Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% diskaun penghantaran Untuk bungkusan pertama Baca lanjut
Sejarah carian Kosongkan senarai

Sampuru: Makanan Palsu Jepun

Sekiranya anda pernah mengunjungi Jepun atau pernah menonton anime dengan latar tempat sebuah restoran, mungkin anda pernah melihat replika makanan yang dijadikan hiasan di tingkap atau di luar kedai. Model makanan Jepun ini dikenali sebagai sampuru サンプル, daripada perkataan bahasa Inggeris “sample" dengan sebutan yang telah di-Jepunkan dan ianya telah wujud dalam budaya Jepun sejak hampir 100 tahun.

 

 

Pada hari ini, ramai orang menjadikan sampuru sebagai pilihan ole-ole untuk dibawa balik kepada keluarga, teman-teman, atau untuk diri sendiri! Tidak kiralah makanan jenis apa yang anda ingin cari, kami pasti ada versi palsu yang diperbuat daripada plastik dihasilkan untuk makanan tersebut. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan sampuru makanan tersebut dalam pelbagai bentuk seperti rantai kunci (keychains), kelongsong (cases) iPhone, dan juga pemacu jari (thumb drive)! Namun begitu, anda mesti berhati-hati agar tidak termakan makanan palsu tersebut.

Bagi mereka yang akan mengunjungi Jepun dengan hanya sedikit atau tanpa pengetahuan bahasa Jepun, sampel makanan plastik ini pasti dapat menyelamatkan anda. Sekiranya anda tidak tahu ingin memesan makanan apa, anda hanya perlu membuat pilihan berdasarkan sampuru yang realistik dan kelihatan seperti makanan sebenar itu, dan menuding jari ke arah makanan yang paling menyelerakan bagi anda.

Walaupun sampel makanan ini tampak sempurna untuk mereka yang memiliki kemahiran berbahasa Jepun yang tidak mencukupi, sebenarnya sampuru diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1920-an untuk memudahkan orang Jepun membuat pesanan makanan tanpa menu. Pada ketika itu, konsep menu masih belum wujud di Jepun, sehinggalah ia kemudiannya dibawa masuk dari Barat. Sekiranya anda berminat untuk memiliki model plastik makanan Jepun, anda perlu bersiap-sedia dari segi kewangan kerana ianya tidak murah, apatah lagi untuk sampuru yang dihasilkan oleh pembuat yang terkenal dalam industri ini!fake food keychains, mobile straps, and magnets

Bagi alternatif yang lebih murah, kami mengesyorkan Maiduru, pakar pembuatan makan plastik yang realistik. Kedai ini menjual model plastik asli dengan kualiti setanding dengan sampuru yang biasa digunakan di restoran Jepun dan tidak mudah untuk didapati di mana-mana sahaja. Mereka menghasilkan model makanan plastik untuk pemilik restoran, pencinta makanan, dan pelancong. Selain daripada magnet, kelongsong iPhone dan loket, Maiduru juga merupakan pakar dalam menghasilkan sampel makanan palsu untuk kegunaan di restoran. Anda pasti dapat menemukan sampuru makanan kegemaran anda di Maiduru.

Bagaimana makanan palsu Jepun dibuat?

Sejak 100 tahun yang lalu, industri pembuatan replika makanan di Jepun telah menjadi semakin maju. Pada permulaannya, replika makanan diperbuat daripada lilin, tetapi bahan ini tidak sesuai kerana pada musim panas, cuaca di Jepun akan menjadi sangat panas dan lembap.
 
Kini, warna replika makanan yang dihasilkan di Jepun tidak mudah luntur dan tidak mudah menjadi lusuh kerana ianya diperbuat daripada plastik dengan menggunakan acuan silikon. Percaya atau tidak, acuan ini dibuat dengan menekap makanan sebenar pada beberapa lapisan silikon yang kemudiannya dibiarkan selama satu atau dua hari sehingga kering. Setelah itu, cecair plastik dituang ke dalam acuan untuk menghasilkan salinan yang hampir serupa dengan makanan sebenar. Cuba lihat video di bawah:
 

 
Setelah melihat video di atas, anda mungkin telah menyedari bahawa tidak semua makanan boleh dibuat dengan menggunakan acuan. Mi ramen, misalnya, diperbuat dengan menyalut tali dengan cecair plastik, manakala sebahagian makanan lain pula diperbuat dengan proses yang sama dengan penghasilan makanan sebenar. Sudah tentu, proses-proses ini memerlukan kehalusan kerja tangan yang teliti. Berbeza dengan makanan semula jadi, plastik hanya mempunyai satu warna. Oleh sebab itu, setiap replika makanan perlu diwarnakan satu persatu menggunakan tangan atau berus angin (airbrush).  
 
Replika makanan mentah adalah dikatakan sebagai replika yang paling sukar untuk dihasilkan, terutamanya negi ねぎ atau daun bawang kucai Jepun yang merupakan antara replika termahal.

 

Mengapa Makanan Palsu Jepun Sangat Mahal?

Seperti yang telah dinyatakan di atas, pembuatan makanan palsu Jepun adalah tidak mudah dan memerlukan kemahiran profesional yang tinggi. Segelas melon cream soda biasanya dijual pada harga 4,100 yen (kira-kira 41 dolar), dan kelongsong iPhone yakisoba (mi goreng Jepun) berharga 3,240 yen (lebih kurang 32 dolar). Harga untuk replika hidangan utama (main dishes) boleh mencecah ratusan dolar. Bayangkan jika anda memiliki restoran Jepun dan perlu membayar beribu-ribu dolar untuk membuat replika pelbagai jenis hidangan utama! 

Japanese fake food magnets - ramen, fried eggs, sushi, and soba

Tetapi jangan risau! Dengan kedai replika makanan palsu kami, Maiduru, anda boleh mendapatkan pulangan tunai sebanyak 3% daripada harga item untuk semua replika makanan yang anda inginkan. Maksudnya, dengan pulangan tunai yang anda dapatkan, anda boleh beli lebih banyak barangan! 

 

Beli Replika Makanan Jepun

 

Sampai di sini sahaja panduan lengkap kami mengenai replika makanan Jepun. Kami harap anda menyukai artikel ini dan memperoleh ilmu baharu. Apa makanan Jepun kegemaran anda? Kongsikan dengan kami di media sosial kami seperti yang tertera di bawah.

Kami tunggu, tau!

 

Get The Conversation Started #ZenPlus.

 Facebook - ZenPlus  instagram 

Artikel| 08/11/2019 | Makananzenplus

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular