakan-rakannya Pandaba dan Hana-Maru.

Sifat nakal 'bad boy' Badtz-Maru menyerupai sifat Kuromi dan mungkin sebab ini, Kuromi mempunyai minat dalam diam terhadap Badtz-Maru.

Beli barang Badtz-Maru dari Jepun

 

15. Chococat (チョコキャット)

Antara salah satu karakter kucing hitam jantan Sanrio, Chococat dilahirkan pada 10 Mei 1996 di Chocotown, Colorado.

Chococat ditampilkan sebagai kucing jantan hitam dengan mata besar, empat helai misai dan hidung berwarna coklat. Sifat istimewanya ialah misai sensitifnya yang berbentuk antena, membolehkan dia untuk mendapat berita dan maklumat terbaru.

Dia tinggal bersama ibunya, Catrina di rumah Choco-Choco. Ibunya bercerai dengan ayahnya, Rory. Chococat suka bermain dengan rakan-rakanya si anjing Cookie-Bau, si hamster Nutz dan si arnab Jelly Bean.

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?

ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun!

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 13/05/2024 | Pop culturezenplus

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular