Jaga-jaga, jangan merayau sendirian pada waktu malam kerana ada hantu menanti untuk menyerang anda! Takut-takut, anda pula yang dijadikan hantu...
Kimetsu no Yaiba, atau turut dikenali sebagai Demon Slayer, mengisahkan tentang Tanjiro Kamado dan adiknya, Nezuko, yang telah disumpah menjadi hantu. Dalam usaha untuk mencari penawar buat Nezuko agar kembali menjadi manusia, Tanjiro membuat keputusan untuk menyertai Demon Slayer Corps., sebuah persatuan pemain pedang yang ditubuhkan untuk menghapuskan hantu.

Siri ini mula diterbitkan dalam bentuk manga (komik) pada tahun 2016 dan masih lagi berterusan sehingga ke hari ini (setakat ini, 16 jilid telah diterbitkan). Adaptasi anime untuk manga ini pula mula ditayangkan pada bulan April 2019. Dalam anime tersebut, terdapat pelbagai babak daripada manga yang berjaya dihidupkan dan membuatkan anime ini terkenal, bukan sahaja di Jepun, tetapi juga dalam kalangan peminat anime di seluruh dunia, terutamanya selepas episod ke-19 ditayangkan. Siri anime ini mempunyai 26 episod kesemuanya.
Sekiranya anda masih mencari alasan yang kukuh untuk menonton anime ini, kami menyarankan agar anda menyaksikan sendiri pelbagai jenis teknik serta gaya perlawanan yang cantik dan penuh berseni dalam Kimetsu no Yaiba. Semua ahli Demon Slayer Corps. memiliki teknik pedang berasaskan gaya pernafasan yang unik dan tersendiri. Anda dapat melihat keindahan gelombang biru dan putih yang bergerak seiring dengan gaya pernafasan air, sekumpulan rerama yang pantas dan elegan dalam gaya pernafasan serangga, dan cahaya kilat yang terang dan tajam dalam gaya pernafasan kilat. Dalam setiap babak aksi yang memaparkan sesuatu gaya pernafasan, anda pasti terpegun melihat perincian visual yang sangat teliti. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa visual merupakan antara faktor penarik utama anime ini dan merupakan alasan yang terbaik untuk anda mula menontonnya!

Satu daripada tarikan utama Kimetsu no Yaiba adalah kepelbagaian watak-watak yang ditonjolkan. Contohnya, watak utama, Tanjiro, digambarkan sebagai seorang yang jujur dan sangat baik hati, manakala Zenitsu, teman seperjuangan Tanjiro pula mempunyai perwatakan yang melucukan, pengecut dan mudah berputus asa sebelum berusaha. Terdapat babak-babak menghiburkan yang disisipkan dalam pertarungan serius antara pemain pedang dengan hantu yang menyerlahkan personaliti setiap watak. Anda juga dapat melihat perwatakan lucu dan comel ini diabadikan dalam bentuk phone straps yang boleh dibeli di ZenPlus!

Disebabkan populariti siri anime ini yang sangat meluas di Jepun, terdapat beberapa kafe yang membuat kolaborasi dengan menyediakan menu khas dan hadiah eksklusif bertemakan Kimetsu no Yaiba seperti ufotable cafe, kafe milik syarikat ufotable yang juga merupakan animator siri anime ini, serta Sweets Paradise, sebuah kafe manisan dan pencuci mulut berkonsepkan "all-you-can-eat". Kolaborasi ini cuma dilakukan dalam tempoh yang terhad, jadi jika anda datang bercuti ke Jepun, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kafe-kafe tersebut.

Namun begitu, jika anda tidak berpeluang untuk mengunjungi kafe Kimetsu no Yaiba, anda boleh beli pelbagai jenis merchandise di ZenPlus! Jika anda ingin menunjukkan minat anda terhadap siri anime ini, tetapi tidak mahu kelihatan terlalu menonjol, anda boleh dapatkan smartphone case yang simple, atau sapu tangan bercorak checkered ini. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan dompet syiling untuk memudahkan anda menyimpan wang syiling. Jika anda seorang yang berani dan adventurous, anda boleh membeli pakaian cosplay! Hadapi ketakutan anda atau berteleku dalam ketakutan seperti Zenitsu, terbang dengan penuh elegan dan serang dengan ketepatan 100% seperti Shinobu yang cantik, atau anda juga boleh menjadi hantu yang berbahaya tetapi sangat comel seperti Nezuko! Produk Kimetsu no Yaiba lain yang boleh anda dapatkan di ZenPlus termasuklah keychain, acrylic stand, dan mascot plushies kecil untuk watak-watak kegemaran anda.

Musim pertama untuk anime ini telah habis ditayangkan, jadi anda boleh menonton kesemua episod dalam satu hari tanpa perlu menunggu selama seminggu untuk episod seterusnya! Manga ini juga masih berterusan, jadi anda boleh mula membacanya. Stok goodies Kimetsu no Yaiba akan sentiasa dikemas kini, jadi pastikan anda sentiasa menyemak untuk mendapatkan figure, keychain, atau cosplay Kimetsu no Yaiba yang terkini di ZenPlus!
Browse Demon Slayer Goods
Kami harap artikel ini telah membantu anda untuk mengetahui serba sedikit tentang Kimetsu no Yaiba, dan kami harap anda akan mula menonton dan menyukainya. Kongsikan dengan kami mengenai anime yang anda sedang tonton sekarang di media sosial kami seperti yang tertera di bawah!
Get The Conversation Started #ZenPlus.
