Carian dihidupkanTukar kedai
Diskaun 9% Kupon RAKUMA: 02/09 00:00 - 07/09 23:59 JST BELI SEKARANG
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Menggapai Langit Dengan Siri Bola Tampar, Haikyuu!!

Bola tampar merupakan sejenis sukan dengan pergerakan pantas yang boleh dimainkan di gelanggang ataupun di pantai. Bergantung kepada kerja berpasukan serta sinergi mantap antara ahli kumpulan, bola tampar mampu mencungkil potensi penuh sesebuah pasukan untuk bersaing dengan pasukan lawan dengan tekanan yang dialami mereka di dalam dan di luar gelanggang. Para pemain memerlukan elemen kejutan untuk membuatkan pasukan lawan goyah demi mendapatkan mata. Dalam 'Haikyuu!!', kita akan mengikuti liku-liku dalam dunia bola tampar yang dilalui oleh Hinata Shouyou, watak utama yang bertubuh kecil tetapi berjiwa besar, dalam perjalanannya mencari "sayap" untuk terbang tinggi di gelanggang bola tampar.

Shouyou Hinata hitting a volleyball gif

Mendapat inspirasi daripada perlawanan bola tampar sekolah tinggi peringkat kebangsaan, Hinata menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang bintang seperti "Sang Gergasi Kecil" di Sekolah Tinggi Karasuno. Malangnya, Hinata mengalami kekalahan teruk dalam perlawanan bola tamparnya yang pertama melawan pasukan pemain hebat, Tobio Kageyama pada kejohanan bola tampar sekolah menengah rendah. Hinata yang berazam untuk mengalahkan Kageyama kemudiannya mengikuti jejak langkah idolanya, "Sang Gergasi Kecil" dengan memasuki Sekolah Tinggi Karasuno. Hinata sangat terkejut apabila mengetahui bahawa Kageyama juga memasuki sekolah yang sama dan berhasrat untuk memasuki pasukan bola tampar sekolah tersebut! Adakah Hinata akan mendapat peluang untuk mengalahkan Kageyama? Dapatkah musuh ini bekerjasama dengan baik sebagai satu pasukan?

Karasuno High Volleyball Team

Manga Haikyuu mula diterbitkan di Weekly Shonen Jump pada bulan Februari 2012, dan sehingga kini telah mengeluarkan 39 jilid! Sejak 2014, sebanyak tiga musim anime telah dikeluarkan, dan musim keempat akan mula ditayangkan pada Januari 2020! Hinata dan pasukan bola tampar Karasuno telah melalui pelbagai kesukaran apabila banyak pemain unggul pasukan tersebut bergraduasi pada tahun sebelumnya. Mereka telah menghadapi pihak lawan yang tinggi lampai dari Sekolah Teknik Date yang terkenal dengan pertahanan dinding besi mereka, serangan bertenaga Akademi Shiratorizawa, dan Sekolah Tinggi Aobajohsai, sekolah hebat yang setiap pemainnya layak untuk digelar pemain jaguh pasukan mereka. Pada mulanya, Karasuno tidak memenangi sebarang perlawanan, tetapi dengan setiap kekalahan, pasukan Karasuno menjadi lebih baik dan sayap Hinata menjadi semakin kuat dan hanya menunggu masa untuk dilebarkan di gelanggang kebangsaan!

Karasuno High students defeating vivals

Haikyuu memberikan banyak maklumat yang betul mengenai bola tampar sekiranya anda tidak pernah bermain, atau tidak mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai sukan ini. Maklumat serta pelbagai kemahiran untuk setiap posisi pemain dalam siri anime ini kebanyakannya tepat. Kami pasti dengan menonton anime ini, anda bukan sahaja dapat mengetahui peraturan bola tampar, tetapi juga akan merasai pelbagai emosi seperti teruja, berdebar-debar dan sebagainya, sama seperti pemain-pemain dalam siri Haikyuu!!. Apatah lagi dengan sorakan-sorakan penyokong di luar gelanggang, tanpa disedari anda akan turut serta bersorak untuk pasukan kegemaran anda!

Haikyuu pose gif

Jika anda telah membaca blog tentang Ikemen, anda mungkin masih ingat sebuah kedai di ZenPlus yang menjual keychain, lencana, dan phone straps. Jika anda suka mengumpul aksesori untuk beg, telefon pintar, dan dinding bilik anda, anda boleh dapatkan pelbagai jenis goodies di 110 anime collectibles store di ZenPlus! Untuk barangan lain, anda boleh mulakan pencarian di sini! Anda boleh cari manga, coasters, poster, dan character wigs

 

Lihat Haikyuu Merch di ZenPlus


Anda juga boleh lihat anime merch dari siri anime kegemaran anda yang lain, dengan mengklik banner di bawah. 


Rare anime figures and much more on ZenPlus

Haikyuu!! adalah siri anime yang berkisarkan tentang halangan yang dilalui serta perkembangan dalaman watak-wataknya dalam usaha mereka untuk memenangi kejohanan bola tampar peringkat kebangsaan. Adakah anda akan mengikuti perjalanan Sekolah Tinggi Karasauno dalam mencapai impian mereka untuk menjadi pasukan nombor 1 Jepun, atau adakah anda sendiri akan mula bermain bola tampar?

Get The Conversation Started #ZenPlus.

 Facebook - ZenPlus  instagram

Artikel| 11/12/2019 | Animezenplus

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular